بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Thursday, November 4, 2010

Kemelut Di Muara Kasih


Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli



aku ~ salam
doctor ~ wslm...sakit apa?
aku ~ sakit tekak
doctor ~ demam tak?
aku ~ rasa mcm nak demam
doctor ~ meh saya cek kejap (sambil masukkan thermometer kat lubang telinga aku)...37 degree Celcius...

Suhu tubuh manusia diatur oleh system thermostat di dalam otak yang membantu suhu tubuh yang konstan antara 36.5C dan 37.5C.

Suhu tubuh normal manusia  akan bervariasi dalam sehari.  Seperti ketika tidur, maka suhu tubuh kita akan lebih rendah dibanding saat kita sedang bangun atau dalam aktivitas.

Dan pengukuran yang diambil dengan berlainan posisi tubuh juga akan memberikan hasil yang berbeda.  Pengambilan suhu di bawah lidah (dalam mulut) normal sekitar 37 C, sedang diantara lengan (ketiak) sekitar 36.5 C sedang di rectum (anus) sekitar 37.5 C.

"Panas atau Demam terjadi bila pengambilan suhu tubuh melalui mulut (dibawah lidah) DIATAS 37.5 C".


doctor ~ cuba bukak mulut...sebut aaaaaaa....
aku ~ (bukak mulut sambil sebut aaaaaaaa)
doctor ~ jelir lidah
aku ~ aaaaaaa...wekkk...
doctor ~ besarnya tonsil awak


Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.
Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya.Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.


doctor ~ mintak maaf cakap...awak dah takde harapan untuk sembuh...peluang awak utk hidup amat tipis...kami akan beri awak ubat...tapi ubat-ubat ni hanya untuk menahan penderitaan dan kesakitan awak sehinggalah Malaikat Maut dtg menjemput... 
aku ~ erk...(aku rasa pandangan aku tetiba jadi gelap...tapi aku rasa lega semula bila aku teringat minggu lepas aku baru tukar bulb lampu motor aku yang terbakar...sekurang2nya tak bergelap la aku nak balik rumah naik motor nanti)
doctor ~ takpe...saya bagi antibiotik...ubat sakit tekak, biar cepat sikit baik...pastu saya bagi ubat demam...makan bila demam nanti...pastu saya bagi ubat utk awak hisap2 mcm makan gula2...insyaAllah...bole sembuh...

4 jenis pil je...takde la banyak mana...tapi kalau satu jenis makan 2 biji...kira banyak la jugak...adehh...

aku ~ ada pantang tak doctor?
doctor ~ takde...awak belasah je makan apa2 yang awak nak selagi mampu...lebihkan makan satar cicah budu...dan jangan lupa...hisap rokok lebih sikit dari biasa...asap rokok tu bole buat bakteria2 dan virus2 tu lemas sebab tak cukup oksigen
aku ~ oh ok2 doctor...saya memang dah standby 2 kotak rokok semalam utk benda2 mcm ni...saya mcm dapat rasakan sesuatu bila saya nak beli rokok kat pasaraya maju semalam...lagipun sebagai persediaan sebelum kerajaan naikkan harga rokok lagi...takpe...nanti saya beli lagi 2 carton...standy utk bawak gi laut sekali
doctor ~ kalau boleh pakai lighter size besar sikit biar cepat sembuh
aku ~ lighter besar pun saya ada...rashidi bagi hari tu masa saya jumpa dia kat opis...tu pun dia beli kat port dickson tu...

rokok winston dan lighter besor...

doctor ~ baguslah kalau macam tu...kalau bole...tambahkan sikit amal ibadat awak tu...kita hidup hanya sementara je dalam dunia ni...dunia ni hanyalah tipu pedaya semata-mata...akhirat jualah sebenar2 tempat yang kekal selama2nya...kalau kita kejar dunia...dunia akan tinggalkan kita...kalau kita kejar akhirat...dunia akan kejar kita...dalam kes awak yang terpencil ni...dunia dah tak bererti lagi bagi awak...banyakkan amalan utk bekalan diakhirat nanti...
aku ~ erkk...baiklah doc...tima kasih...
doctor ~ sama2

erkk...tu antara dialog aku dgn doctor masa aku pegi klinik pagi tadi...rasa sakit tekak semakin menjadi2 sejak malam tadi...ubat cina water melon seed tu dah tak berkesan menandakan bahwa sakit tekak aku tu bukan lah sakit tekak biasa...aku dah takde harapan utk hidup didunia ni...dah tak lama dah :(
lama aku dok termenung sorang2 kat pantai paka...sambil mengenangkan nasib diri dan menghabiskan sisa2 hidup aku...bersendirian, kesepian dan keseorangan...sempat jugak aku snap 2-3 keping gambar utk tatapan terakhir korang semua yang sempat aku persembahkan selama aku masih bernafas dimuka bumi ini...tetiba teringat lirik lagu "Nyanyian Pantai Timur" yg kekasih aku suka sangat :

Tiap subuh Pantai Paka berselimut sepi
Menanti berita kematian
Dari saujana...lautan

cuma bezanya kali ni kematian tak datang dari laut kot...ahhh...doctor tu tak ada kuasa menentukan tarikh kematian seseorang...semuanya ditangan Allah...kalau Allah kata aku mati...and I'll die...kalau Allah kata aku mati lambat lagi...lambat lagilah tarikh kematian aku...

Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian; rezeki; amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang terpatri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.
Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat.
Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati." (Hadis riwayat al-Tirmizi).
Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?
Posted by: nurjeehan in Roh & KematianTazkirah)

pantai paka yg sepi tempat aku selalu dok temenung sorang2 kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku
"tiap subuh Pantai Paka berselimut sepi, menanti berita kematian, dari saujana lautan"
bila dok kat sini...teringat pulak kat pantai chenang kat langkawi dan kat masa muda aku...huhu...
sejak semalam aku terdampar semula dibumi Paka selepas seminggu menghabiskan masa dgn kekasih aku...sedih tak terkata disaat2 berpisah sementara dengan kekasih aku...rasa yang tak pernah aku rasa sejak aku kapel dgn kekasih aku...kepulangan aku ke paka disambut gembira oleh makcik owner rumah sewa yg menjadi markas aku sejak 3 tahun lalu...kebetulan masa aku sampai tu makcik tu ada kat pagar rumah aku...so dia la yang bukakkan pagar tu...takyah la susah2 aku nak turun dari keta..."baru hari ni balik...gi mano takdop semenggu?"...tanya makcik tu..."huhu...rahsia...mokcik nok gi mano?"...aku menjawap sambil tanya dia nak gi mana siap pakai baju lawa..."nok gi tgk rumah...ado ore nok beli"....jawap makcik tu sambil ada nada tak puas hati dgn jawapan yg aku bagi tadi...ada org nak beli rumah anak sedara dia la tu...dia suruh aku tolong cari2kan org kalau ada yang nak beli rumah ...dan sampai hari ni aku rasa aku tak berapa sempat nak carikan org2 utk beli rumah tu...

sampai umah je semalam aku terus kuarkan baju2 kotor dari dalam beg, masukkan dalam washing machine...pastu on9...closed semua fb acc aku yang menjadi punca keretakan dan perselisihan faham aku dgn kekasih aku sejak akhir2 ni...kali ni aku bertekad...lepas aku kawen dgn kekasih aku, baru aku on balik acc2 fb aku tu...tak guna kalau fb tu hanya akan menjadi bahan pertengkaran dan pergaduhan kami...aku lebih sayangkan kekasih aku dari fb...biarlah aku kesepian...biarlah aku boring sebab tak boleh on9 mcm selalu...aku sanggup berkorban demi perhubungan aku dan kekasih aku...aku masih ada blog...banyak benda lain aku bole buat selama aku tak on9...aku bole pegi dungun...termenung kat tepi pantai depan UITM dungun sambil makan ikan goreng tepung...sambil minum air jagung...aku boleh lepak kat pantai paka...sambil tgk ombak laut cina selatan menghempas malas pasir2 halus pantai paka...aku bole gi Mesra Mall utk sejukkan badan...aku bole kemas rumah aku...vacum dan mop bersih2...lagi wat pe ek? tido? haaa...tido je la kot...ntah lah...

lepas tu aku gi opis utk punch card...nate berok...wat penat aku je gi opis...tgk2 dah ada org punch card kan aku dgn dj...kalau aku tau, takyah la aku susah2 start motor gi opis...bek aku tido je rehatkan badan...balik dari opis aku terus dengar lagu Surga Cinta...ingatkan nak tido...tapi tak leh tido walaupun aku rasa sakit kepala yang teramat sangat...tapi sakit kepala aku tu tak seberapa dibandingkan dgn kekecewaan hati aku...belum pernah aku kena marah sedemikian rupa seumur hidup aku...dan sesungguhnya...kena marah merupakan benda terakhir yang aku harap terjadi keatas diri aku...aku lebih rela menanggung sakit yang teramat sangat...sanggup mati dari kena marah...apa lagi kena marah dari orang yang paling aku sayang...takpelah...aku mengalah je...kalau aku turutkan marah aku...tak sampai kemana hubungan aku dgn kekasih aku..."kalau sorang pemarah...sorang kena jadi penyabar"...aku masih ingat kata2 kawan aku sapa ntah nama dia...aku lupa...bila dia citer pasal rumahtangga...maksud dia lebih kurang macam ni: kalau laki dia tu pemarah orangnya...bini dia kena seorang yg penyabar...dan begitulah sebaliknya...kalau laki dia boros...bini dia kena jadi seorang yg kedekut...erk...yer ke kedekut? mcm tak sesuai pulak...kita guna la ayat tak boros...ok skit kot...kalau bini dia ni kuat berleter...laki dia ni mestilah terdiri dari seorang yang pendiam...barulah rukun rumahtangga...apa yang penting dalam suatu perhubungan ialah...bertolak ansur...berlebih kurang...saling memahami...dan saling menyanyangi dan mencintai melebihi segalanya dalam dunia ni...tanpa semua sifat2 ni...suatu perhubungan itu akan hambar...dan lebih kepada retak menanti belah...sikit kesilapan hanya akan mengundang kepada perpisahan...ntahlah...peristiwa semalam membuatkan aku terfikir semula yang sampai hari ni aku masih confused dgn apa yang berlaku...dada aku berombak kencang masa tunggu doctor kat klinik tu datang...bukan berdebar2 sebab nak tunggu doctor tu cek aku...atau berdebar2 sebab aku nak kena gi laut ahad ni...tapi berdebar2 sebab memikirkan persoalan yang takde jawapannya...atau kekadang jawapanya mungkin tak seperti yang aku harapkan...kadang2 sesuatu tu berlaku tak seperti yang kita harapkan...dan kadang2 kita tak boleh dapat semua yang kita nak dalam dunia ni...sebab tu la bertolak ansur dan toleransi...sikap memaafkan dan sabar amat penting utk menjadi landasan dalam sesuatu perhubungan..."Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat kami...aku bersedia menerima kekurangan dirinya...sebagaimana diriku yang juga penuh dgn segala kekurangan....aminnnnn"...

RnR Kuantan arah Terengganu yg sepi...sesepi hati aku...
kat atas ni pic suasana sepi kat RnR kuantan masa aku singgah semayang semlm...kesepian RnR ni seolah2 mewakili perasaan sepi dan sedih aku yang baru lepas hantar kekasih aku balik umah dia...huhu...sedihnya...aku suka sangat RnR ni...pertamanya sebab RnR ni memang terletak dalam perjalanan pulang ke paka dari umah kekasih aku...yang keduanya sebab tak ramai orang kat sini...aku takyah beratur dan berebut2 kat toilet dia...pastu takyah bersesak2 kat surau dia...biasanya aku sorg je yang ada kat surau tu...dari sini ada lbh kurang sejam lebih lagi perjalanan aku utk sampai ke paka...dab biasanya masa aku sampai kat sini mesti aku stop jap berckp dgn kekasih aku kat hp...huhu...


ni pertandingan mende pulok?oo...pertandingan mancing kat kolam apa ntah kat kerteh...diorg letak kat wind screen van company aku masa aku pegi punch card tadi...mcm best je...rasa macam nak join...tapi kat mana ntah kolam tu...bukan nak hadiah sangat pun...saja nak mancing...dah lama tak gi mancing...saja nak memenuhkan aktiviti masa lapang kot...ntah la...

erk...aku rasa mcm ada orang mengintai dari pintu bilik aku...erk...cuma dj dgn makcik owner rumah aku ni je yg ada kunci rumah aku selain diri aku sendiri...dan aku rasa mcm takde org masuk pun umah aku ni...dj kat kampung...makcik tu kat umah dia tengah jaga kedai...aku kat dalam bilik tengah menaip entry ni...abih sapa yang mengintai aku tadi? haizzz...kalau dok sorang2 kat umah ni memang mcm ni la...bunyi itu la...bunyi ini la...bila dj ada...takde pulak menda2 mcm ni...lantak korang la...aku tak kaco ko...ko jangan kaco aku...lagipun aku ni kebal...takleh nampak antu sebab takde ciri2 utk nampak antu sebagaimana yang kita pernah bincangkan dalam topik sebelum ni...isk...haus pulak...nak minum air maknanya aku nak kena kuar bilik ni...kalau kuar dari bilik ni pulak...apa pulak yang menunggu aku kat hall tu...iskk...

ahh...lega...takde menda pun di balik pintu tu...hanya perasaan takut tak menentu yang tak tau hujung pangkal datangnya...sak kok lu (isap rokok dulu utk kesekian kalinya...dah bape batang ntah abes sejak aku mula menaip tadi) sebagai menyahut seruan doctor tadi suruh aku isap rokok banyak2 kalau nak sembuh cepat (ke nak mati cepat?adehh)...erkk...patutla perot aku lapa...dah kul 12 lebih rupanya...asyik sgt menaip sampai lupa waktu yg berlalu dan tersisa...iskk...bersepahnya rumah aku...dari luar sampai dapur dan dalam bilik semua...sejak akhir2 ni aku tak chare sangat ke rumah aku ni...aku banyak abeskan masa dgn kekasih aku je...rasa mcm nak gi kursus kawen pulak esok...tapi macam malas pulak...takpe la...esok2 masih ada masa kot...hurmmm...

aku nak stop kat sini lah...nak gi tapau nasik sebelum hujan turun semula...nanti petang sambung kat tajuk lain pulak kalau aku rajin...take care...saya sayang kamu semua...selepas2 semua yang berlaku ni...aku rasa aku makin sayang kat semua org yg berada kat keliling aku...terutamanya kekasih aku...dan tetiba pulak aku teringat lirik2 lagu Ziana Zain ~ Kemelut Di Muara Kasih:


Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora

Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan

Seandainya dapat ku lari
Jauh ku pergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

Mengapa kau jua yang kurindu
Walau sudah ku tahu
Payah bersatu
Hidup denganmu

Engkau sungguh jujur dan ikhlas terhadapku
Tak pernah walau dalam sekali pun
Kau pinta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaan mu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan
Jauh manakah kita bertahan

Jika ku tersilap
Pastinya di pandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terjah
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji setiamu

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan


*kpd sygku...abg syg sgt kat syg...walau apa pun yang berlaku...cinta dan kasih sayang abg kat syg takkan pernah luntur...

5 comments:

Anonymous said...

betol ke dialog ngn doc tu? pelik je.huu~

Joe Black said...

huhu..resia :D

Anonymous said...

sile bg adiah lg sebab ty brjaya abes bace post ini smpai abes. hahaha. now i know why u deleted/deactivated ur fb accs. =)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Joe Black said...

huhu...da on blk da...huhu :D