

I'm just another, trying to find myself in this place of confusion
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم





hehehe.....aku nak tergelak tadi baca tajuk blog yg salah sorang adik aku post tadi...tajuk dia "Babi"....hahaha.....kat dashboard tu dapat tgk sikit je apa yg dia tulis pasal babi tu....bukan pasal babi yg binatang haram tu....tp rasanya masa dia tulis blog tu....dia rasa benda2 yg dia maksudkan tu bersifat jauh lebih hina dari babi....dan aku rasa lepas dia balik dari tempat2 yg dia pegi tu, dia nak kena seretu dgn 7 kali air bersih yg salah satu dari 7 air tu dicampur dgn tanah....dia tulis mcm ni:







2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelakiapa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
kehilangan dia adalah perkara yg aku paling takut sekali...aku tak kan pernah bole terfikir mcmana keadaan aku kalau dia takde dlm hidup aku...aku tak pernah bersedia utk itu...dan sesungguhnya...tak pernah terlintas kat dalam fikiran aku utk kehilangan dia...akan aku pertahankan cinta aku sehingga nafas aku yg terakhir....aku takkan biarkan sesiapa memisahkan kami...kecuali semuanya adalah kehendak Allah...dalam hubungan aku kali ni...kata2 semangat seperti "hoping for the best but expecting the worth" aku buang jauh2 dari dalam diri aku...aku taknak jangkakan langsung sesuatu yg buruk....aku selalu berdoa agar semuanya yg baik2 je yg akan datang kepada aku dan dia...aku tau...banyak sangat pengorbanan yg dia dah lakukan utk aku...dia sanggup mengharungi kesusahan utk pastikan aku tak susah hati....dia terlalu ambil berat tentang perasaan aku...aku je yg selalu tak tau nak hargai setiap pengorbanan dia...sedihnya...aku memang tak layak utk dia kalau aku tak pernah nak mengerti perasaan dia...aku tak berdaya...rasa cemburu aku selalu je tak dpt menutup perasaan aku...aku tak pandai berpura2...dia selalu tau kalau sikap aku berubah...dlm dunia ni....dia je yg paling faham perasaan aku tanpa perlu aku luahkan...tapi aku selalu tak hargai perasaan dia...aku selalu sakit kan hati dia....aku selalu buat dia terasa....aku memang tak pandai nak jaga hati org agaknya...dia dah buat segala yg termampu utk pertahankan cinta kami...dia sanggup korbankan segalanya termasuk kerja....masa...tenaga....utk aku...tak ada apa yg mampu aku lakukan utk balas semua pengorbanan dia...tapi...susah sangat ke utk aku hargai pengorbanan dia dgn tak membuat dia terasa??susah sangat ke joe???benda yg paling aku benci dalam dunia ni selain cinta yg ditolak adalah buat dia terasa....buat dia sedih...buat dia marah...buat dia rasa tak best....sebab secara tak langsung....aku pun akan rasa sama seperti apa yg dia rasa....aku dah tak mampu nak menghindarkan faktor2 luaran yg mengganggu hubungan kami....kepada Allah...aku berserah....cinta aku dan dia berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan dalam hati dan diri masing2...
*sayang....abg akan buat yg terbaik demi hubungan kita...utk kesekian kalinya...abg berjanji utk tidak lukakan hati sayang lagi...ampun kan abg utk kesalahan abg selama ni... :'(

Assalamualaikum WBT
Kebanyakkan entry dalam blog ini adalah berkisar tentang kehidupan saya dan kekasih (sebelum bernikah yang kemudiannya saya gelarkan sebagai "isteri" selepas saya bernikah) saya (yang saya rujuk sebagai "dia" dan "xxx" didalam blog ini...nama sebenar saya dan isteri saya terpaksa saya rahsiakan demi kebaikan bersama)...juga diselitkan watak-watak yg sering berligar disekitar-sekitar saya...yang ingin saya kongsikan bersama dgn pembaca-pembaca budiman sekelian...
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya kandungan blog ini menyinggung perasaan anda atau secara kebetulan menyentuh kehidupan peribadi anda samada disedari atau tidak dan samada disengajakan atau tidak...dan secara langsung atau tak langsung...semoga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...aminnn...
Wassalam...
"aku amat beruntung dan bersyukur kerana diberikan Allah kesempatan untuk menyintai, mengasihi dan menyayanginya dan pada masa yang sama dikurniakan dengan kurniaan yang sama juga darinya...telah aku curahkan segala jiwa dan ragaku hanya untuknya seorang..."
"kesedihannya adalah kesedihanku...keperitannya adalah keperitanku...kelukaannya adalah kelukaanku... kebahagiaannya adalah kebahagiaanku...kata-katanya merupakan penawar kepada kegundahan hatiku... nasihat-nasihatnya menjadi pembakar semangatku... kalau keperitan dan kelukaan terpaksaku tanggung demi melihat dia bahagia...akan kupilih keperitan dan kelukaan itu..."
"belum pernah aku mengecap kebahagiaan yang semacam ini sebelum mengenalinya...menghabiskan sisa-sisa hidupku bersamanya merupakan impian, cita-cita dan harapan yang aku pegang kini...tidak ada yang terindah dalam hidupku selain melihat senyum dan tawanya...membahagiakannya, mengasihi, menyayangi dan menyintainya adalah misi terakhir sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir..."
"dan sesungguhnya...aku mencintainya, terutamanya kerana AGAMA yang ada padanya"