بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Thursday, September 16, 2010

Katak Hijau Dan Sport Rim


erkk....huhu...malasnya nak post blog kali ni...tapi aku gagahkan jua sebab aku takde menda nak buat time2 mcm ni...mula2 aku dah upload pic2 kat bawah ni masa tengahari tadi...letak caption pastu save je...ni baru la ada sikit semangat nak tulis citer pasal pic2 kat bawah ni...ada dua citer major kali ni...satu pasal tedi bear...satu lagi pasal sport rim...nanti diakhir penulisan, aku akan satu kan tedi bear dan sport rim dalam satu pic...haha

semalam...erk...2 hari lepas sebenarnya aku dah pegi survey tedi bear ni kat lokasi dia yang aku rahsiakan...haha...saja je aku nak rahsiakan...biar korang cari atau communicate dgn aku tanya kat mana tempat ni...erk...kepada kekasih aku...syg jgn bagitau tau kat diorg tempat ni kat mana...hehe...mula2 kekasih aku ni dia nak suruh aku carikan tedi bear besar (ada kat bawah2 ni tedi bear yang dia suka...tapi aku tanak bagitau yang mana...huhu)...pastu aku gi la cari kat tempat tu...dkt je dgn kampung aku...pastu bila aku pegi...bapak banyak tedi bear ni...sampai aku dah tak tau nak beli yang mana...siap mms pic tedi bear ni kat kekasih aku...pastu aku tak gi round semua kedai...cuma dalam 4-5 kedai yang aku pegi dan aku tertarik dgn satu kedai nyonya ni..."bape ni nyonya?"..."wa kasi lu 80"...kata nyonya tu..."apasal mahal sangat...kedai depan tu nak bagi 75 je"...aku jawap..."ok lah wa bg lu special price...70 lu angkat"...kata nyonya tu dan aku rasa mcm terpukau je sebab blm tawar lagi dia dah bagi RM70 sekor...dan aku takde banyak basa basi terus je beli yang tu...pastu aku round2 lagi...makin aku round makin banyak yang aku minat...aku bawak duit RM 90 je masa tu...nak gi bank malas pulak sebab nak kena u turn jauh pastu takut takde parking pulak...so hari tu aku bawak balik 2 ekor je sebab malas nak amik duit kat bank...dan aku nyatakan rasa kesal aku kat kekasih aku masa otw balik tu sebab tak bawak banyak duit...

tak puas ati punya pasal...aku pegi lagi kat situ semlm masa otw balik paka...aku beli lagi 3 barang...2 ekor tedi bear dgn sekor bantal...erk...sabiji bantal la...bantal tu best...nama dia keroppi...yang biasanya aku selalu tersilap dengan keropok...dan kekasih aku ni la yang selalu betulkan balik nama dia...erk...bukan nama kekasih aku la...nama keroppi tu...kat bawah ni antara gambar2 tedi bear kat kedai tu...erk...banyak gila...sebagai lelaki yang berjiwa sentimental...aku pun rasa teruja dan terminat kat tedi bear2 ni...lantak la korang nak panggil aku pondan ke bapuk lepas ni...tapi kalau korang pegi pun mesti korang rambang mata nak pilih...dan...ni baru 4 kedai je yang aku pegi...ada berpuluh lagi (tak sampai 20 kot...erk...lebih kot sebab yang seberang jalan tu aku tak survey pun) kedai yang jual menda2 mcm ni...tu belum termasuk kedai jual barang2 tembikar, tanah liat, bunga2 plastik, pasu, rimau, bantal golek alvin and the chipmunks dan barang2 utk org2 yang dah berkeluarga dan yang dah berkahwin...sebenarnya dah bertahun aku tau menda2 ni ada jual kat situ...dan berpuluh2 dan mungkin beratus kali jugak rasanya aku lalu tempat ni tapi baru kemarin2 je aku singgah tgk apa yang diorg jual kat situ...tu pun sebab kekasih aku yang suruh cari kat situ...huhu...dah lama dah dia ajak aku pegi situ tapi masa selalu je tak mengizinkan kami utk pergi ke situ...mungkin satu hari nanti...insyaAllah...aminnn...

tedi bear yg besar saiz korang pun ada...berlambak...aku belikan salah satu yang kat atas ni utk kekasih aku...nanti kalau dia rindu kat aku...nnt dia bole pelok tedi bear ni...hak3
kalau org pompuan pegi kat sini mesti dia nak beli semua..huhu
belambak tedi bear kat kedai ni...nak jalan pun susah...ni belum pegi kedai lain lagi tu..
katak hijau...yang ni aku paling suka sekali sebab dia comey mcm anak buah kekasih aku...haha
ok...abih dah citer tedi bear...ni nak citer pasal sport rim pulak.."sejak xxx kapel dgn abg...rasanya dah 3 kali abg tukar sport rim...tak sampai setahun pun lagi"...erk...kata2 kekasih aku masa aku lepas tukar sport rim keta aku 2 hari lepas...huhu...sesungguhnya takde dalam plan pun nak tukar sport rim ni sebenarnya...tapi aku terpaksa tukar jugak sebab keta aku bergegar bila bawak 100km/h...macam naik keta lembu yang kekasih aku naik masa dia pegi melaka dgn family dia...erk...dulu aku ada tukar sekali yang aku pernah citer dalam post2 yang lepas...pastu seminggu lepas tu aku balik kg...jumpa plk dgn adik sedara aku kat car wash kat kg aku tu...sport rim dia cantik gila...pada aku la sebab kaler itam...aku punya tu dah cantik dah...tapi bila pasang kat keta aku jadi mcm keta pondan pulak...pastu aku offer la kat adik sedara aku ni nak tukar pakai dengan dia...pastu dia pun setuju...so aku pakai la sport rim tu...pastu lepas aku pasang tu bila bawak 100km/h dia jadi gegar...pastu aku try la wat balancing tayar...pastu rasa ok la skit dari mula2...so aku pakai la dalam 2-3 bulan...pastu aku tak puas ati...masa raya pertama hari tu aku try wat on wheel balancing pulak...ada kurang lagi skit gegar dia tapi tetap aku tak puas ati lagi...last2 aku tukar yang baru..."you tak nak pasang center cone ke?nanti gegar woo"...kata apek tempat aku pasang sport rim tu..."takyah la...kalau gegar nnt wa dtg lagi pasang" kata aku sebab aku tak nampak sangat rasional dia bila tak pasang center cone bongok tu keta jadi gegar kalau bawak laju...lagipun aku dah lambat nak balik umah...aku lom semayang asar...pastu mak aku ada kirim beli tepung dgn spray nyamuk...nak singgah kedai lagi...nak gi bank kuarkan duit lagi...so aku pun biar la dulu center cone tu...lagipun aku nak test dulu sebenarnya...kalau tak pasang keta jadi gegar ke tak...

so esoknya pepagi lagi aku dah test bawak laju2 keta tu...memang betul la gegar...iskk...rasa bodoh pun ada...sebabnya...sebenarnya memang ramai apek cakap dah seblm tu kalau tak pasang center cone keta jadi gegar...puas aku ingat balik semua ilmu2 mekanikal yang aku belajar masa kat utm tu utk kaitkan center cone dgn keta bergegar tapi sampai skrg aku tak jumpa lagi kaitannya...dan nak tak nak terpaksa la aku pasang jugak...dan memang betul la...lepas pasang tu keta aku tak bergegar lagi...isk...kekadang aku teringat balik kat kajian Dr. Azizan pakar metafizik tu...aku punya tarikh lahir tu dia ada sebut..."mudah tertipu"...dan aku rasa macam betul je apa yang Dr.Azizan tu kaji walaupun aku tak percaya sangat dgn kajian dia tu...erk...kat bawah ni aku amik dari statement kat internet berkaitan ramalan berdasarkan tarikh lahir atau horoscope: 


Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.
Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.



tapi tu la...bila org cakap betul...aku rasa mcm diorg tgh tipu aku...dan bila org tipu aku...aku rasa mcm diorg cakap betul...haizzz...dan kes2 penipuan ni sebenarnya menjadi guru yang paling baik dalam hidup aku...dan lepas2 peristiwa2 tu...aku dah tak kena tipu...erk...kena tipu gak...tapi dalam bentuk yang berbeza2...dan selalunya kes penipuan diorg ni takkan berpanjangan sebab mungkin Tuhan sayangkan aku dan membongkar penipuan diorg ni atau kekadang diorg ni akan mengaku sendiri kat aku yang diorg tengah tipu aku atau kekadang ada je sumber2 yang bagitau aku bahawa aku sedang ditipu...mungkin lambat sikit utk aku sedar...tapi lama kelamaan penipuan tersebut akan terbongkar dgn izin Allah dan dgn pertolongan Allah...kekadang aku tak siasat pun...tapi org lain yang discover kan utk aku...alhamdulillah...Tuhan tak nak aku terus tertipu agaknya...

"banyaknya abg...adehh"....kata kekasih aku bila aku mms pic sport rim kat kedai tu....tu baru sebahagian je dari sport rim kat kedai tu...dan aku dah tak tau nak pilih yang mana mula2 tu...tapi pencarian aku bole di kecilkan ruang lingkup dia sebab aku suka sport rim yang hitam je...dan percayalah...kat kedai kat bawah ni...aku tak jumpasport rim yang aku suka...lepas berligar2 dalam setgh jam kat kedai tu...aku pegi kedai lain pulak...dan kat situ baru aku jumpa sport rim yang aku suka mcm kat bawah2 ni...huhu..."abg drive hati2...jangan bawak laju2 sgt"...kata kekasih aku..."erk...abg dah tak bawak laju dah pasni sebab sport rim baru ni....kena hati2 jangan sampai langgar lubang"...kata aku kat kekasih aku...huhu...aku dah serik dah nak langgar2 lubang...nanti sport rim bengkok lagi...aku nak drive cermat2 mcm kekasih aku...huhu...sayang dia sangat2..erk...skip2...huhu...

ada lagi 4 kali jumlah yg macam ni kat kedai tu...cuba korang bagitau aku mcmana nak pilih yg best?
belom pasang pun dah nampak cantik..."cuba lu pasang tayar...tgk mcmana pegi dia" kata aku kat apek kedai tayar tu...adehh...
ni la hasilnya...adehh...*pengsan*
ni la center cone bongok tu..yang kaler chrome bulat kat tengah2 tu...haizzz...
masa semalam aku balik ke paka tu...kat kampung aku adik beradik aku semua dah berambus ke rumah masing2...tinggal mak bapak aku je seperti sedia kala...dan aku rasa aku berpuas hati dgn kata2 abg aku yang dia nak pindah mengajar ke kampung tahun depan...bagus lah mcm tu...ada orang bole tengok2an org tua aku kat kampung..."takpe la mak...nanti saya bank in duit...mak repair la rumah nenek tu...nanti saya nak duduk kat situ....xxxx (nama manja aku kat kg) pun rasanya tak duduk kat sini bila dia dah kawen nanti"...kata kakak ipar aku kat mak aku masa raya hari tu...erk...diorg ni mcm tau2 je aku tanak duduk kat kampung walaupun rumah mak bapak aku tu memang bapak aku dah wasiatkan kat aku...erk...bukan tanak duduk...dah kalau keje kat ganu...camana nak dok kat kampung...lagipun aku je yang tau serba serbi pasal rumah tu...pasal perkakas2 (tools termasuk lah barang2 utk bertukang buat rumah...tools kereta...periuk belanga utk kenduri kendara (sebab bapak aku ni dulu tukang masak utk kenduri org kawen)...tools utk kerja2 mekanikal dan elektrikal...dan macam2 lagi yang aku tak dapat nak citerkan semuanya kat sini...kalau betul2 memang dah bole bukak bengkel dah kalau aku dok kat kampung tu) kat rumah tu...dan pasal sejarah rumah tu...sebab dalam family aku...aku rasa aku yang paling lama duduk kat umah tu...adik beradik aku yang lain dok kejap je sebab diorg dulu semua sekolah berasrama penuh...cuma aku je dok kat situ sampai aku masuk u...dan banyak perkakas2 kat rumah tu cuma aku je yang tau guna sebab bapak aku memang beli sebab aku tau guna benda2 tu semua...dan banyak jugak perkakas2 aku yang aku beli pastu tinggal kat rumah tu termasuk spare part keta terpakai yang kebanyakkannya bapak aku dah jual kat kedai besi buruk sebab menyemak je kat umah tu...adeh...seb bek aku sempat selamatkan ekzos sport aku sebelam bapak aku sempat jual...tu belum masuk bumper keta wira aku lagi tu yang aku tengok macam dah takde je kat kampung aku tu...jangan dia jual merc aku timbang kilo dah lah...adehh...

ni la hasil kombinasi sport rim baru dgn tedi bear...hahaha...
seperti yang telah aku janjikan tadi...kat atas ni la pic tedi bear dan sport rim yang aku dah satukan dalam satu pic...hahaha...saja aku parking keta aku depan kedai tedi bear tu sebab aku malas nak jalan jauh2...korang tgk la sendiri kedai2 tu...tu baru sikit tu...belum lagi aku amik pic kedai2 kat seberang jalan besar tu...'abg wat pe?jap eh abg, ada cite kat astro prima cam sedeyh je..adnan sempit tu berlakon...xxx tgk jap eh?abg tgk la gak"...sms dari kekasih aku...dia sms sebab nak tgk tv jap...sebab selalunya time2 mcm ni la time aku bergayut dgn kekasih aku..."haa tgk la dulu syg...abg nak abeskan blog ni jap...lagipun abg tkleh tgk tv sbb dj bwk balik kad astro tu"...aku reply..."rupanya citer dia (aku ler tu) lebih sedeyh dari citer kat tv...wakakak"...kekasih aku reply...hehe...takpelah sayang...lagipun abg bukan suka sgt tgk tv...abg lebih suka syg dari tgk tv...huhu...oklah...aku rasa dah sampai penghujungnya post utk kali ni...mesti zaty boring baca post aku kali ni sebab panjang sangat...mesti dia tgh best makan satar cicah budu kat kampung dia tu...dah2 la mkn tu zaty...nnt makin bulat kang badan tu....erk...selamat hari raya ty...maaf zhr batin...kwang3...

"kpd syg ku...syg...abg syg xxx sgt2 :)




2 comments:

Anonymous said...

abg joe!! bile mase abg tmbah part last tu?? ae tu rse cam xde.. jawab2! ahaha

Joe Black said...

huhuhu...mmg da lama ada...ngeh3