بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, November 25, 2011

Hampa



manusia ni aku memang tak faham betul la...kalau kita cakap baik2...lembut2...semua buat tak tau je...buat kita macam orang bodoh...bila dah kena maki, kena caci kena kutuk sampai tahap nak putus sedara, baru lah diorg bukak mata...ni citer pasal semalam dengan hari ni...aku dah panas sangat kat penghutang2 aku...kalau aku banyak duit takpe...sejak akhir2 ni masalah kewangan begitu membelenggu akal dan fikiran aku...macam2 yang berlaku tak seperti yang aku rancang...dan semuanya berpunca dari anasir2 luar dan bukannya salah aku 100%...dulu aku memang tak pernah kisah sangat pun kalau orang nak bayar ke tak hutang diorg kat aku...bukan aku nak bongkak...kalau setakat RM100, RM200 aku tak kisah sangat...tapi ni dah mencecah ribuan ringgit...aku tak tau lah aku dapat pahala ke tak kalau dah tahap mengungkit macam ni tapi aku nak citer jugak...bukan nak citer pasal aku ni baik bagi orang pinjam duit ke apa...aku nak citer pasal sikap manusia2 ni...ingatkan dah takde maruah orang2 macam ni, rupanya masih ada lagi...diorg masih cuba nak menjaga maruah diorg...bila kita jentik sikit, diorg akan mudah melenting atau melatah...tapi kalau kita belai2...kita ni diorg memang tak pandang sangat...bila nak sesuatu dari kita mulut manis macam madu asli dari mesir...time kita pulak nak mintak balik hutang, kita pulak terhegeh2...macam kita pulak nak mintak pinjam kat diorg...

masa mintak tu kalau boleh masa tu jugak nak suruh bank in...dan nak dalam jumlah yang full...kalau nak RM1k, RM 1k jugak la nak masa tu jugak...lepas dah dapat duit, atau bila dah tiba masa nak bayar, akan menyusul pulak sms dari diorg "aku tak dapat bayar full la...aku bayar segini je dulu ek?"...abih nak buat macamana lagi? duit dah bagi...takkan kata tak boleh pulak...dari diorg tak bayar, baik aku kata..."ok lah"...lepas2 tu tiap2 bulan pulak la aku nak kena menagih hutang macam bai jual carpet kat kampung2...bezanya cuma bai2 ni semua pegi terus dari rumah ke rumah...bezanya dengan aku pulak ialah aku sms je dari hp ke hp...kalau sebulan, 2 bulan asyik mintak tangguh je takpe...ni dah nak dekat setahun dah...kalau aku ni along, dah lama aku berenti keja...makan bunga pun dah kaya hasil dari pinjaman peribadi yang aku bagi kat diorg...ada tu siap suruh aku ingatkan kat diorg bila time gaji je diorg suruh sms, kononnya nak bayar hutang la tu...bila time gaji diorg, aku pun sms la macam orang bodoh...langsung diorg tak reply...senyap je...bulan depan aku ulang lagi benda bodoh yang sama...dan diorg akan reply benda yang sama jugak...sampai la 7-8 bulan benda2 bodoh tu semua berulang...ada tu siap aku msg kat whatsapp lagi...kat whatsapp kan kita boleh tau dia baca ke tak msg kita...kalau tanda tick dua kali tu maknanya dia dah baca...kalau tick sekali tu maknanya dia dah masuk kat hp org tu, tapi orang tu belum baca...ada mamat dgn minah ni aku siap whatsapp, pastu aku sms kat semua no hp diorg...semua senyap...takde reply...last2 bulan ni aku dah tak boleh tahan...aku bagi kata2 yang agak pedas sikit sebab selama ni aku bagi sms yang baik2 je...aku bagi macam ni:

"salam tuan2 dan puan2 semua...harap2 bulan ni bole la bayar hutang tuan2 dan puan2 semua...harap2 kalau tak dapat bayar pun inform la...jangan la buat senyap je...nanti kalau saya tak halalkan, dengan tuan2 dan puan2 dan dengan saya2 sekali masuk neraka...tolong la bayar yer...saya pun bukanlah kaya sangat...tq"

memang aku cc kat semua orang text aku yang macam tu...bukan apa...aku dah fed up nak taip ayat2 sopan utk setiap orang...last2 aku bagi lump sump je...sapa nak terasa lantak dia la...aku dah tak larat nak jaga hati diorg...member ke, sedara ke, babi ke semua aku bantai sama rata...

yang bestnya...tak lama lepas tu...ada yang reply balik sms aku...ada yang kata "baru balik laut, camana nak bayar" ...pastu ada yang kata no fon aku takde dalam hp ni la...dan macam2 lagi la...dan semalam, berkat kata2 pedas aku tu...berjaya jugak aku dapat RM 200...hehe...pasni akan ada lagi kot sebab ada yang dah janji nak bayar bila dapat bonus nanti...diorg ada jugak bonus...aku ni mana ada bonus...sedeyyyy...!!!

pastu pasal adik sedara aku pulak...yang aku suruh tukar nama keta vios aku tu...ada je alasan dia taknak cakap dengan aku...bila call je mula la cakap kat balai polis tengah buat report la...tengah tarik keta la...paling best semalam la...dia cakap nak masuk meeting...lepas meeting dia call...masa tu pukul 2 petang...dia cakap nak masuk meeting je aku terus letak tipon...dah tau dah tu alasan dia tanak cakap dengan aku...pastu pukul 3 ptg aku sms, "dah abes ke meeting?"...dia reply "blm lagi...jap lagi aku call"...pastu dalam pukul 6 lbh aku sms balik "meeting kau besok pagi ke baru abis?dah macam meeting umno pulak" saja aku letak umno kat situ sebab mak dia orang kuat umno...selalu meeting umno sana sini kat bp tu...terus dia tak reply...sampai malam aku tunggu...sampai tertido2...last2 hampas hampa...dah macam lagu tok mu to'ki pulak...

pagi ni dengan darah muda yang meruap2 dan menyirap2...aku sms dia...4 sms aku hantar sekaligus...antara lain berbunyi macam ni:

"nnt kau tanya la kedai keta tu bila bole tukar nama, aku tengah tunggu ni sebab aku nak kena tukar dulu nama keta tu baru aku bole apply loan lain, kalau dia tak boleh buat biar aku jual kat kedai lain je...aku nak cepat ni...kau cakap la kat dia...takpun bagi no hp kedai tu...aku nak cakap dengan dia...kalau kau senyap je, aku balik bp hari ni jugak..."

masa ni aku boleh tahan lagi...tetiba ntah setan mana dah merasuk pemikiran aku...aku hantar sms berbunyi macam ni pulak:

"kau tunggu aku balik...jangan sampai aku mengamuk...semalam sms aku kau tak balas...hari ni kau jaga"

pastu tak sempat dia reply, aku sms lagi yang ni:

"meeting apa sampai malam tak abis2"

dan diikuti yang ini:

"aku macam orang bodoh tunggu kau sampai malam"

bodoh jugak aku rasa sebab aku tak satukan je sms tu semua dalam satu sms je...dah rugi bape sen di situ...pastu tak lama tu dia call kata loan keta tu semua dah app...pastu lepas budak yang nak beli keta tu sign je nanti terus tukar nama...ambik masa dalam 2-3 hari...haaa...kan senang jawap macam tu...ini, nak jawap call pun selalu lari2...sms tak reply...susah sangat ke nak cakap baik2 macam tu...aku ni bukan kejam sangat...tapi kalau orang lain dah kejam kat aku...aku akan jadi lebih kejam dari diorg...mungkin akulah orang terakhir yang diorg harapkan akan kenal dalam dunia ni...itupun kalau dah memang takde orang lain dalam dunia masa tu...cuma tinggal aku dengan dia je la...tanya la sapa2 yang rapat dengan aku...kalau diorg baik dengan aku, aku lagi baik kat orang tu, kalau org tu jahat kat aku...aku akan jadi jauh lebih jahat dan dahsyat dari org tu...lepas ni aku dah tak boleh nak tolong orang sesuka hati lagi dah...mungkin aku terpaksa cari cara lain untuk mendapatkan pahala selain dari cara meminjamkan duit kat orang atau meminjamkan nama kat orang...mungkin bila org nak mintak pinjam duit nak beli makanan, aku takkan bagi duit kat dia, mungkin aku akan bagi karipap atau kuih talam 2 muka...Nabi pernah ditanya amalan apa yang membolehkan seseorang masuk syurga...lalu Nabi jawap...5 rukun Islam, sesiapa yang mengamalkannya akan masuk kedalam syurga...pastu orang tu bersumpah yang dia takkan buat benda2 lain selain buat 5 rukun Islam tu...pastu Nabi cakap orang tu akan masuk syurga kalau dia buat 5 rukun Islam tu...so...boleh la kot masuk syurga kalau kita tak bagi orang pinjam duit kita...kalau sikit2 takpe la...boleh je aku bagi...kalau dah melibatkan ribu2...dulu boleh la...kalau sekarang...aku sendiri pun dah takde ribu2 tu...

lazer kah aku???


*kepada sesapa yang tak dapat sms dari aku mcm kat atas2 ni kira korang terkecuali la...tak perlu terasa dan susah hati...okiess?? :)

2 comments:

Atirah Tyra said...

perghh..cm bank lak abg ni kn.leh pinjam2 wet lak.tyra pun nk pinjam wet kt abg.bak singgit duaposen nk beli nasik lemak bukit naga.erkkk...

Joe Black said...

singgit doposen dia punya bunga sebulan RM120...2 bulan RM240...3 bulan RM2400...cakap je nak pinjam bape...