بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, March 21, 2011

Cintaku II

hari ini...ketika ini...disaat aku mula menaip utk entry kali ini...maka hari ini dalam sejarah...genaplah setahun percintaan aku dengan kekasih aku..."cis...tak gentar aku guruh dilangit"...erk...iskk...camana dialog si bongkok dalam citer "Sumpah Orang Minyak: kat tv tu boleh masuk dalam blog aku ni...adesss...malas nak citer panjang2 pasal pahit maung susah senang problem masalah yang tak kunjung selesai, kisah suka duka , dugaan dan ujian yang menimpa disepanjang percintaan aku dengan kekasih aku selama setahun ni...aku masih ingat lagi...masa nak declare tu...masa siangnya tu aku baru lepas jumpa dia...pastu nak maghrib baru aku balik...lepak2 kat taj kuantan...masa tu dia sms2 dengan aku...yang aku paling perasan ialah bila dia beriya2 suruh aku balik rumah cepat2 sebab nak cakap dengan aku kat tipon...pastu dipendekkan citer...aku pun sampai  kat umah dan mula lah berborak dengan dia kat fon...

aku pun dah tak ingat sangat camana ntah ayat aku kat dia...sebab dia ni memang susah sangat nak ucapkan dengan kata2 yang dia pun suka kat aku...so aku ambik tindakan drastik utk mengetahui isi hati dia tanpa dia perlu mengucapkan lafaz agung yang aku tunggu2 sekian lama...pada masa yang sama jugak aku redha je kalau dia tak nak terima aku sebagai kekasih...sebab aku memang jenis straight to the point...kalau nak...cakap nak....kalau taknak...jangan buang masa aku...sebab aku nak ayat pompuan lain pulak lepas tu...hak3...so tanpa basa-basi lagi aku pun tanya je straight dia...sudi ke dia terima aku sebagai kekasih dia...pastu dia cakap ya...aku rasa masa tu akulah org yang paling bahagia dalam dunia ni...kemarau kasih aku berakhir pada awal pagi 21 March 2010...pada masa yang sama...esok paginya aku kena gi laut...aku pun dah lupa gi platform mana tapi aku memang hepi giler la masa tu...ada jugak org yang sudi terima cinta aku dengan segala kekurangan yang ada pada diri aku...permulaan kisah cinta aku ni aku abadikan dalam entry aku yang bertajuk "Cintaku"...entry aku yang bertajuk "Dia" benar2 menggamit perasaan cintanya pada aku sebab entry tu aku tujukan khas utk dia...sebab tu aku rasa macam suka luahkan semuanya kat blog ni sebab dia suka selami apa yang ada dalam hati aku melalui blog ni...

bermacam2 perkara yang berlaku sepanjang percintaan kami...sejak aku bercinta dengan dia...barulah aku tau siapa antara kawan2 yang benar2 setia dan jujur kat aku...macam biasa jugak kalau aku start bercinta dengan awek2 kat alam cyber ni...mesti ada suara2 jahat yang memfitnah aku dengan pelbagai cerita tak elok yang disampaikan kat awek2 tu...kekasih aku ni pun tak terkecuali...bila diorg tau je aku kapel dengan dia...bermacam2 msg yang dia dapat dalam inbox dia yang menceritakan keburukan aku...sampaikan pada satu tahap...dia sendiri menasihatkan aku agar berhati2 dengan kawan2 rapat yang kononnya setia kat aku....sebagai seorang yang berhati mulia...dia tak pernah dedahkan siapa diantara kawan2 aku yang menabur fitnah keatas aku tu...dan aku menghormati kemuliaan hatinya dengan tidak bertanya lebih lanjut tentang "member2" aku tu kat dia...tak terbatas kepada lelaki saja...yang pompuan yang tak pernah jadi fren kat dia pun inbox kat dia citer benda bukan2 pasal aku kat dia...sampai sekarang aku tak faham apa motif diorg menabur fitnah yang sampai macam tu sekali kat aku...salah kah aku mengecap sedikit nikmat cinta dari seorang perempuan?tak layak kah aku utk mencinta dan dicintai oleh seorang perempuan?

dan benda2 ni terus berulang2 dari zaman ke zaman dalam bentuk yang berbeza2...tak cukup fitnah yang disampaikan kat kekasih aku...baru2 ni, family aku pulak jadi sasarannya...macam2 cerita tak elok yang diorg sampaikan kat family aku...tak penat ke diorg buat macam ni kat aku?apa salah aku kat diorg sampai diorg sanggup buat aku macam ni?aku tak pernah kacau org tu...aku tak pernah dengki kat dia...kenapa dia buat macam tu?apa yang dia nak?jeles ke dia?dia jeles kat aku ke kat kekasih aku?ke dia suka kat kekasih aku?dan bengang sebab kekasih aku pilih aku?sampai sekarang aku takde jawapannya...dan aku harap lepas ni takde lagi suara2 sumbang yang tak suka nak tengok kami bersama...terus terang aku katakan...siapa yang cuba2 nak pisahkan aku dengan kekasih aku, atau sibuk2 nak ambik tau pasal aku dengan kekasih aku...apa lagi jenis yang suka cucuk2 ni...aku tak teragak2 utk buang dia jauh2 dari hidup aku...tak kira berapa rapat atau berapa lama aku kenal dia...dan kekasih aku pun dah ambik pendekatan yang sama...sekali je "diaorg2" diluar sana yang tersilap langkah..."diorg" akan diketepikan...dipulaukan...dan akan rasa menyesal hidup dimuka bumi ni...dan lebih menyesal sebab pernah kenal aku dalam dunia ni...mungkin diorg akan rasa selesa sikit kalau diorg duduk kat angkasa lepas...berkawan dengan alien yang naik ufo tu...bukan sorang dua yang pernah kena pulau dengan aku...aku tak pernah hasut kawan2 yang setia dengan aku utk pulaukan sipolan bin sipolan...tapi kekadang diorg sendiri perasan benda2 ni dan diorg pun pulaukan sekali dengan aku...

takde siapa dalam dunia ni yang tak pernah buat silap atau salah...dan agak kejam kalau kesalahan pertama diorg aku hukum dengan hukuman yang macam tu...aku bagi peluang...aku maafkan org...tapi biasanya aku bagi dua kali je peluang kat orang yang buat salah kat aku...pertama kali, ok lah...aku maafkan...kesalahan kedua, cukuplah...takde peluang ketiga bagimu...manusia ni senang je kalau kita nak tengok dia ni ikhlas atau jujur ke tak...kalau dia boleh buat kesalahan kedua...maknanya dia takde masalah utk buat kesalahan ketiga dan seterusnya...itu adalah fitrah kejadian manusia yang selalu lalai dan leka...

malas dah aku nak membebel pasal benda2 ni...aku harap message aku ni jelas...senang je kalau dengan aku ni sebab aku berpegang pada satu prinsip..."aku tak kacau orang lain...orang lain pun jangan kacau aku... you act...I react"...


*kpd kekasihku...tterima kasih sayangku sebab sentiasa setia dan sabar dengan abg...thanx jugak sebab sama2 bersabar dalam mengharungi segala ujian dan dugaan yang menimpa sepanjang setahun percintaan kita...tak ada sapa yang boleh selesaikan masalah kita kecuali kita sendiri dengan izin Allah....kita akan lalui segala susah senang dan suka duka bersama...aminnnn... ;)

4 comments:

Mie Fisher said...

uuuhhhhh.....Sabo je la...

Joe Black said...

besarnya pak abu...bole buat tapis santan kelapa...sabo je laaaaaaaa

Marky Jaha said...

salah taip td..
hanye perlu jalan lurus..pokus.serta sabar dan redha pd usaha walaupun gagal..xkn selamanya kita akn gagal selagi istiqomah dlm usaha..kn?...:)

Joe Black said...

betul tu pak jabit...erk...huhu...betul tu...usaha tangga kejayaan...aminnn..:D