Wednesday, August 24, 2011
Air Bomb
sunyi je pepagi ni...tiap2 hari pun sunyi sebenarnya kat area rumah aku ni...sebab semua org pegi keja dan pegi sekolah...kalau time cuti, mesti tido aku sering dikejutkan oleh suara2 sumbang anak2 jiran aku...kekasih aku mana agaknya ek?tadi kata dah bangun...pastu senyap je...kata nak gi bandar...mesti tido balik la tu...biar lah dia tido...petang nanti atau malam nanti pun bole pegi...tapi pise dah ajak nak buka posa kat padang petang ni...tengok lah camana...sebab aku pun ada plan jugak sebenarnya dengan kekasih aku...kalau sempat boleh la jugak join dia buka posa kat padang mpk lagi...
sakit mata aku tengok aquarium ni...berkeladak je air dia...pepagi bangun tido sambil tunggu baju2 aku dipusing2 oleh mesin basuh tu...aku tukar filter dia...gelembong2 udara dia pun macam nak taknak je keluar...ikan2 aku semua dah timbul je sedut udara dari permukaan air...memang confirm la hose dia dah tersumbat tu...pastu mesti filter dia dah kotor...padahal kan baru je lagi aku tukar air dia..."ikan sungai memang macam tu...air dia cepat kotor"...kata kekasih aku bila aku mengadu pasal aquarium yang cepat sangat kotor...tapi aku tengok jiran aku punya aquqrium cantik je air dia...jernih je...mungkin sebab dia pakai pump besar kot...macam kat kampung aku...pakai pump filter yang besar...aquarium 3 kaki tu bersih je air dia...jarang2 aku tukar air dia...nak kena beli aquarium besar nampak gayanya ni...erk...
pepagi abg aku dah kejutkan aku dengan panggilan telefon dari dia...dalam pukul 10 lebih tadi...
abg aku - "ko kat opis eh?"
aku - "haah" jawap aku ringkas...malas nak cakap kat umah sbb susah nak explain
abg aku - "ko nak beli skirt tak?RM 1000..."
aku - "mahal RM 1000" jawap aku sambil mamai2 baru bangun tido...
abg aku - "siap spoiller dgn siap cat...pasang 2 jam je..."
aku - "erk...murah tu..."
abg aku - "semua model ada"
aku - "lama tak nak kena order?"
abg aku - "tak yah order...semua ada kat sini...kalau order pun dalam 2 jam je dia pegi ambik"
aku - "nanti la aku blk kampung nnt aku tgk"
abg aku - "ok2"
adoii...RM 1000 tu...nampak macam menarik offer ni...tapi mana nak cari RM 1000...sayang duit aku...baik aku buat benda lain dengan RM 1000 tu...tengoklah camana...mana tau ada rezeki terpijak dari mana2...rezeki ni kalau Tuhan nak bagi, kekadang datang dari sumber yang kita tak jangka...seseungguhnya memudahkan sesuatu yang sukar itu amat mudah bagi Allah...tapi jarang2 Tuhan nak bagi duit tanpa berusaha...so...kenalah berusaha nak cari duit...rasa nak jual mercun pulak...ada ke sesapa bole bagi mercun dengan harga yang murah?kalau tanya diana ni mesti dia ada lobang murah...erk...macam tak betul je ayat aku ni...begini...kalau aku tanya diana ni mesti dia ada lobang nak dapatkan mercun murah...dia kan selalu pegi danok...hmmm....agak2 bahaya tak ek jual mercun ni?kena penjara tak kalau kena tangkap?
"Membakar mercun bukan budaya orang Islam. Bahkan bermain mercun adalah diharamkan dalam Islam. Agama Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan"
Kerajaan telah menggubal undang-undang khusus berkaitan mercun. Satu kesalahan besar sesiapa memiliki, menjual, menyeludup dan mengimport mercun boleh direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan boleh didakwa mengikut Akta Bahan Letupan 1957. Sabit kesalahan pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10,000.
Selain bahaya, bermain mercun juga memberi kesan kepada kewangan. Membakar mercun sebenarnya membakar wang. Membazir amat ditegah dalam Islam.- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
ok2...dia kata main mercun je ek...maknanya main bunga api ok la kot sebab tak bahaya sangat...so nak kena jual bunga api je la kot...tapi kalau bunga api bila nak untung?bunga api kena jual murah...adehh...dalam perenggan ketiga kat atas ni rasanya tak sabit dengan aku sebab aku tukang jual je...sapa yang beli dan bakar tu la yang membazir...padan muka diorg...sapa suruh beli...hak3...
sekarang ni diorg sibuk pulak pasal mercun bola...dulu masa aku bergiat aktif main mercun, belum ada mercun2 bola ni...yang paling hebat masa tu ialah mercun air bomb...(menjawap soalan ayu dari parlimen jitra tentang maksud air bomb...air bomb ni bukan air yang kita wat minum tu ayu...ni air ni kata2 omputeh bermaksud udara)...masa tu air bomb ni paling best sebab dia yang paling kuat...nak sama kuat dengan bunyik meriam buluh...kat tempat aku tak biasa sangat main meriam buluh ni sebab rumah aku kat tepi jalan besar antara batu pahat dan muar...polis rajin ronda2 kat jalan tu nak2 time nak dekat2 raya dan time ada orang report sebab anak diorg terkejut2 beruk bila dengar bunyik2 letupan ni...jiran2 aku kat kampung tu tak "suasana raya" friendly sangat dalam bab2 mercun ni termasuklah bapak aku sendiri sebab dia selalu terkejut bila dengar bunyik mercun...nak taknak aku terpaksa beli air bomb...tu pun letupkan jauh2 kat belakang rumah dalam kawasan hutan kecil...kawasan belakang rumah aku tu dulu masih belukar kecil...takde rumah...cuma ada rumah orang bunian je...aku rasa lepas aku letupakn air bomb tu pun orang2 bunian tu pindah kat tempat lain sebab tak tahan dengar aku memekak nak2 time raya...kalau time tak raya pulak...abes aku libas pokok2 yang menjadi tiang2 rumah diorg sambil aku gayakan "hikmat alam semesta" kepunyaan Duke Ji Chang yang amat terkenal dalam komik "Alam Perwira"...
pastu lama dah aku berenti main mercun...kalau main pun jenis yang macam mercun padi tu...kaler merah yang cina selalu pakai wat main tarian naga tu...pakcik aku pernah belikan aku mercun tu...ada la panjang dalam 5 meter...dekat setengah jam jugak nak tunggu dia abes meletup...nanti abg ipar aku ni lagi ganas...orang lain main bunga api...dia pakai emergency flare terus...yer la...dia kan keja kat company yang repair kapal...senang la dia nak dapat benda2 macam tu...emergency flare ni macam bunga api jugak...bapak terang...digunakan oleh kapal2 yang tengah emergency...biar senang orang nak nampak dia dan hulurkan bantuan bila diorg nyalakan emergency flare tu...sebab tu emergency flare ni sebenarnya tak boleh nak dinyalakan sesuka hati sebab benda ni memang dah jadi macam satu peraturan...hanya boleh dinyalakan bila berada dalam keadaan kecemasan sahaja...
ni contoh emergency flare ni...lama jugak nak tunggu dia padam...
ok lah...sampai sini dulu...perut aku pun dah lapar...kekasih aku pun dah bagi signal tanda dia dah bangun dari tido...nak tunggu kepala dia stabil dari mamai dulu dan hilang ngantuknya baru dia boleh buat keputusan yang wajar samada nak pegi bandar sekarang atau nanti saja...erk...
*kpd kekasihku...syg dah mandi ke?erk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ppeehh... RM1000?? byk tu.. rugi2.. bek simpan duit... nnt nk kawen.. :D hehehehe.. 1000 byk tu.. semate-mate nk bli skirt keta? adoii.. ingat membazir tu sifat syaitan.. ngee~~ (^)____(^)
wakakaak...tu la pasal...sbb tu sampai skrg tk beli lagi...adehhh...
Post a Comment