aku selalu terfikir...nape lah Tuhan ciptakan ulat2 larva lalat ni...bukan ke mengotorkan, menjijikkan dan menjengkelkan...aku memang tak boleh tahan kalau tengok ulat kecik2 ni...geli geleman je rasa...nak2 yang dah merayap dan dah melompat2 kat lantai dapur aku sebelum sempat aku buang sampah tu...menyumpah2 aku dalam hati...sumpah pada diri sendiri sebab tak buang sampah tu cepat2 sampai ulat2 tu dah menetas...kalau dah buang sampah kat dalam tong sampah depan rumah pun sama...tempat aku ni kekadang bila lepas je diorg pungut sampah, time tu la aku gatal nak buang sampah lain...bila nak tunggu next trip diorg angkut sampah ni, telur2 lalat ni semua dah menetas...pastu kan time tu jugak la sampah kat dalam rumah dah penuh...pastu nak kena buang kat tong sampah kat depan rumah...demi terbuka je tutup tong sampah kat depan rumah tu, berpusu2 ulat2 yang putih2 ni menyerbu keluar dari tong sampah tersebut...kalau lah ulat2 ni boleh terbang, mesti dah lama semua terbang ke muka aku...pastu mesti aku dah pengsan bila ulat2 tersebut melekat2 kat muka aku dan merayap2 masuk ke dalam tubuh badan aku melalui rongga terbuka di badan aku...iskk...
lama aku fikirkan sebabnya...last2 salah satu sebabnya aku buat kesimpulan macam ni; mungkin dengan adanya ulat2 ni, aku akan jadi rajin untuk tak simpan sampah kat dalam rumah dalam jangka waktu yang lama...so rumah pun jadi bersih dan tak berbau busuk...dan ianya juga menjadikan aku supaya menjadi rajin dan sentiasa menjaga kebersihan...bukankah kebersihan tu merupakan suatu yang sangat dituntut dalam Islam...tapi malam ni...aku dah dapat kepastian yang sebenarnya kenapa Allah mencipta ulat2 ni...berikut adalah artikel yang aku copy paste kat komen sapa ntah kat fb tadi...mari kita sama2 hayati kisah ini dan mengambil iktibar darinya:
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
patutlah mak bapak aku dan orang2 tua kat kampung aku dulu melarang keras kalau aku nak bunuh binatang2 kecik ni menggunakan api...sebabnya ialah makhluk2 ini Allah jadikan adalah untuk memuji Allah dan aku pernah jugak dengar ustaz aku cakap, binatang2 semua mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kita selama kita berbuat baik kat diorg...lepas baca artikel ni, aku jadi malu pada binatang2 ni semua walau sebahagianya adalah kotor dan jijik...tapi aku rasa, disisi Allah, manusia yang tak sembahyang dan yang ingkar dengan perintah Allah itu adalah jauh lebih kotor, jijik dan keji dari binatang2 yang paling kotor dalam dunia ni...
*kpd kekasihku...lepas ni kita kena buat baik kat binatang2...sebab diorg ni yang doakan kesejahteraan dan keselamatan kita...:)
No comments:
Post a Comment