بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, May 23, 2011

Lupa Starang



22nd May 2011

tak best sangat kena draft dulu entry ni...pastu bila sampai darat baru boleh publish...dah, nak wat camana...line tenet kat sini takleh pakai...dah connected dah tapi memang tak leh nak wat apa...semua jenis no proxy aku dah masukkan tapi dah memang ketentuanNya bahawa aku tak boleh nak online kat sini, pada ketika ini dan semalam, dan pada trip aku kali ini...takpe lah...aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kekasih aku dapat jugak call aku kat sini cuma tak semudah macam biasa pertamanya sebab ramai orang gunakan telefon kat sini dan keduanya sebab katil aku ni, kali ni aku dapat katil atas...agak menyukarkan aku untuk mengejar telefon bila ianya berbunyi..."telefon...telefon berbunyi...ada haiwan dalam bahaya...ada haiwan dalam bahaya disana"...erk...

best jugaklah trip kali ni...sampai2 je kat sini, masa tengah safety briefing, no 1 (kat sini no 1 ni kira boss pelantar lah, aku pernah jumpa dia ni...dan dia masih ingat muka aku lagi...aku rasa masuk ni dah 3 kali aku jumpa dia...sekali kat platform lain, masa tu dia gantikan sementara utk platform tu dan sekali lagi kat platform ni jugak) terus datang jumpa aku...(biasanya aku yang kena jumpa boss platform sebagai melapor diri lepas briefing tu, tapi kali ni dia yang cari aku dulu)...dia tanya kalau2 aku boleh buat load test lepas2 ni...pastu aku cakap lah kalau semuanya dah ada on board dan kren dah ready, boleh je aku buat masa tu jugak...dah memang sikap aku, erk...ni bukan nak masuk bakul angkat sendiri atau nak tunjuk aku ni bagus...ni nak bagitau je sikap aku yang satu ni dan alasan dia kenapa...ok...kita sambung...dah memang sikap aku ni jenis tak suka bertangguh kerja...pertamanya ialah kerana; kalau cepat aku buat kerja...cepat jugak lah aku boleh relax...keduanya sebab keadaan cuaca yang tak menentu...kalau dah time tu cuaca molek...buat je la...kalau dah hujan...terpaksa postpone kerja tu...silap2 dengan schedule nak balik darat pun kena tunda yang aku rasa aku tak boleh nak memaafkan diri aku sendiri kalau kena tunda balik darat gara2 kemalasan aku...tu je kes dia...kalau aku ni jenis nak kejar duit elaun dok kat laut ni...boleh je aku drag2 kan keje tu sampai 4-5 hari...banyak sikit dapat duit elaun...sehari RM50...sapa nak bagi...tapi tak berkat duit macam tu...kerja 2-3 jam bawak sampai 4-5 hari nak buat apa...kerja tu kena la jujur...iklas...ni duit nak bagi makan anak bini...bagi makan family...kesan dia kita tak nampak sekarang kalau makan duit haram ni...kesan dia jangka masa panjang...nanti bini sakit la...anak sakit la...anak tak pandai...anak dah besar nanti jadi jahat...nanti keta rosak lah...sport rim belok (bengkok) lah...drive shaft rosak lah dan sebagainya...erk...dulu masa aku lepak kat mesjid lepas sembahyang zuhur pada satu hari dalam tahun 2000...tetiba ada sorang orang tua tu bagi tazkirah kat aku...dia kata lebih kurang macam ni..."kalau sehari kita curi tulang (mengular) 5 min...sebulan dah berapa....setahun dah berapa?" ..kata2 orang tua misteri yang aku pegang sampai sekarang...tapi sekurang2nya aku dah balas balik masa yang aku curik tu dengan bekerja lebih masa tanpa bayaran...so aku tak hutang apa2 dengan company lama aku tu harapnya...aminnn...

pastu masa aku tengah ikut medic masa medic nak bagi bilik tu...terserempak pulak dengan no 1 yang no 2...agak ganjil bila ada 2 org no 1 disesebuah platform pada satu2 masa...no 1 yang kedua ni aku memang dah kenal lama dah...dia dipinjamkan kemari sebab kan platform ni tengah shut down...jadi diorg nak kena ada orang lama sikit untuk bagi advise dan sebagainya..."nak buat load test ke?"...tanya no 1 yang kedua ni masa aku salam dia...masa tu dia tengah bergegas nak pegi surau..."haah" jawap aku ringkas sambil tersengih2 pandang muka no 1 yang kedua tu..."oh ok2...bagus"...kata dia lagi sambil tersenyum simpul tanda hepi la tu sebab aku dah datang nak selesaikan masalah diorg...masalah kren tak boleh nak pakai selagi aku tak bagi approval untuk pakai...nampak gong (nampak berlagak atau ada nada sombong disitu maksudnya dalam kamus ganu) je ayat aku tu...erk...maksud dia macam ni...kren yang baru dipasang tu nak kena buat load test dulu...barulah kren tu boleh dipakai...itupun kalau lulus la load test tu...ni semuanya dah memang termasuk dalam safety punya regulation untuk offshore requirement...dan petang tu jugak lah aku dengan mat jang (mat jang ni aku pernah jumpa dia 2 tahun lepas...masa tu dia kira helper je...tapi sekarang ni dia la yang incharge untuk projek kali ni...dia ni jugaklah yang ajar aku camana nak pakai perkataan "starang"...masa tu ntah pasal apa ntah...aku ingatkan dia untuk buat menda ntah aku pun dah lupa...pastu dia cakap..."aduh...lupa starang aku"...camtu lah lebih kurang...dalam konteks ayat tadi..."lupa starang" bermaksud "memang betul2 lupa la"...kira memang tak teringat langsung la...lebih kurang macam tu la...) and the geng termasuk lah samy, ali kassim, roslin, othman dengan lagi sorang sapa nama dia ek...lupa starang aku...erk...yang masa aku sampai2 je kat platform ni, aku jumpa dia tengah tunggu mek dia call...semuanya pernah bekerja dengan aku dulu...so takde masalah langsung...diorg dah tau camana cara kerja aku dan diorg pun senang bekerja dengan aku...aku rasa la kot...erk...

haji zul ~ "mu dok mana?"
aku ~ "dok xxxxxx...haji dok mana?
haji zul ~ "dok IM2...opis kat zuzana tu"
aku ~ "haji bukak bisnes menda?" tanya aku yang sememangnya peramah ni
haji zul ~ "haa...bisnes air biosteen" (mula2 aku ingatkan biosteel ke...lepas aku citer kat kekasih aku...kekasih aku bagitau nama air tu biosteen...)
aku ~ "air menda tu haji?"
haji zul ~ "air ni macam jus campuran manggis, madu, habatussauda,goji, air zam2 dan macam2 lagi la...ada sorang tu...dia sakit kanser tahap 4...tahap 4 tu bahaya ork?"

ek eh...dia pulak tanya aku...

aku ~ "haah...tu tahap kritikal tu...memang dah tunggu mati je tu"...standby je la kain kapan dengan keranda
haji zul ~ "haa...tu la...masa tu ada sorang ni sakit kanser kerongkong dah tahap 4...doktor kata memang dah takde harapan sebab sel darah putih dia dah kurang...dia minum air ni seminggu je...lepas tu bila dia cek balik, doktor kata dia dah takde kanser"
aku ~ "wahhh" kata aku...sambil mulut terlopong konon2nya merasa takjub dengan citer dia (mmg takjub pun)...erk...
haji zul ~ "sakit darah tinggi, kencing manis, gout, buasir, migrain...semua boleh baik...insyaAllah...memang bukan air ni yang ubatkan dia...semuanya kehendak Allah...tapi insyaAllah...lepas minum air ni penyakit tu boleh baik...ada sorang tu sakit gout...makan sekali je...esoknya pepagi dah sms saya kata dah tak sakit lagi...pastu badan jadi ringan...tu hussin tu...(erk...bukan hussin citer kak limah tu atau usin yang dok bukit rangin tu...erk...)...sakit buasir...minum air ni...alhamdulillah...dah ok dah dia...pastu ada sorang pompuan tu...migrain...lepas minum air ni dah takde migrain langsung"
aku ~ "erk...dia takde effect lain ke haji...macam sakit perut ke?"
haji zul ~ "insyaAllah takde...nanti datang la opis saya tu...malam selasa biasanya ada ceramah pasal air ni...lepas isya'..."
aku ~ "oh ok2 haji...nanti balik darat saya nak pegi la"

erk...dialog ni terjadi antara aku dengan hj zul yang juga merupakan salah seorang dari roomate aku...masa lepas breakfast masa lepak2 isap rokok kat smoking room dalam pukul 6 pagi tadi...kebetulan dan mungkin itu kehendak Allah...aku berdua je dengan haji zul dan dia start citer pasal air biosteen ni...agak menarik air ni...aku memang dah lama tertarik pada air yang berasaskan manggis ni...tapi yang ni aku rasa macam confident sebab air tu dibuat dari kilang yang owner dan pekerjanya mengamalkan ajaran Islam..."pertama kali dalam bilik manager saya tengok ada microphone...speaker satu kilang penuh...masuk waktu je manager sendiri yang akan melaungkan azan" tambah haji tu lagi..."pagi2 dalam pukul 10 diorg sembahyang sunat Duha dulu"...kata haji tu lagi dan aku teringat pulak kelebihan2 sembahyang sunat Duha yang aku pernah baca dalam kitab himpunan solat2 sunat...terlalu besar kelebihan yang Tuhan berikan kepada orang yang mengamalkan solat sunat Duha...dan mungkin ini antara penyebab kenapa air biosteen keluaran kilang ini begitu mujarab dan berkesan kepada peminumnya...

nanti esok aku balik darat aku nak beli la air tu...aku nak minum sendiri sebab aku ada darah tinggi, aku nak bagi orang tua aku minum...nak bagi kekasih aku minum dan nak bagi mak dia minum...mudah2an penyakit2 diorg semua sembuh selama2nya lepas minum air ni...aminnn..."abih kalau dah baik nak kena minum terus ke air ni haji?" tanya aku..."doktor pernah bagitau saya...kita ni tiap2 hari terdedah kepada toksin dan toksid...dari makanan kita...dari udara kita...air paip kita yang bercampur dengan klorin dan karatnya...memanglah kat rumah kita ada penapis air...tapi kat kedai makan?...kat rumah orang?...takkan kita nak bawak air dari rumah...hak3" kata haji tu lagi sambil ketawa berdekah2...erk...betul jugak haji tu cakap...hari tu masa aku surf internet, macam2 benda yang dia tak bagi makan...pedal ayam la...kobis bunga la...kacang tanah yang selama ni aku rasa baik untuk kesihatan pun tak leh makan...apa lagi daging merah dan sebagainya...semua benda2 tu kalau kita makan berlebihan akan mengakibatkan kelebihan asid urik dalam darah yang boleh menyebabkan darah berasid yang akan mengundang kepada sakit gout, dan menjadi perumah yang amat ideal untuk semua jenis kanser...

tadi first time dalam seumur hidup aku, no 1 nyalakan api rokok aku...huhu...masa lepas makan pukul 6 lbh tadi, aku gi isap rokok...erk...kata tak isap rokok?saja je...layan2 orang2 kat sini isap rokok...isap rokok ni adalah salah satu cara nak berkawan kat platform ni...kira kalau isap rokok ni kira satu geng la...aku bukan ada rasa feel pape pun isap rokok sekarang ni...cuma saja layang perasaang dok kat laut ni...boleh jugak buat tambah2 kenalan...lepas isap rokok aku pegi tengok flight manifest...pertamanya nak tengok nama aku ada ke tak dalam scedule flight chopper esok...dan keduanya nak tengok chopper aku pukul berapa, kalau ada la...sekali pukul 10.45 pagi daaa dari kerteh...maknanya sampai sini dalam pukul 12 atau 12 lebih...dan akan sampai darat balik dalam lebih kurang pukul 1 lebih atau pukul 2 petang paling lambat...takpelah...asalkan dapat balik...itu pun dah syukur alhamdulillah...

roomate aku kali ni ialah hj zul, abg hussin dgn ameng...hj zul dgn abg hussin ni kekadang kena jadi imam masa sembahyang fardu kat sini...maknanya aku sebilik dengan pak imam la ni...dan secara tak langsung jugak aku kena biasakan diri untuk sembahyang diawal waktu...huhu...adehh...sesuatu yang jarang aku buat bila kat darat kerana keasyikan bermain cv...iskk...ada hikmahNya duduk kat laut kali ni...pertamanya dapat solat berjemaah dan bersolat diawal waktu...dapat bersolat berjemaah isya' dan suboh yang ganjarannya adalah seumpama mendirikan sembahyang sepanjang malam...dan keduanya aku telah diperkenalkan dengan pembekal utama biosteen cawangan negeri pahang...mungkin aku dapat menyumbangkan sesuatu dalam usaha untuk menghentikan penderitaan mereka2 dengan izin Allah nanti...insyaAllah...aminnnnn...

"takleh balik esok...kren mapuh tadi"...kata no 1 yang pertama masa aku lepas bersalam dengan dia masa lepas sembahyang maghrib tadi"..."erk...minyak takdop tadi tu"...kata aku sambil disambut dengan gelak ketawa oleh no 1 yang pertama dan sabri...erk...kebetulan...aku baru citer pasal sabri kat kekasih aku sebelum aku gi laut hari tu...dan aku pun teringat2 kat sabri masa sebelum gi laut hari tu...tetiba jumpa dia kat platform ni...memang semuanya telah ditentukan oleh Allah...Maha Suci Allah...sesungguhnya memudahkan sesuatu yang sukar adalah amat mudah bagi Allah...memang aku tak pernah jangka akan bertemu sabri kat platform ni...tapi dengan izin Allah dapat jugak aku jumpa dia lagi...macam yang aku selalu cakap...kekadang lebih mudah jumpa kawan2 kat laut dari nak jumpa kat darat...

ok lah...dah agak panjang entry aku kali ni...ni kira summary lah untuk semua aktiviti aku kali ni...malas nak bukak laptop sangat bila takde line ni...jap lagi lepas isya' tunggu kekasih aku call...pastu tido...biar cepat masa berlalu...


*kpd kekasihku...rindunya kat xxx...huk3... :(


3 comments:

Unknown said...

Skali baca ingt slh taip 'Starang' tu.. kuin ingtkn perkataan sbnrnya 'STERENG' hehehehehe

Mie Fisher said...

MERENG...oak isap rokok jer...isk2..

Joe Black said...

kuin : huhu...tu base ganu tu...

mie : erk...marang la...