hua3...semua kat fb tak dpt bagi jawapan yang paling tepat dgn soalan aku ni..."air apa yang paling sejuk sekali?"...sebenar2nya jawapan diorg tu semua adalah benar2 belaka...tapi ada jawapan yang lebih tepat sekali mengikut kesesuaian kepala otak aku...aku yang buat soalan, so aku lah yang bertanggungjawab untuk bagi jawapan yang mengikut selera aku...yang peliknya takde sorang pun terfikir jawapan yang mcm kehendak aku...
macam2 air diorg bagi...air batu la...air sejuk la...air batu yang diletak dalam ais la...air mxxi la...haizzzz...lucah....jawapan lucah dari ayu...grrr!!! ada jugak yang jawap air wudhu...air tangan ibu...air pepsi kfc...ni antara komen2 diorg...sarah yang paling bersemangat sekali jawap...hua3:
air apa yg paling sejuk sekali??
miahahahahaa....sehingga memaksa miey, sarah dan tira post status yang sama kat wall masing2 demi mendapatkan jawapan yang betul...sebagai seorang yang kejam, memang aku sengaja taknak bagi jawapannya sampai minggu depan...biar diorg rasa resah menunggu jawapannya sampai tak bole tido malam....hua3...susah jugak nak cari jawapan yang mengikut kehendak soalan ek?hahaa...kepada anda2 semua...jangan berputus asa...cuba lagi yer...huhuhu...
masa ni kekasih aku tengah bz kat umah dia sebab malam nanti ada majlis tahlil...mesti dia bz memasak tu...sian dia...dah agak lama aku tak merasa suasana yang mcm tu sejak aku tak duduk kat kampung aku...rewang (bukan minah rewang atau rawang tau!!) adalah istilah yang digunakan kat kampung aku utk kerja2 kenduri-kendara ni...tak kira la kenduri kesyukuran ke...tahlil ke...baca yassin ke atau kenduri kawen...pastu kat kampung aku ni pulak...kenduri kawen ni kekadang diorg tak panggil kenduri...diorg panggil kerja kawen...maknanya kerja2 yang dibuat utk sesebuah perkahwinan...contohnya kopek (erkk..kopek??kupas la...kat kampung aku sebut kopek...kat ganu ni maksud kopek dah lain...adehh) bawang...potong daging....goreng ayam...pasang kemah atau juga disebut pasang balai...sampailah kepada menghias pelamin...masa aku kecik2 dulu semua keja2 ni dibuat secara bersama2 dan bergotong-royong...tapi skrg dah banyak org amik upah atau kontrek utk supply dan pasang menda2 mcm ni...termasuk la masak2, pasang kemah, hias pelamin dan sebagainya...benda2 ni semua ada kebaikkan dan keburukkan tersendiri...mungkin kalau bergotong-royong akan menjimatkan kos2 untuk benda2 mcm tu...di satu sudut yang lain...ianya memudahkan tuan rumah yang takde sedara mara atau tuan rumah yang hidup bersendirian (dipulaukan oleh masyarakat) atau di waktu jiran2 sebelah menyebelah pun buat kenduri pada waktu yang sama...pernah terjadi kat kampung aku...ntah mcmana diorg plan...tetiba ada 2 kenduri kawen pada hari yang sama...orang2 yang rewang ni terpaksa dibagi dua...separuh gi rumah sana...separuh gi rumah kat sini...pening jugak tuan rumah kalau takde servis2 yang macam ni...dulu tukang masak datang masak kat rumah org kawen tu...tapi skrg diorg hantar periuk yang berisi lauk dgn nasik je....dgn kelengkapan catering...dan beberapa org yang ditugaskan utk cedok lauk...yer la beb...kalau suruh diorg cedok sendiri kang tak cukup pulak bajet...
dulu masa muda2 aku selalu jugak tolong bapak aku masak utk org kawen...sampai dah penghujung2 zaman muda aku tu...bukan aku yang tolong bapak aku...last2 bapak aku yang tolong aku masak...bapak aku ni pulak bukan jenis nak bisnes sangat pun...dia lebih kepada nak tolong jiran2 utk masak kenduri...tapi tak terhad kepada jiran2 sangat pun sebab, kekadang tu sampai KL pun org panggil dia masak...pastu bapak aku ni jenis bape org nak bagi dia ambik je...bukan nak puji bapak sendiri, tapi kalau org bagi lebih...dia pulang kan...dia amik utk kos minyak keta dgn tol je...kalau kat kampung sendiri pulak...kekadang dia amik tak sampai RM 200 pun...kalau kat catering tu...diorg cas sorang tetamu RM 8...bayangkan lah kalau 1000 tetamu...sedangkan kos utk buat kenduri tu semua takde lah mencecah RM3k utk makanan sahaja...tu la pro dan contranya...kalau kira2...banyak jugak bezanya....lepas jgk nak buat muka inspira...hua3...tapi best jugak kalau dtg rewang ni (bukan merewang tau!!)...bole jumpa member2, pakcik2, jiran2...dan yang bestnya bole usha2 awek yang dtg kenduri tu (kalau kekasih aku baca ni mesti aku kena piat tinga...adehh)...tapi sejak aku dah tak duduk kampung...aku jadi malas nak gi rewang2 ni...kekadang aku datang makan je...dan kebiasaannya aku tak datang pun kenduri kawen rumah diorg...pertamanya sebab aku kan memang jenis malas benda2 crowded ni...keduanya sebab bukan aku yang kawen...erk...kalau aku yang kawen..confirm la aku kena datang ek...adehh...erk...asal citer pasal kawen ni? erk...yer la...kan skrg time org kawen...time cuti sekolah...sampai susah aku nak balik umah aku hari tu...diorg blok jalan sebab pasang kemah kawen...tapi takde jugak kat jemputan kawen kat umah aku tu...ko dah nak kawen ke joe? erkk...yer kot...insyaAllah...aminnnn...erkk...
"aku baru nak hantar kau pegi xxxxx...takpe la sebab ko ada emergency...aku hantar dj je la"...sms boss aku hari ahad lepas...pepagi seawal kul 8 aku dah send msg kat dia...aku nak cuti emergency dari 23/11 sampai 27/11...nak setelkan sesuatu kat kampung aku...malas nak citer kat sini pasal apa...biar aku dgn kekasih aku je yang tau...kekadang ada benda yang berlaku diluar kemahuan kita...tapi walau mcmana susah sesuatu masalah tu...tentu ada jalan keluarnya...samada cepat atau lambat...dan samada senang atau susah...Tuhan takkan timpakan kita dgn kesusahan atau dugaan yang tak mampu utk kita hadapi...Tuhan taklah kejam sangat...utk menimpakan sesuatu yang kita tak bole nak handle...semalam aku terdengar (sbb aku tgk youtube dari ustaz apa ntah aku lupa nama dia)...ustaz tu cakap sambil mengajuk soalan orang lain yang ditujukan kepada dia:
"camana Tuhan tu adil ustaz....orang baik2 mati kena bunuh...pastu kena bakar...pastu abunya kena buang dalam sungai...pastu dia mati tak pakai tudung...bukankah orang yang mati kena bunuh tu mati syahid?tapi ustaz...dia tak pakai tudung? hai...takkan lah masa dia nak mati tu dia ckp "erk ane...tolong bawak tudung sebelum you bunuh saya...saya mau mati pakai tudung"..."
KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID(SYUHADA')
Sahabat-sahabat yang dihormati,
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi saw yang memberitahu tentang kelebihan orang yang mati syahid.
"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN=169-171
"dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa Yang terbunuh Dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang Yang hidup (dengan keadaan hidup Yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya".AL-BAQARAH=154
RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. [Hadith Riwayat Bukhari).
Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3488
Datuk Noh Gadut bekas Mufti Johor dan penasihat Majlis Agama Islam Johor sifatkan kematian Sosilawati dan 3 lelaki lagi sebagai mati syahid. Mayat mereka dipukul, dibunuh dan dibakar hingga hangus dijumpai di Ladang Gadong. Saya terbaca artikel ni dalam Sinar Harian tadi. Saya pun kurang arif tentang ni, dan amat menarik artikel ni.
Datuk Noh Gadut
Dalam kes bunuh Sosilawati dan 3 lagi lelaki, Datuk Noh Gadut menjelaskan kematian mereka sebagai mati syahid akhirat iaitu seperti orang mati bersalin, mati dibunuh secara kejam, dan mati karam.
Mati syahid akhirat ialah mati kerana memperjuangkan agama, berperang dengan kafir seperti zaman nabi dulu. Alhamdulillah jika semua mangsa mendapat pahala dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg mati shahid.
Saya teringat ustaz kat sekolah dulu, ada sebut, kalau seseorang tu keluar mencari rezeki untuk keluarga dan dia mati semasa mencari rezeki, tu pun dikira mati syahid.
Rasullullah pernah bersabda orang yang mati syahid tu tidak merasa sakit melainkan seperti dicubit.
(HR Tirmizi dan Nasa i')
Datuk Noh Gadut menghadiri majlis tahlil di rumah Datuk Sosilawati dan di kesempatan tu dia menemui bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamad dan anak-anak Sosilawati. Kelihatan Datuk Noh Gadut berbual, memberi kata-kata semangat dan penerangan kepada anak-anak Sosilawati.
Kejadian yg menimpa Sosilawati perlu diambil iktibar dan dijadikan teladan kepada ahli korporat lain supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam urusan perniagaan.
Manakala mufti Pahang pulak, Datuk Abdul Rahman meminta orang awam tidak mengaibkan mangsa dengan cerita-cerita tak baik tetapi memperbanyakkan doa supaya roh mereka dirahmati dan tenteram. (DIPETIK DARI BLOG NURISPACE)
mula2 aku terfikir jugak...sosilawati tu derma dan bersedekah berjuta2 ringgit...pastu mati tak pakai tudung...tapi kenapa Tuhan nak matikan dia dalam keadaan mcm tu?kejam jugak kan? (tapi korang jangan risau...aku tak bersangka buruk pada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui akan segala sesuatu) tapi lepas penerangan dari ustaz tu masa aku dengar ceramah dia semalam...baru aku faham...walaupun tak pakai tudung...mungkin Tuhan redha dgn kebaikkan yang pernah dia buat...mungkin dosa tak pakai tudung dia tu bole dicover dgn kebaikkan2 dia yang lain...wallahualam...dan kerana itu juga la orang melayu mencipta kata2 seperti "Tuhan lebih sayangkan dia" kalau ada org mati...maksudnya yang aku faham lebih kurang mcm ni "lebih baik Tuhan cabut nyawa dia sekarang sementara timbangan pahala dia melebihi timbangan dosa dia...sekurang2nya kalau dia mati, dia dah tak bole nak terus melakukan dosa2 didunia ini dan kalau timbangan pahala melebihi dosa...syurgalah tempat dia diakhirat nanti"...
iskk...asal paragraph aku jadi kecik ni?? malas la aku nak tulis lagi...len kali pulak la...haizzz...
*kpd sygku...huhu...miss u so much...sayang wat la keje tu dulu ek...abg tunggu...:D
No comments:
Post a Comment