esok pelancaran Nur Kaseh The Movie dgn Pirates of The Carribean IV...hari tu macam termiss nak tengok FF5 kat wayang...aku tengok mie download je...rakam panggung...kira macam tengok kat wayang jugak la cuma mungkin tu wayang murah sebab screen dia kecik...rasa macam nak tengok dua2 citer tersebut kat atas ni kat wayang la sebab kalau nak ajak kekasih aku tengok citer omputeh kat wayang ni agak mustahil je sebab dia tak bape suka tengok citer omputeh...so citer nur kaseh the movie ni mungkin dia takde alasan sangat nak menolak kot...dan terbalik pulak dengan dia...aku rasa macam tak bape nak minat tengok citer melayu kat wayang sebab aku rasa citer melayu ni nanti time raya pun dia akan kuar jugak samada kat tv1, tv2, tv3 atau astro ria dan prima...atau mungkin lebih cepat dari time raya...atau mungkin lambat skit je dari tu...
ni pun aku tulis entry ni sambil2 main cv kat acc tok tanpa nama ni..."abg sejak duduk darat memang dah tak tulis blog ek?" ..tanya kekasih aku semalam..."erk...abg bz...abg nak tulis blog macam Dr.Mahathir je sekarang"...kata aku kat kekasih aku...blog dia biasanya mempunyai kenyataan sinis atau kritikan pedas yang tak ditujukan pada sesapa secara amnya...aku banyak baca blog2 pemimpin2 samada pemimpin dari parti kerajaan atau dari parti pembangkang termasuk blog duncan dan aku macam berminat dengan gaya penulisan diorg yang kebanyakkannya menjawap semua pertanyaan melalui blog diorg atau membuat kenyataan rasmi melalui blog diorg jugak...tak bermakna ini adalah langkah2 awal untuk aku bersedia menjadi pemimpin...cuma aku suka je tengok gaya diorg menjawap dan membidas sesetengah pihak atau seteru diorg...
dan mungkin aku rasa belum masanya untuk aku membidas mana2 pihak setakat sampai ke saat aku menulis ni...benda ni ada mood jugak...kalau ada benda yang tercetus atau dicetuskan oleh orang lain atau tercetus dengan sendirinya barulah best sikit nak menulis...baru ni kekasih aku ada tulis pasal apa ntah kat blog dia...rasa macam banyak benda nak tambah tapi bila dah start menulis ni rasa macam banyak benda aku lupa nak tambah...takpe la...nanti kalau ada benda yang terbuku kat hati yang semakin sesak nafas kalau aku tahan lama2...barulah aku luahkan...buat masa ni biarlah diorg2 yg kat luar sana tu berada dalam keadaan selesa...ingat!!!...pelanduk selalu melupakan jerat...tapi jerat tak pernah lupa pada pelanduk...ada anak burung murai RM 25 je tadi kat kedai kat jalan bukit setongkol kat sebelah pam minyak petronas tu...aku ingat nak discuss dengan mie...nak suruh dia bagi makan kalau aku gi laut...harap2 dia faham hasrat suci murni aku ni lepas baca blog aku dan aku harap dia tak menghampakan harapan aku ini...sebab kalau bela dari kecik...pastu bila dah besar nanti harga dia boleh mencecah ratusan ringgit...aku dah lama perati kat area rumah aku ni ada banyak burung murai yang bermain dan berkejar-kejaran yang tunggu masa je nak kena jerat nanti...bak kata kartina dahari dalam bait2 lirik lagu Sayang Di Sayang:
Sayang Di Sayang
Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Kuburan
MURAI terkejut berkicau-kicau
langit mendung di liputi awan
Alamat bumi di sirami hujan
Sayang di sayang
Hati ku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan
Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung di tinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang
ok...alhamdulillah...sebab schedule aku gi laut dipostpone untuk kesekian kali...barang belum sampai lagi...esok ada benda aku nak buat...syukur sangat2 kerana Allah dah mudahkan kerja aku untuk kesekian kalinya...dan next flight schedule pun aku tak pasti bila sebab RO tu kata hari sabtu ni pun tak pasti lagi sebab barang tak tau lagi ada ke tak nanti...so kita tunggu je dalam keadaan berjaga2 dan standbby...
alhamdulillah jugak sakit tonsil aku dah baik lepas makan antibiotik tu...antibiotik adalah penyebab dan penyembuhnya adalah atas kehendak Allah jua...tanpa berusaha dan berdoa saja pun tak jadi jugak...so antibiotik itu adalah usaha untuk menyembuhkan penyakit...konsep yang amat mudah yang Tuhan takkan makbulkan doa seseorang kalau hanya dengan cara berdoa tanpa usaha kecuali atas kes2 terpencil dan tertentu yang aku rasa korang pun pernah alaminya...contohnya macam postpone kena pegi laut ke...erk...
rasa macam nak tukar layout blog aku ni tapi kalau aku tukar template, bermakna banyak benda jugak la yang akan hilang macam warning yang mula2 keluar masa korang nak bukak blog aku ni...aku rasa macam dah lupa camana nak buat benda tu balik...bukan lupa sangat pun cuma aku rasa macam agak malas nak godeh2 benda tu lagi...buat masa ni terpaksalah aku berpuas hati dengan apa yang ada...
takde benda sangat nak citer sekarang...citer pasal spot rim advan racing baru pun takde entry khas untuk dia...mungkin sebab aku rasa macam banyak sangat nak citer pasal keta aku tu...mula2 dulu tukar drive shaft...pastu tukar spot rim baru...pastu tukar bearing baru...semua area tayar depan yang kena lobang sampai spot rim aku tu crack...tapi bukan aku yang buat langgar lobang tu....sapa yang bawak?tak yah la aku citer...malas nak ungkit citer lama...benda2 ni yang mak aku tak tau...tapi hari tu terlepas jugak tercerita kat mak aku sebab mak aku percaya sangat kat infomer dia tu...dia tak tau anak dia ni banyak rahsiakan segala "benda2 baik" yang informer dia dah buat kat aku...lupakan lah...tu semuanya adalah mimpi2 ngeri yang aku dah lupakan...mungkin banyak benda yang informer mak aku tu citer kat kawan2 aku pasal aku...tapi takpelah...apa yang orang lain fikir atau kata pasal kita, itu bukanlah masalah kita...makin banyak gosip, fitnah dan umpatan dia pasal aku dan/atau kekasih aku...makin banyaklah pahala yang aku dan kekasih aku akan dapat...erk...adakah ini juga adalah salah satu dari bentuk mengumpat?erk...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)
*kpd sayangku...dah siap ke blog sayang?erk...
2 comments:
Burung apa??
Muraiii...
yer la...takkan burung ko plk....erk..
Post a Comment