بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Ini

hari ni hari pertama aku berpuasa Ramadhan utk musim kali ni...tadi aku mcm malas je nak post blog...tp aku rasa elok juga aku abadikan sesuatu dalam blog ni pada hari pertama aku berpuasa...at least aku bole ingat balik hari ni aku start puasa bila aku baca balik blog aku satu hari nanti...dan pada waktu ni aku baru abis baca blog Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang memang aku dah agak...aku hanya perlukan masa 2-3 hari je utk abiskan semua citer2 dalam blog tu...terima kasih dan tahniah pada owner blog tu yang rajin nak taip balik dan kumpulkan semua kisah2 SBDJ dalam satu blog...rasa terkilan sikit sebab citer tu tak abis lagi...dan takde lagi sambungan dia...masa ni aku tgh tunggu kekasih aku...dia blm balik lagi...salah satu sebab aku nak post blog ni...sekadar memenuhi kekosongan aku dan utk share apa yang aku dapat masa aku baca SBDJ tu...

semlm aku dah delete acc fb aku seperti yang dijanjikan...dan hari ni mcm2 pulak aku dengar tentang apa yang berlaku kat fb tu...dan ada satu kes je tadi aku masuk campur skit kat fb sebab ada sikit salah faham kat situ...alhamdulillah...semuanya ok balik seperti yang aku harapkan...memanglah salah faham...gaduh...rasa tak puas hati walaupun kat fb selalu terjadi...tapi bukan hari ini...hari ini hari pertama kita menyambut Ramadhan...sekurang2nya hormatilah bulan suci umat Islam ni dgn tidak bertengkar dan bergaduh sesama sendiri...yang paling aku kesalkan...ada pulak yang mengapi2kan dan mengipas2 api perselisihan tadi supaya menjadi semakin marak...

Servex - KB: nape dia suke sgt besarkan hal tu..xsuke la
Joe Black: kalau org tu sifat dia mcm tu
Joe Black: dan dlm hati dia ada unsur2 mcm tu
Joe Black: mcmana pun Tuhan akan tunjukkan kat kita perangai dia
Joe Black: dia tk sedar org bole menilai sikap dia yg buruk dgn cara dia komen
Joe Black: org mcm tu mmg tk sedar
Joe Black: sbb Tuhan mmg sengaja nak dia malu
Servex - KB: a'aa suke bakar line~ kan dah stop takat tu je.. ermm annoying plak
Servex - KB: nk laga2 kan xxxx mi cayang n xxx

seboleh2nya aku taknak mengumpat dan mengata orang lain dlm bulan puasa ni...tapi aku selalu bagi contoh dan nasihat aku kat adik2 aku based pada perangai terkutuk seseorang yang lain sebagai panduan supaya kesilapan yang sama tak dilakukan oleh adik2 aku...manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan tapi sebenarnya manusia tu sepatutnya lebih berhati2 dan befikir dulu sebelum melakukan sesuatu atau sebelum berkata2...sebab lidah manusia adalah senjata yang paling tajam sekali yang mana...bila dihunuskan boleh menghiris hati hingga hancur lebur dan seseungguhnya...amat sukar utk memulihkan hati yang telah terguris...kalau pun boleh di sembuhkan...parutnya tetap berbekas...biasanya manusia ni selalu bertindak mengikut perasaan...tapi syaitan itu selalu mengambil kesempatan keatas orang yang suka mengikut perasaan...dengan erti kata lain...orang yang mengikut perasaan ini ialah orang yang tak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu...orang yang tak boleh mengawal kemarahan dan tak sabar...biasanya....syaitan atau iblis itu akan menggoda manusia ketika seseorang itu berada dalam keadaan:

1] Marah dan bernafsu
2] Melalui rasa dengki yang membara dalam diri
3] Waktu manusia dalam keadaan terlalu kekenyangan dgn makanan dan minuman
4] Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan spt perhiasan utk bangunan, pakaian, barang2 kemas dan lain2
5] Sifat tamak
6] Sifat terburu-buru
7] Menerusi sifat bakhil
8] Menerusi sifat fanatik
9] Waktu manusia mementingkan diri sendiri
10] Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam

dimana prasangka buruk ini pula adalah amat berlawanan dengan sikap beringat2, berhati2 dan berwaspada kerana sesungguhnya sifat2 ini memang dituntut dalam Islam...berbeza dengan bersangka buruk terhadap orang lain:

HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM

Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah. Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallamsebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا. رواه ابن ماجه.

"Dari Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”. H/R Ibn Majah.

عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.

"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata: Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik". Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.

عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ

"Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan". H/R at-Tabrani.

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. (dipetik dari blog Ustaz Rasul Dahri bertajuk Buruk Sangka)

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.
Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis:
Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan. Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang. Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka.
Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka
.(dipetik dari Modul Internalisasi Sikap)

Sesungguhnya syaitan atau iblis merupakan musuh manusia yang nyata... bila kita terjaga dari tidur, iblis sudahpun mengikat diri kita dengan tiga rantai dan kita perlu memutuskan rantai itu terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan kehidupan, bila tidak diputuskan rantai iblis terus mengikat diri kita sepanjang hari yang boleh mendorongkan kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah...rantai pertama diputuskan dengan mengucapkan dua kalimah syahadat, sebaik saja tenjaga dari tidur. Rantai kedua diputuskan dengan mengambil air sembahyang dan rantai ketiga diputuskan dengan mendirikan solat Subuh...Pertama, iblis tu merantai hati dan niat kita, kemudian merantai fikiran dan mata kita, bila iktikad hidup dipesongkan sejak subuh, cubalah kita bayangkan bagaimana mudahnya iblis menguasai diri kita sepanjang hari...(dipetik dari SBDJ)

erk...mcm serius je blog aku kali ni...takpe lah...at least aku dapat sampaikan sesuatu kpd sesapa yg baca blog aku kali ni...kalau asik bual2 kosong takde faedah pun tak guna jugak...kalau ada orang baca...pastu amalkan mana yang baik dari blog aku ni...bole jugak menyumbang pahala utk buat bekal bila aku mati nnt...selamat bersahur dan selamat berpuasa... ;)

No comments: