بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Thursday, June 17, 2010

Hukum Bertindik


27.
Mengapakah menindik telinga bagi wanita dibolehkan tetapi menindik anggota lain, misalnya hidung, tidak dibenarkan?
Menindik telinga bagi wanita adalah sesuatu yang lumrah. Bagi menindik hidung pula, ia adalah sesuatu yang lumrah bagi wanita yang berbangsa India. Jika ia merupakan suatu adat, maka ia dibolehkan. Jika bukan, maka ia tidak dibenarkan kerana ia mencacatkan diri.

Rasulullah s.a.w telah melarang perbuatan Muslah (mencacatkan). Menindik telinga adalah mencacatkan keadaannya yang semula jadi, maka ia tidak dibenarkan.

Menurut Ar-Rum ayat 30: “Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.”

Dan Al-Baqarah ayat 195: “Dan janganlah kamu menjatuhkandirimu kedalam kebinasaan.”

Walaubagaimanapun, wanita yang menindik telinga dikecualikan dari larangan ini.

Mengapa?

Ini adalah kerana keperluan wanita yang khusus untuk memakai barang kemas. Lelaki pula, menurut pandangan Islam, tiada keperluan sebegini. Memandangkan agama Islam tidak menggalakkan perbuatan yang tidak membawa faedah, maka menindik lebih dari satu pasang tindikan tidak digalakkan kerana ia tidak membawa apa-apa faedah.
28.

Benarkah bahawa wanita tidak boleh menindik telinga lebih dari satu?
Secara adat, wanita hanya menindik satu sahaja pada setiap telinga. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini telah timbul tren menindik lebih dari satu di telinga. Bahkan menindik di anggota-anggota lain di badan mereka. Tren ini dimulakan oleh mereka yang bukan Islam, dan ia membawa mudarat dan kesakitan kepada penggunanya. Oleh kerana itu, kita dilarang meniru perbuatan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang meniru perbuatan sesebuah kaum (yang tidak beriman pada Allah) pada sesungguhnya dia telah termasuk dalam kaum tersebut.
29.

Bolehkah seorang wanita Islam menindik hidung?
Menindik hidung dibolehkan di dalam Islam jika ia adalah sesuatu yang lumrah di dalam masyarakat wnaita tersebut, dalam erti kata yang lain, ia adalah sesuatu adat yang dipraktikkan wanita-wanita masyarakat tersebut dan tidak dianggap sebagai sesuatu yang aneh. Oleh itu, wanita berbangsa India dibolehkan menindik hidung mereka kerana ia sesuatu kebiasaan dan lumrah bagi bangsa mereka. Maka wanita berbangsa Melayu tidak boleh menindik hidung mereka kerana ia bukan dari adat-istiadat bangsa mereka.



Untuk memudahkan para pembaca, boleh tindik banyak mana pun, tapi dengan syarat:

1. Tidak membazir.
2. Tidak sombong.
3. Tidak meniru orang kafir.

Ibn 'Abbas r.a telah berkata:

"Makanlah apa yang kamu suka, pakailah apa yang kamu suka, selagi kamu tidak membazir atau sombong". ( Bukhari: Kitab al-Libas secara ta'liq)


Ummat Islam dilarang meniru budaya agama lain termasuklah dalam soal menindik hidung atau telinga bagi kaum lelaki.Ini selaras dengan hadith nabi yang bermaksud, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia bukanlah daripada kaumku(ummat Nabi Muhammad S.A.W.)"..


7 comments:

Anonymous said...

Anda menyelesaikan beberapa poin di sana. Saya melakukan pencarian dengan tema dan menemukan sebagian besar orang akan memiliki pendapat yang sama dengan blog Anda.

Anonymous said...

Ini cukup asalkan ada banyak di luar sana hanya menunggu kanan.

Joe Black said...

oh ok2...

Anonymous said...

Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)

Joe Black said...

erk...yang berikut dah ada dah tu...erk...

Anonymous said...

Qur'an dan Sunnah
Agama itu Nasehat
Hukum Menindik Telinga dan Hidung
Penulis: Asy Syaikh Muhammad bin Sholih Al-‘Utsaimin

Pertanyaan

Syaikh Muhammad bin Sholih Al-‘Utsaimin rahimahullah dittany:”Apa hukum menindik telinga dan hidung anak perempuan untuk tujuan berhias?”

Jawab:

Menindik telinga hukumnya boleh, karena tujuannya untuk berhias. Telah diriwayatkan bahwa istri-istri sahabat mempunyai anting-anting yang mereka pergunakan di telinga mereka. Menusuknya adalah menyakiti, tetapi hanya sedikit, jika ditindik ketika masih kecil, sembuhnyapun cepat. Sedang menindik hidung, hukumnya sama dengan menindik telinga. (Fatawa wa Rosail Syaikh Ibn ‘Utsaimin, 4/137; Fatawa Lajnah Ad-Daiman, 5/121).

Syaikh Abdullah Al-Fauzan berkata:”Diperbolehkan menindik telinga karena bertujuan untuk memenuhi kebutuhan fithrah wanita untuk berhias. Adanya rasa sakit ketika ditindik tidaklah merupakan halangan, karena hanya merupakan sakit sedikit dan sebentar. Dan menindik telinga seringkali hanya dilakukan ketika anak masih kecil.

Menindik telinga merupakan perkara biasa bagi wanita dari dulu hingga sekarang. Tidak ada larangan tentangnya, baik di dalam Al-Qur’an maupun As-Sunnah, justru ada riwayat yang mengisyaratkan diperbolehkannya dan pengakuan manusia atasnya. Terdapat riwayat dari Abdurrahman bin Abbas, ia berkata bahwa Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma ditanya:’Pernahkah kamu menyaksikan hari raya bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam?’, dia menjawab:’Pernah, kalaulah bukan karena kedudukanku di sisinya, saya menyaksikannya semenjak kecil. Beliau mendatangi tenda di rumah Katsir bin Shalt (Rumah Katsir bin Shalt dipergunakan sebagai kiblat untuk sholat Ied). Lalu beliau sholat kemudian berkhutbah tanpa terdengar azan maupun iqomah. Beliau memerintahkan untuk bersedekah, maka para wanita mengulurkan tangannya ke telinga-telinga mereka dan leher-leher mereka (untuk membuka perhiasan mereka) dan beliau memerintahkan kepada Bilal untuk mendatangi tempat wanita, setelah selesai Bilal kembali menghadap Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Dalam lafazh riwayat Imam Bukhori dari Ibn Abbas disebutkan, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk bersedekah, maka saya melihat para wanita mengulurkan tangan ke telinga dan leher mereka untuk mengambil perhiasan mereka. (Zinatul Mar’ah; Syaikh Abdullah Al-Fauzan, hal: 54).

Anonymous said...

BERKAITAN TINDIK HIDUNG
Mulut masing2 mengeluarkan fatwa sendiri dan menjatuh hukum perkara yang tidak berlandaskan nas atau dalil....saya kongsikan sedikit sahaja untuk tatapan mereka yang suka menjatuh hukum sendiri berkaitan perkara di atas....

"Hal tersebut disebutkan dalam kitab Raddul Muhtar, 6/420, dengan mengutip dari beberapa kitab, "Jika penindikan tersebut dilakukan di bagian hidung yang biasa digunakan untuk berhias bagi wanita, sebagaimana terdapat dalam sebagian negeri, maka hal tersebut seperti menindik untuk memakai anting, maksudnya hukumnya DIBOLEHKAN. Mazhab SYAFII juga membolehkan hal ini."
Wallahualam....