

I'm just another, trying to find myself in this place of confusion
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


terjagaku dari tidur yg lena (sbb bunyi alarm sebenarnya)...melangkah malas menuju jendela....erk...jendela menda...menuju toilet la...mandi....mata mcm tak berapa bole nak bukak....ngantuk lagi...tp takpe...demi dia...apa sangat la ngantuk aku tu....yer....aku akan luangkan sepenuh masa yg berkesempatan utk bersamanya dan menemaninya....hahahaa...














lapaaaa.....iskk....selalu kalau time macam ni mesti mak aku dah masak bekpes kalau aku dok kg...pastu masa aku tgh on9 ni mesti dia dah jerit dari dapur suruh makan...tp hari ni takde...mcmana agaknya keadaan dia dgn bapak aku skrg...mudah2an Tuhan mudahkan segala urusan diorg...dan mengurniakan kesihatan tubuh badan...aminnn...




Assalamualaikum WBT
Kebanyakkan entry dalam blog ini adalah berkisar tentang kehidupan saya dan kekasih (sebelum bernikah yang kemudiannya saya gelarkan sebagai "isteri" selepas saya bernikah) saya (yang saya rujuk sebagai "dia" dan "xxx" didalam blog ini...nama sebenar saya dan isteri saya terpaksa saya rahsiakan demi kebaikan bersama)...juga diselitkan watak-watak yg sering berligar disekitar-sekitar saya...yang ingin saya kongsikan bersama dgn pembaca-pembaca budiman sekelian...
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya kandungan blog ini menyinggung perasaan anda atau secara kebetulan menyentuh kehidupan peribadi anda samada disedari atau tidak dan samada disengajakan atau tidak...dan secara langsung atau tak langsung...semoga kandungan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua...aminnn...
Wassalam...
"aku amat beruntung dan bersyukur kerana diberikan Allah kesempatan untuk menyintai, mengasihi dan menyayanginya dan pada masa yang sama dikurniakan dengan kurniaan yang sama juga darinya...telah aku curahkan segala jiwa dan ragaku hanya untuknya seorang..."
"kesedihannya adalah kesedihanku...keperitannya adalah keperitanku...kelukaannya adalah kelukaanku... kebahagiaannya adalah kebahagiaanku...kata-katanya merupakan penawar kepada kegundahan hatiku... nasihat-nasihatnya menjadi pembakar semangatku... kalau keperitan dan kelukaan terpaksaku tanggung demi melihat dia bahagia...akan kupilih keperitan dan kelukaan itu..."
"belum pernah aku mengecap kebahagiaan yang semacam ini sebelum mengenalinya...menghabiskan sisa-sisa hidupku bersamanya merupakan impian, cita-cita dan harapan yang aku pegang kini...tidak ada yang terindah dalam hidupku selain melihat senyum dan tawanya...membahagiakannya, mengasihi, menyayangi dan menyintainya adalah misi terakhir sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir..."
"dan sesungguhnya...aku mencintainya, terutamanya kerana AGAMA yang ada padanya"