بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, March 30, 2012

Ros

pokok bunga ros oren yang aku bagi kat mak mertua aku...amik hati mak mertua la katakan...huahuahua...
ni pokok bunga kertas kaler purple
Ni la pokok bunga ros merah tersebut
"Mulai hari ni xxx nak abeskan masa dengan abg dan nak kemas rumah" kata isteri aku sambil menggayakan tudung-tudung yang dia nak jual. "Abg pun" jawap aku pendek. Antara sedar dengan tak, antara terbuka dan tertutup kelopak mata aku menahan ngantuk. Erk...nape dah tak best window new post aku ni? Dia punya icon justify pun dah hilang ke mana ntah. Iskk...lantak la. Lepas save nanti baru aku refresh. Jangan dia hilang pasni dah la.

Sejak balik dari laut 2-3 hari lepas kehidupan aku jadi bz. Kata-kata isteri aku tadi tu mungkin disebabkan betapa lamanya aku tinggalkan dia kat daratan ni sementara aku pulak terdampar jauh ditengah-tengah samudera ombak laut china selatan kerana melaksanakan tanggungjawap aku kerana Allah demi negara. BUlan March ni aku dah 3 kali kena pegi laut. Separuh bulan ni aku rasa aku abeskan masa kat laut. Banyak benda yang kami tak dapat buat bersama-sama seperti selalu. Takpelah, semuanya dah ditentukan oleh Allah. Pegi laut, duduk darat atau kemana saja aku ditugaskan dan aku berada, semuanya adalah kehendak Allah jua. Aku terima dengan redha. begitu jua dengan isteri aku.

Takde plan pun nak post entry baru, tapi tadi masa belek-belek blog aku, aku rasa ada sorang pengikut baru yang meregister dirinya secara rasmi kat blog aku ni. Terima kasih pada "Conan" (kat blog dia, dia pakai nama Conan, mungkin sebab dia suka citer inspector Conan tu kot. Takde pulak tanda-tanda dia suka "Conan The Barbarian" tu) yang sudi mengklik button follow kat blog aku ni. Tak ramai pengikut blog aku ni. Mungkin sebab blog ni bukan blog yang menceritakan kisah-kisah sensasi pasal artis dan tidak pulak menceritakan tentang kisah-kisah politik semasa di tanah air kita. Takpelah. Kalau sudi nak follow, follow je la. Kalau taknak pun tak pe. Kalau nak follow semunyik-semunyik pun takpe. Panda mu la ("ikut suka kamu lah" kata org Ganu)

Sekarang ni aku agak sibuk (gila) dengan pokok ros. Dah ada 3 pasu pokok ros yang aku beli. Satu kaler kuning, satu merah dan lagi satu kaler macam pink-pink sikit. Lantaklah korang nak kata pondan ke apa, janji aku rasa tenang je tengok pokok-pokok dan bunga-bunga dia yang macam-macam kaler tu. Pokok bunga kertas pun ada. Ada dua, satu bunga dia kaler purple, lagi satu kaler merah. Masa kat laut tu, masa aku call isteri aku, aku suruh dia cari pokok bunga kertas kat rumah mak dia (err...mak mertua aku la tu). Pastu ayah mertua aku pun cakap kat dia, apa susah-susah nak cari pokok bunga kertas, beli je kat nursery. Haah ek, tak teringat pulak aku. Kat nursery tu kan banyak. Pastu bila aku balik darat, aku tanya la uncle tu (tokey nursery tu la). Baru RM 4 je sepokok. Tapi dah tak banyak pilihan sebab ramai orang beli. Sama macam pokok ros tu. Tak banyak pilihan yang tinggal. Hari tu ada kaler oren bunga dia. Cantik, ada sepokok je. Tapi aku dah bagi kat mak mertua aku sebab dia suka kaler tu. Takpe, len kali aku beli lagi kalau aku jumpa lagi. Aku nak cari kaler biru pulak.Dengan kaler putih. Dengan hitam...erk. Walaupun susah nak cari, tapi dia ada wujud dalam dunia ni. Mahal jugak pokok bunga ros kat Kuantan ni. Dalam RM 15 sepokok. Tapi baru-baru ni aku ada jumpa satu kedai auntie tu, murah je. Dalam RM 5- RM 10 sepokok. Tapi takde stok. Semua dia ada, tapi semua dah abes stok. Pening aku dengan auntie tu. Kalau tanya pokok apa je, semua dia ada, tapi dah abes stok. Tapi aku percaya la cakap dia sebab dia jual memang agak murah berbanding kedai lain. Sebab tu semua takde stok sokmo.

Semalam aku dah hantar kereta wira aku pegi repair. Kalau tak serius memang aku tak hantar punya keta tu. Tapi sejak aku balik dari laut hari tu, temperature keta tu selalu naik melebihi separuh dari normal. Kekadang dah nak dekat merah. Bila aku bawak pegi jumpa Ah Tee, dia kata gasket dah bakar. Mungkin sebab terlalu panas atau ada orang masukkan air sejuk bila enjin tengah panas. Dan yang pasti buka aku orangnya. Sejak aku tinggalkan kat kampung 3 tahun lepas, keta wira ni dah macam bohsia. Macam-macam orang yang bawak. Masalahnya diorg ni main bawak je, bukan nak cek minyak enjin dan sebagainya. Geram je aku dengar kalau mak aku citer keta tu orang asik pinjam je. Tayar, minyak hitam, brek semua bukan diorg yang tukar. Dia org tuang minyak je. Pastu lanyak macam harta sendiri. Maintenance semua bapak aku yang kena buat. Sejak bapak aku dah tak larat nak bawak keta, sejak tu la dia pun macam tak dapat nak mengelak bila org nak pinjam keta tu. Kesian dia. Tu yang mak aku suruh aku bawak balik semula keta tu. Dan hasilnya, aku yang kena ganti semua spare part dia. Diorg lanyak je. Bila dah rosak, aku jugak yang nak kena repair. Takpe...aku sabar. Aku sabar. Dah memang bahagian aku agaknya. Dah la Merc aku dulu kena paksa jual. Dapat RM 500 je. Kalau timbang kilo pun aku rasa bole dapat RM 2000. Malas nak citer. Kalau ada rezeki aku nak beli Merc lain.

Minggu depan 3 hari kena gi course. Pastu kena gi laut lagi. Aku redha. Sabar je la. Lagipun takde apa aku boleh buat. Walaupun aku dah plan nak bercuti masa tu. "kalau kau tak suka kau berenti la" kata boss aku kalau aku protes lebih-lebih. "Eleh...ko la yang berenti" kata aku dalam hati. Takpe...takpe...mudah-mudahan aku dapat kerja yang lebih baik dari kerja aku sekarang ni lepas-lepas ni...aminnnn.

Banyak lagi kerja kat rumah ni aku belum sempat nak buat. Hari tu beli lampu pun belum sempat pasang. Pastu beli kipas yang pakai remote tu, pun tak sempat pasang lagi. Hari tu repair paip bocor. Habis dinding tu basah je. Bukak punya bukak, last-last dapur aku banjir. Puas jugak main air dengan isteri aku kat dapur tu. "buat apa pecahkan dinding, pasang je paip baru dari depan" kata bapak mertua aku bila isteri aku mengadu pasal paip bocor kat dapur tu. Haah ek, nape la aku tak terfikir. Nak kena bapak mertua bagi idea dulu baru boleh terfikir. Rumah kat sini ni paip dia semuanya jenis tanam dalam dinding. Kalau bocor susah nak repair. Aku tengok jiran-jiran aku pun semua dah modified. Pasang paip lain naik kat atas siling. Aku pun buat macam tu jugak la. Sama jugak dengan cable elektrik. Semua jenis tanam dalam dinding. Semuanya nak kena modified. Susah nak buat wiring tambahan. Semua kena tarik wire baru. Kat atas siling rumah aku tu dah macam rumah kedua aku. Aku selalu cakap kat isteri aku, nanti aku nak letak papan, pastu pasang lampu, pastu letak tangga. Nanti boleh lepak-lepak kat atas tu. Luas jugak atas siling tu. Boleh berdiri tegak. Macam rumah dua tingkat pulak rasa. Cuma agak panas dan takde tingkap je la. Tapi tu semua boleh diatasi. Takpe. Nanti aku nak buat. Sekurang-kurangnya boleh buat tempat simpan barang. Takpun tempat simpan kucing...erk.

Patutnya aku nak pegi KL hari ni dengan isteri aku. Siap dah plan dengan kakak aku kat Sepang tu nak dok rumah dia. Tapi last-last tak jadi pegi. Pertamanya sebab masih letih turun naik laut. Keduanya aku belum puas nak berada kat rumah aku khususnya dan nak berada di Kuantan amnya. Banyak benda nak kena setelkan. Banyak bil nak kena bayar. Dan banyak urusan pulak yang belum selsesai Nak-nak time hujung-hujung bulan ni. Time-time gaji la katakan.

OK lah. Aku nak stop dulu. Isteri aku dah lama off laptop dia. Dah siap makan sate lagi. Tu dia tengah spray-spray air kat pokok cactus dia yang dah macam alien tu. Dulu comey je masa beli. Bila dah besar dia dah jadi macam alien pulak aku tengok. Ngeri beb. Macam kena radiasi dari kilang Lynas pulak aku tengok.



*kpd isteriku...jom kita tido sayang...erk...

Wednesday, March 28, 2012

2 TABIAT PEREMPUAN BAWA KE NERAKA

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah
  • Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
  • Banyak beristighfar
  • Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Wednesday, March 21, 2012

Gemok

(duduk dari kiri) Miaw, Gemok dan Wok
Baru je aku stop kejap lepas main-main lidi dengan Gemok.Tetiba Gemok menghilangkan diri pegi ke dapur. Aku pun teruskan mengetik-ngetik kat laptop aku. Pastu aku terbau sesuatu. Aroma hangat taik kucing yang baru dilepaskan dari jubor. Belum sempat aku nak teruskan menikmati untuk mengkompomkan aroma tu, isteri aku tetiba je bersuara, "abg ada bau taik kucing?" Tanpa basa-basi, aku terus berlari ke bilik belakang. Mula-mula belek-belek kat lantai bilik belakang, kat belakang pintu, pastu terus menuju ke arah sangkar Miaw dengan Wok (Miaw dengan Wok berkongsi sangkar sebab sangkar diorg besar, lagipun nak biar diorg bersatu untuk mengawan...erk). Ada taik cair kat pasir tempat berak diorg. "Wok berak" jerit aku kat isteri aku yang berada kat depan laptop dia sambil tengok tv. Gemok tengok je tingkah laku aku membuang taik Wok dan masukkan dalam tong sampah khas untuk taik diorg. Bila dah dekat 3/4 tong sampah tu penuh dengan taik diorg, baru aku buang.

Lepas buang taik tu kat dalam tong sampah, aku terus pegi sinki. Nak basuh tangan. Tetiba bau tadi menyengat lubang hidung aku dengan kadar yang lebih hebat dari tadi. Toleh kat sebelah pintu, molep je taik Si Gemok terhimpun dekat pojok dapur kat sebelah pintu. "Gemok berak" lagi sekali aku jerit kat isteri aku. "Camana nak buang ni?" aku bersuara lagi. Malas nak kaut taik tu pakai tangan. Belum bersedia untuk kali ni. Dah agak lama tak kaut taik pakai tangan sejak Kecik meninggal dunia kat klinik Bajang beberapa bulan lepas. "Siram je pakai air" kata isteri aku dari kejauhan. Haah ek, siram je la pakai air. Bukak paip kat mesin basuh tu. Pastu aku bukak pintu dapur. Pastu aku siram pakai paip mesin basuh tu. Lega rasa hati. Selesai satu masalah. Pasni aku bertekad untuk tak nak lepaskan lagi samada Gemok, Wok atau Miaw untuk waktu-waktu terdekat ni. Nak-nak Wok tu tengah cirit-birit sejak balik dari boarding kat kedai Linda. Memang biasanya kucing-kucing aku ni akan sakit perut kalau balik dari kedai Linda. Sebab dia bagi makan Vetmaster. Aku bagi kucing aku makan Nutriedge. Pertukaran makanan ni akan menjadikan perut-perut kucing ni bergelodak. Tapi 2-3 hari je la. Pastu nanti ok la sendiri. 

Kucing-kucing aku ni kalau balik dari boarding mesti bau busuk masam. Mesti ada je taik-taik kering terlekat kat ekor-ekor diorg. Linda (Linda ni tokey kedai kucing kat Jalan Beserah.Kucing-kucing aku ni semua beli dengan dia. Harga dia amat jauh lebih murah dari kucing-kucing Bajang dan Dr. Al Jawaher) ni dia boarding kucing, dia biar je kucing-kucing tu berak kencing kat dalam sangkar. Dia tak sediakan pasir macam aku kat rumah ni. Pertamanya mungkin sebab kos. Keduanya mungkin sebab dia malas. Jadi dia biar je kucing-kucing tu melepas merata-rata. Ada sekali tu aku tengok kucing orang boarding kat tempat dia, berak kat dalam bekas makan dia. Eeee....kalau tak biasa boleh termuntah tengok situasi macam tu. Dah la busuk. Tapi lama-kelamaan nanti hidung korang akan jadi terbiasa dengan bau-bauan harum yang macam tu. Sebab tu aku tanak bawak isteri aku sekali kalau masa nak amik kucing tu lepas boarding. Bau dia nanti membuatkan isteri aku termuntah. Baik-baik aku tahan dari termuntah, bila dia muntah je aku pun terikut-ikut termuntah sama. Pasni sayang dok rumah je masa abang hantar dan amik kucing dari kedai Linda tau? (pesanan ikhlas dari seorang suami kepada seorang isteri...huahuahua)

Dua minggu lepas aku dah spot on kucing-kucing aku. Spot on ni dia letak ubat kat tengkuk kucing-kucing tu. Nanti ubat tu akan menyelinap di bawah kulit kucing tu dan menjalar ke keseluruhan tubuh badan kucing tu. Ubat tu akan membunuh semua kutu-kutu dan pijat-pijat dan apa-apa mikro organisma yang ada disebalik bulu-bulu kucing tu. Dulu masa aku tak tau, sempat jugak Kecik mati sebab kena gigit dengan kutu yang banyak. Masa tu aku tak tau pun kutu boleh bawak maut pada anak kucing. Masa aku pegi klinik Bajang tu, dia amik 3-4 helai bulu kucing ada sorang kakak tu. Pastu dia letak kat microwave microscope. Kat sehelai je bulu tu ada 2-3 ekor hama kecik-kecik yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau kutu tu kita boleh tengok dengan mata. Yang ni memang tak boleh. Patut la kucing aku mati. Ada hama rupanya. Pastu Dr. Bajang tu cakap kalau ada kutu jangan bunuh pakai kuku. Kan kita suka dengar kutu tu meletup kalau kita ketap pakai kuku-kuku kita. Dr. Bajang (nama sebenar dia Bajan Singh, adik dia nama apa Singh ntah, suka cakap "faham tak?faham tak?" yang diulang sebanyak 2 kali dalam satu ayat. Adik dia ni berlagak dan sombong sikit) kata kalau kita bunuh kutu dengan cara tu, maknanya kita dah membebaskan lebih kurang 200 bijik telur kutu lagi kat kucing kita tu. Dan dalam masa beberapa jam je telur-telur kutu tu boleh menetas dan menghasilkan lebih banyak kutu dalam masa yang amat singkat.

"Camana nak buang hama kucing?" tanya aku kat abg aku (abg aku ni ada pengalaman bela kucing dan hamster. Kebanyakkan sangkar-sangkar hamster aku tu dia la yang bagi) masa aku call dia nak tanya camana nak bunuh hama-hama kucing yang bukan setakat kucing je, dengan aku-aku sekali dah jadi mangsa hama-hama keparat ni. "Kau taknak hama kan?senang je, kau buang semua kucing kau. Buang semua hamster kau. Lepas aku buang semua terus takde dah hama-hama kat rumah aku" kata abg aku. Ceh, ni bukan penyelesaian. Ni takde menda. Tapi lepas aku buang semua hamster aku, dah kurang dan boleh dikatakan dah terhapus dah masalah gatal-gatal kat tubuh badan aku dengan isteri aku. Rupanya hamster pun ada hama jugak. Nasib baik aku dengan isteri aku tak mati kena makan dengan hama.

Tapi kaedah spot on ni ada kelemahan dia. Tak boleh mandikan kucing 2 hari sebelum dan 2 hari selepas spot on. Pastu gasak la nak mandikan ke, nak rendam ke, nak masuk washing machine ke. Tapi tadi aku mandikan kucing-kucing aku pakai syampu anti flea tu, ada jugak la 4-5 ekor kutu yang mati. Maknanya kaedah spot on tu pun tak ok sangat. Tapi kira oklah jugak daripada tak buat pape. Malas aku guna minyak telon. Busuk satu rumah walaupun minyak telon pun amat sesuai digunakan untuk membunuh kutu-kutu tersebut. 

Sejak aku amik keta kia tu, sejak tu jugak aku cari pomen yang boleh tukar seal gasket antara enjin dengan gearbox tu dengan harga yang murah. Mula-mula aku tanya kat pomen expert kia tu. Dia nak RM 700. Pastu aku tanyaa pomen kat Batu Pahat pulak. Dia nak kurang-kurang RM 1000. Last-last tadi masa aku beli penyangkut towel kat kedai depan rumah aku ni, aku singgah tanya kat pomen sebelah kedai hardware tu. Dia nak RM 200 lebih je tukar barang dengan upah. Tapi tak masuk yang lain-lain. Pastu aku dengan kadar segera, terus balik rumah, amik keta pastu hantar kat kedai tu. Tadi maghrib aku amik semula. Kena RM 395 termasuk tukar lagi 2 drive shaft seal berharga RM 40 dengan minyak auto transmission RM 120. Ok la tu. Masih jimat lagi. Pomen tu cakap, sebenarnya tak payah turun enjin kalau nak tukar seal tu. Tapi 2 pomen sebelum ni cakap kena turun enjin. Paling kurang nak seminggu untuk siapkan. "Itu tipu semua tu. Besok tengok kat lantai, kalau ada bocor, bawak mari sini" kata pomen tersebut yang bernama Ah Tee. Mula-mula aku macam malas nak hantar repair kat Ah Tee ni sebab Panjang (apek ni nama apa ntah tapi orang panggil Panjang. Kedai Panjang ni selang 2-3 kedai dengan kedai Ah Tee. Panjang ni pakar wiring dan bateri. Dia tak bagi aku repair keta kat Ah Tee ni. Dia kata Ah Tee ni tak bagus. Kalau nak repair, dia suruh hantar kat kedai Melayu kat seberang jalan tu. terpengaruh dengan kata-kata Panjang, maka aku pun batalkan hasrat aku nak hantar kat Ah Tee sampailah pagi tadi) kata Ah Tee ni tak bagus. Tak tau lah tak bagus buat keja atau sebab cas mahal. Sejak peristiwa tadi, aku rasa Panjang tu ketuk aku lagi kuat dari Ah Tee. Sekurang-kurangnya banyak dah aku jimat sebab hantar kat Ah Tee. Pertamanya jimat wang ringgit. Keduanya jimat masa. Dan ketiganya, aku tak yang susah-susah nak tunggu dia buat keja sebab aku boleh balik jalan kaki je lepas hantar keta aku kat kedai tu.

Tadi pun aku dah cek dah. Memang takde dah leaking dari enjin keta aku. Pasni boleh la aku cuci lantai kat porch keta aku tu. Sakit mata tengok minyak menjejeh macam tu. Pasni tak payah la aku susah-susah nak top up minyak enjin lagi. Pasni takde la abang aku tegur enjin aku leaking bila dia tengok tempat parking keta kat rumah mak aku kat kampung tu penuh dengan minyak hitam. Pasni boleh la aku save lebih kurang RM 100 sebulan sebab top up minyak enjin tu. Tinggal wira je lagi. Wira aku tu dia tak leaking, tapi dia makan minyak hitam. "Biasa wa tukar valve seal. Biasanya kalau wira dalam 10 biji, 8 biji ok bila tukar valve seal. Lagi 2 biji memang kena overhaul. Kalau mau you punya kita tukar valve seal dulu. Kalau tak ok baru kita buat top overhaul" kata Ah Tee. Nanti la. Bila dah ada bajet baru aku repair. banyak lagi benda-benda penting lain yang nak aku dulukan. Lagipun ni kan dah nak dekat-dekat hujung bulan ni. 

Aku baru balik dari laut semalam. Setelah berhempas-pulas kat atas katil kat platform tu siang dan malam. Keja aku patutnya kejap je. Naik hari Khamis, aku plan Sabtu dah boleh balik. Tetiba bila aku sampai je, contractor tu tak prepare lagi untuk load test. Nak tak nak dengan nada yang berat, aku pun kata "ok la. Kita buat hari Sabtu" kat Boss platform tu. Lepas Sabtu, next chopper hari Selasa. Maknanya cuma  hari Sabtu tu je la aku buat keja. Hari-hari yang lain aku abeskan bersantai dan bermalas-malas je kat atas katil dalam bilik aku. Aku duduk sorang kat bilik tu. Katil Queen lagi. Tapi takde internet. Tapi ada Italk. Ok lah untuk melepaskan rindu kat isteri aku. Habis semua movie yang aku copy dari Mie dan dari Yusmadi aku tengok. Laptop yang aku bawak gi laut tu bengong sikit. Laptop company. Takde suara. Jadi aku tengok gambar je la masa tengok movie tu. Sambil mengagak-agak kata- kata yang keluar dari mulut pelakon-pelakon tu melalui gerak bibir diorg. Kena part Bumble Bee bercakap, gelap gambor jadinya.

Dah agak lama tak tulis panjang-panjang macam ni. Padan muka korang sebab kena abiskan banyak masa baca entry aku kali ni...huahuahua...


*kepada isteri aku...jom tido...erk...

Tuesday, March 13, 2012

TUDUNG BAWAL PLAIN DAN TWO TONE/2 TONE ONLINE



Erk...ada iklan lagi pasal tudung bawal plain dan bawal 2 tone. Sila layari laman web dibawah.

http://www.facebook.com/pages/Empire-Boutique/150448321717310

Saturday, March 10, 2012

Earmuff



Castleville pun tak boleh masuk. Takde apa dah aku boleh buat untuk hari ni. Pagi ni patutnya aku nak kena pegi pejabat lawyer, tapi kakak yang uruskan kes aku tu tak datang pulak. Atau belum datang lagi. Kata member dia patutnya pukul 9 dah kena masuk opis. Tapi ni dah pukul 10, dia masih tak call lagi. Kuantan pun mendung je. Cuaca tak menentu sekarang. Tapi kalau ikutkan, time macam ni memang masih musim hujan lagi. Sampai bulan April nanti baru ok balik. Time tulah time candat sotong kat perairan Terengganu. Takut jugak nak keluar gi bandar naik motor. Takut hujan. Tapi senang nak cilok mencilok kat bandar.

Aku baru balik dari laut semalam. Patutnya memang aku tak balik lagi sebab malam sebelumnya nama aku takde kat dalam chopper manifest yang RO tampal kat dinding tu. Tapi tak pe lah sebab aku memang dah bersedia untuk benda-benda macam tu. Walaupun kerja aku dah siap, tapi tak boleh balik sebab chopper tak cukup sekarang ni. Pastu lepas RO tu tampal, dia tanya nama ada tak. Aku cakap lah takde. "Takpe, saya dah request kat Westar (company chopper tu selain MHS, Malaysia Helicopter Service), kalau-kalau diorg boleh sediakan chopper esok untuk yang takde nama" kata RO tu. 

Pastu esoknya aku pun relax je la bila dengar paging pasal chooper nak mendarat. Kalau ikut manifest tu patutnya ada 2 chopper je. Satu pagi, satu petang. Tapi semalam tu, pagi je ada 2 chopper. Satu pukul 8 lebih, satu lagi pukul 10 lebih. Pastu aku pun relax je la tapi dah standby semua baju dah siap packing. Lepas lepak-lepak kat bawah tu, aku pun naik ke bilik. Sempat jugak buat 3 report. Pastu aku tertido. Masa tengah tido terdengar pulak paging dari RO, ada lagi satu chopper nak mendarat dalam pukul 11.45. Masa tu aku macam pelik jugak sebab kenapa banyak sangat chopper dalam satu hari ni. Aku pun gi toilet, basuh-basuh muka sikit biar tak nampak sangat baru bangun tido. Masa aku turun bawah tu ada chopper briefing (sebelum naik chopper memang diwajibkan kena dengar taklimat chopper briefing ni), Bila aku toleh ke tempat chopper briefing tu, aku tengok Medic tu macam terpinga-pinga tengok aku. Aku pun buat tak tau je la sebab kan nama aku memang takde dalam manifest. So aku pun bergerak la ke arah galley (tempat makan). Tengok makanan semua dah abes. Pastu aku terus gi ke smoking room. Masa nak gi smoking room tu aku terserempak dengan Medic. (bukan terserempak sebenarnya sebab Medic tu memang cari aku). Dia tanya aku kenapa tak dengar briefing?. Aku cakaplah nama aku takde. Pastu dia kata nama aku ada, pastu dia suruh aku pegi amik boarding pass. Aku pun dengan kadar segera berlari panjat tangga, balik ke bilik, amik time sheet nak suruh Platform Superintendent sign. Pastu terus turun bawah lagi gi kat chopper briefing tu untuk bagi boarding pass kat medic. Lepas abes briefing je terus amik safety boot aku dengan helmet kat luar, masukkan dalam beg. Packing laptop semua pastu terus naik atas, Nasib baik aku dah kemas hampir 80% barang-barang aku sebelum tu. Kalau tak balik semalam, balik Ahad la jawapnya.


Masa kat dalam chopper tu ada la sorang mamat ni. Dia duduk baris pertama. Dalam chopper ni baris pertama duduk mengadap baris kedua. Aku duduk baris ketiga, so nampak la semua yang berlaku. Mula-mula aku tak perasan sangat. Lepas dah agak lama chopper tu terbang, aku terperasan mamat ni, duduk sebelah negro. Mamat ni mata pejam, tapi dia senyum sorang-sorang. kekadang tersengih-sengih pulak. Nak kata negro sebelah dia cucuk perut dia tak jugak. Nak kata dia berbual dengan org depan dia tak jugak sebab kan semua org pakai earmuff. Mana nak dengar apa?. Earmuff ni macam headfon tu la cuma fungsinya untuk menghindarkan bunyik bising kipas chopper tu. Kalau tak pakai lama-lama nanti telinga boleh pekak. Sebab tu kalau korang tengok kat tv tu kalau diorg naik chopper je mesti diorg pakai earmuff ni. Geram pulak aku tengok mamat tu. Tetiba je tersengih-sengih sorang-sorang. Macam orang biol. Agaknya mesti dia teringat peristiwa lucu masa kat platform tu, Mungkin dia rasa gembira sebab dapat balik jugak ke darat akhirnya setelah lama berada di lautan. Mungkin dia dah plan sesuatu yang menggembirakan bila menjejakkan kaki ke daratan semua. Mungkin dia rasa hepi sebab akan bertemu semula dengan isteri atau kekasih setelah lama berpisah. Memang boleh gila sebenarnya kalau mental tak kuat. Kekadang aku pun macam tu jugak. Bila dah berada dalam chopper tu, barulah boleh menarik nafas lega bermakna akhirnya dapat jugak balik semula kedaratan. Aku pernah kena dulu, dah siap dengar chopper briefing, tetiba cancel balik darat. Terpaksa stay lagi 2 hari tunggu next chopper. Ada member aku lagi best, dah masuk dalam chopper, dah pakai seat belt, pastu kena turun semula sebab boss tak bagi balik lagi.






*kepada isteriku, kita nak kuar kul bape ni?

Saturday, February 18, 2012

Jiran Aku

ikan aku yang putih tu yang macam yang kat bawah sekali ni...yang oren tu macam takde pulak dalam pic ni...


Sejak balik bercuti dari KL hari tu, barulah hari ni rasanya dapat berehat-rehat. Bukan berehat sangat sebenarnya, tapi dapat menyelesaikan urusan-urusan dunia yang tertangguh sebab bercuti hari tu. Dah lama dah aku nak beli sandal baru sejak sandal 'baru' yang aku beli 2 bulan lepas tu agak tak menenuhi kriteria-kriteria sebagai sepasang sandal. Semalam aku terpeleset/tergelincir lagi walaupun ditempat yang kering tapi agak licin tiles kat pejabat KWSP tu. Kalau kat lantai licin yang berair lagi la. Kena berjalan macam robot. Ada dua cara kita berjalan yang dengan cara tersebut barulah kita boleh bergerak atau beredar dari satu tempat ke tempat yang lain. Pertamanya dengan geseran antara tapak sandal kita dengan permukaan lantai. Dan yang satu laginya dengan mengalihkan kedudukan kaki kita ke tempat lain, barulah kita boleh berpindah atau bergerak. Betapa pentingnya geseran dalam kehidupan kita. Tapi kalau dah takde geseran, dan bilamana sandal kita sering terpeleset atau tergelincir kerana licin, maka kita akan sering nak terjatuh dan tak akan kemana-mana.Dengan geseran juga kita boleh menghentikan kenderaan kita. 

Tadi masa beli habuk dan makanan hamster kat kedai apek kat Setali tu, aku terpandang ikan-ikan koi kat dalam tank fibre dia tu. Dia tulis harganya RM 12 untuk 2 ekor. RM 12 utk 2 ekor tu pun dah kira murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai aquarium lain kat Kuantan ni. Masa aku nak bayar habuk kayu tu, aku pun tanya apek tu berapa harga untuk 2 ekor tu. Walaupun dah terang-terang dia tulis tanda harga RM 12 untuk 2 ekor, tapi memang dah menjadi kebiasaan aku untuk bertanya lagi harga sebenar ikan-ikan tu. Ada tempat, yang biasanya, harga pada tanda harga dia tu memang sengaja dia letak lebih mahal dari harga sebenar. Ada tempat yang memang bila dia letak harga kat tanda harga tu, itulah harga yang kita kena bayar. Bila aku kena kat kedai yang macam ni, lepas dia cakap, "harga memang macam kat tanda harga tu" aku terus keluar dari kedai tu tanpa menoleh atau tanpa bertanya apa-apa lagi. Pertamanya sebab tokey dan pekerja kedai tu memang sombong dan memang dah tak boleh nak tawar menawar lagi harga kat kedai tu. Yang keduanya ialah bila dia dah letak harga kat tanda harga dengan harga yang tinggi macam tu, buat apa kita nak tunggu lagi sedangkan kat kedai lain kita boleh dapat murah lagi dari harga tu tanpa perlu tawar menawar. Kekadan aku bukan nak beli sangat benda-benda tu, tapi aku suka nak tengok sikap diorg terhadap pelanggan diorg. Dengan aku ni sebenarnya senang je. Walaupun kekadang barang tu mahal seringgit dua berbanding kedai lain tapi sebab layanan dia yang memuaskan dan tak sombong, aku tak teragak-agak untuk beli kat kedai tu. Err...sambung citer kat kedai ikan tadi. Pastu apek tu cakap 2 ekor RM 10, aku pun tak teragak-agak terus suruh dia tangkap 2 ekor. Memang dah agak lama aku nak beli lagi 2 ekor ikan tu sebab sebelum ni 2 ekor ikan aku yang kaler macam tu mati sebab kekurangan oksigen bila pump dia malfunction. Cantik kaler dia. Warna putih kilat dengan warna oren emas. Memang cantiklah maknanya. Ada banyak lagi kat kedai tu yang satu hari nanti aku nak beli lagi kat situ.

Sebelum tu aku ada survey BB 8520 macam isteri aku punya. Ni kakak aku suruh belikan untuk anak dia. Kat Johor mahal katanya. Kat sini tadi DD (apek pondan kat Kompleks Teruntum yang aku selalu beli hp kat situ, termasuk lah Miey dan Mie pun aku rekemen beli kat situ) offer RM 600 untuk original set. Pastu ada BB Storm touch screen second hand dia offer RM 500 je. Selalu market dia patutnya RM 800. Tapi touch screen ni agak tak menarik minat aku sebab nanti susah nak berBBM atau berSMS masa tengah drive. Dan rata-rata aku survey harga dia pun lebih kurang tu kat tempat lain. Anak buah aku tu nak BB curve 8530. Bila aku sebut je, DD jadi macam pelik. Dia kata macam tak pernah dengar. Tak lama pastu baru dia cakap 8530 tu model baru keluar. Dia belum ada stock lagi . Tapi kat tenet dah banyak dah image dia kalau search kat google. Function dia mesti sama je dengan 8520 cuma bezanya pada kaler, camera dan speed internet je la kot.

Tak banyak boleh buat tadi masa jalan-jalan kat Kuantan. Naik motor je menyelusuri lorong-lorong diantara deretan bangunan-bangunan kedai kat situ. "Naik motor senang ork?" kata jiran sebelah rumah aku tadi masa aku nak kunci gate rumah aku masa nak kuar rumah tadi sambil tangan dia sibuk menyidai spender dia yang bermacam-macam kaler kat ampaian. "Hari Sabtu Kuantan jem" jawap aku ringkas sambil press minyak motor dan meninggalkan jiran aku dengan spender-spendernya. Kat Kuantan ni, start dari petang Khamis sampai hari Ahad malam memang jem. Orang-orang Terengganu kebanyakkannya akan menghabiskan masa kat Kuantan time-time macam ni. Tak yah berangan nak dapat parking kat Giant. Jangan harap boleh sampai ECM atau Megamall dalam masa setengah jam seperti kebiasaannya. Jangan harap sekali lampu hijau je boleh lepas simpang-simpang yang berlampu isyarat.Paling kurang pun kena tunggu 2 atau 3 kali hijau baru boleh lepas simpang tersebut. Hanya dengan motor je boleh meloloskan diri dengan jayanya. Biasanya aku akan menghindarkan diri dari berada kat bandar Kuantan time-time macam ni. Kalau terpaksa pun aku akan naik motor atau kalau dah gatal sangat nak berjalan dengan berkereta (biasanya sebab isteri aku nak ikut sekali jalan-jalan...erk) dan dah bosan sangat duduk rumah, aku akan berjalan dipinggir-pinggir bandar je dengan berkereta. Kalau Telok Cempedak tu memang tak payah pergi la time-time macam ni. Ianya hanya akan mengundang dosa pada diri kita sendiri kerana memaki hamun dan menghamburkan sumpah seranah yang berbaur lucah bila ada orang potong line dan sebagainya.

OK dah penat nak citer. Bye...


*kpd isteriku...kita nak jalan-jalan gi mana hari ni?erk...


Tuesday, February 14, 2012

Tak payah fikir sangat?


Aku ni patutnya tulis entry kali ni kat blog wordpress aku yang baru tu. Kira ni macam entry sulung aku la kat situ. Tapi aku lupa password dia. Dah suruh dia reset dan hantar kat email aol aku tu tapi tunggu punya tunggu tak masuk-masuk pulak email tu. Memang dari dulu lagi email aol tu macam tak boleh nak diharap sangat. Email yang aku tunggu-tunggu dari tahun lepas pun tak masuk-masuk lagi sampai ke hari ini. Padahal email tu aku send pakai email aku yang lain. So kat sini kita dah tau sapa yang lembab dan sapa yang tak boleh diharap dalam dunia email-emailan ini.

Blog wordpress tu aku buat sebab nak kondem atau komplen sesapa sahaja di dalam dunia ni sebenarnya, tapi oleh kerana ianya tak boleh nak login, aku terpaksa luahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku ini kat sini. Sebenarnya aku baru lepas baca blog Tun Mahathir. Entry dia yang terkini menarik minat aku untuk meluahkan apa yang aku rasa.

REGIME CHANGE

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Pastu banyaklah komen-komen kat bawah entry dia tu. Kalau korang nak baca, gi kat link ni: http://chedet.cc/blog/?p=699
Tapi bukan tu yang aku nak citer kat sini. Aku nak citer pasal Anwar Ibrahim. Tun Mahathir terang-terangan cerita pasal Anwar Ibrahim sokong Yahudi. Pada masa yang sama, PR pulak kata kerajaan sekarang ni korupsi. Pastu ada pulak yang kata PAS ni jadi pak turut je pada PR dan dah tak memperjuangkan Islam lagi. Tuan Guru Hj Nik Aziz pula dikatakan terlalu fanatik pada Anwar, cuma baru-baru ni je Tuan Guru Hj Nik Aziz menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan Anwar untuk mengiktiraf kewijudan negara Israel. Anwar pulak mempunyai alasan bahawa dengan wujudnya negara Israel, barulah Palestine akan mendapat haknya semula. Pastu baru-baru ni Karpal Singh pulak nak suruh Tuan Guru Hj Nik Aziz menarik balik larangan menyambut Valentine. Pastu PR mengetengahkan isu NFC untuk menunujukkan penyelewengan oleh individu tertentu dalam kerajaan. Lepas tu aku ada baca lagi dalam blog-blog ni. Diorg kata Anwar ni cuma ejen Yahudi untuk pecahkan undi Melayu. Kalau Melayu dah berpecah, maka MIC, MCA dan DAP akan bersatu untuk menerajui kerajaan Malaysia. Dan akhirnya rancangan Yahudi akan berjaya. Jalan cerita yang aku boleh simpulkan dari bahan bacaan aku dari blog-blog kat internet ni sama je yang macam Tun Mahathir punya entry. 
So persoalanya disini adalah...siapa yang kita nak undi nanti untuk PRU 13 nanti?Ibarat memakan buah kepantangan beruk, diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Ahh!! Tak payah difikirkan sangat. Baik aku gi mancing ikan puyu kat sawah belakang rumah aku. Semalam mancing ikan haruan. Boleh la 2 ekor kecik-kecik. Ingatkan air besar lagi, rupanya air dah surut, maka banyaklah ikan-ikan puyu bermain-main kat port yang selalu aku mancing tu. Cuma silap semalam, aku tak bawak joran puyu. Aku bawak joran haruan je. Tapi takpe. Hari ini kesilapan itu tak akan aku ulangi. Aku nak siap-siapkan dulu peralatan memancing aku. Pastu nak survey keadaan air kat sawah tu. Babai...


Fitnah Akhir Zaman



" Abg suka membaca eh?" tanya isteri aku masa aku leka mengadap screen laptop aku ni. "Abg suka mancing" jawap aku ringkas sengaja untuk mengalihkan topik perbualan. Memang kalau dah mengadap laptop ni, selain main castleville, aku suka baca rencana-rencana berbentuk ilimiah, keagamaan dan politik, selain artikel berbentuk memancing, kereta dan info-info yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Di samping tu, aku suka juga baca artikel mengenai benda-benda dan perkara-perkara pelik dan ikan-ikan yang bersaiz luar biasa besarnya. Cerita pasal alam ghaib dan alam hantu syaitan pun aku suka baca sebab aku nak cari cara baagaimana nak mengatasi musuh manusia yang nyata ini.

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terbaca tentang ribut solar terkuat yang akan berlaku pada tahun 2012 ini yang mana ianya akan mengakibatkan kematian 2/3 penduduk bumi. Ribut solar ini jugak dijangka akan memusnahkan sistem grid nasional, iaitu jaringan sistem tenaga elektrik dunia. Ini bermakna, semua sistem yang berkaitan dengan elektrik dan barang-barang elektronik termasuk computer, hp, tv, kereta dan smeua bentuk perhubungan dan komunikasi akan terputus. Pendek kata, manusia akan kembali kepada keadaan seperti zaman batu dulu. 

Aku malas nak menambah peningkan kepala otak korang dengan benda-benda lain. Yang lain-lain tu biar aku kaji dan aku fikirkan dulu sorang-sorang. Macam mana kalau ramalan tentang ribut solar tu betul-betul terjadi? Di manakah kita pada waktu itu? Adakah termasuk dalam kumpulan 1/3 yang terselamat atau 2/3 yang tak terselamat? Dari blog tersebut, aku macam boleh buat kesimpulan; dia kata, waktu itulah pemuda Bani Tamim atau Pahlawan Panji Hitam dari Timur atau pembawa panji-panji Imam Mahadi akan muncul. Siapakah dia Pahlawan Panji Hitam ini?


Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) 


Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) 


Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.


Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu.Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.


Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan. Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. 


Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. 

Ok...sampai sini dulu. Korang baca dan fikirkanlah. Imam Mahdi muncul bila dunia ni dah dipenuhi dengan fitnah Dajjal. Sekarang pun kita tengok fitnah Dajjal ni dah berleluasa dalam kehidupan seharian kita. Banyak lagi bukti-bukti yang dah terjadi dari hadis-hadis Nabi dan dari firman-firman Allah dalam Al Quran berkenaan akhir zaman. Benda tu lah yang aku selalu baca sejak akhir-akhir ni. Di waktu kita leka dan sibuk dengan urusan dunia, sibuk mengumpul harta dan sibuk dengan gosip, kita dah terlupa pada urusan akhirat dan urusan akhir zaman. Itulah Islam liberal, Islam yang hanya pada nama, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya yang mana, cara hidup ini sememangnya merupakan salah satu agenda pada penyembah dan pengikut-pengikut Dajjal. 

Tak larat nak tulis lagi. Nak tido, esok ada inspection. Kalau korang masih terbuai-buai dengan dunia ni dan terlalu sibuk dengan urusan dunia ni, korang luangkanlah baca artikel kat dari link kat bawah ni tentang agenda Dajjal dan kehidupan akhir zaman:




*pesanan buat  isteriku...kita dah takde masa nak gossip-gossip, mengumpat,  mengata dan sebagainya...dunia dah nak sampai ke penghujungnya, jadikan dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat...dunia ini hanyalah tipu pedaya semata-mata...akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya...dunia ini adalah penjara untuk orang Islam, tapi syurga bagi orang Kafir...biarlah kita tak berapa berjaya hidup di dunia ini, asalkan kita berjaya di akhirat nanti...aminnn...

Monday, February 13, 2012

Tudung Bawal Plain Online

contoh tudung bawal tersebut, harga tidak termasuk kepala patung tu...erk...
Err...atas permintaan, ni ada iklan sikit, sesapa yang nak beli tudung bawal plain 1 tone dan 2 tone sila click kat link ni: http://www.facebook.com/pages/Empire-Boutique/150448321717310 .


Ada pelbagai pilihan warna yang menggamit hati untuk memilikinya dengan harga yang terjangkau. Untuk keterangan lanjut, sila layari lama web/facebook fan page yang tertera di atas.