oh...blog aku dah ada follower baru...2 org terus pulak tu...menandakan blog aku ni dah bertaraf dunia dan dah diiktiraf oleh penduduk2 dan penghuni2 jalan wong ah jang, penduduk kat lorong belakang kfc terminal dan penduduk lorong belakang bangunan courts mammoth sebelah petronas berhadapan dengan hotel syahzan...dan penduduk2 dan penghuni2 yang seangkatan dengannya di tempat2 atau dilorong2 lain yang aku rasa mie, miey dan pise lebih arif tentangnya...bersempena dengan "terikut"nya dua org follower baru ni...maka dengan ini...saya...usop...bekas penari kebudayaan mengisytiharkan bahawa blog ini adalah bebas dari perkataan maki hamun...caci maki...perkataan lucah dan sebagainya...saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Queen aka Teratai dan Nur Shahida Ibrahim kerana akhirnya membuat keputusan bijak memilih untuk memfollow blog yang semakin meningkat naik namanya di tangga megamall kat depan tempat parking teksi yang aku selalu kena saman dengan MPK tu...grrr...tapi aku rasa aku tak perlu nak marah sangat sebab aku bukan pernah bayar pun saman tu...erk...pas aku balik laut ni nanti aku bayar la kot...erk...tak janji...huhu...
Sebagai rekod...Queen aka Teratai ni aku kenal kat tagged...tak pasti dia dapat kat mana ntah link blog aku ni...aku rasa dari blog syuzi kot...ntah la...anyway (kata omputeh) kita mengalu2kan kehadiran queen aka teratai dalam komunity Some Kind Of Wonderful...queen ni dulu dia ni boss grup apa ek kat tagged dulu...pastu budak2 dia semuanya selalu kena ngorat dengan budak2 emo...tu la...sapa suruh buat grup utk pompuan je...kan dah kena ngorat...seb bek boss dia da kawen...kalau tak pun mesti kena ngorat jugak...huahuahua...serba sedikit tentang queen ni yang nama sebenarnya terpaksa saya rahsiakan, beliau sekarang merupakan salah seorang mayor yang berjaya kat cityville dalam list jiran2 cv aku...dan merupakan salah sorang pemain cv yang aktif memberi energy dan zoning permit...tak rugi kalau kita add dia dalam list fren cv kita...dan utk Nur Shahida Ibrahim pulak...sebagai rekod...errr...dia takde sebarang rekod dalam memory hard disc aku ni...so kita mulakan lah save kan segala aktivity dia mulai hari ini...erk...
erk...kekasih aku ni mesti tengah tido sekarang ni...semalam aku tgk pkl 1 lbh pun dia tak tido lagi...ko tengok kat mana joe?erk...tengok kat status dia yang kena kaco antu tu la...iskk...asik kena kaco antu je dia...tapi aku rasa lebih baik kena kaco dengan antu dari kena kaco dengan manusia yang bertopengkan setan..."sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin"...jin tu adalah adik beradik antu setan semua ni...abih ada tu jin Islam tu camana pulak?kan diorg semayang...ngaji semua...tu dalam youtube tu ada pulak jin yang masuk Islam...pastu kan ke ko ada baca buku "berdialog dengan Jin Islam"...dalam buku tu kan org tu berdialog dengan jin yang baru masuk Islam...erk...pastu kan dalam buku Siri Bercakap Dengan Jin tu kan ada jin yang tolong Datuk Tamar Jalis setelkan masalah suara dari kubor tu...siap jadi imam semayang lagi...ntahlah...mungkin ada orang2 bijak pandai dalam bab2 agama atau ustaz2 yang boleh menjawap persoalan aku ni...ilmu dan pengetahuan aku masih terhad dan masih tak cukup utk menyelami alam ghaib ni..."apa hukum mempercayai pada antu ek ustaz" tanya aku pada satu hari kat ustaz aku...ustaz aku tu tak menjawap secara direct....cuma dia cakap macam ni lepas dia termenung lama..."benda2 ni semua ada"...ringkas je jawapannya...pastu tak lama tu baru aku terfikir...erk...
Rukun Iman
Kita wajib percaya kepada Allah . Percaya kepada keesaannya . Wajib percaya tiada tuhan melainkan Allah yang hidup tiada pemulaan dan tiada akhirnya , tiada yang menyerupainya , maha berkuasa , maha medengar , maha melihat dan maha mengetahui segala yang berlaku baik yang kelihatan dan tersembunyi. segala yang belaku adalah diatas kehendaknya
wajib percaya malaikat itu wujud . Dijadikan tuhan daripada nur ( cahaya ) yang sentiasa bertasbih kepada tuhan dan tidak pernah menginkari suruhan dan larangan Allah
Percaya kepada Kitab-kitabnya
wajib percaya bahawa tuhan menurunkan peraturan-peraturan dan perintah yang diberikan kepada rasul-rasulnya.
segala peraturan ini dikumpulkan dijadikan kitab. Kitab ini adalah terkumpulnya segala suruhan dan larangan yang dikenakan kepada manusia.
Percaya kepada nabi dan rasul
Kita wajib percaya tuhan mengirimkan pesuruh dan utusan kepada manusia sebagai ketua atau pembimbing manusia ke arah jalan yang benar .dan juga bertindak sebagai penyampai perintah dan larangan tuhan.
Percaya kepada Hari Kiamat
Kita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan hancur lebur , rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati , kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.
Percaya Kepada Qahda dan Qadar
wajib percaya segala yang terjadi adalah apa yang telah ditentukan dan ditetap kan tuhan sejak azali Percaya kepada Qadha dan Qadar
Rukun Islam
Tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam . Terdapat lima rukun....
Mengucap dua kalimah syahadat
sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Mendirikan sembahyang lima waktu
Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .
Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Berpuasa di bulan ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup
takde pun masuk rukun Iman atau rukun Islam hukum utk mempercayai kewujudan jin syaitan dan iblis ni...tapi kita percaya dia ada sebab dalam Quran amatlah jelas kewujudan jin syaitan dan iblis ni:
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيْسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ
“Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’ maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…”
ok...dah jelas semuanya...pasni sapa yang tak pernah nampak atau tak pernah terserempak atau tak pernah jumpa antu atau tak pernah dengar suara antu tu korang jangan la angkuh sangat, pastu cakap takde antu kat muka bumi ni...ianya semata2 sebab korang tak terpenuhi ciri2 utk dapat melihat antu...dan antu tu pun tak terpenuhkan ciri2 utk dia melihatkan diri dia kat korang...tapi sapa tau...satu hari nanti mungkin Tuhan akan penuhkan ciri2 tu antara korang dengan antu tu...biasanya org2 yang gong (bongkak, sombong, mcm bagus dalam base ganu) kata antu ni takde, ni tak lama...lepas tu mesti dia jumpa antu...
ada lagi citer pasal perbezaan jin, syaitan dan iblis ni...tapi aku macam malas nak copy paste kat sini sebab takut nanti korang boring pulak baca artikel copy paste ni...sapa yang berhajat nak mendalami ilmu jin dan iblis ni...korang gi la kat link ni: http://blog.re.or.id/perbedaan-antara-jin-setan-dan-iblis.htm ok...kita tinggalkan kejap citer antu raya ni semua...nanti kang kekasih aku takut pulak dok sorang2 kat darat tu...sian dia...hmm...
insyaAllah...dah tak lama utk aku kembali menjejakkan kaki ke daratan...nanti petang dapat la kot tengok nama dalam manifest flight utk esok...huhu...pasni aku nak tido la sempena nak tunggu kekasih aku bangun...harap2 dia ok...sihat walafiat dan tak kena kaco dengan antu masa dalam tidonya...aminnnn...dah 8.39 am...camana ni ek?nak tido ke guane?email pasal keja tak hantar lagi...tadi nak email kat opis bawah tu tapi line tenet problem pulak...nape ko tak pakai email dari laptop ni je joe?erk...mana bole...email aku kena pakai server client aku je...maknanya kena pakai pc diorg je...
dah panjang sangat dah ni...nanti ngantuk pulak mie dgn zaty baca...kalau kekasih aku tu lain la...dia memang tertunggu2 atau eager kata omputeh utk baca blog aku ni sampai abes walaupun isinya takde la best sangat mcm rasa pedal ayam dan leher ayan goreng yang dibeli di pasar malam gambut dan dimakan di benteng belakang megacity hotel sambil memancing belangkas...deli deli deli hel gaya...ho gay ho gaya ho gay gaya...erkk...sapa pulak pasang lagu hindustan pepagi ni...haizzzz...del del del del del kepala bana divana....erkkkkkkk...ada pulak duet yang pompuan pulak nyanyi...lagu menda ni...kalau kekasih aku baca ni mesti dia tau lagu apa...dia kan suka hindustan...hari tu siap bole ikut nyanyi kat radio lagu hindustan tu...kwang3...pasni dia mesti piat telinga aku kalau aku jumpa dia sebab aku dah dedahkan satu lagi kelebihan dia...huahuahua...amaran keras pada mie dan pise...korang jangan kutuk kekasih aku pasal lagu hindustan tau...sebab nanti aku yang kena piat telinga...huhu...adehh...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ok la...nak stop kat sini...nak chit chat dgn kekasih aku pulak...huhu...
*kpd sygku...erk...nnt jgn piat tinga abg ek...ngeeee...adehhh...
8 comments:
hahaha.. gelak guling2.. wakaka
erk...jgn guling2...nnt jatuh katil..erk...huhhu
wakakakak~~~hidustan btl ira...
joe jgn lupe follow queen ek... dah berhari2 queen dh jd follower joe.. baru arini perasan ker? isk.. isk.. sob2...
erk...abes la aku kena piat nnt sin...adeh...huuhu
kuin : erk...da pasan sejak semlm lagi...huhu...nnt jap lg joe folo la ek...huhu
haha,,,ko ke ira yg suke industan?kikikiki
pise : huhu..bukan aku...bukan aku...huahuahua
Post a Comment