بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Tuesday, October 23, 2012

Puling

Burung Puling @ Tanau (sekadar hiasan)

Takpe, aku sabar. Aku sabar. Ni semua ujian dan dugaan Tuhan. Bukan sekali dua aku kena macam ni. Kalau masuk tahun ni maknanya dah 5 tahun peristiwa ni berulang-ulang. Walaupun dalam bentuk yang berbeza-beza. Kita hanya merancang, tapi perancangan Tuhan merupakan yang paling sempurna. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu tapi kemungkinan benda yang kita tak suka tu adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Cuma kita tak tau selagi sesuatu itu belum terjadi. Tapi jauh disudut hati aku, memang dah lama aku bersedia untuk sesuatu yang buruk macam ni. Benda yang selalu aku ingatkan kepada isteri aku, "sentiasa bersedia untuk sesuatu yang terburuk". Tapi masih ada harapan disitu. Last chopper hari Khamis. InsyaAllah, aku sempat berada didaratan sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Cuma tak seperti yang aku rancang je la. Mula-mula plan nak balik kampung, tapi bila dah jadi macam ni, beraya diperantauan je la dengan isteri aku sebab boss aku awal-awal lagi dah plan. Next trip aku gi laut ialah pada 1 November ni.

"Takpelah bang, ada hikmahNya" kata isteri aku semalam masa dia call aku. Lega hati aku sebab isteri aku dah memahami situasi kerja aku yang macam ni. Teringat cerita Idris, roomate aku dari Miri. Beriya dia janji kat isteri dia untuk bersama-sama menyambut hari raya puasa yang lepas, tiba-tiba dia tak dapat balik ke darat. Mengamuk isteri dia. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah takdir. Nampak macam best je keje kat laut ni tapi benda-benda macam ni yang menyebabkan orang fikir banyak kali nak keje kat laut. Kalau kat darat tu memang tiap-tiap hari boleh bersama-sama dengan anak isteri kecuali kalau outstation. Tapi tu pun masih boleh call. Tak macam kat laut. Nak call pun susah. Kadang-kadang je ada internet.

Tapi takpe la. Aku redha. Dah agak dah benda-benda macam ni mungkin dan akan berlaku. Lagipun aku agak hepi je sebelum naik laut hari tu. Masa sebelum pegi tu, aku sempat beli sepasang burung puling atau burung tanau. Dah agak lama aku teringin nak bela burung tu cuma susah nak jumpa. Orang asli pun takut nak jual sebab nak kena pakai lesen. Tapi tadi aku surf internet dia kata burung tu tak yah pakai lesen. Cuma burung bayan je yang kena. Takpe, nanti aku balik darat aku nak tanya:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Pahang/ 
Department Of Wildlife And National Parks, Pahang
Tgkt. 2, Bangunan Asia Life, Jalan Teluk Sisek,
 25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-517 8111/ 09-517 7733/ 09-514 3000
Faks/ Fax: 09-517 8822
E-mel/ E-mail pahang@wildlife.gov.my
 



Aku nak call samada nak kena lesen ke tak. Tapi kalau kena lesen pun takpe. Dalam RM 10 je sekor untuk setahun. Yang payahnya kalau diorg tanak keluarkan langsung lesen tu macam negeri Johor. Kat Johor semua jenis lesen untuk hidupan liar dibekukan. Agaknya sebab org Johor ni degil-degil. Semua binatang diorg nak bela. Bela ayam dengan kambeng dah la. Ni nak jugak bela musang dalam bilik. Nasib baik aku tak duduk kat Johor. Kalau tak mesti aku kena bela ayam serama je dengan ayam belanda.

Habis dah kat google aku study cara-cara nak bela burung puling tu. Dari makanan dia sampai cara nak membiakkan dia. Harap-harap aku berjaya tolong Jabatan Perhilitan untuk membiakkan burung-burung yang diancam kepupusan ni. Tapi tak boleh salahkan orang perseorangan jugak. Patutnya salahkan lah pihak-pihak berkenaan yang meneroka hutan dan habitat burung-burung ni bagi tujuan pembangunan. Malas ah nak citer. Ni dah masuk bab politik. Silap-silap kena ISA aku ni kang.

Kalau berjaya bela burung puling ni, aku rasa lepas ni aku nak bela burung murai pulak. Burung murai ni best sikit sebab kalau kita dapat bela sekor je nanti kawan-kawan dia datang bertenggek kat sangkar dia. Pastu nanti aku nak letak getah tikus dekat keliling sangkar dia. Nanti aku boleh dapat banyak burung murai. Huhu...memang best ah. Plan nak kena kemah boh. Jangan berangan je. Nanti tak jadi.

Tapi nanti mesti aku sibuk balik macam masa bela hamster dengan kucing dulu. Ada rutin harian nak kena bagi makan la, bagi minum la, nak kena buang taik la dan sebagainya. Tapi takpe la boh. Taik dia tak busuk mana dan dia takde kutu macam kucing aku tu. Tapi isteri aku suruh bela arnab. Aku dah study dah cara-cara nak membiakkan arnab-arnab tu kat blog ni http://mr-inspirant.blogspot.com/2011_05_01_archive.html     . Takpe, nanti aku nak kena study lagi. Kata mbak yang keje kat kedai pet depan rumah aku ni arnab takde kutu. So nantilah aku pertimbangkan. Lagipun aku nak bela yang bulu lebat macam kucing parsi tu. Susah nak dapat yang murah.

Tu semua aku KIV dulu. Aku ada projek yang lebih besar dari tu semua. Projek wiring besar-besaran kat rumah aku tu. Dengan projek nak kemas bilik belakang yang tertangguh sekejap sebab pasang kabinet baru kat dapur hari tu. Lepas siap pasang kabinet je, semangat nak kemas bilik tu jadi luntur balik. Tapi lepas ni aku nak kena kuatkan balik semangat tu sebab masa dah suntuk. Aku nak letak katil besar dengan gobok kat bilik tu. Biar senang kalau orang nak datang tido rumah aku boleh duduk kat bilik tu dengan selesa. Yang projek wiring tu tertangguh sebab MCB box tu dah penuh. Aku dah tak boleh nak sumbat breaker lagi dalam box tu. Nak kena tukar box yang besar. Sebab tu projek tu pun aku hold. Isteri aku pun dah banyak kali tanya. Lampu semua dah beli tapi tak pasang-pasang pun lagi. Lama-lama aku pun dah tak tau lampu tu dok kat mana. Nak kena beli baru la tu nampaknya. Lagipun nak pasang socket banyak-banyak dan nak pasang down light kat dapur pulak. Biar terang macam KLCC. 

Ok la. Dah time minum petang ni. Mat Jey dgn Rawi (roomate aku yang lagi 2) dah tunggu kat bawah. "Demo tak turun demo tak leh jadi saing kawe", Mat Jey dah warning aku sebelum dia turun isap rokok tadi. Terpaksa la aku stop kat sini.


*kepada isteriku...dah tak lama dah...insyaAllah...aminnnn...:D