بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Tuesday, February 14, 2012

Fitnah Akhir Zaman



" Abg suka membaca eh?" tanya isteri aku masa aku leka mengadap screen laptop aku ni. "Abg suka mancing" jawap aku ringkas sengaja untuk mengalihkan topik perbualan. Memang kalau dah mengadap laptop ni, selain main castleville, aku suka baca rencana-rencana berbentuk ilimiah, keagamaan dan politik, selain artikel berbentuk memancing, kereta dan info-info yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Di samping tu, aku suka juga baca artikel mengenai benda-benda dan perkara-perkara pelik dan ikan-ikan yang bersaiz luar biasa besarnya. Cerita pasal alam ghaib dan alam hantu syaitan pun aku suka baca sebab aku nak cari cara baagaimana nak mengatasi musuh manusia yang nyata ini.

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terbaca tentang ribut solar terkuat yang akan berlaku pada tahun 2012 ini yang mana ianya akan mengakibatkan kematian 2/3 penduduk bumi. Ribut solar ini jugak dijangka akan memusnahkan sistem grid nasional, iaitu jaringan sistem tenaga elektrik dunia. Ini bermakna, semua sistem yang berkaitan dengan elektrik dan barang-barang elektronik termasuk computer, hp, tv, kereta dan smeua bentuk perhubungan dan komunikasi akan terputus. Pendek kata, manusia akan kembali kepada keadaan seperti zaman batu dulu. 

Aku malas nak menambah peningkan kepala otak korang dengan benda-benda lain. Yang lain-lain tu biar aku kaji dan aku fikirkan dulu sorang-sorang. Macam mana kalau ramalan tentang ribut solar tu betul-betul terjadi? Di manakah kita pada waktu itu? Adakah termasuk dalam kumpulan 1/3 yang terselamat atau 2/3 yang tak terselamat? Dari blog tersebut, aku macam boleh buat kesimpulan; dia kata, waktu itulah pemuda Bani Tamim atau Pahlawan Panji Hitam dari Timur atau pembawa panji-panji Imam Mahadi akan muncul. Siapakah dia Pahlawan Panji Hitam ini?


Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) 


Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) 


Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.


Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu.Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.


Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan. Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. 


Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. 

Ok...sampai sini dulu. Korang baca dan fikirkanlah. Imam Mahdi muncul bila dunia ni dah dipenuhi dengan fitnah Dajjal. Sekarang pun kita tengok fitnah Dajjal ni dah berleluasa dalam kehidupan seharian kita. Banyak lagi bukti-bukti yang dah terjadi dari hadis-hadis Nabi dan dari firman-firman Allah dalam Al Quran berkenaan akhir zaman. Benda tu lah yang aku selalu baca sejak akhir-akhir ni. Di waktu kita leka dan sibuk dengan urusan dunia, sibuk mengumpul harta dan sibuk dengan gosip, kita dah terlupa pada urusan akhirat dan urusan akhir zaman. Itulah Islam liberal, Islam yang hanya pada nama, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya yang mana, cara hidup ini sememangnya merupakan salah satu agenda pada penyembah dan pengikut-pengikut Dajjal. 

Tak larat nak tulis lagi. Nak tido, esok ada inspection. Kalau korang masih terbuai-buai dengan dunia ni dan terlalu sibuk dengan urusan dunia ni, korang luangkanlah baca artikel kat dari link kat bawah ni tentang agenda Dajjal dan kehidupan akhir zaman:




*pesanan buat  isteriku...kita dah takde masa nak gossip-gossip, mengumpat,  mengata dan sebagainya...dunia dah nak sampai ke penghujungnya, jadikan dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat...dunia ini hanyalah tipu pedaya semata-mata...akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya...dunia ini adalah penjara untuk orang Islam, tapi syurga bagi orang Kafir...biarlah kita tak berapa berjaya hidup di dunia ini, asalkan kita berjaya di akhirat nanti...aminnn...

2 comments:

syuzi syofia said...

syuzi suke sgt entry joe kali ni... SUKE SANGAT2!!

Joe Black said...

huhu...ni joe tulis untuk peringatan kepada sesama saudara Islam, terutamanya untuk diri joe dan isteri joe sendiri...kdg2 kita ni terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai kita lupa dunia ni dah nak sampai ke penghujungnya...kalau tak pun mungkin usia atau diri kita sendiri dah nak sampai ke penghujungnya pada bila2 masa je... :)