Friday, June 25, 2010
Yang Tak Terfahamkan
aku masih disini lagi
merebah diantara keluh kesah yang ada
diwaktu matahari pagi tidak lagi sehangat rindu yang berkobar
saat aku sedari dosa tak pernah tidur
segunung harapan menjadi sandaran
keindahan mu menjadi arah ku
kesetiaan mu penawar lelahku
mengapakah perlu suatu perpisahan?
dikala mimpi menjadi kenyataan
terpaksa berpisah dan tertunggu
tak boleh dielak walau ditentang
tidak pernah berharap terhindar dari kehidupan
yang jelas dimata yang tetap dinafikan
Tuhan tak menciptakan manusia untuk berputus asa
mengharap cinta yang hadir membawa sinar
itukah yang dinamakan keindahan dalam hidup?
berteman mesra dengan satu
menanggung derita kerana seribu
ketakutan tentang apa yang belum terjadi
menikmati kurniaan yang belum pasti
bercampur baur malam dan siang
bertungkus lumus siang dan malam
kesepian datang bersilih ganti
tertinggal lagi dalam kehidupan
misteri apakah yang bakal terhurai?
saat manusia salah melihat
kebahagiaan didambakan
kesabaran diharapkan
ketekunan menjadi pegangan
kesetiaan menjadi ukuran
ketibaan malam sentiasa dinanti
tak pernah terfikir akan berakhir
turut bahagia dengan keyakinan diri
perlahan-lahan mendambakan apa yang rahsia
hidup mungkin tak sehebat imaginasiku
tapi aku akan tetap berjuang
melawan arus yang menentang
puas menikmati sisa hidup
terbujur kaku mengenangkan nasib
namun masih ada yang tak mampu ku lupa
tak berdaya membuang jauh pandanganku
ingin menikmati selama-lamanya
tak ada beban tak ada tekanan
kesabaran dan kejujuran menjadi landasan
buangkan semua kelukaan itu
meniti sepi hari-hari
tinggal aku dengan dia
yang takkan mudah terfahamkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
w0ww~ =)
wakakaka...:))
errkkk~ penuh ngan xtdkfhman..err
wakakaka...panjang sgt nak huraikan...nnt ada masa abg explain ek....ngeee.. :))
hanya abg dgn dia je yg faham...hahhaa...
Post a Comment