بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, November 19, 2010

Filet O Fish


17 Nov. 2010, 11.06 pm

Aku terpaksa draft dulu entry ni sebab takde line internet kat sini…masa aku tulis entry ni, aku berada di tengah lautan yang kira2 200km dari Kerteh, Terengganu…nama platform ni terpaksa aku rahsiakan demi kebaikan bersama…aku baru lepas tgk pertandingan karaoke yang diadakan oleh penghuni platform tempat aku duduk ni…sambil telinga aku diasak dgn lagu Ada Band ~ Surga Cinta dan lagu D'masive ~ Cinta Sampai Disini…err…lagu cinta sampai disini ni tak bermakna cinta aku dah berakhir…cuma aku suka dengar lagu ni sebab aku selalu dengar dgn kekasih aku masa tgk sinetron yang lagu tema dia lagu ni…aku lupa pulak apa nama sinetron tu…kalau kekasih aku ni mesti dia tau sebab dia suka tgk citer tu…

aku nak citer pasal kehidupan kat sini sebenarnya…platform ni dah tak macam platform yang aku pernah naik dulu…kalau dulu platform ni takde sangat event2 yang mcm tu…mungkin sebab boss dia kat sini yang tak suka sangat dgn benda2 hiburan ni…dan mungkin sbb boss tu dah ditukarkan kat tempat lain…maka penghuninya baru berani nak buat benda2 mcm ni sbb boss baru diorg yang sporting skrg…lagi pun mungkin sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha…diorg nak hepi2 dgn cara diorg sendiri...diorg taknak rasa tension kerana terpaksa berjauhan dengan family kerana terpaksa bekerja…dan mungkin itulah satu2nya hiburan yang mampu diorg buat kat sini…best jgk gi laut time2 raya ni…sampai2 je pagi td dlm pukul 8 lbh pagi tadi diorg hidangkan sate ayam dan sate daging…nasik himpit…kuah lodeh…sambal kacang…kek…chicken chop…kari ayam…nasik dagang…dan apa ntah lagi aku tak ingat…pastu masa tghari pulak ada udang galah masak sambal…sotong goreng tepung…nasik beryani…kari kambeng (erk…kekasih aku tak bagi aku makan kambeng…sebab aku ada darah tinggi…pastu nanti kekadang aku pening kepala lepas mkn kambeng…tadi pun dia dah marah aku sebab aku makan kambeng…erk…aku dapat call dia tadi…best…uhuhu)…ada puyuh goreng…dan macam2 lagi yang aku rasa susah jugak aku nak dapat semua tu pada satu2 masa kecuali kalau aku kawen dgn kekasih aku nanti…aminnn…kekasih aku ni pandai masak…cepat dan sedap pulak tu…gemok la aku nanti lepas kawen dgn dia…huhu…dan semua makanan kat pelantar tu menyumbang kepada kalori yang amat tinggi…tapi sedap…nyum2…

erk…room mate aku ni kebetulan orang johor jugak…ntah mcmana tetiba bole terkeluar citer pasal cinta…pasal dia clash dgn gf dia...kapel 9 tahun pastu kawen dgn org lain yang dia kenal kat facebook…macam malas aku nak citer secara detail pasal citer dia tu…tapi menarik jugak bila aku dpt selitkan nasihat2 yang berguna tentang cinta kat dia…erk…dia dah kawen tapi dia ni aku rasa mcm kurang pengalaman dalam mengambil hati pompuan (isteri dia)…mungkin sebab umur dia yang dipenghujung 20an…aku rasa org2 yang berumur nak dekat2 30 ni memang tak bole nak focus utk jaga hati pompuan…erk…korang2 yang berumur sedemikian yang tgh baca ni harap jangan tersinggung dulu…tak semua mcm tu tapi ramai kot yang macam tu…maksud aku tak bole focus tadi ialah diorg ni tak caring…tak pandai jaga hati…tak memahami hati pasangan dia…sama mcm room mate aku ni…pastu aku cakap kat dia…“bole kalau dah memang ko tak bole nak tunjuk semua yang bukan sifat2 diri kau…contohnya mcm tak nak mengambil berat atau sebagainya…pompuan bole abaikan sikap kau yang mcm tu…cuma kekadang diorg mcm nak jugak dibelai…nak rasa diri diorg diberi perhatian…tapi kau jangan sekali2 curang sebab kalau sekali kau curang…selama2nya dia tak akan dapat menerima kau lagi”…aku cakap kat dia mcm tu…erk…rupa2nya tugasan aku bagi nasihat pasal cinta ni tak terbatas pada adik2 angkat aku dan tak terbatas hanya kat darat tu…rupa2nya kat laut ni pun aku masih perlu curahkan nasihat dan pendapat aku bagi mereka yang memerlukan…huhu…erk…kekasih aku tengah wat apa agaknya skrg ni ek…rindunya kat dia :(

dah 12.57 am…aku nak tido…save dulu draft ni…sambung esok (nanti) pulak…

18 Nov. 2010 3.29 pm

Aku baru lepas makan laksa penang tadi…lepas isap rokok terus naik ke bilik…tadi sebelum turun makan, aku dapat call kekasih aku, pastu suruh dia call aku balik...huhu…bestnya…terubat rindu kat dia…ingatkan nak tunggu dia call je malam nanti tapi aku rasa aku dah tak bole tahan nak dengar suara dia…pastu aku try call pakai telefon kat level 2 tu…ingatkan semalam je diorg bukak bole call luar…rupanya hari ni pun diorg bukak lagi  utk call luar sempena Aidil Adha…bagi pesanan kat kekasih aku supaya call tipon yang dekat dgn bilik aku malam ni…huhu…mlm nnt tinggal tunggu dia call je la…

laksa penang tu sebenarnya makanan utk minum petang pukul 3pm...masa tengahari tu aku makan lauk ikan je...ikan masak kicap dgn ikan goreng, dgn sayur kobis yang dia masak pedas...dgn apa ntah...mcm telur yang dia goreng nipis...siap campur lada hitam dgn bawang kot...pastu kat dalam dia ada mayonis, cheese, bacon yang dipotong halus...mushroom pun ada...pastu dia lipat2...sedap jugak menda tu...aku lupa pulak nak tanya chef tu nama makanan tu...ala..malas la aku tanya...baik aku makan je...lepas makan tu aku lepak kat smoking room...isap rokok...masa tu pak usop dah ada kat situ...pak usop ni dia production tech kat situ...dah tua dah...dah 50 lebih kot...dah naik haji dah...pastu dia bukak citer pasal keta...pasal merc 123, 124, 126...pasal navara...pasal volvo...E34...pasal hilux pasal Dmax...semuanya keta2 yang dia pernah pakai dan semuanya yang menarik minat aku...apa taknya...dia citer semua pasal keta2 yang aku suka...tapi aku masih ingat lagi satu hari masa aku lepas hantar kekasih aku balik, ada satu navara tu potong aku sebab aku baru tukar gear, aku slow sebab ada keta nak belok simpang...lepas pada tu aku dapat follow je navara tu, tak dapat nak potong...masa tu meter aku dah 170 km/j...kat jalan muadzam – gambang...lepas tu malas aku kejar lagi...wat abes minyak aku je...berbalik pada cita pak usop tadi...dia kata dia suka keta lama2 ni...jiwa dia mcm aku...dia kata lagi, keta lama ni sedap bawak...spare part senang nak cari...dan sampai skrg aku masih meneka2 bape butir keta dio ado lo ni...(erk...terpaksa ikut slang pak usop sebab dia berasal dari  Manir...sebuah daerah atau kampung diutara Terengganu...)

Aku rasa ada banyak hikmahNya yang Tuhan bagi aku utk trip kali ni…seperti yang aku jangkakan sebelum ni…pagi2 suboh tadi aku semayang kat surau…lepas tu ada takbir hari raya…rasa sebak jugak masa bertakbir tu…dah lama aku tak rasa macam tu…aku pun tak pasti sangat kenapa aku rasa sebak mcm tu…mungkin sebab aku jauh dari kekasih aku…jauh dari keluarga…dan tercampak pulak jauh di tengah lautan...kena pulak time2 raya...aku masih ingat tahun lepas...kat platform ni jugak...masa raya haji pertama...orang sibuk2 nak semyang raya, aku sibuk2 baru nak turun chopper balik ke darat…tapi aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah utk beribadah kepadaNya dalam keadaan sihat walafiat…cukup makan dan minum…pakaian...tempat tinggal yang selesa…berada bersama2 teman2 senasib yang terpaksa bekerja disini, diwaktu ini dan dihari raya ini demi keluarga tercinta…alhamdulillah…kadang2 walaupun kita berada di daratan, belum tentu kita dapat mengecapi nikmat yang macam Tuhan kurniakan kat aku masa ini…makan minum free…baju ada orang cucikan…tinggal di tempat yang berhawa dingin…pastu dalam bilik aku ni cuma aku dua org je…orang lain semua kena duduk 4 org sebilik…Allah dah makbulkan doa aku yang mengharapkan agar Dia permudahkan segala urusan aku…dari mula naik chopper, masa buat kerja dan semasa berada disini, sampailah aku pulang semula ke darat nanti…

Best jugak sebenarnya dok sini...apa lagi setelah kerja aku siap...semalam lagi aku dah siapkan keja aku...2 jam lebih je bereh semuanya...huhu…masa hari pertama aku datang je diorg dah ajak aku main daun terup masa isap rokok kat smoking room tu…paling best masa aku masuk2 smoking room je, RO (radio operator) tu terus tegur aku macam dah lama kenal (padahal tu first time aku jumpa dia)…pastu ada medic yang aku familiar sgt dgn dia…so tak rasa terasing sangat dok sini…lagipun…macam biasa…ada ramai jugak muka2 yang aku pernah jumpa kat platform lain…dan paling best sebab aku tak terputus hubungan dgn kekasih aku…kalau tak…errr…tak tau camana nak bayangkan…huhu…

report aku dah siap...tinggal sikit2 je lagi...tu pun sebab aku takde info pasal menda tu...patutnya semalam aku ambik kat kren tu tapi aku lupa...tapi takpe la...aku bole dapatkan dari zahid masa aku balik darat nanti...5 min punya kerja...yang lain dah bereh...pasni aku bole relax je dok kat darat seperti biasa...huhu...dan paling best bole abeskan masa dgn kekasih aku mcm selalu...tak sabar nak balik darat...nak baca blog2 yang kekasih aku post...huhu...ada banyak benda yang tak setel lagi sebenarnya kat darat ni...tapi takyah la aku citer kat sini...cuma kekasih aku dan family aku je yang tau...insyaAllah...benda ni pasti akan selesai...cuma cepat dan lambat je...

“bila abg kena gi laut lagi?” tanya kekasih aku masa dia call aku tadi “ntahlah...nanti la balik darat abg nak tanya boss abg”...tapi patutnya bukan dalam waktu2 yang terdekat ni sebab boss abg dah janji takkan hantar abg sebab abg baru balik...harap2 lama lagi...letih turun naik tangga kat living quarters ni pun tak ilang lagi...dah kejang2 kaki aku turun naik tangga ni...bilik aku level 4...tempat makan dgn smoking room level 1...opis level 2...keja aku memang turun naik tangga je la...dulu masa aku selalu lepak kat opis, tak terasa sangat letih naik tangga ni sebab dah biasa...opis aku tu level 3...tapi sejak 3 bulan dok umah je...dah tak biasa pulak turun naik tangga ni...paling tinggi pun tangga kuantan megamall masa nak masuk pintu dia tu...selain tu semua pakai escalator dgn lift...huhu...badan semua dah sakit2 tanda usia dah makin senja...kena exercise banyak2 pasni...nak ajak kekasih aku joging...erk...

dah 4.03 pm...best tak kalau aku tido time2 mcm ni? best kot...bole aku abeskan masa skit...biar cepat masa berlalu dan cepat pula aku balik kedarat...sian keta aku...berjemur kat airport tu...aku lagi kesian kat kekasih aku sebab mesti dia boring aku takde...tak dapat nak temankan dia cakap  kat tipon macam selalu...sabar ek sayang...esok abg balik...insyaAllah :D

nak stop kat sini lah...nak tido...kalau aku rajin, malam nanti aku tulis lagi...

6.59 pm...baru je lepas azan maghrib...aku taknak semayang dulu...nak semayang jamak isya’ je nanti...tadi aku baru lepas naik dari makan dan isap rokok...makan nasik sikit je...ambik udang masak merah, ambik sosej masak sos, ambik lada kecik kat lauk ikan singgang 3 biji...pastu dah abes mkn tu semua...aku bangun lagi...ambik ayam dua ketul...macam sedap pulak tgk room mate aku tu makan ayam goreng yang digoreng garing2...lepas makan tu aku lepak kat smoking room...aku sorang je kat situ...tak lama pastu masuk pulak operation supervisor tu...pastu dia ada tanya pasal kren yang aku inspect semalam...pastu mulut aku gatal tanya dia dah lama ke kat platform tu...dia kata baru lagi, bulan June hari tu dia kena trasnfer....hah betul la...dulu aku first time jumpa dia kat platform lain...dia pun ingat2 lupa kat aku...lepas isap rokok, aku gi tgk chopper flight booking yang RO baru tampal kat notice board tu masa otw nak balik bilik...ahamdulillah...nama aku tersenarai...sebenarnya kalau tak tgk kat notice board tu pun aku dah tau aku tersenarai sebab RO dah bagitau masa dia sama2 isap rokok dgn aku tadi...tapi sebagai manusia yang tak pernah puas hati kalau tak tgk dgn mata sendiri, aku pegi jugak baca manifest chopper flight booking tu...chopper pukul 7 am (dalam schedule memang 7 am, tapi bole mencecah sampai 7.45 am baru dia gerak/terbang) dari kerteh yang bermakna akan sampai ke platform ni dalam lbh kurang pukul 8.45 am dan akan sampai ke darat semula lbh kurang pukul 9.30 am paling lambat...chopper kecik...boleh masuk 12 org je maximum...tapi aku tetap bersyukur...tak kisahlah kecik ke besar...janji balik darat...tak sabar nak beritahu berita gembira ni pada kekasih aku...mesti dia hepi dengar berita ni malam ni... “kalau chopper abg pagi...masa abg sampai airport, xxx blm bangun agaknya...huhu...nanti abg kejutkanlah xxx...mesti best...” masih terngiang2 kata2 kekasih aku kat telefon tadi bila aku citer kemungkinan flight aku pagi sambil aku bayangkan mukanya yang tengah tersenyum riang...wajah yang sentiasa aku rindukan...penawar sakit, kedukaan dan kesedihan aku...sabarlah sayang...dah tak lama dah... :D

tadi lepas aku stop tulis blog ni, aku terus tido...macam2 mimpi yang menerjah masuk...kebanyakkannya tak berapa best...sedar2 je dah pukul 6 pm...bangun pastu terus mandi...lepas mandi terus turun gi makan...dan kini aku ada disini lagi...mengadap tulisan ini lagi...sambil diiringi lagu Surga Cinta dan Cinta Sampai Disini yang silih berganti...yang sengaja aku save dua lagu ni je dalam playlist window media player aku ni...buat masa ni, dua lagu ni je yang bole menghiburkan aku sambil mengembalikan dan mengingatkan aku pada kenangan2 indah aku dengan kekasih aku...huhu...rindunya...tak sabar nak jumpa dia...

untung trip aku kali ni...aku pegi masa hari raya pertama dgn kedua...sampai hari jumaat...maknanya aku ada 3 hari replacement leave disitu...huhu...kerja 3 hari pastu dapat cuti 3 hari...pastu esoknya hari sabtu plk tu...bole relax lagi...tapi aku rasa aku nak kemas rumah aku tu la...dah berabuk rumah aku...dah 2 bulan rasanya aku tak kemas bilik aku...dah tak bole nak pijak...jaga kau...hari sabtu nanti kau kena...pastu bole la aku tinggalkan lagi bilik aku lama2...hak3...baju aku kat rumah tu semua aku dah packing dlm bag...memang aku dah plan awal2...kalau nak gi mana2 senang...tinggal angkut je...sama dgn bag yang aku bawak pegi offshore ni...aku siapkan awal2 packing...pastu bila2 nak pegi nanti tinggal angkut je...takyah susah2 nak packing2 lagi...dan sebenarnya kat dalam bilik aku tu penuh bersepah dengan bag je...bag laptop dgn bag baju...tak sempat aku nak kemas...nak jalan pun susah...takpe2...hari sabtu ek...jgn wat2 lupa pulak joe...bereh bohhhh!!!

production tech ~ “ko asal mana? johor?...
aku ~ “haah”
production tech ~ “dah agak dah...org johor cakap memang lain skit...ada gaya tersendiri”
aku ~ “erk...yer ke? hehe...ko asal mana?”
production tech ~ “aku  kuantan”
aku ~”erkk...(gulp)...oh ok2...(terdiam kejap aku...mesti kekasih aku tau kenapa aku terdiam....adehh...rindu kuantan dan orgnya :( ...)...aku depends jugak...kalau lawan cakap aku tu ckp ganu...aku cakap ganu jugak...haha...”
production tech ~haha...

tu perbualan aku dengan production tech yang supervise contractor yang keje kat remote platform tu yang sampai skrg pun aku tak tau apa nama dia...dia ikut sekali masa aku buat keje semalam...lepas keje aku siap tu dia tanya aku mcm tu masa tgh isap rokok sambil tgk tv lbh kurang pukul 6 pm...puas aku control ikut mcm org singapore ckp...bole pulak dia teka johor...dah lama sangat tak gi singapore dan dah lama sangat tak tgk tv singapore ni...skill cakap spore pun dah lari...sedey seyh...huhu...

8.12 pm...dah tak lama dah...jap lagi kekasih aku call...bestnya...huhu...errr...nasib baik aku sempat gi kencing...lega rasa...orang kat surau blm abes semayang lagi...err...bilik aku ni kalau nak gi toilet kena lalu depan surau...malu la jugak kalau terserempak dgn org2 kat surau...walaupun diaorg tak tau citer sebenar nape aku tanak join diorg semayang berjemaah...takpelah...biar aku dgn Tuhan je yang tau...

tapi memang mcm tu la...aku ni bukan nak sombong...tapi macam malas nak tegur2 org nak sembang2...tapi walau kita diam mcmana pun...walau kita senyap mcmana pun, kalau diorg rasa nak berbual dgn kita...diaorg akan bukak mulut jugak...dan sebagai seorang yang tak sombong dan mulut yang tak lekang dari melemparkan senyuman...(erk...ni bukan nak riak...aku cuma nak gambarkan mcmana keadaan diri aku kat sini...adehh) nak tak nak kita kena layan diorg berborak...tak rugi pape pun pada aku...kekadang dari berbual kosong tu macam2 info dan pengajaran berguna kita bole dapat...macam aku berbual dgn pak usop tadi...at least aku tau mana nak cari specialist mercedes dan mana nak cari spare part murah...dan sebelum tu ada sorang brader tu dah banyak kali jugak aku jumpa dia kat platform lain...baru ni bertegur sapa dan mcm biasa...aku masih tak tau nama dia...tapi diorg tau nama aku (sebab coverall aku ada tersulam indah nama aku...iskk)...pastu brader tu tanya aku dok mana...dan sebagai balasan aku pun terpaksa tanya la jugak dia dok mana...rupanya dia dok dungun je...pastu dia kata dia selalu lepak kat paka...kat tepi pantai tempat aku selalu dok termenung tu sambil makan kepok atau ikan goreng tepung...aku rasa, setiap kali trip aku gi laut ni mesti kenal dgn org baru...pastu mesti jumpa balik diorg kat paltform lain...kecik je dunia ni...dunia laut yang unik yang tak sama dgn daratan...dan untuk kesekian kalinya aku nyatakan kat sini...belum tentu aku akan jumpa diorg kat daratan seperti mana mudahnya aku boleh jumpa diorg dilautan ini...

8.31 pm...nak stop jap sementara tunggu kekasih aku call jap lagi...huhu...

19 Nov. 2010 10.42 am

ok!! aku dah sampai darat tepat jam 9.30 am tadi...dah call kekasih aku dah...dah makan filet o fish dah...tgh basuh baju...malas nak taip banyak2...nanti mesti korang scroll jugak...bukan baca sampai abes pun...adehh...


*kpd syg ku...huhu...jom deting...hua3...

No comments: