بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Sunday, April 18, 2010

Isolation


Hari ni aku rasa paling tak best sekali...dah 2 hari sejak malam hari khamis hari tu aku tak bercakap dgn dia...kesilapan teknikal kat mana ntah...boat yg bawak aku tu tak pegi Txxxg...bot tu terus gi Kxxxxg...sebelum naik bot tu aku dah pesan kat dia call aku kat Txxxg...iskk...pastu sampai Kxxxxg dah pukul 11 mlm...internet takde...telefon kat Kxxxxg rosak plk..dari kul 6 ptg...kul 11 baru sampai Kepong...5 jam dlm bot...bongok je rasa...sampai Kxxxxg je terus mandi...makan...pastu tido...esoknya wat keje skit...sampai petang...telefon tak ok lagi....takde chan la nak call dia nak inform...sedihnya...tapi hari ni yg aku paling terasa sekali aku rindu dia...nasib baik kawan2 aku yg dua org ni faham...banyak bagi nasihat dan perangsang utk aku mengharungi hidup aku tanpa dengar khabar dari dia...walau mcmana pun...mlm ni aku nak cari jalan nak call dia...rasanya telefon tu dah bole pakai kot...hurmm... :(
sejak bangun tido pagi tadi aku dah rasa lain...aku tak tau mcmana ntah keadaan dia...aku rasa dia pun mesti rasa mcm aku rasa....rasa kehilangan yg amat sgt...semua yg aku buat serba tak kena...aku rindu sgt kat dia...menda ntah diaorg borak lepas mkn tghari tadi pun aku tak tau....takde menda yg masuk dlm kepala otak aku walaupun suara diorg keluar masuk kat dlm telinga aku ni diasak dgn citer2 pasal offshore dan kehidupan di offshore...fikiran aku melayang jauh teringat kat dia...iskk...sampai satu tahap tu aku rasa mcm serba tak kena....tak bole fikir menda lain dah...sakitnya rasa jatuh cinta...dalam bnyk2 kesakitan yg pernah aku rasa....sakit jatuh cinta ni la yg aku rasa tak tertanggung sekali..."kawen je la ubatnya Sal (Sal tu nama panggilan aku dikalangan contractor dan client...kira nama formal la tu)...aku pernah rasa doh perasaang mcm tu"...kata Zali...aku pun rasa mcm tu Li...lama dah rasa mcm tu... lepas mkn tghari tu aku bukak laptop…tgk gambar dia untuk kesekian kalinya….terubat skit rindu aku kat dia…bukan sekejap aku tgk pic dia….dari pkl 3 sampai pkl 6…sambil dengar lagu2 yg dia suka... :(
"Bakpe tok semayang jamak sekali tadi?"tanya Zahid..."erk...aku lupa niat jamak sekali tadi"....Zahid tanya aku masa lepas semayang garib (maghrib dalam bahasa ganu) ….”walau mcmana pun aku mesti nak dengar suara dia mlm ni” …kata aku dlm hati….ntah mcmana ada pulak wife brader client aku tu call…aku mmg dah dari td pesan kat brader tu…kalau wife call, mintak tlg sampaikan sms kat dia…bgtau suruh call aku kat no platform ni…mmg rezeki aku agaknya…lepas wife dia call….tak lama dia pulak call……..yezzaaaaaaaaa….bestnya… :)
Huhuhu….terubat sudah rindu dendam aku kat dia….pada masa yg sama rupanya dia pun mcm tu jgk…tiap2 hari dia tunggu email aku ….dah puas dah dia call platform yg aku bgtau dia mana next location aku….tp tak dpt jgk….org platform pun tak tau aku ada kat mana….bestnya dpt dengar suara dia….mcm ada semangat baru meresap kat dlm tubuh aku…lepas dia call tu tetiba je rasa lapar….benda yg aku dah tak peduli sgt sejak aku tak dengar suara dia….kalau tak…apa yg diorg masak semua aku telan je…tak peduli dah sedap ke tak….lepas dia call je aku terus masak megi…hehe….tetiba je aku rasa megi yg aku masak tu lebih sedap dari biasa…kwang3….
“berubah dah muka….ceria semacam je” kata zahid….aku jadi tersipu2 malu….tapi control je la….huhuhu…betul kot apa yg zahid ckp….aku pun rasa bersemangat je lepas2 pada tu…terus layan diorg borak sampai pukul 1 pagi …skrg dah kul 1.13 pagi….diorg semua dah tido kot…tp aku masih terus menaip blog ni sambil ditemani lagu Estranged dendangan Guns and Roses…”mmg kena pada suasana yg mcm ni”….aku teringat kata2 Dj kalau dia dengar lagu yg sesuai dalam keta aku pada masa yg sesuai plk dgn keadaan dan suasana waktu itu…maknanya suasana pada waktu tu kena pada lagu yg sedang berkumandang….terbalik2 dah aku taip ayat ni…harap korang paham lah ek apa yg aku cuba sampaikan ni…huhuu…
“abg gi laut 27hb kan? Nnt xxx nak abiskan masa dgn abg hujung minggu ni” …masih terngiang2 kata2 dia utk plan bercuti dan berjumpa dgn aku hujung minggu ni….bestnya….tp tak tau la….bila lagi dpt berjumpa dgn dia lepas2 tu… dia tak sihat….demam….sian dia…aku dah pesan dah kat dia kalau tak baik dlm masa 2-3 hari ni…pegi klinik…dan memang tiap2 kali lepas semayang aku tak pernah lupa utk doakan kesihatan dia…syg sgt kat dia…
Esok aku gi Txxxg…tk tau la kul bape….tapi kalau ikut plan diorg tu petang baru bot tu sampai….aku dah pesan kat dia kalau nak call….call la pukul 1…time tu org tgh sibuk tido lepas lunch…so clear skit la aku nak borak dgn dia…err…parok dah ni…aku ingat kan bole je kalau tak dengar suara dia….tp dua hari lepas dah menjadi bukti dan saksi bahawa aku dah tak kuat mcm dulu…aku dah tak bole tahan kalau tak dengar suara dia…”kalau tak dengar suara pun….tp dpt ym atau komen2 kat fb atau sekurang2nya dpt email pun bole dah nak ubat rindu…tapi kali ni apa pun tak bole…"tu yg tak bole tahan tu”….aku bgtau dia masa ckp kat telefon dan dia mengiyakan kata2 aku….mmg kali ni paling teruk sekali sbb semua channel terputus….
Kalau ada keje mungkin aku tak rasa sgt sbb sibuk wat keje….tp keje aku semlm lagi siap dah…hari ni mmg takde menda nak buat ….pepagi lepas suboh aku dah tunggu kat heli deck….tunggu nak amik gambar matahari naik….tapi mcm biasa….matahari pagi tetap tak bersahabat dgn aku….selalu je terlindung awan….masa tunggu matahari naik tu la aku selalu teringat dia….sebab dia dah pesan utk amik gambar sunrise tu utk dia….tiap kali aku merenung sinar matahari pagi diufuk timur…tiap itu jugak aku teringat kat dia….perasaan sedih dan rindu bercampur baur…sakitnya….
Dah pkl 1.32 am…aku rasa nak stop dulu…nak tido….biar rasa cepat masa berlalu dan biar cepat pula aku pulang kedaratan….tak puas rasanya dengar suara dia tadi….aku nak balik….aku dah bosan dok kat sini….aku rindu dia sgt…. :(
*blog ni aku draft pada 17 April 2010....masa ni aku terputus hubungan dgn dunia luar..takde telefon dan internet langsung kat tgh2 laut tu..sedey.. :(

No comments: