بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, April 25, 2011

Tentang Lelaki


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Sunday, April 17, 2011

Almanak Pertarungan Iblis Angkasa II

aku rasa pedang perwira aku tu tak sanggup nak menampung aura yang terhasil selepas aku lancarkan hikmat "kesedihan tak terperi" hari tu...




  • kau balik kul bape sin?aku perlukan pedang baru...pedang perwira aku dah patah...erk...
    Yesterday at 6:19pm ·  ·  · See Friendship

      • Mie Fisher nampaknya Kuasa kau telah meningkat..Kita terpaksa pergi berjumpa dgn pembuat pedang terkemuka dii dunia..kul 8 aku balikk..
        Yesterday at 6:20pm · 

      • Joe Black kat jayen je murah...erk...ko tlg revive terung aku...semua da mataiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!...iskkk...
        Yesterday at 6:21pm · 

      • Mie Fisher errkk..
        Yesterday at 6:22pm · 

      • Joe Black takyah la sin...aku dah remove...aku nak tanam baru
        Yesterday at 6:23pm · 

      • Mie Fisher erkkk..aku bru je nk guna kuasa healing aku...adesss
        Yesterday at 6:23pm · 

      • Joe Black tkyah sin...baru dapat 10..aku nak 28
        Yesterday at 6:24pm · 

      • Mie Fisher ckp pakai alarm...adess
        Yesterday at 6:26pm · 

      • Joe Black td yang 5 kotak je pakai alarm...pastu lupa...iskk...7.30 br harvest lg...grrr...!!!
        Yesterday at 6:28pm · 

erk...tu dialog aku dengan usin kat komen2 kat wall dia...aku bagitau dia pedang perwira aku dah patah dalam pertempuran sengit dengan musuh yang ketat tempohari...takpe...aku sabar...aku sabar...walaupun pedang kesayangan aku patah dalam pertempuran sengit tu...dan setelah mencapai persetujuan dengan si usin, malam tu aku pegi dengan si usin untuk cari pedang baru bagi menggantikan pedang aku yang patah..."abg boleh je lancarkan hikmat "pedang patah"...kata aku kat kekasih aku masa aku citer kat dia pasal pedang perwira aku yang patah tu...tapi kalau dah patah dulu sebelum lancarkan hikmat tu, apa citer...

pedang perwira aku yang dah hancor lebor...iskk...

erk...sambung balik...seawal malam tu jugak aku kuar dengan usin dan kekasih aku demi mencari pengganti pedang perwira...aku rasa memang aku dah perasana harga dia RM15.99 kat jayen tu...kalau kat tunas manja memang harga dia RM 20.99...bila sampai je kat sana, memang betul ada 2 harga yang berbeza untuk pedang yang sama...satu RM 15.99...satu lagi RM 20.99...tapi aku dah bertekad...memang aku dah bertekad dan nekad...aku mesti memiliki pedang pengganti pedang perwira tu...dari jauh aku dapat rasakan aura sejuk pedang tu...aura sejuk yang sampai ke tulang sum-sum tu benar2 membuat aku teruja untuk memiliki pedang tersebut...dan tanpa basa basi...aku terus mencapai pedang tersebut yang oleh kerana masa aku beli tu aku dah dapat rasakan aura air batu yang sejuk dan dingin...maka...sempena pedang Penjejak Badai yang beraura dingin...aku dengan ini secara rasminya menamakan pedang baru itu sebagai "Pedang Salji"...tapi aku tak berapa pasti...aura sejuk tu berasal dari pedang tu atau air cond jayen pada malam itu...erk...

pedang salji yang dengan harapan agar keadilan akan terus dapat ditegakkan...erk...

tak banyak beza dengan Pedang Perwira...ketajaman dan aura pedangnya mendebarkan dada lalat hijau dan lalat biasa...saiznya yang kecil sedikit dari pedang perwira memudahkan aku untuk melibas dalam ruang lingkup yang kecil...tapi ada satu perkara yang buat aku sedikit terkilan...masa aku jalan2 siang tadi nak cari cable clip kat kedai hardware electrical...aku ternampak pedang yang sama sebijik dengan pedang salji aku...dan harganya pulak jauh lebih murah dari harga kat jayen dan tunas manja...cuma RM 13...panxxx...lepas ni kalau patah lagi pedang salji aku ni, aku dah tau dah nak cari pengganti dia kat mana...kat kedai ujung sebelah kiri sebelum nak belok ke KP...grrr!!!

ok la...aku macam malas nak sambung mengarut kat sini...aku nak layan youtube jap...ni salah satu video yang agak menarik...



*kpd kekasihku...dah siap ke blog tu...erk...

Friday, April 15, 2011

Bapok Gemok Lengan Besar

gambar hiasan...erk...

ok...nak tulis sesuatu sekarang...tapi takde pape nak citer pun...nak citer pasal apa aku buat pun dah malas...dia ada time2 dia...ada orang suka tulis pasal resepi yang dia masak atau masakan apa yang dia masak...ada orang suka citer pasal kekasih yang tak terlupakan...ada orang suka citer pasal nak baby...ramai orang suka citer pasal    pergolakan politik semasa...ada orang suka citer pasal hari semalam, hari ni dengan hari esok...dan aku pulak?aku suka citer pasal kekasih aku dan mengulas tentang apa yang orang lain citer kat blog diorg adanya...

sebenarnya aku stop kejap selepas berhempas pulas siang dan malam membanting tulang empat kerat kat cv...sejak balik dari laut ni aku bertekad utk menjadi pemain cv tegar sepanjang zaman...dimulakan dengan bismillah...dan disudahi dengan alhamdulillah...aku bukak ke empat-empat acc cv aku secara berganti2 atau bergilir2 seawal lepas semayang suboh dan berakhir seawal pagi hari berikutnya...begitulah rutin harian hidup aku dewasa ini...tak sempat nak wat pape selain dari mengadap cv je...sampai pening kepala aku asik main cv je...iskk...kat umah aku ni apa pun tak sempat nak buat...nak tukar starter lampu...nak vacum rumah...nak kemas rumah jauh sekali la...adess...bila la diorg nak banned cv ni...

"hari ni malas datang rumah orang...penat"...kata kekasih aku masa aku call dia tadi...erk...bukan datang rumah orang betul la...rumah orang kat cv sebab nak dapatkan energy...adehh...semua kehidupan sekarang adalah berkisar tentang cv...tentang energy...tentang goal...tentang harvest dan tentang level...semua pm chat kat fb tak lari dari nak gift...nak collectable dan terutamanya nak zoning permit...sampai lupa nak tengok citer wonderpet yang disiarkan setiap petang pukul 2.30 pm ditv 9...

yang citer melayu pulak tak abes2 dengan citer hantu...dan citer tahyul...takde pulak citer pasal bapok lorong ke...bapok gemok lengan besar ke...erk..."rencana ini sepatutnya sering disiarkan dlm tv khususnya TV1 TV2 (RTM), TV3 di Malaysia yg media ini hanya asyik menyiarkan cerita/ filem hantu, seram, tahyul, syirik, muzik2 mengarut cinta monyet, drama sia2 tiada mesej, isu politik kotor, berita2 ciplak dari Barat dan Israel, isu2 semasa yg memburukkan agama Islamm dan pelbagai rancangan-rancangan karut marut & sampah tiada nilai.... najis haiwan pun masih bernilai utk dimanfaatkan sbg baja"....kata orang yang komen kat video ni : http://www.youtube.com/watch?v=75LudHDgKUI ...tak bole pulak aku nak attached kat sini sebab embed code dia takde kat video tu...korang click la sendiri...mungkin orang yang komen tu bengang dan marah dengan saluran2 tv kat malaysia ni yang lebih banyak menghancurkan minda khususnya orang Melayu sampai melupakan tanggungjawab dihidupkan dalam dunia ini oleh Allah...sampaikan kadang2 lupa untuk solat dan sebagainya...tv skrg dilihat sebagai ancaman kedua umat Islam selepas internet...erk...pandai2 korang la gunakan semua media Benedictine Order ni semua...

ok...malas nak tulis lagi...saja je nak tambahkan entry utk bulan ni...sekian...


"kepada kekasihku...jom gi jalan2...erk...

Sunday, April 10, 2011

From Paris With Love

aku dah letih nak memaki hamun...apalagi nak memaki hamun kat dalam blog ni...aku bukan macam sorang adik aku tu yang suka memaki hamun tak kira sapa...laki dia ke bini dia ke pompuan ke...orang kecik ke orang besar ke...makcik ke...pakcik ke...nenek ke...datuk ke...budak sekolah rendah ke...budak u ke...semua dia belasah babi, gampang, bongok, sial...tapi aku tak macam tu...sebab blog ni adalah satu bentuk persada untuk meluahkan atau menzahirkan apa yang terbuku didalam hati kita yang...bukan kita sorang baca tetapi beribu orang dan mungkin berjuta orang dalam dunia ni baca...dan tak mustahil orang yang kita maki itu akan membacanya juga samada cepat dan lambat...bergantung kepada izin Allah...

kalau orang tak kenal kita mesti diorg akan kata .."eee...cantiknya dia ni"...atau..."eee...gantengnya joe ni"...atau..."usin ni baiklah...dia ni tak pernah chare/peduli ke orang lain...dia tak suka busy body"...atau..."dia ni hepi je ek...selalu pegi jalan2 bercuti dengan family dia naik air asia"...erk...tu semua tadi contoh apa yang orang lain cakap pasal kita bila dia tak kenal kita dan cuma baca apa yang kita komen2 kat fb atau kalau diorg cuma kenal kita dari bercakap ditelefon atau jumpa dan kenal ditempat kerja dan sebagainya...tapi cuba baca diorg punya blog...mesti diorg akan cakap mcm ni balik atau diorg akan bercerita kat kawan2 diorg yang sama2 kenal kita...contohnya macam ni..."huh!!!...harap muka je lawa...perangai macam gampang...suka buka pekong didada...citer kat orang ramai masalah rumahtangga sendiri...berdosa besar dia buat macam tu"...atau macam ni..."huh!!!...joe tu nampak je ganteng...tapi jiwang"...erk...atau macam ni..."ooo...usin tu dengan aku je tak chare...dengan pompuan siap amik berat...siap nak jadi dr masalah cometome lagi"...erk...atau macam ni..."ooo...dia ni nampak je suka jalan2...tapi rupanya dia merindui kawan baik dia yang dia gelarkan sebagai 'dia'"...erk...tu la tanggapan orang terhadap kita bila orang baca blog kita...dari situ diorg boleh tau hati budi kita...dan secara tak langsung dari situ diorg boleh tau kelemahan kita...dan dari situ jugak la para pengayat perempuan ni boleh tau macamana nak handle dan nak amik hati pompuan yang diorg suka...dan sebaliknya..."ah...blog aku...sukati aku la nak tulis apa"...erk...tu adalah kata2 yang merupakan lesen besar bagi seseorang untuk bercakap mengenai apa saja kat blog ni yang akhirnya menjerumuskan dia ke dalam tahanan ISA...

erk...aku marah pasal apa tadi ek...ooo...sampai lupa nak citer apa sebab sedap sangat perli orang...erk...jangan lupa...anda tidak boleh marah dan ambik hati dengan apa yang saya tulis sebab kat sebelah kanan blog saya ni saya dah tulis bahawa semua yang ada dalam citer kat blog ini adalah tidak ada kena mengena dengan sesiapa...dan kalau ada pun itu hanyalah kebetulan sahaja...huahuahua...dengan itu...tiada tindakan boleh dibuat keatas saya...hakhakhak...erk...kecuali yang melibatkan diri saya dan kekasih saya...yang tu pun sayan dah tulis kat sebelah kanan ni...ngeh3...erk...sambung balik...aku marah tadi pasal line tenet ni la...macam gamxxxx...erk...termaki pulak...tapi tak pe sebab aku maki line tenet...bukan maki individu tertentu...line ni...kan tadi aku tengah tido masa kekasih aku pm kat ym aku lebih kurang pukul 11.45 pagi tadi...aku sedar2 je pukul 12.15 tghari mcm tu la...bila aku reply je ym tu dan click enter...dan2 line tenet tu tak leh connect...dan erkkkkkkkkkk...baru je ok ni...iskk...stop jap...nak ym dgn kekasih aku...huhu...

Draft saved at 4:32 PM

ok...sambung balik...dah lepaskan rindu dendam kat kekasih aku tadi...ada banyak berita gembira sepanjang aku tak dapat kontek dengan dia...salah satunya ialah cv aku dah naik level 60...bermaknanya aku boleh tambah lagi satu HQ...keduanya tadi dia kata balai polis aku nak lagi 2 org penjahat je...pasni naik level 6...nanti polis kat cv aku boleh pakai chopper kalau nak tangkap penjahat...huhu...hebat...dan syabbashh pada kekasih aku yang bertungkus lumus siang dan malam menguruskan cv aku yang berjumlah 4 acc kesemuanya...terer kekasih aku ni...aku pun tak seterer dia...sebab tu aku sayang sangat2 kat dia walau badai taufan puting beliung melanda kami...semoga kami diberi pedoman...aminnnn...

"abih camana ko boleh tulis blog ni masa line tenet tadi takde joe?"...erk...ni la keistimewaan blogger...atau blogspot kalau korang nak tau...kalau korang bukak window new post...kita boleh draft semuanya kat situ walaupun dalam keadaan offline...sebab tu kalau time ada line ni...aku mesti standby satu tab khas utk new post...tujuan dia apa?tujuan dia ialah bila time takde line tenet...aku masih boleh terus berkarya sementara nak tunggu line tu pulih semula...huahuahua...terer tak?takde la terer mana...adehhh...

sekarang lbh kurang pukul 5 ptg...kurang dari 17 jam insyaAllah aku akan berada didaratan semula...tu pun kaalu dapat chopper pagi...alhamdulillah...semua urusan keja aku kat sini dah setel seawal semalam lagi...dan alhamdulillah...kekasih aku berada dalam keadaan sihat walafiat dan selamat...itu je yang aku risaukan kalau aku kat laut ni...tadi sampai tetido2 aku tunggu line ni ok...pagi tadi aku siapkan report...pastu tido...pastu mkn tengahari...pastu tido...pastu bangun minum petang...masa minum petang tu mkn kuih apa ntah dengan goreng pisang tu...diorg bukak pulak astro citer "from paris with love"...lakonan john travolta...dengan sapa ntah...citer pasal pembantu Duta yang keja kat Paris dengan member dia ni ejen sorang ejen...dia ni ada tunang...tetiba tu satu hari tu dia dapat tau tunang dia tu cuma menyamar nak rapat dengan dia sebab nak dapat access nak masuk persidangan dunia kat paris tu...pastu dia terpaksa bunuh tunang dia sebab tunang dia ni sebenarnya pengebom berani mati...best jugak citer dia...ada banyak adegan tembak menembak yang memang menjadi kegemaran aku tapi tak disukai oleh kekasih aku...kekasih aku ni dia ni suka citer family2...atau citer cinta2 selain citer antu...tapi sekarang ni pun aku rasa dia dah bosan dengan citer antu yang banyak kat astro prima dan astro ria...termasuk kat tv1,2 dan 3...ditambah pulak dengan hantu2 betul yang sering berligar disekitarnya...termasuk jugalah manusia2 yang berperangai jauh lebih buruk dari hantu2 tu semua yang mengganggu hidupnya kini...

tadi radio operator baru buat announcement suruh cek nama kat flight manifest...alhamdulillah...chopper aku pagi...pukul 7 dari kerteh...maknanya sampai sini dalam pukul 8 lebih...pastu sampai darat balik dalam pukul 9 lebih...nak gi opis jap...nak setelkan apa2 yang patut...pastu boleh balik umah terus...pastu malam atau petang tu dah boleh kuar cari aquarium...erk...huhu...rindunya kat kekasih aku...huhu...esok dapatlah aku jumpa dengan kekasih aku...insyaAllah...aminnnnnnnn...

nak stop kat sini lah...nak borak2 dengan kekasih aku sementara line masih ok ni...huhu...


*kpd kekasihku...dah siap semayang ke belum?


Saturday, April 9, 2011

Simon Templer

pic ni je yang ada...saiz kecik je...takde yang besar...iskk...

huh!!!taubat ah (atau dalam base ganu bermaksud tobak ah)...tipon ada 2...takde org pakai pun...tapi bila kekasih aku call je...dia tak bole dengar suara aku...yang kat dalam bilik ni pun sama...dengar perlahan je suara aku walapun satu living quoters ni boleh dengar suara aku terjerit2 kat tipon ni..."memang malam ni line tipon slow...org rumah aku dari lepas isyak tadi try call tapi tak dengar"...kata sorg brader tu...hmm...patut la...aku ingatkan tipon dalam bilik aku yang problem...rupanya semua tipo macam tu...sabor je laaaaaa...tapi...dapat jugak dengar suara kekasih aku tadi...terubat rindu kat dia...huhu...dah la ym pun mcm hampeh...terus tak bole connect sampai skrg...harap inbox kat fb je...tu pun dah start slow kalau nak refresh...haizzzzz...

malas ah nak tulis blog malam ni...stop dulu...sambung esok pulak...

Draft saved at 10:49 PM

7.28 am...sambung balik...aku baru abes briefing pagi...baru lepas mintak sign permit dari sep2 boss kat sini...tinggal nak buat keje je...lepas makan pagi kali kedua nanti, pukul err...lepas pukul 9 pagi...time ni la aku nak rehat2 kejap...prepare barang2 nak wat keje...berak2...erk...baring2 dan online...kekasih aku tengah tido ...dia tinggalkan pesan kat ym tadi...lepas semayang suboh tu dia tido balik...masa tu aku tengah dengar briefing...pagi tadi...err...suboh tadi...aku berjaya melepasi suboh yang begitu sejuk masa mandi...air yang suam2 kuku tu sedikit sebanyak membantu aku mengatasi suhu sejuk yang melampaui suhu di benua artik dan antartika...first time aku semayang suboh pakai baju 2 lapis...serasa tidak mahu aku keluar dari pancuran shower bilik mandi...demi tertutupnya kepala paip kat bilik mandi tu...cepat2 aku lapkan sisa2 air yang masih melekat kat badan aku menggunakan towel yang masih hangat yang baru keluar dari mesin pengering pakaian...sepantas kilat pula aku menyarungkan t-shirt yang aku bawak masa sebelum mandi tu...masih ada 2 hari lagi utk aku menghadapi suasana cemas bermandikan air suam2 kuku dalam suhu persekitaran yang melampaui tahap beku...dan masih ada 2 hari yang panjang selain hari ini utk aku kembali semula ke daratan..."aku bersyukur sangat2 sebab dapat keje kat laut ni"...kata izri ke izli ntah nama dia...roomate aku yang sedang diulit mimpi sekarang ni sebab dia pun standby je dah 4-5 hari ni sebab tunggu barang yang tak kunjung tiba..."kalau kat darat mana bole keje standby...tido2 macam kat laut ni"...tambah dia lagi..."ada lagi 21 hari nak cukupkan 30 hari"...erk...kata dia lagi seolah2 tidak rela untuk berenti bercakap dengan aku...dan bagi aku pulak...aku pun bersyukur keja macam ni...dan memang betul kata dia...kalau kat darat mana bole keje relax2 macam kat laut ni...tunggu barang la...hujan la...angin kuat la....bot takde la...kalau kat darat...masuk keje kul 8...balik keje kul 5 mesti buat keja je...takleh lepak2 atau tido2 atau online2...gaji kat darat mana sama dengan gaji kat laut...sekurang2nya gaji kat laut ni adalah 2x atau 3x ganda dari keja kat darat...cuma kat laut ni jauh dari insan yang kita sayang...nak bercakap kat telefon yang terbatas...nak onnline yang line dia macam hidup segan mati tak mau...yang cv tak boleh bukak yang bila kita bukak dia akan kuar warning macam ni:


Error Code403 Forbidden
Error Description Organizational policies prohibit access to this page.


ni rezeki masing2...aku pun taknak selamanya keja mcm ni...kalau ada emergency kat orang2 kat darat memang tak boleh nak balik on the spot...dan ntah berapa kali aku skip balik kampung sebab standby nak kena pegi laut...dan sejak bapak aku sakit hari tu aku tak dapat nak tengok dia...keja aku yang memang tak boleh nak plan langsung...tak macam orang lain...boleh je booking tiket air asia awal2 berjalan kesana dan kemari...tapi tugas aku tak memungkinkan itu semua...dan tak mustahil tarikh pernikahan aku nanti akan bergantung pada schedule keja aku...kalau gaji 5 angka berbaloi jugak...macam citer The Saint lakonan val kilmer tu...income dia berpuluh juta untuk satu job...keja tak mengira waktu..."I'll find you" ...kata Simon Templer aka The Saint tu bila awek dia tanya camana awek dia nak cari dia...dia punya busy dan penuh kerahsiaan sampai membuatkan awek dia sendiri pun tak boleh nak cari dia...cuma dia je yang bole cari awek dia..."xxx, abg nak tukar nama jadi Simon Templer"...kata aku kat kekasih aku lepas aku tengok citer tu kat tv..."Simon Templer...ooo Simon Templer"...terdengar suara kekasih aku memanggil aku dengan nama yang baru itu sejurus selepas aku menukar nama...aku masih ingat lagi...di awal perkenalan aku dengan kekasih aku...masa tu ada pic dia dengan rambut yang dihighlight...pastu aku komen kat pic dia...aku cakap rambut dia cantik...macam Rogue dalam citer X-Men tu...pastu aku cakap la kat dia sebenarnya aku lah wolverine yang sebenar...ramai yang tak percaya bila aku cakap macam tu dan ianya benar2 membuatkan aku sedih..."xxx percaya"...kata dia...erk...aku sungguh tak sangka...dialah satu2nya orang yang percaya aku ni X-Men...sejak hari tu perkenalan kami semakin rapat...pertamanya ialah sebab dia boleh menerima perangai aku yang macam itu...dan keduanya sebab...erk...sebab banyak benda yang kami sehaluan dan sependapat...yang kadang2 amat susah diterima oleh orang lain dan yang kadang2 adalah sesuatu yang diluar jangkawan fikiran manusia moden alaf baru...


ahh...aku nak gi toilet dulu la...sambung kat entry yang lain pulak...




*kpd kekasihku...erk...nanti syg jgn lupa makan tau...take care...luv u so much ;)

Friday, April 8, 2011

Langgar Lubang Tak Rasa Apa

best merc ni...sampai sekarang kekasih aku taknak naik kalau aku bawak keta ni...erk...

huhu...suka aku tengok hamster kat blog kekasih aku tu...hamster tu comey mcm dia jugak..."xxx mana sama dengan hamster lah"...masih terngiang2 kata2 kekasih aku semalam bila aku cakap macam tu kat dia...erk...aku dah cakap kat dia...nanti kalau dia boring masa aku takde kat darat...nanti hamster tu boleh temankan dia..."hamster mana bole bercakap"....kata kekasih aku...erk...betul jugak ek...takpela...nanti xxx bole tengok gelagat dia main...erk...bukan main tu la...main dia punya roller tu...takpun dia main kejar2...adehh...

lepas post entry pasal si usin dengan van jenazah, aku tak sempat nak post apa2 entry...biasanya kalau sebelum nak gi laut aku mesti post sesuatu untuk kekasih aku...tapi sekarang macam dah tak relevan je nak post sebab kat laut ni pun kebanyakkan platform dah ada internet...so senang la nak communicate dgn kekasih aku...erk...lupa nak kabo...aku baru sampai laut tengahari tadi...nasib baik jumpa saing yang dah lama dok sini...masa aku sampai dia tengah tunggu chopper nak balik darat....sedak doh wasew...pastu sempat mintak kat dia setting internet kat sini...lagi best bilik aku ni ada telefon dalam bilik....so senang la kekasih aku nak call aku kalau ada emergency atau bila dia rindu...erk...dan yang bestnya jugak sebab bole post sesuatu kat blog ni...huhu...

sejak tulis entry pasal van jenazah tu...aku jadi macam ngeri je nak citer benda2 mcm tu lagi...rasa macam entry tu menghantui kehidupan aku...dia punya ngeri lain macam pulak aku tengok...pasni aku tanak wat entry macam tu lagi rasanya...aku rasa kalau aku buat lagi entry macam tu...tira dgn usin bole pengsan kalau diorg baca...aku sendiri pun dah takut separuh mati...nak2 kalau korang search kat google image van jenazah....dengan jenazah2nya sekali diorg letak kat situ...adehh...skip2...nanti kekasih aku tak leh tido pulak malam2 bila teringat citer kat blog aku ni...

mesti kekasih aku sekarang tengah bz dengan cv...4 acc aku campur 3 acc dia yang dia nak kena mainkan...aku ni jenis slow sikit kalau main...sebab laptop aku selalu kena shockwave flash unresponsive...puas aku cari kat google...sampai sekarang window dengan google tengah berungkus lumus cari penyebabnya...hari tu diorg kata ada hardware sony nak kena update...dan jepun2 tu pun dah bagi update software utk benda tu...dan aku pun dah try la install kat laptop aku ni....nampak macam ok...ok tu bukanlah bermakna dah ok 100%...maknanya kalau dulu dalam sejam 10 kali dia heng...sekarang tinggal 7 kali macam tu la...sebab tu cv aku lambat nak siap goal dia...tunggu dia nak refresh lepas heng tu dah 10 minit...kalau dalam sejam 7 kali heng...tak 70 minit kena tunggu...maknanya dalam sejam tu...purata aku main -10 minit je...erk...siap berhutang 10 min pulak dengan jam kedua...tu la antara sebab nape acc2 aku tu lambat nak siap...dulu masa main fv ok je...siap bole bukak 3 browser serentak...siap bole harvest serentak...yang ni pulak...kalau bukak 2 browser terus heng...ishh...bongok diorg ni...benda senang macam tu pun dah sebulan takleh setel...mula2 aku ingatkan laptop punya problem...bila aku cek kat forum tu...rupanya memang problem window dan google dan mozilla...ie dengan flock takyah cakap la...tak bergerak langsung kalau click cv...iskk...

kalau nak diikutkan sepatutnya esok baru aku bole buat keja sebab waterbag baru sampai...baru kejap tadi aku call materialsman...dia kata masih ada dalam bot...jap lagi baru diorg bawak naik...harap2 esok aku bole siapkan keje tu...lagipun zali ada kat sini...jadi takdelah masalah sangat...saiful pun ada...walaupun dia bukan dari department aku...tapi dia dari company yang sama dengan aku...jadi takde lah rasa terasing sangat...ala...gi mana2 pun takde rasa terasingnya...sebab aku pernah pegi platform ni sebelum ni...dan lagi roomate aku ni pun aku selalu jumpa kat platform2 lain sebelum ni...cuma tak pernah bertegur sapa je...tapi hari ni baru aku tau bahawa dia ni peramah orangnya...nama dia izri ke izli ntah...aku dengar dengan tidak je tadi...takpelah...nanti diam2 aku tengok nama dia kat boarding pass tu...erkk...pastu dia citer baik dia dok kat laut je...duit tak abes...bulan lepas dia abes RM3000 sebab repair keta...keta dia bmw model lama skit...dah abes bayar...tapi tiap2 bulan kata dia mesti kena kuar duit RM200-RM300 sebab repair itu ini...yer la...pakai keta mahal memang la spare part dia mahal...abg ipar aku penah repair...ada washer plastik kat tingkap dia...dia tukar baru....bongok je washer tu...kalau kat kedai hardware baru dalam 30 sen...dia kena sampai RM200...huhu...kalau aku...mesti aku dah modified pakai barangan terpakai yang berlambak2 kat umah bapak aku kat kampung tu...tapi aku dah macam serik nak pakai keta second hand ni...kalau jadikan second car takpe la...kalau rosak ada satu lagi keta wat back up...bukan serik sangat sebenarnya...tapi malas sebab takut...bila emergency atau ada urgent je tetiba keta rosak tengah jalan...dulu merc aku pun kena macam tu...nak gi airport nak check in gi laut...tetiba rosak tengah jalan...gelabah abes...sejak hari tu aku letak keta tu kat kampung...jap lagi ada org nak beli dah keta tu...erk..."jual je la mak"...kata aku kat mak aku masa mak aku cakap ada orang nak beli keta tu...kalau keta tu ada dekat dgn aku mesti aku dah bela dah...adehh...sayangnya keta tu...dah banyak jasa dia bawak aku dgn dak p gi mancing kat kolam air tawar kat tronoh...si zabage (kependekan dari zaid bapok gemok) pun suka bawak keta tu...keta tu keta lama...tapi suspension dia kalah keta jepun model baru2 ni...langgar lobang tak rasa apa...si zaid tu bantai tekan pedal minyak sampai cecah dinding...erk...bukan meter cecah dinding...pedal minyak tu yang cecah dinding...aku pernah test...kalau pedal minyak cecah dinding, dia punya meter naik sampai 150 km/j...nak dekat2 160 km/j...diesel lagi...tapi tu semua dah tinggal kenangan...hmmm...sedey seh... :(

sejuk nak mampos air cond bilik aku ni...dah tarik langsir katil...dah tarik selimut tebal...dah pakai stokin tebal...tapi sejuk dia masih sampai ke tulang sum-sum...tak dapat aku bayangkan masa nak mandi pagi2 esok suboh2 nanti...iskk...kena bawak baju siap2 kat bilik air nnt...lepas mandi je dengan air panas tu nak terus pakai baju dengan seluar...erk...ada ke ek air panas?adehh...bahaya ni...nak kena cek pulak pasni....adehh...sejukkkkkkkkk.....!!!!!!

ok lah...dah malas nak menaip...nak rehat jap...jap lagi ada meeting kul 5.30 pm...


*kpd kekasihku...nanti syg jgn lupa makan nasik tau ;)