Friday, November 25, 2011
Hampa
manusia ni aku memang tak faham betul la...kalau kita cakap baik2...lembut2...semua buat tak tau je...buat kita macam orang bodoh...bila dah kena maki, kena caci kena kutuk sampai tahap nak putus sedara, baru lah diorg bukak mata...ni citer pasal semalam dengan hari ni...aku dah panas sangat kat penghutang2 aku...kalau aku banyak duit takpe...sejak akhir2 ni masalah kewangan begitu membelenggu akal dan fikiran aku...macam2 yang berlaku tak seperti yang aku rancang...dan semuanya berpunca dari anasir2 luar dan bukannya salah aku 100%...dulu aku memang tak pernah kisah sangat pun kalau orang nak bayar ke tak hutang diorg kat aku...bukan aku nak bongkak...kalau setakat RM100, RM200 aku tak kisah sangat...tapi ni dah mencecah ribuan ringgit...aku tak tau lah aku dapat pahala ke tak kalau dah tahap mengungkit macam ni tapi aku nak citer jugak...bukan nak citer pasal aku ni baik bagi orang pinjam duit ke apa...aku nak citer pasal sikap manusia2 ni...ingatkan dah takde maruah orang2 macam ni, rupanya masih ada lagi...diorg masih cuba nak menjaga maruah diorg...bila kita jentik sikit, diorg akan mudah melenting atau melatah...tapi kalau kita belai2...kita ni diorg memang tak pandang sangat...bila nak sesuatu dari kita mulut manis macam madu asli dari mesir...time kita pulak nak mintak balik hutang, kita pulak terhegeh2...macam kita pulak nak mintak pinjam kat diorg...
masa mintak tu kalau boleh masa tu jugak nak suruh bank in...dan nak dalam jumlah yang full...kalau nak RM1k, RM 1k jugak la nak masa tu jugak...lepas dah dapat duit, atau bila dah tiba masa nak bayar, akan menyusul pulak sms dari diorg "aku tak dapat bayar full la...aku bayar segini je dulu ek?"...abih nak buat macamana lagi? duit dah bagi...takkan kata tak boleh pulak...dari diorg tak bayar, baik aku kata..."ok lah"...lepas2 tu tiap2 bulan pulak la aku nak kena menagih hutang macam bai jual carpet kat kampung2...bezanya cuma bai2 ni semua pegi terus dari rumah ke rumah...bezanya dengan aku pulak ialah aku sms je dari hp ke hp...kalau sebulan, 2 bulan asyik mintak tangguh je takpe...ni dah nak dekat setahun dah...kalau aku ni along, dah lama aku berenti keja...makan bunga pun dah kaya hasil dari pinjaman peribadi yang aku bagi kat diorg...ada tu siap suruh aku ingatkan kat diorg bila time gaji je diorg suruh sms, kononnya nak bayar hutang la tu...bila time gaji diorg, aku pun sms la macam orang bodoh...langsung diorg tak reply...senyap je...bulan depan aku ulang lagi benda bodoh yang sama...dan diorg akan reply benda yang sama jugak...sampai la 7-8 bulan benda2 bodoh tu semua berulang...ada tu siap aku msg kat whatsapp lagi...kat whatsapp kan kita boleh tau dia baca ke tak msg kita...kalau tanda tick dua kali tu maknanya dia dah baca...kalau tick sekali tu maknanya dia dah masuk kat hp org tu, tapi orang tu belum baca...ada mamat dgn minah ni aku siap whatsapp, pastu aku sms kat semua no hp diorg...semua senyap...takde reply...last2 bulan ni aku dah tak boleh tahan...aku bagi kata2 yang agak pedas sikit sebab selama ni aku bagi sms yang baik2 je...aku bagi macam ni:
"salam tuan2 dan puan2 semua...harap2 bulan ni bole la bayar hutang tuan2 dan puan2 semua...harap2 kalau tak dapat bayar pun inform la...jangan la buat senyap je...nanti kalau saya tak halalkan, dengan tuan2 dan puan2 dan dengan saya2 sekali masuk neraka...tolong la bayar yer...saya pun bukanlah kaya sangat...tq"
memang aku cc kat semua orang text aku yang macam tu...bukan apa...aku dah fed up nak taip ayat2 sopan utk setiap orang...last2 aku bagi lump sump je...sapa nak terasa lantak dia la...aku dah tak larat nak jaga hati diorg...member ke, sedara ke, babi ke semua aku bantai sama rata...
yang bestnya...tak lama lepas tu...ada yang reply balik sms aku...ada yang kata "baru balik laut, camana nak bayar" ...pastu ada yang kata no fon aku takde dalam hp ni la...dan macam2 lagi la...dan semalam, berkat kata2 pedas aku tu...berjaya jugak aku dapat RM 200...hehe...pasni akan ada lagi kot sebab ada yang dah janji nak bayar bila dapat bonus nanti...diorg ada jugak bonus...aku ni mana ada bonus...sedeyyyy...!!!
pastu pasal adik sedara aku pulak...yang aku suruh tukar nama keta vios aku tu...ada je alasan dia taknak cakap dengan aku...bila call je mula la cakap kat balai polis tengah buat report la...tengah tarik keta la...paling best semalam la...dia cakap nak masuk meeting...lepas meeting dia call...masa tu pukul 2 petang...dia cakap nak masuk meeting je aku terus letak tipon...dah tau dah tu alasan dia tanak cakap dengan aku...pastu pukul 3 ptg aku sms, "dah abes ke meeting?"...dia reply "blm lagi...jap lagi aku call"...pastu dalam pukul 6 lbh aku sms balik "meeting kau besok pagi ke baru abis?dah macam meeting umno pulak" saja aku letak umno kat situ sebab mak dia orang kuat umno...selalu meeting umno sana sini kat bp tu...terus dia tak reply...sampai malam aku tunggu...sampai tertido2...last2 hampas hampa...dah macam lagu tok mu to'ki pulak...
pagi ni dengan darah muda yang meruap2 dan menyirap2...aku sms dia...4 sms aku hantar sekaligus...antara lain berbunyi macam ni:
"nnt kau tanya la kedai keta tu bila bole tukar nama, aku tengah tunggu ni sebab aku nak kena tukar dulu nama keta tu baru aku bole apply loan lain, kalau dia tak boleh buat biar aku jual kat kedai lain je...aku nak cepat ni...kau cakap la kat dia...takpun bagi no hp kedai tu...aku nak cakap dengan dia...kalau kau senyap je, aku balik bp hari ni jugak..."
masa ni aku boleh tahan lagi...tetiba ntah setan mana dah merasuk pemikiran aku...aku hantar sms berbunyi macam ni pulak:
"kau tunggu aku balik...jangan sampai aku mengamuk...semalam sms aku kau tak balas...hari ni kau jaga"
pastu tak sempat dia reply, aku sms lagi yang ni:
"meeting apa sampai malam tak abis2"
dan diikuti yang ini:
"aku macam orang bodoh tunggu kau sampai malam"
bodoh jugak aku rasa sebab aku tak satukan je sms tu semua dalam satu sms je...dah rugi bape sen di situ...pastu tak lama tu dia call kata loan keta tu semua dah app...pastu lepas budak yang nak beli keta tu sign je nanti terus tukar nama...ambik masa dalam 2-3 hari...haaa...kan senang jawap macam tu...ini, nak jawap call pun selalu lari2...sms tak reply...susah sangat ke nak cakap baik2 macam tu...aku ni bukan kejam sangat...tapi kalau orang lain dah kejam kat aku...aku akan jadi lebih kejam dari diorg...mungkin akulah orang terakhir yang diorg harapkan akan kenal dalam dunia ni...itupun kalau dah memang takde orang lain dalam dunia masa tu...cuma tinggal aku dengan dia je la...tanya la sapa2 yang rapat dengan aku...kalau diorg baik dengan aku, aku lagi baik kat orang tu, kalau org tu jahat kat aku...aku akan jadi jauh lebih jahat dan dahsyat dari org tu...lepas ni aku dah tak boleh nak tolong orang sesuka hati lagi dah...mungkin aku terpaksa cari cara lain untuk mendapatkan pahala selain dari cara meminjamkan duit kat orang atau meminjamkan nama kat orang...mungkin bila org nak mintak pinjam duit nak beli makanan, aku takkan bagi duit kat dia, mungkin aku akan bagi karipap atau kuih talam 2 muka...Nabi pernah ditanya amalan apa yang membolehkan seseorang masuk syurga...lalu Nabi jawap...5 rukun Islam, sesiapa yang mengamalkannya akan masuk kedalam syurga...pastu orang tu bersumpah yang dia takkan buat benda2 lain selain buat 5 rukun Islam tu...pastu Nabi cakap orang tu akan masuk syurga kalau dia buat 5 rukun Islam tu...so...boleh la kot masuk syurga kalau kita tak bagi orang pinjam duit kita...kalau sikit2 takpe la...boleh je aku bagi...kalau dah melibatkan ribu2...dulu boleh la...kalau sekarang...aku sendiri pun dah takde ribu2 tu...
lazer kah aku???
*kepada sesapa yang tak dapat sms dari aku mcm kat atas2 ni kira korang terkecuali la...tak perlu terasa dan susah hati...okiess?? :)
Wednesday, November 23, 2011
Ramayana
tak abes2 citer pasal bola malaysia lawan indonesia...macam buat rumah tak abes...rumah dah siap tapi pahat berbunyi...tak abes2 jugak pasal kutuk mengutuk dan hina menghina...yang menang kutuk yang kalah...dengan alasan yang kalah dah hina macam2 sebelum lawan...ada pulak yang keluarkan statement macam ni:
pada aku semuanya bodoh...semuanya nak cari gaduh...semuanya tak tau latar belakang...semuanya tak usul periksa...semuanya terhasut dengan hasutan2 jahat yang mempunyai agenda sendiri...aku pun tak pasti kenapa orang indonesia benci sangat kat orang malaysia...dan sebaliknya...dan aku rasa tak semua orang yang macam tu...sampai bakar bendera dan sebagainya...orang malaysia yang cepat melatah pun suka pulak balas kutukan cacian dan makian dari orang2 indonesia dengan benda2 yang sama...kemuncak atau climaxnya apa?perang?orang indonesia bunuh semua orang malaysia?orang malaysia bunuh semua orang malaysia?kenapa diorg tak nak fikir benda yang lebih besar dari tu?kenapa orang Islam kedua2 negara tak nak fikir sesuatu yang lebih besar dari itu semua?kenapa diorg taknak fikir pasal kiamat?pasal dajjal yang dah nak muncul?pasal nak memajukan ekonomi diri sendiri?kenapa masih ramai yang suka nak berperang dan berpecah belah?senang je jawapannya...sebabnya dalam diri diorg dah tak ada iman...dah tak percaya pada Tuhan...dan aku rasa kalau selidik dalam2...mestilah diorg tu kalau yang Islamnya tak mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna...apa lagi yang kafir...memang diorg takkan pernah faham dengan istilah perdamaian, bertolak ansur dan memaafkan...
kadang2 terfikir jugak aku ke atas nasib kawan2 aku yang berkawen dengan orang Indonesia...macamana penerimaan diorg masa tengok bola semalam?agaknya laki bini tak bertegur sapa?macamana pulak keadaan diorg masa konfrontasi malaysia indonesia? bak kata Melly Goeslow..."ku harus bagaimana?" dalam lagu "Gantung" ...
aku pernah lalui saat2 getir macam tu...masa tu heboh indonesia nak sapu abes orang malaysia yang berada kat indonesia...masa tu aku ada kat Batam...kecoh kat jakarta, diorg bakar bendera malaysia kat kedutaan malaysia...takut jugak masa tu sebab kat berita tv indonesia semua cerita pasal benda tu...kesnya pasal polis malaysia pukul pesilat indonesia masa sukan sea ke apa ntah...aku dah lupa...ntah macamana, malam tu aku dengar citer la...Pak Lah sempat call SBY...mintak maaf pasal kes tu...pastu rakyat indonesia masih tak puas hati...diorg nak Pak Lah mohon maaf secara terbuka...tapi last2 SBY setelkan benda tu...tapi aku perasan satu je...walaupun masa tu kat jakarta macam dah nak perang, tapi kat batam relax je...macam takde benda yang berlaku...kat tempat kerja pun sama...diorg masih hormat aku sebagai rakyat dari negara jiran...kat hotel pun sama...takde benda pun yang berubah...supir aku pun suruh relax je...tak yah takut apa2...cuma boss aku je takut lebih sikit...tak bagi aku kuar mana2...gi keja pastu balik hotel je...makan pun kat hotel je...best jugak masa tu...dapat makan makanan kat hotel...tapi pada masa yang sama tak best sangat sebab aku tak dapat makan nasik padang kegemaran aku kat restoran Bundo Kanduang...takde pulak pic restoran tu...Bundo kanduang ni (dalam bahasa melayu maksudnya Bonda Kandung) terletak berhadapan dengan Novotel Hotel...tempat tinggal aku selama 5 bulan masa projek aku kat Batam tahun 2007 dulu...
ni lobby dia...tempat aku lepak tiap2 malam borak2 dgn cewe2 yang kerja kat hotel tu...
Novotel Batam, Sei Jodoh....
sebelum tu, kalau tak silap aku dalam tahun 2002 kot...aku pernah jugak kerja kat Chilegon, kat Pulau Jawa...tak lama...3 bulan je...siap je projek aku yang fasa pertama, aku terus balik malaysia...tanak teruskan fasa yang berikutnya...masa tu kangen banget ama malaysia...masa tu first time aku pegi indonesia...turun 5 kg berat aku sebab makanan kat sana belum cocok dengan selera aku...lagipun masa tu aku sibuk...asik kerja je...sampai gastrik...bila dah gastrik tu la rasa nak muntah je...tengok makanan pun loya...kembang2 tekak aku tengok belut goreng...ada sekali tu contractor aku invite gi dinner lepas projek siap...masa tu ada lauk ayam panggang...tapi yang buat aku kembang tekak tu sebab kepala ayam tu pun masih ada lagi diorg hidangkan sekali...pastu ada pulak ikan kaloi bakar...teringat pulak aku kat ikan kaloi aku kat dalam aquarium kat rumah aku kat kampung...huhu...dan first time jugak aku drive keta jalan2 disekitar Jakarta...pegi sea world kat Anchol Timur...drive sejam setengah dari Cilegon...
dah agak lama tak pegi pasaraya Ramayana kat Cilegon ni...
Seaworld, Ancol Timur
tapi bukan nak puji...cewe2 indonesia ni memang ramai yang cun...kalau dalam 10 org tu...11 yang cun...kalau kat malaysia, dalam 10 org tu, ada la 2 je yang cun..."cewe indonesia cantik2 ya pak ya?" aku tanya andi...supir aku masa lepas turun dari flight nak balik ke penginapan aku..."yang cantik, cantik...yang jelek, jelek pak.." kata andi...maksudnya kalau yang cantik tu memang cantik...kalau tak cantik, tak cantik jugak la...tapi rata2 kalau kat jakarta tu semuanya cantik2...tak hairan la ramai orang malaysia yang suka pegi ke indonesia...kat sana senang...korang tak yah cari diorg...diorg yang akan call bilik kita...ada la tu kaki yang jual no bilik kita kat cewe2 ni...
so itu lah dia...senario dia...kalau orang indonesia yang tak pernah ke malaysia, mesti tak suka orang malaysia...kalau orang malaysia yang tak pernah hidup dalam komuniti masyarakat di indonesia, mesti tak suka dengan orang2 indonesia...sebenarnya mana2 kita pegi ni manusia dia semuanya sama je...yang baik tetap baik...yang jahat tetap jahat tak kira di indonesia atau di malaysia dan itu hanyalah segelintir sahaja berbanding berjuta rakyat indonesia dan malaysia...
boleh dikatakan semuanya orang yang baik2 saja masa aku berada di indonesia...selalu menghulurkan pertolongan diwaktu aku susah, samada yang beragama Islam atau kristian...semuanya baik2 belaka...malah tak keterlaluan kalau aku katakan sikap diorg jauh lebih baik dari sikap sesetengah orang malaysia sendiri...
*kepada kekasihku...jom kita gi bali sayang...pastu gi bandung...erk...
Friday, November 18, 2011
Google kat BB dia...
atas permintaan ayu...aku upload la jugak pic keta tersebut...erk... |
Rahsia
aku rasa dah takde rahsia lagi agaknya...semua orang pun dah tau...kat entry yang lepas pun aku ada bagi hint sikit2...pasal keta sebenarnya...sehari sebelum aku gi laut, hari jumaat lepas la kot, aku amik keta baru (bukan baru la...keta second hand)...dan bukan amik sangat pun sebab adik sedara aku yang hantar ke sini...keta tu., kia carens tu keta adik sedara aku...tapi dia pakai nama aku sebab dia tak layak nak buat loan keta...sebab kan dia tu sedara sendiri, so aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku rasanya menolong orang yang memerlukan bantuan...bukankah membantu orang yang susah itu sangat dituntut dalam Islam? atas dasar itu lah aku nak tolong dia...dan memang dari awal2 lagi aku memang dah bertekad dan bersedia, kalau jadi apa2 tu semuanya adalah dugaan dan ujian terhadap aku sebab sebagai manusia biasa, aku memang tak tau apa yang akan berlaku dikemudian hari...
bermula tahun 2010, benda yang aku paling takut sekali akhirnya terjadi jugak...adik sedara aku ni tak bayar keta tu sampai 5 bulan sangkut...masa tu baru bank call kata tak bayar sampai 5 bulan...sebelum tu ada jugak la dia tak bayar paling lama pun sampai 3 bulan...pastu masa tu bank dah nak hantar surat lawyer...pastu aku slow talk kat dia, kalau tak mampu nak bayar, aku nak amik keta tu...masa tu aku memang dah ada vios tu...tapi aku rasa aku mampu lagi nak bayar sebuah keta lagi...tapi masa tu mati2 dia taknak bagi keta tu kat aku...last2 ntah camana dia dapat la bayar balik mana yang dia sangkut tu...aku memang tak tau pape pasal bank hantar surat warning ke apa sebab semua alamat surat menyurat semua kat rumah dia...kalau court hantar surat pun aku tak tau sebab dia buat senyap je...
CCRIS
sampai la awal tahun ni, kali ni yang paling parah sekali...bank call...takde warning2 lagi...dia bagi tempoh seminggu je untuk bayar, kalau tak bank nak isytiharkan muflis kat aku...dah la court pun aku tak penah pegi, bila2 masa sebenarnya aku boleh kena penjara...masa tu surat saman dah keluar...dalam dunia perbankan ni, kalau surat saman sebab tak bayar loan ni dah keluar, dia akan masuk ke CCRIS...ccris ni bank negara punya macam aktiviti jual beli. loan, kredit card, payment semua yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan duit semuanya bank2 ni akan report ke bank negara melalui CCRIS ni...so kalau nama dah black list kat CCRIS, semua bank atau sapa pun agensi kewangan yang berminat nak bagi kita loan akan tau sejarah hitam yang melibatkan wang dalam hidup kita...CTOS ni pulak ialah satu badan swasta yang merekodkan benda yang lebih kurang sama jugak dengan CCRIS ni cuma CTOS ni swasta punya...sebenarnya nama aku dah black list sejak tahun 2007 kot...keta ni pakai ambank...ambank ni senang nak dapat loan keta...tapi masuk 3 bulan je tak bayar, dia akan terus black list walaupun lambat sehari....tak macam affin bank...bole citer sikit...dulu memang teruk la aku ni...affin bank keta perdana yang aku jual kat abg aku pun sangkut jugak tak bayar sampai 4 bulan...masa tu rasa macam nak putus asa pun ada...last2 aku biarkan semuanya berlalu ikut dia punya flow...aku buat tak layan je semua2 tu...bila bank call, aku sms diorg suruh bayar...tiap2 bulan benda tu berlarutan macam tu...last2 awal tahun ni keta perdana abg aku tu accident...total lost...bayar abes semua hutang dia...setel satu prob...
Relax
pastu aku biar je lagi adik sedara aku ni terus membusukkan nama aku dan menjahamkan hidup aku ni...nak gaduh pun tak guna...paling kuat boleh putus sedara dan tak masuk syurga je...sampai aku sound kat ambank tu "awak hantar la gangster dari tempat lain sebab dia sendiri pun call man kat batu pahat tu"...masa orang ambank tu ugut nak tarik keta tu...dah bertahun diorg tak berjaya nak tarik keta tu sebab adik sedara aku ni pun sebenarnya salah seorang penarik keta kat BP tu...so mesti dia dah kawtim dengan budak2 tarik keta kat BP tu...last2 gangster dari JB call aku...dia kata dia dah jumpa keta tu dan nak tarik...dia mintak no fon adik sedara aku...masa tu aku memang dah panas...aku bagi je la no fon dia...biar diorg setel sendiri...aku malas nak campur...last2 dia kena bayar RM 3k sebab kena tarik keta tu...
pastu tak lama pastu lama jugak la ambank tak call aku...pelik benar rasanya...takkan bayar dah cantik...tak puas hati punya pasal, aku siap pegi ambank, tanya bila last ada orang bayar keta tu...memang sejak 3-4 bulan tu baayr memang tak pernah miss...pastu aku dah suspect lain...sebab masa aku balik raya baru ni, adik sedara aku tu dah pakai vios...pastu dia kata keta kia ni dia pakai jugak...tengah repair...pastu aku tak puas hati...aku relax je dulu....
sampai la baru ni...aku nak beli keta lain, loan aku masih reject lagi...adik sedara aku ni kata dia bole tolong...3 minggu jugaklah aku tunggu macam orang bongok...konon2nya bank tengah proses la...apa la...bila aku tanya tokey kedai keta tu (tu pun lepas kekasih aku paksa aku call...sebenarnya kekasih aku ni yang banyak menyedarkan aku...aku amat berterima kasih pada kekasih aku tu...kalau dia takde mesti aku masih ditakuk lama...sentiasa dipergunakan dan dibuli oleh ahli keluarga dan teman2 rapat aku...iskk...), apek tu cakap siang2 lagi loan aku dah kena rejek...yang adik sedara (aku suruh adik sedara yang tu jugak tolong buatkan loan tu sebab manager bank tu kononnya member dia...lan***!!!) dia ni pulak bila aku call, tiap2 hari dia kata cable dia tengah clearkan nama la...apa la...last2 terdorong oleh rasa kena tipu tu, aku mengamuk...aku call mak aku dengan kakak aku...nak suruh diorg siasat dan tanya mak adik sedara aku tu keta kia tu sapa pakai...pastu kakak aku bagitau, mak adik sedara ku kata dia dah lama jual keta tu....masa tu la darah muda aku menyirap2...adik sedara aku ni jenis, kalau ko nak marah kat dia, ko jadi tak sampai hati nak marah...last2 ko pendam je perasaan tu...aku dah lama perasan dah...dia ni selalu tipu kat belaakng ko...dan ko ada bukti, tapi ko tak sampai hati nak kantoikan...apa ilmu dia pakai pun aku tak tau...pastu dia ni kalau ko cakap kasar maki hamun macamana pun dia ni tak reti nak panas...tak reti nak marah ke atau apa...dia senyap je pastu bila kita marah tu barulah dia betulkan kesilapan dia...pastu nanti dia buat lagi...
Doa
lepas aku dengar mak dia cakap macam tu je...aku terus call dia...tengking2 dia sampai aku rasa jiran2 sebelah rumah aku ni pun dengar...aku membebel kat dia aku nak buat loan nak beli rumah pun tak bole...nak beli keta lain pun tak bole...semua kalau nak berhutang kena pakai kad kredit...rugi pakai kad kredit ni kalau nak berhutang sebenarnya sebab interest dia tinggi...pastu aku siap cakap "mak ko cakap ko dah jual keta ni...macamana ko bole cakap ko tengah repair keta ni?ko yg tipu ke mak ko yang tipu ni?ko jual kat sapa?kalau ko nak jual, aku tak marah...tapi nama tu kena la tukar dulu...kan aku dah cakap dulu kalau tak nak pakai keta ni bagi kat aku...aku tau lagi 3 hari keta tu dah ada kat rumah (rumah mak aku kat BP)...raya haji ni aku tau keta tu dah ada...ko amik vios ni...ko pegi jual...berapa dapat duitnya ko amik...tolak dulu 3 bulan yang sangkut tu"..."ok"...jawap dia ringkas...pastu dia delay lagi lepas2 raya haji tu...cuma baru minggu lepas je dia bagi keta ni kat aku...dalam keadaan yang menyedihkan...bila tekan minyak je dia sangkut2...masa tu malam dia hantar keta tu...esoknya aku kena gi laut...aku cuma berdoa keta tu ok...boleh bawak aku sampai air port jadilah...alhamdulillah...sampai jugak aku kat air port tanpa masalah...
balik dari laut hari selasa lepas la, turun dari chopper je aku terus gi opis, print report, pastu courier ke GM aku kat miri...pastu aku terus gi rumah sewa lama aku kat paka...sebelum aku nak gi laut hari tu Dj ada sms aku suruh amik barang2 aku sebab dia nak pindah rumah...sebelum tu pun makcik tuan rumah tu ada call aku bagitau benda yang sama...so aku gi la rumah tu...amik mesin basuh, tv dengan cabinet dia, baju2...tilam bantal ampai baju...kertas2 apa ntah, pancing, dan banyak lagi benda2 yang lain yang aku tak sempat nak amik sebelum tu...sebab tu la aku cakap aku memang nak keta ni...sebab nak bawak benda2 ni semua la...kalau vios camana aku nak bawak mesin basuh tu...lagipun nanti kalau dah kawen senang...tak yah nak beli mpv lagi...semua dah standby je...hehe!!
E-bay
E-bay
pastu sampai rumah je dalam pukul 3 petang masa tu, terus bawk turun semua barang2 dari paka tu...pastu aku terus gi ke Kia Center...siap suruh kekasih aku google kat bb dia...sampai2 je kat Kia center tu, diorg terus scan...bagus jugak teknologi kia ni...dia macam merc jugak...semua pakai PLC...pakai computer...cucuk je hand held dia tu, nanti semua yang tak kena kat keta tu kuar kat situ...servis tu RM50 boh, tu baru cek je...belum repair lagi...takde yang free dalam dunia ni...hari tu aku kena RM468 semua sekali...esoknya pegi pasang tinted, pasang alarm baru dengan pasang hon...abis RM 320 kat situ...pastu sebelum tu repair lampu...kena RM 75...tu pun ada sikit leaking kat enjin dengan wiper belaakng tak hidup...enjin leaking aku tanya dalam RM 100 lebih...pastu wiper belakang tu motor dia rosak...aku tanya kat kedai RM 700...tu pun kena order...kat ebay £19.90...x 5 baru dalam RM 100...tapi takut kena tipu pulak kalau beli kat ebay ni...takpe...hold dulu...pastu sound system nak kena pasang balik...aku bukak dari keta vios tu...RM4k aku abes wat sound system tu...tak larat dah nak beli yang baru...sebab tu aku bukak abes dari vios tu...tinggal 2 bijik twitter kat pintu...saja tak bukak sebab kalau aku bukak kang nanti berlobang pulak panel pintu tu...takpe la...yang tu beli lain la...
banyak lagi nak kena buat...tayar nak kena aligment, balancing...adjust camber...nak kena tukar yang depan tu bunga dia dah haus...pastu nak kena cat balik sebab banyak kesan kemek dan calar...owner dia tak jaga keta...sedih tengok...dulu cantik je keta tu masa adik sedara aku tu pakai...
so tu la citer dia...tira selalu cakap macam orang tua pakai keta tu...tapi bukan aku nak pakai sangat pun keta tu...kalau aku ada duit aku tak pakai keta tu...exora pun aku tanak pakai sebab tu pun macam orang tua jugak...erk...kalau aku tak blacklist, mesti la aku dah pakai wish atau harrier atau nissan morano kalau dalam kelas mpv atau suv...dan kalau dalam kelas kereta pulak...mestilah aku dah pakai merc atau bmw walaupun kekasih aku suka caldina dan evo X...takpelah...aku nak clearkan nama aku dulu...sebab ambank tu dah pesan, kalau bayar cantik dalam masa sekurang2nya 3 bulan, nanti diorg akan keluarkan surat recommendation utk buat loan kat tempat lain...tapi surat saman dari mahkamah memang diorg tak leh tarik balik selagi tak abes bayar semua loan tu...
Terima
aku berterima kasih pada toyota capital sebab bagi aku buat loan beli keta vios tu dulu walaupun dalam keadaan aku yang black list...dalam malaysia ni, ada 2 company je bole bagi loan kalau black list keta...toyota capital dengan perodua...yang lain2 tu korang tak yah la pegi...tapi korang bole try MBSB atau AEON credit...tapi interest tinggi sikit la...
aku terima dan redha dengan ketentuan Tuhan...semuanya pasti ada hikmahNya...mudah2an aku lulus dalam ujian Tuhan kali ini...aminnnnnn...
*kepada kekasihku...jom jalan2 gi cameron naik kia...erk...
banyak lagi nak kena buat...tayar nak kena aligment, balancing...adjust camber...nak kena tukar yang depan tu bunga dia dah haus...pastu nak kena cat balik sebab banyak kesan kemek dan calar...owner dia tak jaga keta...sedih tengok...dulu cantik je keta tu masa adik sedara aku tu pakai...
so tu la citer dia...tira selalu cakap macam orang tua pakai keta tu...tapi bukan aku nak pakai sangat pun keta tu...kalau aku ada duit aku tak pakai keta tu...exora pun aku tanak pakai sebab tu pun macam orang tua jugak...erk...kalau aku tak blacklist, mesti la aku dah pakai wish atau harrier atau nissan morano kalau dalam kelas mpv atau suv...dan kalau dalam kelas kereta pulak...mestilah aku dah pakai merc atau bmw walaupun kekasih aku suka caldina dan evo X...takpelah...aku nak clearkan nama aku dulu...sebab ambank tu dah pesan, kalau bayar cantik dalam masa sekurang2nya 3 bulan, nanti diorg akan keluarkan surat recommendation utk buat loan kat tempat lain...tapi surat saman dari mahkamah memang diorg tak leh tarik balik selagi tak abes bayar semua loan tu...
Terima
aku berterima kasih pada toyota capital sebab bagi aku buat loan beli keta vios tu dulu walaupun dalam keadaan aku yang black list...dalam malaysia ni, ada 2 company je bole bagi loan kalau black list keta...toyota capital dengan perodua...yang lain2 tu korang tak yah la pegi...tapi korang bole try MBSB atau AEON credit...tapi interest tinggi sikit la...
aku terima dan redha dengan ketentuan Tuhan...semuanya pasti ada hikmahNya...mudah2an aku lulus dalam ujian Tuhan kali ini...aminnnnnn...
*kepada kekasihku...jom jalan2 gi cameron naik kia...erk...
Friday, November 11, 2011
11.11.11
akhirnya dapat jugak aku berada kat daratan ni pada hari yang bersejarah ini..11.11.11...tak kan ada lagi tarikh yang macam ni...suasana yang macam hari ni pada masa2 akan datang...dan pada diri aku pulak...banyak sangat benda yang berlaku secara mendadak dan menggemparkan yang nak taknak kena jugak aku harungi dengan sepenuh kekuatan yang masih tersisa...
walaupun aku dapat berada didaratan pada hari ni...tapi insyaAllah...esok aku akan berada dilautan semula...pastu kejap2 lagi ni nanti akan ada suatu peristiwa menyedihkan yang akan berlaku tanpa sepenuh kerelaan aku...tapi terpaksa aku buat jugak...tentu ada hikmah disebalik peristiwa itu nanti...
pastu tak lama lepas aku balik dari laut minggu depan, insyaAllah (aminnn) akan ada lagi satu lagi peristiwa yang menjadi titik tolak perubahan dalam hidup aku...semoga segalanya diberkati dan mendapat rahmat dari Allah SWT...
aku rasa macam nak tulis lagi tapi aku rasa mengantuk..nak tido...saja je tanak lepaskan untuk menulis sesuatu pada hari yang bersejarah ini...
sekian...
*kpd kekasihku...kita sabar je la banyak2...when you love someone...try to let it go...sob3...Allah akan mengurniakan pahala yang tanpa dihisab kepada orang2 yang sabar...sob3 :'((
Sunday, November 6, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432 H
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 H
semua orang tengah berada dengan ahli keluarga masing2 sekarang ni agaknya selain yang keja kat laut...dan selain yang taknak balik kampung...ramai orang yang tengah makan sup gear box agaknya sekarang ni kalau ikut mie punya status...dalam ramai2 tu ada sorang dua (termasuk aku...erk...) yang jauh dari segala2nya...jauh dari sanak saudara...adik beradik...ibu bapa...jiran2 (jiran aku balik kampung beraya...iskk) jauh dari sup gear box...apa lagi nak cari nasi putih kat kedai2 makan malam2 buta ni....tak banyak kedai yang bukak selain kedai mamak dan kedai cina...bukan sekali makan kfc masa raya haji...bukan sekali jugak bersarapan pagi dengan mekdi di pagi hari raya aidil adha yang mulia ini...tapi aku dikira agak bernasib baik...masih dapat menikmati sate, pulut kuning, lemang, nasik himpit, rendang ayam dan sambal kacang dipagi raya...aku dikira bernasib baik bila dapat menikmati juadah nasik beryani, kari kambing, rendang rusa, burung puyuh goreng berempah, udang harimau goreng sambal dan ikan siakap masak pedas diwaktu tengahari...cuma aku agak terkilan bila baca status mie kat facebook tadi...aku dapat makan macam2 di hari raya aidil adha kali ni kecuali sup...sup daging lembu fresh...sup daging yang terdiri dari tulang dan gear box...sup ekor...sup kaki yang Ji je terer masak...Ji ni kakak aku yang no 2...nama glamer dia uji...tapi aku panggil Ji je...yer...aku nak sup...aku perlukan sup di aidil adha yang mulia ini...dah agak lama tak makan sup daging fresh...hmmm...
1 hb Nov yang lepas genaplah 4 tahun aku kerja kat company ni...dan termaterinya perjanjian sebagai salah seorang pekerja luar pantai...dan selama 4 tahun itu juga lah aku tak dapat lagi menikmati hari raya aidil adha bersama keluarga tersayang...namun begitu...suasana beraya di laut tak lah sesedih yang disangkakan...pagi2 masih dapat menunaikan sembahyang hari raya bersama2 teman seperjuangan...yang sama3 tak dapat beraya bersama keluarga dan orang tersayang...Ustaz didatangkan khas ke platform bagi memenuhi tanggungjawab kepada agama...mendirikan sembahyang solat sunat aidil adha...menyampaikan khutbah...dan lepas tu sama2 pula menjamah juadah hari raya...dah menjadi lumrah di platform...di hari raya akan diadakan permainan bagi mengubat kesedihan beraya di tengah lautan...biasanya pada hari raya akan diberikan kelonggaran dari membuat kerja selama separuh hari...
tapi aku taknak mengeluh banyak sangat...dah ni rezeki yang Tuhan bagi kat aku...dan dah memang ini kerja yang aku mintak dulu...kita kena redha...malah harus bersyukur...tak semua orang berpeluang mendapat kurniaan nikmat yang macam aku dapat sekarang ni...selalu aku berpesan pada diri aku sendiri..."kalau kerja aku ni teruk, ada lagi orang lain dalam dunia ni yang lebih teruk dari aku"...kalau kita mengeluh maknanya kita tak redha dengan apa yang Tuhan dah bagi kat kita...dan kalau kita terus-terusan macam tu nanti Tuhan tarik balik kurniaan tu dari kita...
ok lah...pening kepala sebab makan kambing siang tadi tak hilang lagi...nak stop kat sini lah...nak berehat...tengok CSI Miami...
*kepada kekasihku...tengah makan sup tulang ke tu?erk...
Tuesday, November 1, 2011
Cinta Elysa
1.11.11
Telekom
Tak Faham
agak best jugak tarikh hari ni...susah nak dapat macam ni...tapi aku rasa kalau tarikh 11.11.11 lagi best kot...10 hari je lagi...kat mana ntah aku masa tu...ntah2 kat laut...patutnya hari ni aku kena gi laut ni...nama pun dah kuar kat manifest chopper...tapi Allah maknbulkan doa aku...nama aku cancel naik laut hari ni...ganti orang lain sebab ada keja urgent untuk orang tu kat laut...lagipun sebenarnya kren tu tak siap lagi...paling cepat hari jumaat baru siap...so sepatutnya hari khamis ni la aku kena gi laut...dan hari ahad tu balik kedarat...pastu boss aku cakap next location aku kena pegi 10hb pulak...turun darat 6hb...10hb nak kena pegi lagi?matai!!!...
Telekom
kan sebelum ni aku pernah citer ke tak ntah pasal bill streamyx aku yang kat umah lama aku dulu...yang tak bayar sampai 8 bulan tu...pastu aku memang tak bayar la lagi sebab aku tunggu dia bayar full kat aku...pagi tadi lepas subuh aku sms dia mintak dia bayar balance tu...pastu tak lama tu dia bank in balance tu...pastu tadi aku baru je balik dari telekom tu...aku mintak telekom tu print bill...terkejut aku sebab walaupun dah kena block...tapi telekom tetap cas RM 110 kat dalam bill tu...pastu aku macam nak mengamuk la...yer la sebab kan dah kena block...takkan la nak kena cas lagi...lagipun kalau ikut logik akal ataupun atas dasar Islam, kan tak elok menganiaya orang lain yang dalam kesusahan...dah la kena block...pastu kau cas lagi kat org tu atas sesuatu yang orang tu tak boleh guna...adil ke macam tu?pastu aku tanya kakak tu..."kalau dah kena blok pun dia cas jugak ke kak?kan dah tak bole guna lagi?"...pastu akak tu jawap "selagi customer tak buat permohonan untuk potong, kita tak akan potong dik sebab selalu kita kena marah sebab potong line tapi customer tak nak potong pun lagi"...nasib baik aku cepat nak potong...kalau aku tangguh, mau tak pasal2 aku kena bayar lagi RM 110 untuk bulan depan...2 hari lepas pun sama...kan aku ada broadband celcom tu...aku bagi kekasih aku pakai...bila dia nak pakai tak boleh...pastu sebelum tu aku memang tak bayar dalam sebulan kot macam tu la...pastu aku tengok kat bill masa aku nak tukar pakej tu, bill tu makin bertambah...dulu masa aku apply kat celcom tu budak tu siap cakap "lepas abg apply ni, kalau abg nak stop pun boleh...tak payah bayar apa2...nanti diorg block sendiri"...tapi dia tak cakap pulak kalau block pun celcom masih cas jugak...semuanya tipu...masa apply tu semuanya boleh je...apa yang tak best semua takde, apa yang best semua ada masa kita tanya...bila dah beli atau dah pakai servis dia baru tau diorg menipu kat mana...kita mana ada masa nak baca terms and conditions dia...lagipun kalau broadband yang jual kat kaki lima kedai tu aku rasa terms and conditions dia pun dia takde bawak...semuanya menipu je nak lariskan jualan...yang lagi best pasal broadband gampang ni, kalau korang tanya "ni ada limit tak pakai ni?"...mesti diorg cakap "ni unlimited ni bang...abang pakai je berapa2 pun...ni memang takde limit"...lepas dapat broadband tu korang pun gasak la download lagu la...bukak youtube la...bila dah dengar 5 lagu, line korang jadi slow...korang ingat signal slow...rupa2nya dah limit...pastu siap hantar msg kat icon broadband tu..."sila topup baki kredit anda" (aku dah siap translatekan dalam bahasa melayu yang lebih kurang macam tu la maksud dia)...tak ke gampang semuanya tu?kekasih aku selalu mengadu kat aku "diorg ni jual dengan cara menipu ni kan nanti jadi darah daging...tak takut ke nanti dapat balasan dari Tuhan"...kalau bagi makan anak bini lagi la teruk...tu yang anak bini jadi tak betul tu...anak jadi bohsia...bohjan...peragut...perogol bersiri dan sebagainya...bini pulak ada skendel sana sini"...nampak macam takde menda je kita cakap macam tu...tapi sedarlah...ianya akan menjadi darah daging kita yang mana ianya akan menjadi bahan bakar api neraka...nauzubillahi minzalik...moral of the story...kalau korang ada pape yang korang langgan...pastu korang dah taknak pakai lagi...lebih baik korang mohon untuk stop atau cancel...sekarang punya cara penipuan diorg ni macam ni la...selagi kita tak suruh potong...selagi tu la diorg akan cas kat kita tiap2 bulan walaupun diorg dah block diorg punya servis...ni semua dajjal punya kerja ni...ni semua benedictine order ni...babi!!!
Tak Faham
sampai sekarang aku masih tak faham sangat sebenarnya...dah 3 kali kejadian ni berlaku...malah aku dah luahkan kebimbangan aku kat diorg2 semua masa bbq kat de rhu beach sedikit masa dulu...malam semalam terjadi lagi....hamster aku...anak dia yang baru je nak besar...umur dalam 3 minggu kot...yang aku tak sempat nak campurkan dengan yang jantan, dah beranak lagi...takkan anak dia yang baru berumur 3 minggu dah bole main dengan mak dia?pelik...memang pelik...kekasih aku cakap mungkin ni baki anak2 dia yang masih belum lahir yang ada dalam perut mak dia...erk...takkan la....erk...ntah la...walau macamana pun aku terima je la kalau betul ini adalah rezeki dari Allah...takde jantan pun boleh beranak....atau anak dia yang baru berusia 3 minggu pun dah boleh main dengan mak dia?pelik...pelik...tapi dah 3 kali kejadian ni berlaku...dan aku rasa tak perlu nak pelik sangat dalam dunia ni...takde yang mustahil dalam dunia ni kecuali sifat2 yang mustahil bagi Allah Taala...
anak2 hamster tersebut...5 ekor kesemuanya
bila kira2 balik...dah banyak rupanya hamster aku...ada la dalam 40 ekor lebih...hari tu bagi kat adik sedara kekasih aku 2 ekor...tak lama lepas tu Tuhan pulangkan balik 7 ekor...kejap je Tuhan nak balas kalau kita buat baik kat orang...errr...ni bukan nak riak sebab nak cakap aku buat baik bagi orang hamster aku...ni nak bagi contoh je kalau kita buat baik kat orang, Allah akan balas kebaikan kita tu berlipat kali ganda banyaknya...so...beramallah seolah2 kita akan mati pada esok hari...
dulu asalnya 2 ekor je hamster2 aku yang jenis siberian ni (sila rujuk entry aku yang lepas2)...lama2 dia membiak jadi banyak...kat dalam ni je ada 11 ekor...kat sangkar2 lain lagi ntah berapa ekor lagi...ni aku pindah kan sementara kat dalam baldi sebab aku tengah housekeeping sangkar diorg...hamster ni kalau dah kenal bau kita, dia takkan gigit kita walau besar mana hamster tu...tapi kalau tak kenal dan tak biasa, yang 2 minggu pun boleh gigit kita...
lepas tu kepelikan aku tak terhenti disitu saja...baru2 ni aku dikejutkan dengan anak hamster aku yang berkaler hitam...tak tau dari mana datang baka dia...tetiba 2 ekor dari 6 ekor anak2 hamster aku yang lagi satu tu berkaler hitam...agaknya baka dari tok nenek sebelah mak tiri dia kot...ntah2 hamster negro kot...erk...
anak hamster yang berkaler hitam tersebut...ntah2 ni bapak lain kot...curangggggg!!!...erk...
Saman Malu
jangan kata aku ni sentiasa memberontak eh...hari ni...buat pertama kalinya...sebagai warganegara yang bertanggunjawap...aku...membayar...saman parking mpk aku...grrrr!!!...aku baru tinggal kejap je sebab makan kat restoran wak soffian tu...aku saja bawak kekasih aku makan kat situ...nak try makan masakan minang...dah agak lama tak makan nasik padang...rindu pulak pada rendang daging dengan sambal tumbuk dia...dulu selalu makan kat kedai "Bundo Kanduang" depan hotel novotel Batam...masa aku keja kat Batam dulu...sejak balik sini, jarang2 dapat makan nasik padang dan nasik ayam penyet...selalu memang aku takde hati nak bayar saman mpk...tapi hari ni ada semangat baru agaknya...terasa nak bayar pulak saman tu...bukan mahal mana pun...RM5 je...tapi lepas 2 minggu tak bayar...dia akan jadi RM10...lepas 2 minggu lagi jadi RM20...lepas tu kalau tak bayar jugak....gi naik court...bukan court mammoth tu...tu kalau nak beli plasma tv dgn home theater bayar sebulan RM 40 bole la...erk...jangan jadi macam ayu...saman parking majils bandaraya jitra pun dia tak pernah bayar...bila MBJ rentang banner nak bekerjasama dengan JPJ pada sesapa yang tak bayar saman parking, baru gelabah...padan muka ang ayu...huahuahua...!!!!
saman parking MPK tersebut
resit bayaran saman malu...iskk...
Sekian...
*kepada kekasihku...malam ni ada citer Cinta Elysa...tapi malam ni rasa macam nak kuar je...erk...
Subscribe to:
Posts (Atom)