بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, November 3, 2010

Surga Cinta

aku nak letak pic antu sebenarnya kat post ni, tapi aku mcm ngeri pulak tgk pic2 antu  kat google tu...so pic burung antu pun kira ok la ek?ke guane?erkk...
grrrrr!!!...aku marah sebenarnya ni...bukan nak cakap besar...tapi sebab antu kaco kekasih aku...semalam dia dengar orang tepuk tangan kat sebelah telinga dia masa dia tengah terkebil2 tak bole tido sbb sakit gigi...hari tu dia ternampak antu rambut panjang sebijik yg mcm dia nampak masa aku otw balik dr kampung dgn dia dan mie ...pastu nampak ada sekor tergantung kat tingkap bilik dia...pastu nampak kat sebelah tingkap seat belakang keta aku masa otw blk dari tc...dah ditakdirkan aku tak punya ciri2 yang cukup utk nampak antu dan dia mendapat kelebihan yang Allah kurniakan...bole nampak sesuatu yang ghaib...aku pernah baca buku bertajuk "Berdialog Dengan Jin Islam"...kat situ...orang tu ada la tanya kat jin tu, bole ke setan/antu (adik beradik jin...aku mcm tak ingt sangat apa relationship jin dgn setan ni tapi lebih kurang diorg ni kira suku sakat atau sedara mara 2-3 pupu lbh kurang mcm tu kot) sesuka hati bole menampakkan atau menonjolkan diri dia kat manusia?pastu jin tu cakap jin/setan/antu tak bole sewenang2nya bole menjelmakan diri kat manusia...dan manusia bukan dgn mudahnya bole nampak antu...jin/setan/antu ni semua kena penuhi ciri2 tertentu yang membolehkan dia menjelmakan diri kat manusia...dan manusia tu sendiri punyai ciri2 tertentu yang membolehkan dia nampak antu2 ni semua...bila manusia dan antu ni bertemu dan masing2 dah memenuhi ciri2 tersebut barulah antu ni bole menjelmakan diri dia kat manusia tu dan manusia tu pun bole la nampak antu tu...:


Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t.telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.”  - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.
 Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.
Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko(kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

(Dipetik dari Jelajahi Alam Jin)

so...kesimpulannya...sapa2 yang pernah nampak antu...tak mustahil dia bole nampak lagi utk kali kedua dan utk kesekian kalinya...ni aku bukan saja reka cipta cerita ni...ni berdasarkan pada pengalaman aku sendiri...erk...bukan pengalaman aku nampak antu...pengalaman aku bertanya pada orang yang pernah nampak antu...contoh terdekat ialah kekasih aku, kakak aku yang no 7, abag ipar aku, kawan2 aku termasuk dak p dan rosnizam...ada jugak citer yang aku dengar dari orang lain dan disampaikan pada aku pulak...contohnya macam citer dari atan kecik...dia ni ada sepupu...pompuan...nenek sepupu dia ni nak turunkan ilmu (aku tak pasti pulak ilmu alam/geografi atau ilmu metamatik sebab aku tak tanya dia, sebab nak jaga hati dia sebab dia beriya2 citer sampai lupa nak balik umah walaupun masa tu dah pukul 5 pm masa keje kat ABB dulu) kat sepupu dia ni...tapi tak abes turun...so belum sempat abes turunkan ilmu tu...nenek dia meninggal...sebelum nenek dia meninggal, nenek dia pesan kat sepupu dia lebih kurang mcm ni "ko jgn tgk cermin selama 40 hari...kalau ko tgk nnt ilmu ko tak menjadi"...so mungkin dia dah rimas sebab tak dapat nak picit jerawat batu kat pipi dia...dia pun tgk la cermin muka kat bilik dia...(erk...yg ni aku tambah2)...lepas dia tgk cermin tu la dia bole tgk antu2 ni...ada banyak antu ni...macam2 ada kat keliling dia...tapi sebab dia ni dah biasa tgk...so antu2 ni dia anggap mcm kucing atau lalat je la...sebab dah biasa sangat...pastu dia ni jugak la yg citer, masa bulan posa, antu/setan ni semua memang semua dah kena ikat dan dirantai sbb pintu neraka dah ditutup rapat2 dan pintu syurga dibuka luas2...tp korang jgn suka dulu...dia kata lagi...ada lagi antu/setan yang tak kena ikat dan bebas berkeliaran kat muka bumi ni walaupun masa bulan posa...antu/setan yang dapat lesen besar ni yang mempunyai tuan kat dunia ni...maknanya dia ni dijaga dan dibela oleh manusia yang mengamalkan ilmu yang jelas betentangan dgn Islam dan bersekutu dgn setan...pastu lagi diorg citer...kalau orang nak beranak...antu2 dan setan2 ni semua tgh tunggu tadah mulut bawah katil atau dalam kain batik yg diorg tgh pakai la tu kot (kalau diorg beranak pakai kain batik la) sebab nak jilat darah2 yang kuar masa diorg tgh beranak tu...pastu lagi kan korang pernah dengar kalau masa mandikan mayat...air mandi mayat tu memang diorg tadah pastu diorg masukkan dalam masakan kat rumah org yg mati tu...sebab tu Islam melarang masak memasak kat rumah orang yg mati masa mayat tu masih ada lagi kat rumah tu...dan citer2 pasal antu/setan kat keliling kita ni memang banyak sebab banyak sangat citer mcm ni yang aku pernah dengar dan bole diterima kesasihannya...

aku ingat lagi citer jamal yang telor dia sakit lepas balik dari platform satu ketika dulu...dia pun gi la hospital...tp doc tu kata telor dia normal...walaupun besar sebelah (err...telor besar sebelah memang normal bagi orang lelaki yang normal walaupun aku tak pernah ukur secara tepat baper diameter dia)...pastu dia cek la kat bomoh tanya nape telor dia sakit...pastu bomoh tu selamba tanya dia "ko ada tak kencing kat mana2?" (bukan kencing orang tau)...pastu dia ckp la dia ada kencing kat tiang platform masa dia kat offshore hari tu...(yang jamal ni pun sengal jgk...dah tau dia pegi kat platform yg paling berantu kat laut china selatan tu, yg dia kencing kat tiang tu eat pe)...pastu bomoh tu pun ckp la...sebab tu telor dia sakit...rupanya kat telor dia tu ada 3 ekor anak jin tengah bergayut sebab jamal kencing kan kepala diorg...lepas berubat tu barulah telor dia ok dan dah bole main mcm biasa (erk...18SX skit...adehh)...

kat platform tu jugak lah aku rasa first time kali pertama dalam seumur hidup aku, aku kena kaco dgn antu...aku tak nampak...cuma dengar je...masa tu cuma aku 5 org je kat platform lama tu...yg lagi 3 tgh tido kat dalam galley...tggl aku dgn pok ya borak2 sambil mengata org...tgh syok kutuk2 dan mengata tu tetiba dgr mcm ada orang cakap pakai speaker (pembesar suara)...aku dgn pok ya tgk keliling platform tu...ingatkan orang dari bot ke panggil kita org tapi takde kelibat bot langsung kat situ...pastu pok ya tanya aku "mu ingak dop ade spekar lame kat belakang nu"...aku pun ckp la ada sebab memang speaker tu ada kat bhg belakang platform tu..."haaa...bunyi tu la"...kata dia lagi...pastu aku diam je la...sebab kat platform tu memang takde power supply atau generator atau bateri yang memungkinkan speaker tu utk berbunyi...kejadian tu berlaku masa siang hari bolong...dan pernah jugak kapten bot citer masa malam2...dia nampak kren kat platform tu lampu dia menyala walaupun platform tu takde power supply...tu belum citer pasal langsir kat katil yang terbukak dan tertutup dgn sendirinya pada pukul 3 am...dan banyak lagi citer2 pelik kat platform tu yang aku dah ingat2 lupa dah nak citer kat korang...kabornya dulu platform tu banyak mayat2 pelarian vietnam yang tersangkut kat situ masa zaman2 vietcong dulu kot...ntah la...tapi platform tu merupakan platform yang terawal dan tertua di malaysia ni adanya...

tobak ah!!...malas aku nak citer pasal antu...aku nak citer pasal perasaan aku pulak...kalo korang dah boring nak dengar pasal luahan hati aku...korang bole stop kat sini...kakakaka...ok...nak citer ni...lusher (lusa ikut sebutan orang asli kat hutan simpan kat pahang) aku nak kena gi laut...kononnya la...dah 2 kali postpone...pertamanya sebab barang tak sampai lagi...kedua kalinya sebab bad weather...skrg ni musim monsun...ayu pun tak gi keje sbb area rumah dia tenggelam...ombak setinggi 3-4 meter dan angin kencang 25-30 knot tidak memungkinkan aku utk meneruskan kerja2 aku kat laut...kalau pegi pun percuma je diorg bayar elaun aku sebab aku takleh wat keje...makan tido isap rokok je la yang bole...erk...betul ke diorg dah fatwakan merokok tu haram?...erk...harap2 aku takyah la beraya kat offshore dan kat darat pada hari yang sama mcm tahun lepas...orang sibuk semayang raya...aku sibuk tido dalam chopper nak balik darat...iskk...aku nak raya kat umah mak metua aku...erkk...pasan...ko mana ada mak metua lagi...adehh...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

erk...mesti aku rindukan kekasih aku masa aku kat laut nanti...tapi aku malas nak wat entry yang sedih2 kali ni sebab aku tak sanggup nak tengok dia sedih dan menitiskan air mata...cukuplah aku titipkan lagu Ada Band - Surga Cinta buat menemani dia sepanjang pemergian aku mencari rezeki sesuap dua nasik utk aku dan dia...erk...dan aku mcm dah berjanji dgn kekasih aku tadi utk tidak mengepos entry yang panjang2 sebab nanti setem kena bayar lebih sebab berat dah bertambah...akhir kata...gud bye malaysia...where ever you are...

*kpd sayangku...nnt kalau rindu kat abg...syg bukak la fb abg ek...kalau taknak bukak fb abg...syg bukak la blog abg ni...kalau taknak jugak...syg bukak pintu bilik...pastu tido je la ek...hehe...jgn lupa mkn tau...walau sesakit mana gigi tu...erk...hua3...



6 comments:

Katak Hijau said...

tajuk cam pondan.. anda perlukan pemerhatian yg lebih untuk ejaan.. hua3.. pape pon.. besttt.. huhuhu

Joe Black said...

erk...nnt ira bukak je blog abg pastu ira betulkan ek...huhu...thanx ira...abg buat blog yang bermutu dan best2 je utk kekasih abg...jgn jeles tau...hua3...:))

Katak Hijau said...

huhuhu.. ok2 nnt ira tlg betolkan kalo ira pasan ek..hehehe.. tak perlu jeles kot.. ngeeeee ;D

Joe Black said...

wakakaka...haah...ira tk layak utk jeles...hak3

Katak Hijau said...

erkkk..ok.. hee ;p

Joe Black said...

ngeeee :))