
Showing posts with label ntah lah.... Show all posts
Showing posts with label ntah lah.... Show all posts
Thursday, December 8, 2011
Terpanggil
Hari ni Castleville aku tak boleh nak send atau received gift. Oleh yang demikian maka aku ambil kesempatan ni untuk menulis sepatah dua kata bagi menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum aku berangkat untuk beradu. Bukan beradu tenaga, tapi beradu mata untuk menghadapi hari esok.
Lepas tu, hari ni jugak aku rasa aku nak tukar cara dan corak penulisan aku mengikut susunan fragmen dan tatabahasa yang betul selagi aku termampu...tak nak lagi gunakan dot dot dot (...) untuk mengasingkan satu ayat ke satu ayat yang berikutnya, demi meningkatkan mutu pengeluaran dan quality blog aku ni.. Aku rasa dengan cara ini, blog aku akan dapat dipendekkan dengan "terbuang"nya dot dot dot tersebut. Aku rasa dot dot dot tersebut hanya sesuai digunakan dalam komen-komen di Facebook atau di ruangan chit-chat sahaja. Disamping itu juga, aku rasa, aku nak gunakan dengan sepenuhnya penggunaan seperti huruf besar, tanda koma, tanda seruan dan sebagainya mengikut garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya dalam penggunaan untuk nama-nama Allah, Islam dan sebagainya yang mana sebelum ni pun aku rasa aku tak pernah lagi gunakan huruf kecil untuk nama Allah dan untuk Islam.
Aku rasa mungkin korang (sebutan korang ni aku rasa aku akan kekalkan sebab ianya akan membuatkan blog aku masih tak formal kalau nak dibandingkan dengan blog Chedet, dan termasuk beberapa perkataan bahasa pasar yang lain yang aku rasakan perlu. Dan kalau perlu jugak, aku akan mencondongkan perkataan tersebut, kot...erk) tertanya-tanya kenapa malam-malam buta ni baru aku terpanggil atau buang tebiat untuk buat perubahan yang drastik macam ni. Aku rasa sebab pertamanya ialah sebab aku terkesima dan terdorong untuk mengikut gaya penulisan mantan Perdana Menteri kita iaitu Chedet. Korang boleh melawat blog dia kat sini: http://chedet.cc/blog/?p=646. Dulu Tun pun pakai blogspot macam kita ni jugak, tapi lepas blog dia ada problem, dia terus bertukar kepada Wordpress. Dan aku sendiri pun ada blog Wordpress jugak, tapi belum ada apa-apa entry pun kat situ sebab belum ada idea untuk berkarya. Blog tu aku ciptakan semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati aku pada mana-mana badan atau parti-parti politik, individu, peniaga, shopping complex hatta sesiapa saja termasuk pejalan kaki dan pemotong rumput dan penjual tudung bawal. Sesiapa saja tak akan terlepas begitu saja kalau ada perasaan tak puas hati bersarang dalam hati aku. Akan aku luahkan kat sana. Tapi sampai sekarang belum ada lagi insiden-insiden yang aku rasa perlu aku ketengahkan kat blog tu. Tapi satu hari nanti, mungkin. Mungkin nama anda-anda di luar sana akan naik kat situ. Kita sama-samalah tunggu siapa mangsa pertamanya.
Dan aku rasa, bukan aku sorang, malah korang-korang semua pun akan rasa terkilan dan sedih kalau hasil tulisan kita ni hilang macam tu je setelah beratus-ratus entry yang kita post. Agaknya Tun pun rasa macam tu jugak kot. Tapi nak buat macam mana. Setiap sistem ada kelemahannya. Biasanya kita takkan save entry kita ni kat tempat lain. Kita harapkan 100% pada Blogspot atau Wordpress atau apa saja provider. Tapi bila berlaku sesuatu yang tak diingini, barulah kita nak terngadah. Macam kekasih aku jugak, habis gambar-gambar kat blog dia hilang bila dia delete dari picasa. Kesian dia. Hasil nukilan beberapa tahun kebelakangan ni tercemar dengan begitu saja. Sabar je la yer sayang. Abg pun tak tau nak buat macam mana.
Dan sebab keduanya ialah sempena kedatangan tahun baru ni, aku rasa aku nak menaik tarafkan blog aku ke satu tahap global, dengan penggunaan tanda-tanda bacaan, frasa-frasa dan tatabahasa yang betul, bagi memudahkan pembaca-pembaca di luar sana menyelami apa yang cuba aku sampaikan. heheh...poyos!!!

Monday, September 19, 2011
Stop
aku dah letih...penat...tak larat dah...siku tangan aku yang dah sedia sakit sejak sebelum puasa hari tu bertambah2 sakit kalau berterusan main empire...ada lagi 3 acc aku tak bukak lagi...aku dah tak larat...siku aku makin sakit...bisa...macam dicucuk2...makin sakit bila bangun tido...agaknya muscle dia koyak...kalau salah urat tak macam ni...ni rasa macam bisa2...
semuanya berpunca dari casting kot...sejak pakai mesin pancing multiplier tu la tangan aku sakit...bayangkan kalau dalam 1 minit aku hayun joran paling sikit pun 4 kali...kalau sejam dah 240 kali...biasanya aku akan berada 2 jam lebih kat tepi parit tu...total semua sekali ada la dalam 600 kali hayunan joran sehari...patut la rosak siku tangan aku ni...sakit ni sebenarnya dah nak baik dah masa nak dekat2 raya tu sebab aku memang dah stop mancing guna teknik casting...tapi masa kat kampung masa raya hari tu memang aku dah bertekad nak guna teknik tu masa mancing kat kolam bayar tu...lagipun tangan aku dah agak ok dah...tak sakit sangat macam sejak akhir2 ni dan sejak2 lepas raya ni...pastu guna lagi teknik tu kat water park kat bp tu...last2 hampeh...sekor pun tak naik...abg aku jugak mancing dapat ikan putih...pakai umpan cengkerik...dulu aku pernah dapat toman sekor kat situ pakai teknik yang sama...sebab tu la kononnya aku nak mencipta semula sejarah kat situ...nak angkat barang pun tak kuat...baru ni aku ada mancing ikan puyu muyu...pakai joran ringan je...joran ringan pun tak boleh nak angkat sangat...kejap je pegang dah sakit...terpaksa guna tangan kiri...kekadang aku letak je joran tu kat atas tanah...bila pelampung dah tenggelam timbul bila umpan dilarikan ikan, baru aku angkat joran tu...
![]() |
| batu pahat water park |
![]() |
| batu pahat water park |
![]() |
| joran kecik ni aku dah tak kuat nak angkat |
Musim hujan
dah start musim hujan agaknya....tiap2 petang hujan...sejak minggu lepas...tak boleh jadi...walaupun hujan...aku tetap kuatkan semangat gi mancing...masa mula2 kuar rumah tu hujan dah berenti dah...on the way nak gi tempat mancing tu hujan renyai2...aku teruskan jugak pegi sebab hari sebelum tu aku dapat banyak ikan patung...masa aku mancing tu pun dalam hujan...dan masa tu jugak lah ikan galak makan umpan...masa minggu lepas tu aku dapat ikan patung, puyu muyu, lampam tira jawa dengan ikan lais aka selat...tak menang tangan...letak je umpan terus kena sambar....banyak jugak yang terlepas sebab terlalu ghairah nak senjoh (sentap)...pastu ada dua ekor ikan lampam ni...bila aku masukkan dalam bekas tu dia start terbalik...dah nyawa2 ikan...aku dapat 3 ekor...2 ekor mcm tu...mula2 yang kecik ni aku lepaskan sebab aku tau mesti nyawa dia tak sempat aku nak bawak balik masuk aquarium aku...demi tercampak je kat dalam parit tu semula...hilang terus anak ikan lampam tu...haremmm...pastu yang besar tu pulak aku terpaksa lepaskan...abes dah teknik cpr segala bagai aku bagi kat ikan tu...terbalik jugak timbul dalam bekas aku tu...masa aku cmapak tu dia terpusing2 kat depan aku...lepas 5 kali pusing terus hilang ikan tu...hmm...sabar...aku sabar...sambil bertekad ikan lagi sekor tu aku tanak lepaskan walaupun dia mati depan mata aku...dan tak lama masa aku sampai rumah...yang sekor tu pun mati jugak...aku nak bawak portable gas tu la len kali kalau mancing...biar dia boleh tahan...ikan lain memang boleh tahan...ikan lampam je ni yang tak bape kuat...
![]() |
| ikan lampam tersebut sejurus sebelum aku campak semula ke dalam parit tu |
![]() |
| posisi dia banyak terbalik je masa kat dalam bekas ni...aku dah bagi cpr tapi tak dapat nak diselamatkan jugak |
pastu aku gi kat hujung parit tu sebab tengok kocak air dia memang boleh tahan ikan besar2...tak lama dok situ...terus sangkut sekor puyu muyu...baru aku tau mana port puyu muyu selama ni...agak susah nak naikan puyu dewasa ni sebab dia ni spesies yang suka berpindah minda...kena trace je semua tempat...hari tu aku pakai 2 mata kail...sekali tu...2-2 mata sangkut puyu pada masa yang sama...menandakan betapa banyaknya puyu kat tempat tu masa tu...
![]() |
| sekali angkat 2 ekor sangkut...terer... |
![]() |
| hasil tangkapan hari itu... |
3 hari
tapi sejak 2-3 hari ni cuaca agak buruk...siap dengan petir dgn kilat...agak ngeri jugak nak kuar rumah mancing time2 macam tu...kalau setakat hujan renyai tu aku boleh redah lagi...kalau dah siap petir dgn guruh aku pun dah tak berani...dah la tempat aku mancing tu kawasan lapang...pastu dalam 3-4 hari lepas aku mancing kat sungai yang selalu aku mancing tu...pakai umpan ikan selayang dengan mata kail custom made yang aku buat memang best la maknanya...last2 sekor pun tak sangkut...kena tarik bukan main lagi...tapi taknak sangkut jugak...last2 pakai mata jaring jugak yang bagus...sangkut 2 ekor ikan tengas dengan sekor ikan putih...hari ni aku survey sungai tu...tempat aku selalu mancing tu dah tenggelam...air dah naik...tak lama lagi nak banjir kot area kuantan...kalau hujan berterusan selama 3 hari 3 malam...
Gitar
Kad raya
aku stop sini la...takde mood nak teruskan...

Sunday, August 28, 2011
Tertutup Pintu Hati
pemikiran diorg memang dah tak dapat aku nak betulkan lagi...pemikiran diorg seolah2 mementingkan diri sendiri...tak nak fikirkan kebajikan orang lain...asalkan perut diorg terisi...kesusahan orang lain tu adalah bahagian mereka sendiri...seolah2 orang2 yang susah ni taknak berusaha untuk memajukan diri diorg...dan orang2 susah ini akan harus berhadapan dengan dosa kesusahan mereka yang berpunca dari malas atau sebagainya...ini bukanlah satu sikap seorang saudara Islam yang baik...
kenapa diorg masih nak sokong seorang pemimpin yang terang-terangan menjadi hamba dajjal?sebab diorg dah berpuas hati dengan penindasan yang dikurniakan kepada mereka...susah nak ubah pemikiran yang telah bertapak dan berakar umbi dan sudah menjadi darah daging diorg...aku dah sampaikan...mereka dah tau kebenarannya...terhadap keluarga aku sendiri...aku gagal nak bimbing....tanggungjawab aku, aku dah laksanakan..."Ya Allah...bersaksilah...bukankah aku telah menyampaikan..."
tak best sangat ah suasana raya kali ni...bosan jadinya...kecewa pun ada...apa lagi yang melibatkan aqidah...dan...apa lagi ianya melibatkan orang2 yang rapat dengan kita...
"lantaklah abg...diorg dah diajar sejak awal lagi, memang tak nampak kebenaran...ada manusia yang memang Tuhan butakan hati untuk dapat petunjuk...mungkin dari segi amal ibadat, diorg ok...tapi dari segi ni tak...kan?" kata kekasih aku masa aku sms dia menyatakan kekesalan aku tentang apa yang berlaku sebentar tadi...haah...baru aku teringat...memang Tuhan dah berulang kali nyatakan dalam Quran...Allah takkan bagi petunjuk dan takkan memberi hidayah pada orang yang dia kehendaki...memang Tuhan taknak dia sedar...memang Tuhan dah tutup pintu hati dia...
malas la nak tulis lagi...rasa nak minum air pulak...
*kepada kekasihku...jom kita balik kuantan...erk...

Sunday, August 7, 2011
Heart
akhirnya tadi dapat jugak aku baca komik kegemaran aku...semalam nak baca tapi belum sampai lagi yang baru...hari ni aku datang sekali ada yang baru dengan yang keluaran bulan2 lepas punya...yang terbaru no 585 kot...dengan no 583 je yang ada...no 584 takde...takpe la...aku boleh agak2 je la jalan citer dia...nanti ada masa aku nak gi umah abg ipar aku kat tangkak...dia memang tak pernah miss beli tiap2 bulan...ntah tahun bila la baru aku sampai umah dia ek...?
tadi baru lepas hantar lisa gi klinik...kekasih aku kata dia sakit perut...najis dia cair...pastu sakit mata...sian lisa...kena tahan kat wad sampai dia sembuh...tak tau la bape hari kena tahan kat wad...takpe la...kalau dia dok dengan kekasih aku...mesti kekasih aku tak tau nak wat apa...kalau bagi aku jaga nanti lagi la...diri aku sendiri pun tak terjaga...erk...biarlah dia dapat rawatan yang sewajarnya kat situ...lagipun doctor dia baik...besar dan sihat je...mungkin disebabkan kesan dari proses pemutihan...menda yang putih pun aku tak tau...aku tengok dia gelap je macam biasa...erk...dah2...jangan nak mengumpat bulan2 posa ni...nanti dapat lapar dan dahaga je...kalau dapat lapar dan dahaga takpe jugak...dapat jugak sesuatu...kalau tak dapat pape lagi rugi...erk...
hari ni aku gaduh lagi dengan mak aku...iskk...tu la salah satu sebab aku malas nak balik kampung...baru aku perasan hari ni...perangai mak aku ni sebenarnya sama dengan perangai aku...suka gaduh...suka bertekak...selagi apa yang dia nak tak terpenuhkan...selagi tu dia tak puas hati...sebagai seorang yang mempunyai hati yang lebih keras dari titanium...aku pun taknak berganjak dengan kehendak hati aku...last2 aku menang kot...setelah berapi2 telinga aku menahan segala kata2 berbisa yang keluar dari mulut mak aku...aku malas nak bertekak lagi dengan mak aku time2 puasa ni...kalau aku menjawap lagi...sampai bila pun tak abes...susah nak betulkan minda mak aku ni...sama susahnya aku nak terangkan pasal BN dulu zaman nak merdeka dengan BN zaman sekarang ni...dulu semuanya telus....sekarang...ntah lah...malas nak citer...dulu mak bapak aku anggap BN ni la yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu...diorg pernah rasa zaman penjajah dulu...mungkin sebab tu lah diorg masih rasa terhutang budi pada UMNO...tapi tu UMNO dulu...bukan UMNO baru...diorg kat kampung cuma dapat info dari tv1,tv2,tv3 dan astro...semuanya kroni...diorg takde baca harakah dan akhbar keadilan...persekitaran diorg semuanya tak tau apa yang berlaku dalam internet...sebab aku rasa kat area rumah aku...cuma rumah aku je yang ada internet...dan lagi...johor kan negeri BN...so...faham2 je la ek...dalam family aku, cuma aku dengan abang ipar aku dengan kakak ipar aku je yang tak BN kot...yang lain semua BN belaka...yang lebih kelakarnya abg aku yang no 5 la...die hard fan BN...tapi bila tiba time mengundi dia tak pegi...register pun tak...nak mengundi menda...hampehhh...pepagi bertekak dengan aku kat meja makan bukan main lagi...bila tanya "ko nak mengundi kul bape?"...senang je dia jawap..."aku tak mengundi...aku tak daftar"...hampeh...dah ko bertekak dengan aku tu wat pe?grrrr!!!
mak aku selalu salahkan aku sebab aku dah jarang balik kampung...keja pun tak menentu...tetiba je boleh pegi laut...suruh standby minggu pertama nak kena pegi laut konon...bila sampai hujung minggu pertama baru dapat email kata postpone sampai ke tengah bulan...kalau aku citer kat mak aku dan adik beradik aku pasal benda2 ni mesti diorg tak faham...dan tak keterlaluan kalau aku rasa mesti diorg kata aku dah malas nak balik kampung...sama macam orang2 lain yang kalau diorg call aku tak angkat tipon...mesti diorg kata aku tanak bagi diorg pinjam duit atau sebagainya...padahal aku kat tengah laut...last2 aku tutup hp kalau gi laut...lagi senang...nanti ada lagi suara tanya nape tak reply msg?mana nak replynya...mana ada sms masuk kalau hp off...kalau masuk pun nasib2 la kot...benda2 macam ni aku kena telan je...tak leh nak luahkan...takleh nak terangkan...kalau terangkan pun buat dahaga tekak je...diorg takkan faham dan taknak faham...dan lebih sakit hati bila diorg anggap benda ni merupakan suatu excuse...bila dah tua2 ni baru aku faham erti kehidupan...walau dengan family sendiri...dengan adik beradik sendiri...sikap buruk sangka tetap ada dalam diri diorg...mungkin aku pun macam tu agaknya...lantak lah...aku dah letih...lagipun bukan diorg yang bagi aku duit tiap2 bulan...aku jugak yang nak kena pandai survive utk hidup dalam dunia ni...nasib baik aku ada kekasih yang memahami...lebih memahami aku dari keluarga aku sendiri...
kalau jadi macam tok tanpa nama kan best...dia dah memencilkan diri dari dunia kepahlawanan...anak2 buah dia sendiri pun dah tanak kacau dia...biarkan dia menghabiskan sisa2 hidup dia jauh dari kehidupan yang berbau darah...hidup aman dan sentosa tanpa ada sesapa yang ganggu dia...tak terikat dengan sapa2 lagi...bini dia pun dah lama mati...kena bunuh...mayatnya sampai hari ni masih tak ditemui...sebut pasal tok tanpa nama...baru aku teringat nak citer...aku sekarang dah bergelar datuk...sebab anak buah aku yang paling tua dah dapat anak pompuan...bila ntah aku pun tak tau...tetiba je dah dapat..."nanti abg nak bagi tau kat cucu abg tu abg takde nama...biar dia panggil abg tok tanpa nama"...kata aku kat kekasih aku...pastu dia cakap apa ntah aku pun lupa...sebab aku asyik terbayang yang akhirnya dapat jugak aku jadi tok tanpa nama...pengikut2 aku semua dah mati...ada yang dah berpaling tadah bila aku dizaman kejatuhan...orang yang paling aku percaya tu lah orang yang mula2 sekali berpaling tadah...disaat aku memerlukan sokongan pengikut2 setia aku...takpe...masa tu lah aku tau sapa kawan dan sapa lawan...alhamdulillah...Tuhan dah tunjukkan segalanya...tok tanpa nama akan bangkit dari kejatuhan walau tanpa sokongan sesapa...bak kata pepatah "dari hidup bergelumang tahi, lebih baik mati bertimbun bunga"..."cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk agamaku.... cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk keduniaanku...cukuplah aku bersandar kepada Allah terhadap orang2 yang melakukan penganiayaan kepadaku...cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk menghadapi sesiapa yang berniat jahat terhadapku...tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah"...maksud doa dalam pengabdian kerana ada sesuatu perkara...
Firman Allah yang bermaksud:
"dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al Baqarah: 155)
oklah...cukuplah luahan hati untuk malam ni....tulis panjang2 pun mak aku bukan baca pun blog aku ni...lagipun aku nak layan citer heart kat astro pelangi...ada acha septriasa beb...erk...

Friday, May 27, 2011
babi pun jauh lebih baik...
babi ni jauh lebih baik dan berguna dari sesetengah orang dalam dunia ni
sempat ke tak ek aku nak tulis blog ni...bila2 masa je siap la keta aku ang tengah servis tu...tadi dia kata dalam pukul 5...tapi pastu ada tambahan...nak tukar v belt la pulak...terbang lagi RM 181.20...sapa kata keta baru takyah kuar duit...silap2 haribulan servis untuk maintenance dia pun mencecah RM500...hari ni dah tentu melayang RM400 aku...iskk...tak berbaloi...bek pakai keta second hand je...dengan harga keta aku tu...aku boleh dapat mercedes second hand...merc ni bukan apa...memang spare part dia mahal...tapi tahan lama...kurang2 boleh tahan 5 atau 6 kali ganda dari riwayat spare part keta jepun...lagipun ada pomen tu cakap kat aku, rata2 part2 keta jepun ni boleh tahan dalam 3 tahun je...pastu nak kena tukar...yer la...kalau boleh tahan sampai 10 tahun...gulung tikar pulak la diorg nanti...takkan nak harap orang beli keta je...sekali tsunami...beribu keta diorg total lost...semua tu diorg dah amik kira...
hari ni majlis pernikahan mie...erk...pernikahan twin mie...tapi dia punya selok macam mie yang nak nikah...abih mie bila pulak?erk...sibuk tanya orang...ko tu bila joe?aku?ooo...aku ni nikah nak tunggu orang aturkan...dari pihak family aku...sampailah ke kawan2 aku...semua sibuk nak menyibuk dan nak masuk campur dengan kehidupan aku...semua diorg nak aturkan...kalau boleh hidup mati aku biar diorg aturkan...tu kalau aku bagi acc bank dengan kad atm aku dengan kad kredit aku tu...kecik tapak tangan, laut china selatan diorg tadahkan...tak cukup laut china selatan, benua tamadun lumeria (sila rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Lumeria) diorg tadahkan...termasuk lah siapa yang layak dan tak layak berkapel atau menjadi calon isteri aku...dulu bekas kawan aku tu pandai tanya "diorg yang nak kawen ke ko yang nak kawen?"...tapi bila aku dapat awek yang cun dan dia macam tak berjaya nak tekel awek tu...boleh pulak dia atur sendiri ikut kehendak dia...kononnya nak tolong aku...kononnya awek tu tak sesuai dengan aku...dan tindakan dia ni seolah2 nak balas dendam..."aku tak dapat...ko pun tak boleh dapat awek tu"...
dari awal aku kenal kekasih aku...ramai yang cakap macam2 pasal aku kat kekasih aku...tapi kekasih aku ni tak bodoh sangat macam diorg2 yang berkata2 tu...kekasih aku ni suka kaji dulu perangai aku...kenyataan2 seperti:
1] joe tu pandai layan ramai pompuan dalam satu masa
2] joe tu nak yang cun je
3] hati2 dengan joe...dia tu playboy
4] joe tu dah kawen
5] joe tu ada skendel dgn xxxx dan xxxx
6] joe tu ramai awek
erk...banyak lagi...aku sampai dah lupa...dan aku perasan, sejak aku kecoh2 pasal benda ni, ramai yang dah tak rapat dengan aku...termasuklah kawan2 yang dulunya amat rapat dengan aku...termasuklah kawan2 yang aku percaya dunia akhirat...kawan2 yang aku sanggup mati demi diorg...patutlah diawal perkenalan aku dengan kekasih aku tu, banyak kali dia tanya aku..."yang tu boleh caya ke bang?"..."yang ni boleh caya ke bang?"...mula2 aku tak faham sangat maksud dia dengan pertanyaan yang macam tu...sampai lah kesatu tahap...dia citerkan semuanya satu persatu sapa yang pernah cakap macam2 yang kat atas tu kat dia...kalau korang ada terlepas cakap kat dia dengan soalan2 kat atas tu...lebih baik korang melutut depan aku lepas ni....hak3...korang tak akan terlepas....biar korang jadi macam kera sumbang...biar korang rasa terpinggir dengan dosa korang....macamana terseksanya aku dengan tindakan korang...macam tu lah aku taknak korang selesa hidup didunia ni...biar korang dibelenggu rasa bersalah...aku tak pernah kacau korang...nape korang sibuk dengan kehidupan aku...apa salah aku kat korang...??
biar aku jawap...tu semuanya adalah kesan dari hati yang busuk...yang tak boleh tengok orang lain senang...tak boleh tengok orang lain lebih dari korang...tak boleh tengok joe black ada kekasih...tak boleh tengok ada awek yang kroang tekel tak berkenan kat korang...tapi berkenan kat joe black...kononnya demi kebaikkan awek tu, jangan sampai terpedaya dengan permainan joe black...padahal biar awek tu suka kat kroang kan?cipta semua keburukan joe black dan fitnah kat awek tu pasal joe black...dengan harapan, "ooo...bagusnya dia ni...nasib baik aku tak jatuh cinta dengan joe black....kalau macam ni...baik aku bercinta dengan dia je"...
aku nak tanya lagi...apa yang kau boleh tolong kalau kau citer semuanya kat org lain...terutamanya kat family aku?kau nak apa?apa tujuan kau?kau baik sangat ke nak atur kehidupan orang lain?family kau tu semua dah ok ke?kalau mati nanti semua masuk syurga ke yang kau sibuk2 dengan hal orang lain?apa yang kau busuk hati sangat?ada aku kacau family kau ke?kau tu tak pernah buat dosa ke?apa yang kau tau pasal aku sampai kau ambik keputusan drastik nak masuk campur urusan aku?sampai sekarang aku tak pernah sangka bahawa aku berkawan dengan seorang yang busuk hati...aku rasa orang macam ni tak layak hidup dalam dunia ni...kita bagi madu...dia balas dengan racun...kita bagi dia makan...dia gigit kita balik...kita tolong carikan kerja...dia pulak nak jatuhkan kita...manusia ke tu namanya?aku rasa babi pun lebih baik dari orang yang macam tu...babi tu kita bagi makan...dia tak gigit kita balik...cukup masa...boleh jual...pastu dapat duit....kalau sembelih manusia, apa yang kita dapat?silap2 kena penjara...menyusahkan...dan merugikan bela manusia yang macam ni...itulah salah satu sebab kenapa aku pindah...lepas ni korang tak yah tanya lagi kenapa itu dan kenapa ini...aku dah tak larat nak dengar...sebelum korang tanya.aku...korang tanya dia dulu...kenapa masuk campur dalam rumahtangga aku....
p/s - kepada sesapa yang terasa dengan tulisan aku kali ni...korang lah babi tersebut diatas...hak3

Saturday, May 7, 2011
Sedihnya...
"ok la zxx...nak wat keje pulak"...kata abg zul yang bingkas bangkit dari katil dia..."wat pe keje...relax je...contractor yang buat keje pun nak sibuk"...kata aku pulak sambil komen2 kat fb dgn ayu..."suka aku dengar statement ko...hahaha...aku nak tau progress je"...kata abg zul lagi..."ala takyah...tido je la...nanti petang bole tanya progress"...kata aku kat dia...dan dia pun berlalu sambil gelak2 tinggalkan aku sorang2 kat bilik ni...tadi ada safety meeting...dari kul 6.30 pagi sampai nak dekat pukul 8 baru abes...lepas meeting tu dok jap kat smoking room...isap rokok sambil minum air barli..."pengumuman kepada warga xxxxxx...gotong royong akan diadakan di lower deck pada jam 8.15 pagi...terima kasih"...announcement dari RO...ada gotong royong pulak...sabtu lepas aku dapat skip sebab aku kena wat kerja urgent...hari ni tak dapat skip dah la sebab aku memang dah takde keja...tinggal tunggu chopper je esok..."bereh dah keje?" tanya RO semalam kat smoking room..."bereh dah bang...tinggal tunggu chopper je ni...abg letak nama saya paling atas sekali masa booking nanti eh...orang lain punya tak letak pun tak pe...hehe"...kata aku kat RO...dengan harapan dia penuhi permintaan aku...yer la...30 org lebih balik esok...takut takde chopper je...iskk...
petang ni baru tau nama ada ke tak...kadang2 nama ada pun tak boleh balik jugak...sampai chopper tu dah betul2 landing kat airport tu abrulah confirm memang dah balik dari laut...sebab selalu je jadi kes chopper rosak, pastu singgah kat platform berdekatan...pastu kena stay pulak kat sana...pastu ada pulak nanti cuaca buruk la...chopper tak boleh landing kat platform la...angin kuat la...chopper tak nampak platform la...dan macam2 lagi...sebab tu aku kata selagi tak landing kat airport...tak confirm lagi aku dapat balik ke tak...iskk...
dah agak lama tak jumpa kekasih aku...rindunya wasew...rindu nak ronda2 kuantan dgn dia...rindu nak minum cool blog dgn dia...rindu nak jalan2 kat sawah padi dengan dia...erk...rindu jugak kat keta aku...apa citer agaknya keta aku tu...sian dia...berhujan dan berpanas 11 hari 9 malam...iskk...dah lama aku tak dok lama2 kat sesebuah platform...paling lama 13 hari setakat ni...yang ni 11 hari...kalau semuanya ikut macam aku plan cuma duduk dalam 8 hari je...tapi kita plan sendiri...tak melibatkan orang lain...bila dah sampai platform...kita kena ikut plan diorg jugak...kena give and take...kita tolong diorg...diorg akan tolong kita balik...takleh nak wat keras macam tu je...yang lain2 keras tu takpe la...erk...skip2...huhu...kaki aku ni dah keras2 dah...semua dah tegang2 urat sebab asik turun naik tangga je...lama2 boleh jadi body builder aku kalau macam ni...tak larat dah membanting tulang empat kerat kat sini...setiap masa berpeluh....erkkk...aku baru nak suka...tetiba dapat call dari boss aku...iskkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!
boss aku call tadi...memang aku boleh balik dah esok...tapi kena naik platform lain pulak khamis ni...iskk...12 hb 5...maknanya tak dapat nak sambut besday kekasih aku...sedihnyaaaaaaaaaaaaa :'((
iskk...rasa macam takde mood na abeskan entry kali ni...harap2 ada benda2 baik yang aku dah buat yang akan Tuhan balaas dengan mendelaykan next schedule trip aku ke platform tu...sebek...tobak ah...
stop la kat sini...
*kpd syg ku...sayangggggggg...iskk...sedihnyaaaaaaaaaaaa....:((

Subscribe to:
Posts (Atom)






















