بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, August 20, 2010

DVD Player

bangun pkl 11 pagi lagi hari ni...tu pun sebab dikejutkan oleh sms dari maxis bongok tu..."RM0.Where to buka puasa today? Get help from FINDER301, find Ramadhan Bazar bla...bla...bla"...bodoh punya maxis...dia tak tau ke kat paka ni cuma ada satu je bazar ramadhan kat depan opis aku tu...nak finder mendanya...bongok...pepagi hari jumaat yang mulia ni dia dah memaksa aku utk memaki hamun secara rambang yang menjurus kepada pengurangan pahala puasa aku samada aku suka ataupun tak...tapi tak pe la...aku rasa puasa aku musim ni agak tak berkualiti...aku banyak abiskan masa aku kat tempat pembaringan dan kekadang tertido sementara menunggu sms dari kekasih aku...erk...skip2...

bulan posa ni aku start tido balik lepas suboh...pastu kalau time keje aku bangun kul 7.50 am...mandi2 dan bersiap lebih kurang...pastu gi opis utk punch card je...pastu balik umah semula...sambung tido...aku rasa sejak puasa pertama sampai hari ni tu la rutin aku kecuali time cuti atau time aku tak kena punch card (sebab selain aku yang kena gi punch card...dj yang akan punch cardkan)...tapi minggu lepas ni aku rasa lebih banyak kosong punch card aku dari penuh masa masuk dan balik...kalau masuk kosong...balik mesti ada dan kalau masuk ada...balik kekadang kosong...tu ada la miscommunication kat mana2 tu sampai termiss utk punch card...tapi aku dah berazam...mulai minggu depan aku tanak miss2 lagi punch card tu...aku nak dia penuh mcm bulan penuh 15 Ramadhan tak lama lagi...boss aku dah tau kalau pusat operasi aku skrg kat rumah...maknanya...lepas ni secara rasminya aku dah tak yah nak buang masa lagi kat opis aku tu...cuma datang utk punch card je...selebihnya dok umah je sepenuh masa...haha...mesti korang2 semua bertambah jeles dgn aku skrg...dulu dah la keje 0n9 je 24 jam masa dok opis...tapi kali ni lagi best...tak yah dok opis terus....dok umah je...miahahhaa...oh ya...lupa nak kabor...selama ni ramai yang ingat aku dah pindah opis ke KL...memang betul sebenarnya...aku dah pindah ke KL...KL aka Kg.Limbong, di mana terletaknya rumah aku ni...yer la...kan opis aku dah pindah ke rumah...rumah aku plk kat kg limbong...so skrg aku dah pindah ke KL la...haha...kepada sesapa yang salah faham tu...please be advised...tq...

aku sayang kekasih aku...erk...ni asal ni?tetiba je?mcm ada buat salah je?hehe...takde la...mana ada wat salah deee (sebut ikut mcm citer Adnan Sempit)...saja je ckp mcm tu...rindu kat dia sebenarnya...mlm tadi sampai kul 3.15 am aku borak dengan dia...dari seawal kul 10.30 pm kot...tu pun berenti kejap je sbb makan, minum, isap rokok, buang itu dan ini dan sebagainya..."abg bangun...xxx sambung tido dulu eh"...aku received sms dari kekasih aku pukul 3.59 am...sejak puasa start hari tu...kekasih aku tak pernah miss kejutkan aku bangun sahur...on time pulak tu...sian dia...siap set alarm semata2 nak kejutkan aku bangun sahur...dia baik sangat kat aku...kalau aku drive malam2...mesti dia temankan aku borak sampai aku selamat sampai ke rumah...tak kira pukul berapa...ada satu hari tu aku dah tertido kat hiway...dalam pukul 4 am aku tersedar...dia dah pesan kat aku suruh aku sms dia kalau aku nak start drive balik tapi aku tak sampai hati nak susahkan dia dan nak kejutkan dia tido...malas nak kaco dia tido...tapi last2 dia sms tanya aku kat mana sambil marah2 sebab tanak kejutkan dia tido...pastu terus dia temankan aku borak2 sampai kul 5 lbh, nak dekat kul 6 am dah tu...sanggup dia tahan ngantuk semata2 nak temankan aku sebab dia tanak aku tetido masa drive yang sememangnya menjadi feveret aku...erkk...aku tak penah ada kekasih yang mcm ni...yang sanggup temankan aku tak kira masa...dulu kalau aku otw nak gi airport kalau nak gi laut kul 5 am tu...puas aku sms awek (skrg ex-awek) bgtau dah nak gerak nak tinggalkan diorg dan daratan utk sementara...tp haram tak de reply...tapi kekasih aku yang ni...jgn kan sms...siap temankan aku borak sampai tiba masanya utk aku off hp sebelum aku simpan kat airport tu...sebab tu la aku sayang sgt kat kekasih aku ni...dia benar2 memahami aku...dan salah satu sebab jugak aku setia sangat kat dia...sampaikan nak komen2 dengan orang lain kat fb pun aku tak nak...aku nak jaga hati dia baik2...aku taknak dia risau atau tertanya2 (walaupun dia tak pernah ragu-ragu dengan aku) apa agaknya yang aku komen dgn awek2 lain kat fb tu kalau dia tak bole baca dari acc dia...aku taknak buat dia susah hati dgn benda remeh-temeh mcm tu...dan benda2 ni sebenarnya bukan paksaan dari sesiapa...tapi dari diri aku sendiri...dan aku lakukan atas inisiatif aku sendiri...tapi kekasih aku mesti marah kalau aku ckp mcm ni...dia taknak dialah penyebab aku jadi mcm ni..."syg...syg jgn risau ek...syg tak bersalah dalam hal ni...abg lakukan atas kerelaan abg...lagipun bukan abg lupakan diorg terus pun...cuma abg limitkan sendiri kelonggaran yang sayang beri kat abg"...

tapi aku selalu nampak kat fb...kebanyakkannya lelaki la...dan ada jugak pompuan yang bila di beri kebebasan oleh bf atau gf diorg utk komen2 dgn laki atau pompuan lain...diorg akan gunakan peluang itu semaximum mungkin...diaorg komen2 tanpa mengira batas dgn menggunakan alasan sebagai "kawan" atau "jgn takut...takde perasaan apa2" atau "ala...dia dah ada bf/gf"...memang betul...kekadang kita memang betul2 maksudkan dengan alasan tu...tapi pernah tak kita terfikir dan sedar...kalau kekasih kita buat benda yang sama kat kita...apa perasaan kita?pernah tak terdetik rasa jeles walau sikit pun? at least kita akan berfikir mcm ni "amboi...mesranya kekasih aku ni dgn kawan baik dia...dgn aku takde pulak mesra mcm tu...berlainan jantina pulak tu"...daripada timbul fitnah...lebih baik kita bataskan perhubungan kita dgn orang lain terutamanya yang berlainan jantina demi menjaga hati kekasih kita...kalau kita dah ada dia...apa lah sangat kita berkorban sikit kegembiraan kita demi kebersamaan kita dgn kekasih kita selama2nya...mana lebih penting...kawan ke kekasih kita?benda2 yang aku citer ni sebenarnya dah banyak kali aku dengar dan aku tengok sendiri...benda2 ni semua sebenarnya yang menyumbang kepada faktor2 curang, clash, fitnah dan sebagainya...berpada2lah dalam berkomen2 dan berkawan...tapi dari apa yang aku bole nampak...fb ni dijadikan persada utk menjadi tempat utk mencari "orang" yang lebih baik dari kekasih diaorg yang dah sedia ada...mungkin tak semua orang mcm tu...tapi kebanyakkannya memang mcm tu...dalam erti kata lain...dia masih mencari yang terbaik utk diri dia walaupun dia dah ada gf atau bf pada masa tu...dalam erti kata lain lagi...dia ni tamak, tak pernah bersyukur, tak pernah puas dengan apa yang ada depan mata dia, mempunyai back up plan agar tak rasa kecewa sangat bila ditinggalkan...percayalah...sikap dan sifat yang mcm ni hanya merugikan diri sendiri...kalau kita mempunyai perasaan dan sifat yang mcm tu...sampai bila2 pun kita takkan jumpa orang yang sesuai utk dijadikan teman hidup...hubungan kita...kalau sampai ke jinjang pelamin pun...pasti takkan aman dan tenteram sebab hati kita masih tercari2 orang yang lebih baik dari pasangan kita...bila kita bersikap sedemikian...tak mustahil pasangan kita jugak mempunyai sikap dan sifat yang macam tu, sebab:

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

erk...menda ni akan menjadi bertambah buruk kalau orang yg komen2 tu adalah orang yg seperti aku (yang ramai dikalangan orang yang fitnah aku, yang sebenarnya jeles sebab diorg tak bole jadi mcm aku, yang cop aku sebagai play boy, player dvd, kaki pompuan, nak awek2 cun je dan mcm2 lagi gelaran yang diorg gelarkan kat aku) ...yang banyak kenalan pompuan yang agak rapat dgn aku...sampaikan aku pernah dengar orang sampai kan kat aku...ada orang ckp... "nape awek2 ni suka sangat citer masalah diorg kat joe?hebat sangat ke joe?"..."sikit2 joe...sikit2 joe...takde orang lain ke?"...hahaha...ada nada jeles disitu...meh sini aku nak bagi tau kat korang nape awek2 ni suka citer prob diorg kat aku atau suka kat aku...diaorg ni sebenarnya senang dgn aku...percaya kat aku...dan mungkin sebab kebanyakkan problem diorg aku pernah selesaikan or at least aku bukak minda diorg utk berfikir balik tentang masalah diorg...kekadang aku tak setelkan masalah diaorg sangat pun...jadi pendengar yang baik dan setia pun dah cukup kalau ada orang meluahkan perasaan diaorg (erk...meluahkan problem diaorg)... aku ni sebenarnya jenis suka tolong orang....tak suka tgk orang bersedih sebab ada problem...suka tgk orang hepi selalu mcm aku...kalau orang susah hati atau bersedih...tentu lah sebab diorg ada problem...kalau ada problem...aku cuba nak tolong setelkan semampu yang boleh...aku tak nak diorg down sepanjang masa...sebab tu la awek2 ni selalu mengadu kat aku kalau diorg ada problem...kekadang bukan awek2 je...laki pun mengadu jgk cuma korang tak tau...tapi setakat ni blm ada lagi bapuk yang mengadu bf dia suka kat bapuk lain atau terlebih suntik silikon, atau gay yang mengadu bf dia curang atau sebagainya...lagi satu...aku tolong orang ni memang ikhlas...bukan utk dipandang hebat...takde nak riak2 ni, tolong orang biar orang respect kat kita atau harapkan balasan...takde!!!...

Tawuus menceritakan tentang seorang lelaki yang datang menemui Nabi lalu bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan seorang lelaki yang bersedekah sedangkan dia ingin agar dipuji dan diberi balasan.'' Baginda tidak memberi apa-apa jawapan, sehinggalah turunnya ayat (al-Kahf: 111): "Maka barang siapa mengharapkan menemui Tuhannya hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan tidak menyekutukan ibadahnya kepada Tuhan dengan sesuatu pun."

Ayat ini bermaksud, bahawa sesiapa yang mahukan pahala hasil daripada ketaatannya, maka dia hendaklah melakukan ibadahnya semata-mata kerana Allah. Janganlah dia campurkan tujuan ibadahnya kepada Allah dengan yang lain, sama ada dengan cara berterangan ataupun bersembunyi seperti yang dilakukan oleh orang yang melakukan ibadah atas dasar riak. Dalam surah asy-Syuara': 213 Allah berfirman: "Maka janganlah kamu menyeru berserta Allah, Tuhan yang lain, yang menyebabkan kamu menjadi orang yang diazab."

Menurut Abn Al-Qayyim, syirik al-asghar, ataupun syirik kecil itu antara lain ialah berpunca daripada perbuatan seseorang yang melakukan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana makhluk.

Sadad bin Aus pernah menceritakan, Saya pernah melihat Rasulullah menangis. Lalu saya bertanya kepada baginda kenapa baginda menangis. Baginda menjawab: Sesungguhnya aku bimbang umatku ditimpa syirik. Benar mereka tidak menyembah berhala, tidak menyembah matahari, bulan dan tidak pula menyembah batu, akan tetapi mereka ingin menunjuk-nunjuk amalan mereka - hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Para sahabat pernah bertanyakan baginda Rasulullah apa yang dimaksudkan dengan syirik kecil. Baginda menjawab bahawa yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu ialah riak. Baginda juga menyatakan bahawa kewujudan syirik jenis ini di kalangan umat Islam adalah lebih tersembunyi daripada rangkaian semut di waktu malam.

takde istilah riak, nak tunjuk hebat atau nak orang respect kat aku kalau aku tolong nak setelkan problem diorg...aku cuma nak diorg hepi semula sebab hidup dalam dunia ni bukannya kita kena bersedih je setiap masa...sebagai manusia...kita berhak utk rasa hepi, bahagia, senang dan yang seangkatan dengannya...dan sifat aku...aku tak suka bersedih, down, marah2, serius dan sebagainya...aku suka dunia yang penuh dgn lawak...gelak tawa (yg tak melampau) dan jenaka...aku nak semua orang hepi...sebab tu omputeh wat pepatah "laughing is the best medicine or calorie burner" (calorie burner ni first time aku dengar ni...pasni aku nak gelak banyak2 la sebab nak bakar kalori dalam badan aku)...sbb diorg tau tu je penawar kepada segala jenis penyakit...walaupun secara amnya...ketawa tak bole menyembuhkan orang yang sakit tapi at least bole melupakan sekejap tentang penyakit yang diorg alami...tapi aku ada pernah dengar jugak orang citer kat aku...ada orang tu dia nak jadi mcm aku...dia nak awek2 ni suka kat dia...share problem dgn dia...tapi pada masa yang sama suka citer menda2 lucah...camana awek2 tu nak share problem kat dia bila dia rapat dgn awek2 ni sebab ada agenda sendiri...yang secara tak langsung sebenarnya membuatkan awek2 ni makin tak suka kat dia...bukan semua awek bole "makan"...ada awek yang tak suka menda2 lucah ni...dan dia treat semua awek2 ni sama je...camana awek2 ni nak respect kat dia?guane boh?

aku rasa mcm tak best je post blog kali ni...sbb post kali ni terlalu serious...tapi takpelah sebab aku pun dah malas nak taip balik atau nak citer benda lain...camana ntah benda2 ni bole terlintas dalam kepala otak aku masa aku tengah menaip ni...masa ni tgh hujan renyai2 kat bumi paka...takde la lebat sangat...kira2 tak basah la kalau gi masjid naik motor dari rumah aku ni...best je suasana mcm ni...sejuk je...dan aku rasa takde masalah sangat aku nak abiskan lagi 5 jam utk menunggu waktu berbuka puasa dalam suasana mendung yang macam ni...rasa macam nak tido pun ada...erkk...rasa macam nak makan durian pun ada ni...adehh...aku blm jamah seulas durian pun lagi utk musim buah kali ni...kalau sambal tempoyak tu ada la...ice cream durian pun tak rasa lagi...nyum2...terliur pulak time2 mcm ni...adehh...

abih skrg ni camana?semalam aku rasa aku punya plan nak vacum bilik aku ni...tapi tadi seblm semayang aku mcm terlupa plk dgn plan aku ni...takpe la...postpone la petang2 skit ke...mcm takkan terlaksana je plan aku kalau dah postpone sampai petang tu...erk...dah 10 hari kita semua berposa...dan ada lagi 20 hari je lagi nak sambut raya...dah agak lama aku tak beraya dgn berstatus in a relationship...hahaha...tahun lepas? erk...ntah...tahun lepas mcm tak je...status aku tahun lepas macam lagu Gantung~Melly Goeslow tu..."maunya apa...ku harus bagaimana...kasih...sampai kapan kau gantung cerita cintaku...membuatku sakit"...erk...antara lirik lagu tu...yang pastinya raya tahun ni takkan sama dengan raya tahun lepas...walaupun kita pakai baju raya yang sama...beraya dengan orang2 yang sama...makan ketupat dan rendang yang sama...dalam pinggan yang sama...pada waktu dan hari yang sama...beraya dirumah yang sama...tapi rancangan kat tv masa tu mesti tak sama...atau sport rim keta kita mesti tak sama (erk...ni takde kena mengena dgn sesapa...>>>>>>>>>>>>>)...alasan2 ini membenarkan statement aku yang tadi...raya tahun ni tetap tak sama dengan raya di tahun yang sudah2...apa lagi kalau raya tahun lepas kita single...dan tahun ni dah double...hahaha...

ni aku nak mengaku sebenarnya...tapi aku malu atau bukan malu sangat pun...aku lupa nak tanya diorg yang biasa attached video clip you tube ni...camana diorg attached kat blog...tadi ntah mcmana aku terjumpa sendiri teknologi nak attached video clip ni...hahaha...aku dah terer dah attached video clip...pasni blog aku akan aku attached dgn video clip...dan kat bawah ni ada lagu "Sendiri Kesepian" ~ Zamree...lagu ni mengingatkan aku pada zaman muda2 aku dulu...masa baru bangun tido dan bersiap2 nak pegi sekolah agama...selalu dengar lagu ni kat radio yang mak aku bukak tu...takde kena mengena dgn sesapa sangat pun lagu ni...aku terjumpa lagu ni masa aku dengar lagu Headwind semalam...tapi aku rasa aku nak tujukan lagu ni pada sesapa yang cinta dia tak kesampaianlah...hahaha...takyah nak sedih2 kalau cinta korang tak kesampaian...tu maknanya dia tu tak sesuai utk korang...sentiasa bersangka baiklah bahawa Allah nak bagi seseorang yang jauh lebih baik utk korang...dan itu kerana dia tu bukanlah jodoh korang based pada firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26 yang mcm kat atas tadi...

aku dapat sms dari maxis bongok ni lagi..."RM0. SMS Kedua: Banci Penduduk & Perumahan 2010. Pastikan anda telah bekerjasama. hubungi hotline bla...bla..bla..." apa dah takde orang ke dlm dunia ni yang nak sms aku selain maxis bongok ni?dan tindakan maxis yang menghantar sms utk kesekian kalinya kat aku pada hari ni memaksa aku utk stop kat sini jugak...!!!

*kpd sayangku...syg...abg lapa...huk3... :'(


2 comments:

Anonymous said...

penatt.. bace, haha
=P

Joe Black said...

erk..tu la...abg rasa mcm pendek je...adehh...huhu...