بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Tuesday, February 14, 2012

Tak payah fikir sangat?


Aku ni patutnya tulis entry kali ni kat blog wordpress aku yang baru tu. Kira ni macam entry sulung aku la kat situ. Tapi aku lupa password dia. Dah suruh dia reset dan hantar kat email aol aku tu tapi tunggu punya tunggu tak masuk-masuk pulak email tu. Memang dari dulu lagi email aol tu macam tak boleh nak diharap sangat. Email yang aku tunggu-tunggu dari tahun lepas pun tak masuk-masuk lagi sampai ke hari ini. Padahal email tu aku send pakai email aku yang lain. So kat sini kita dah tau sapa yang lembab dan sapa yang tak boleh diharap dalam dunia email-emailan ini.

Blog wordpress tu aku buat sebab nak kondem atau komplen sesapa sahaja di dalam dunia ni sebenarnya, tapi oleh kerana ianya tak boleh nak login, aku terpaksa luahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku ini kat sini. Sebenarnya aku baru lepas baca blog Tun Mahathir. Entry dia yang terkini menarik minat aku untuk meluahkan apa yang aku rasa.

REGIME CHANGE

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Pastu banyaklah komen-komen kat bawah entry dia tu. Kalau korang nak baca, gi kat link ni: http://chedet.cc/blog/?p=699
Tapi bukan tu yang aku nak citer kat sini. Aku nak citer pasal Anwar Ibrahim. Tun Mahathir terang-terangan cerita pasal Anwar Ibrahim sokong Yahudi. Pada masa yang sama, PR pulak kata kerajaan sekarang ni korupsi. Pastu ada pulak yang kata PAS ni jadi pak turut je pada PR dan dah tak memperjuangkan Islam lagi. Tuan Guru Hj Nik Aziz pula dikatakan terlalu fanatik pada Anwar, cuma baru-baru ni je Tuan Guru Hj Nik Aziz menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan Anwar untuk mengiktiraf kewijudan negara Israel. Anwar pulak mempunyai alasan bahawa dengan wujudnya negara Israel, barulah Palestine akan mendapat haknya semula. Pastu baru-baru ni Karpal Singh pulak nak suruh Tuan Guru Hj Nik Aziz menarik balik larangan menyambut Valentine. Pastu PR mengetengahkan isu NFC untuk menunujukkan penyelewengan oleh individu tertentu dalam kerajaan. Lepas tu aku ada baca lagi dalam blog-blog ni. Diorg kata Anwar ni cuma ejen Yahudi untuk pecahkan undi Melayu. Kalau Melayu dah berpecah, maka MIC, MCA dan DAP akan bersatu untuk menerajui kerajaan Malaysia. Dan akhirnya rancangan Yahudi akan berjaya. Jalan cerita yang aku boleh simpulkan dari bahan bacaan aku dari blog-blog kat internet ni sama je yang macam Tun Mahathir punya entry. 
So persoalanya disini adalah...siapa yang kita nak undi nanti untuk PRU 13 nanti?Ibarat memakan buah kepantangan beruk, diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Ahh!! Tak payah difikirkan sangat. Baik aku gi mancing ikan puyu kat sawah belakang rumah aku. Semalam mancing ikan haruan. Boleh la 2 ekor kecik-kecik. Ingatkan air besar lagi, rupanya air dah surut, maka banyaklah ikan-ikan puyu bermain-main kat port yang selalu aku mancing tu. Cuma silap semalam, aku tak bawak joran puyu. Aku bawak joran haruan je. Tapi takpe. Hari ini kesilapan itu tak akan aku ulangi. Aku nak siap-siapkan dulu peralatan memancing aku. Pastu nak survey keadaan air kat sawah tu. Babai...


2 comments:

syuzi syofia said...

undi syuzi je lah jd PM wanita pertama Malaysia.... (~_^)

kikikikiki... (lingkop M'sia aku kejekan... ekekeke)

Joe Black said...

wakakakaa...cpt la tubuhkan parti baru...tak sabar nak undi syuzi ni...hehe...