erk...ni hanyalah gambar hiasan semata2...takde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah masuk ke alam kubor...erk...dan ini bukan pula gambar lucah...erk...
erk...esok je la sin...aku mcm lupa plk
10:33pm
erkk..
rasa nak tulis blog plk sin...jari aku dah berkarat
tulis la..
ko kt laut je tulis..kt darat jd berkarat..kui3..
huhu...tu la nak kena letak minyak ni mlm ni
pttnye kt laut yg karat cepat..ni kt darat yg karat..wakaka
ko buat cite ni tajuk dia "Aku sebuah kren"...
erk...aku nak buat sesuatu yg lebih besar dr kren...erk
erkk...tu dialog aku dengan mie...tadi aku cakap kat dia aku nak gi cc dia...tapi macam malas pulak...pertamanya sebab aku macam mengantuk lepas minum ubat batuk tu...keduanya sebab...err...sama macam sebab pertama...
ok.."aku sebuah kren yg besar"
erk..tk..lg besar
mie tak tau...maksud aku besar tu bukan bermakna quantity yang besar...atau saiz yang besar...lebih besar dari kren yang besar ialah aku nak citer pasal politik semasa...tapi korang jangan la risau...aku bukan nak citer pasal politik sangat...aku nak citer pasal blog pemimpin2 dan bekas2 pemimpin negara kita...dan bukan jugak nak citer sangat pasal kandungan blog diorg...yang mana korang boleh surf sendiri...tapi yang ingin aku tekan kan disini adalah dari segi layout dan pemakaian bahasa yang diorg gunakan...
layout diorg ni biasanya simple je...biasanya blog diorg ni header picture dia mesti ada muka diorg (owner blog tu)...tapi yang nyatanya...dan kebiasaanya dekat belakang pic diorg mesti ada background yang melambangkan parti atau wawasan atau perkembangan tentang apa yang diorg pernah sumbangkan uk negara ini...simple...tapi menarik...tapi dalam banyak2 tu...aku rasa masih tak bole lawan blog "Some Kind Of Wonderful" yang kita semua cintai dan kasihi ini...erk..."abg nak tukar nama blog abg la...jadi 'Bring Me The Horizon' " kata aku kat kekasih aku siang tadi..."tukarlah" jawap dia ringkas...pastu aku terfikir balik..."bring me the horizon" tu maksud dia lebih kurang macam meminta sesuatu yang jauh yang tak mungkin bole didapati dan sesuatu yang berkaitan dengan laut...sebab cuma Captain Jack Sparrow dalam citer Pirates of the Caribbean je yang suka sebut perkataan tu...pastu aku cakap lagi kat kekasih aku..."baik tukar je jadi 'Some Kind of Wonderpets' dan kekasih aku cuma tergelak tanpa apa2 komentar...erkk...
blog dikalangan pemimpin2 parti pemerintah dan pembangkang ni dah macam jadi satu medan pertempuran alaf baru...bila yang satu kuarkan statement berbaur tuduhan...yang kena tuduh tu mula la jawap berjela2...bezanya kat dalam blog diorg ni...diorg lebih suka menjawap secara berdepan...contohnya macam: "Jawapan kepada soalan Usin Penari Kebudayaan" ...diorg tak perlu nak selindung2 lagi blog tu ditujukan utk sapa...aku rasa sebagai manusia dan sebagai rakyat yang pernah dan/atau mempunyai pemimpin2 yang macam ni...rakyat malaysia amnya dan org2 yang berlegar2 disekeliling aku khususnya tak terkecuali dari terpengaruh dengan persekitaran yang macam ni...aku rasa ni bagus dipraktikkan...tak macam budaya kat dalam fb yang lebih terpengaruh dengan persekitaran artis2 malaysia yang suka bergosip dan mengeluarkan kata2 menyindir dan perli sesama meraka...kenapa diorg ni suka bergosip?sebabnya mudah je...biasanya citer2 tu semuanya adalah khabar angin atau citer2 yang tak betul...yang ditokok tambah bila beredar dari telinga ke mulut...sampai pada satu tahap citer2 tu semuanya akan menjadi citer sedap yang mesti dijaja dari mulut ke mulut...rasa puas kot bila kita dapat menyampaikan sesuatu atau menceritakan tentang org lain pada org lain jugak...tu buka puas....tu semuanya adalah keja hasutan setan...cuba korang bagitau aku...keja hasutan setan manakah yang tak best utk dibuat?
kita tinggalkan kejap kisah pemimpin dan pembangkang kita...kita berbalik ke alam nyata sebab citer politik ni memang tak pernah abes...kisah politik ni mengingatkan aku pada lagu Pilihlah Daku~Rampa yang pernah kena banned sebab menghina kaum2 politik tanahair ini...
erk...video ni takde kena-mengena dengan sesapa jgk...erk...
antara lain lirik dia berbunyi:
kau sokonglah undilah kau pilihlah daku
jadi wakilmu
kau tak akan menyesal dikemudian hari
akan kubela nasibmu
semua janjinya hanya tinggal janji
dicelah gigi
mana airnya, mana apinya
tv dah beli
tiang letrik berceracak
batu jalan berlambak-lambak
"nape abg suka sangat lagu ni" tanya kekasih aku masa aku tengah dengar lagu ni..."erk...abg teringat masa abg muda2 dulu dok kat kampung"...masa tu umur aku bape ntah...masih muda belia...darjah 3 ke 4 ntah...abg aku beli kaset lagu2 Rampa ni...aku dibesarkan dengan lagu2 Rampa dan Ebiet G Ade...tapi aku membesar dengan lagu2 GnR dan Metallica...dan kekadang diselitkan jugak dengan lagu2 Nirvana dan Stone Temple Pilot...paling best lagu "Plush" dan "Interstate Love Song"...selain lagu dari Song...erk...
nape tetiba ko suka tgk blog pemimpin negara joe? erk...aku tadi tengok video sorg Adun tu dia menafikan video sex pasal Anwar Ibrahim...pastu dia sebut Dato SK...aku carilah kat google tadi pasal Dato T tu...rupanya bukan SK...tapi Dato Eskay....sapa dia tu?ntah lah....aku pun baru ni dengar citer pasal Dato Eskay ni...kita tinggalkan dulu citer pasal Dato SK ni yer...malas nak jadi blog politik blog aku ni...erkk...
betul jugak kot cakap mie...aku ni kalau kat laut je tulis blog...kat darat ni dah malas kot...nape ek?erk...ntah lah...erk...esok tira nak gi langkawi...erk...best jugak gi langkawi ni...dah agak lama tak gi langkawi..."best ke sayang gi langkawi? tanya aku kat kekasih aku..."dulu abg pegi best tak?" dia jawap soalan aku dengan soalan..."erk...dulu abg pegi dengan kawan2" aku pulak jawap soalan dia dengan jawapan tergantung..."ntahlah...best la kot...coklat murah" kata dia...haah ek...coklat...pinggan mangkuk...rokok semaunya murah..."ada underwater world" tambah dia lagi...erk...haah ek...aku masih ingat lagi ada banyak ikan besar2 kat aquarium kat underwater world tu....mesti ikan2 tu semuanya dah besar2 dah...dan tak mustahil jugak ada yang dah mati...takpelah...harap2 tira boleh titipkan sekeping dua pic ikan2 kat underwater world tu nanti...
erk...abih nak pilih pemimpin yang macamana ek?dulu aku siap gadoh dengan mak bapak aku sebab nak mengundi...diorg dengan pemimpin pilihan diorg...aku dengan pilihan aku sendiri...sampai nagis2 mak aku sebab fahaman politik aku yang berbeza dengan dia...macamana nak sama...dia dapat info dari tv dan paper tempatan je...aku ni pulak dapat info dari seluruh pelusuk tanahair dimana aku jelajah...dah puas aku bertanya disana-sini atau kesana dan ke mari utk bandingkan yang mana yang wajib kita pilih supaya tak kena soal dan tak dapat jawap soalan "tu" bila kat akhirat nanti:
HUKUM MENGUNDI
MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN
Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,
"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."
Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,
"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."
"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)
[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"]
Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.
Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jika perlu ia boleh menjadi fardhu ‘ain atau wajib. Seperti adanya arahan dari pihak Pemerintah sendiri.
Adakah dalil-dalil atau nas yang mewajibkan semua orang untuk mengundi?
Tiada dalil yang jelas secara hitam putih. Ia hanya satu keperluan bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat.
Sekiranya ada 2 pemimpin muslim yang bertanding di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah untuk menentukan pemilihan pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat.
Sekiranya di tempat kita terdapat 2 pemimpin kafir.. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Pilihlah pemimpin kafir yang lebih prihatin dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Sekiranya seorang lelaki kafir bertanding dgn wanita Islam… Siapakah yg sepatutnya kita undi sebagai pemimpin?
oh...hukumnya wajib...payah jugak nak pilih pemimpin ni rupanya...kita tengok macam takde menda je ek...tapi hukumnya adalah wajib...kalau kita tinggalkan maka kita akan berdosa..."dah siap ke blog abg?" erk...tanya kekasih aku kat sms tadi..."erk...lambat lagi nak siap ni...ni melibatkan sentimen ni" erk...jawap aku pendek...huhu..."abg tak tengok dah berapa ramai blogger kena ISA?abg nak kena jugak ke?" ...jawap dia tegas...erk...takkan tulis blog mcm ni pun kena ISA ek?erk...aku stop dulu la...kang kena ISA pulak kang...huhu...
"I can avoid being seen if I wish, but to disappear entirely, that is a rare gift...I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
Kebanyakkan entry dalam blog ini adalah berkisar tentang kehidupan saya dan kekasih (sebelum bernikah yang kemudiannya saya gelarkan sebagai "isteri" selepas saya bernikah) saya (yang saya rujuk sebagai "dia" dan "xxx" didalam blog ini...nama sebenar saya dan isteri saya terpaksa saya rahsiakan demi kebaikan bersama)...juga diselitkan watak-watak yg sering berligar disekitar-sekitar saya...yang ingin saya kongsikan bersama dgn pembaca-pembaca budiman sekelian...
Ada juga entry-entry yg berbentuk keagamaan dan ilmiah yang di copy paste dari blog-blog lain atau dari artikel-artikel lain yang boleh di percayai kesahihan dan kebenarannya yang kadang-kadang disertakan juga dengan nas-nas dan dalil-dalil...
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya kandungan blog ini menyinggung perasaan anda atau secara kebetulan menyentuh kehidupan peribadi anda samada disedari atau tidak dan samada disengajakan atau tidak...dan secara langsung atau tak langsung...semoga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...aminnn...
"aku amat beruntung dan bersyukur kerana diberikan Allah kesempatan untuk menyintai, mengasihi dan menyayanginya dan pada masa yang sama dikurniakan dengan kurniaan yang sama juga darinya...telah aku curahkan segala jiwa dan ragaku hanya untuknya seorang..."
"kesedihannya adalah kesedihanku...keperitannya adalah keperitanku...kelukaannya adalah kelukaanku... kebahagiaannya adalah kebahagiaanku...kata-katanya merupakan penawar kepada kegundahan hatiku... nasihat-nasihatnya menjadi pembakar semangatku... kalau keperitan dan kelukaan terpaksaku tanggung demi melihat dia bahagia...akan kupilih keperitan dan kelukaan itu..."
"belum pernah aku mengecap kebahagiaan yang semacam ini sebelum mengenalinya...menghabiskan sisa-sisa hidupku bersamanya merupakan impian, cita-cita dan harapan yang aku pegang kini...tidak ada yang terindah dalam hidupku selain melihat senyum dan tawanya...membahagiakannya, mengasihi, menyayangi dan menyintainya adalah misi terakhir sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir..."
"dan sesungguhnya...aku mencintainya, terutamanya kerana AGAMA yang ada padanya"
I BACK... ^^
-
*Assalamualaikum...Wow! Dh lame sgt tak blog sendiri ni...Kalau ikutkan
banyak perkara berlaku dalam berapa bulan lepas...Kawan kawan blogger yg
lain t...
CONGRATS
-
TAHNIAH!!! eh2,tahniah mende ni?tetiba jer kn.x laaa...nk tahniah la kt dua
org kwn aku nih pise (Jaha Marky) n syuzi Syuzi Syofia kerana telah
melangsungk...
2 comments:
ooo.. sentiment.. ok2.. :)
huhu...bukan sentimental tau...ira tu mmg sentimental..erk...huhu...>>>>>>>>>>>>>>>>
Post a Comment