- PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak senang.
- PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah diserang sakit jantung.
- HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
- BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain darinya.
- TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga.
- TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar, apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
- EGO - Ibu segala mazmummah (akhlak tercela), jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
- RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon didepan orang.Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.Allah SWT marah kalau kita riak takabbur dengan apa yang kita ada.
- CINTA DUNIA - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat, susah pula menjaganya.
Sunday, September 19, 2010
KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA
"hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal...dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidupnya penuh dengan emosi"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
valium no prescription needed buy valium online australia no prescription - 5mg valium recreational
Post a Comment