Thursday, December 8, 2011
Terpanggil
Hari ni Castleville aku tak boleh nak send atau received gift. Oleh yang demikian maka aku ambil kesempatan ni untuk menulis sepatah dua kata bagi menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum aku berangkat untuk beradu. Bukan beradu tenaga, tapi beradu mata untuk menghadapi hari esok.
Lepas tu, hari ni jugak aku rasa aku nak tukar cara dan corak penulisan aku mengikut susunan fragmen dan tatabahasa yang betul selagi aku termampu...tak nak lagi gunakan dot dot dot (...) untuk mengasingkan satu ayat ke satu ayat yang berikutnya, demi meningkatkan mutu pengeluaran dan quality blog aku ni.. Aku rasa dengan cara ini, blog aku akan dapat dipendekkan dengan "terbuang"nya dot dot dot tersebut. Aku rasa dot dot dot tersebut hanya sesuai digunakan dalam komen-komen di Facebook atau di ruangan chit-chat sahaja. Disamping itu juga, aku rasa, aku nak gunakan dengan sepenuhnya penggunaan seperti huruf besar, tanda koma, tanda seruan dan sebagainya mengikut garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya dalam penggunaan untuk nama-nama Allah, Islam dan sebagainya yang mana sebelum ni pun aku rasa aku tak pernah lagi gunakan huruf kecil untuk nama Allah dan untuk Islam.
Aku rasa mungkin korang (sebutan korang ni aku rasa aku akan kekalkan sebab ianya akan membuatkan blog aku masih tak formal kalau nak dibandingkan dengan blog Chedet, dan termasuk beberapa perkataan bahasa pasar yang lain yang aku rasakan perlu. Dan kalau perlu jugak, aku akan mencondongkan perkataan tersebut, kot...erk) tertanya-tanya kenapa malam-malam buta ni baru aku terpanggil atau buang tebiat untuk buat perubahan yang drastik macam ni. Aku rasa sebab pertamanya ialah sebab aku terkesima dan terdorong untuk mengikut gaya penulisan mantan Perdana Menteri kita iaitu Chedet. Korang boleh melawat blog dia kat sini: http://chedet.cc/blog/?p=646. Dulu Tun pun pakai blogspot macam kita ni jugak, tapi lepas blog dia ada problem, dia terus bertukar kepada Wordpress. Dan aku sendiri pun ada blog Wordpress jugak, tapi belum ada apa-apa entry pun kat situ sebab belum ada idea untuk berkarya. Blog tu aku ciptakan semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati aku pada mana-mana badan atau parti-parti politik, individu, peniaga, shopping complex hatta sesiapa saja termasuk pejalan kaki dan pemotong rumput dan penjual tudung bawal. Sesiapa saja tak akan terlepas begitu saja kalau ada perasaan tak puas hati bersarang dalam hati aku. Akan aku luahkan kat sana. Tapi sampai sekarang belum ada lagi insiden-insiden yang aku rasa perlu aku ketengahkan kat blog tu. Tapi satu hari nanti, mungkin. Mungkin nama anda-anda di luar sana akan naik kat situ. Kita sama-samalah tunggu siapa mangsa pertamanya.
Dan aku rasa, bukan aku sorang, malah korang-korang semua pun akan rasa terkilan dan sedih kalau hasil tulisan kita ni hilang macam tu je setelah beratus-ratus entry yang kita post. Agaknya Tun pun rasa macam tu jugak kot. Tapi nak buat macam mana. Setiap sistem ada kelemahannya. Biasanya kita takkan save entry kita ni kat tempat lain. Kita harapkan 100% pada Blogspot atau Wordpress atau apa saja provider. Tapi bila berlaku sesuatu yang tak diingini, barulah kita nak terngadah. Macam kekasih aku jugak, habis gambar-gambar kat blog dia hilang bila dia delete dari picasa. Kesian dia. Hasil nukilan beberapa tahun kebelakangan ni tercemar dengan begitu saja. Sabar je la yer sayang. Abg pun tak tau nak buat macam mana.
Dan sebab keduanya ialah sempena kedatangan tahun baru ni, aku rasa aku nak menaik tarafkan blog aku ke satu tahap global, dengan penggunaan tanda-tanda bacaan, frasa-frasa dan tatabahasa yang betul, bagi memudahkan pembaca-pembaca di luar sana menyelami apa yang cuba aku sampaikan. heheh...poyos!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
panje jugop entri demo boh...hahahaha...tapi meme menarik utk baco sapa habis...suko3...hehehe
heheh!! rano boh?kemah dop entry kawe?kekeke...
Kemah Keming doh boh...bijop molek...nok blaja wak blog jugop sero..hahaha
wakakaka...demo lg kelah...
kelah kot mno 2...hahaha...Sblum 2 kawe nok ucap Tahniah diatas perkahwinan demo...hehehe :D
Post a Comment