بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, October 12, 2011

Melayu Bangsaku...Tercinta...

Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang 

mampos kalau aku terus ikut jarum jam yang kat dinding rumah aku ni...dari tadi tak sampai lagi pukul 12...aku boleh relax je lepak2 depan laptop ni tengok2 empire dengan nada yang santai...malas nak bukak empire kat acc lain sebab empire tengah upgrade menda ntah kata kekasih aku tadi...loading tak abes2...rupa2nya jam kat dinding rumah aku dah mampos...patut la lapa semacam je...dah pukul 1.46 pm rupanya...iskk...mana kekasih aku ni tak call lagi...kata nak kuar mkn piza tadi...

masa tengok2 kat wall tadi...ternampak pulak ada budak post sesuatu pasal sajak Allahyarham Usman Awang...sajak yang membayangkan tentang sikap2 dan sifat2 orang2 Johor...dan aku rasa Allahyarham Usman Awang agak tak keterlaluan dalam mendefinasikan seorang orang Johor...yang kalau dalam bahasa sasteranya bermaksud "Allahyarham Usman Awang punya sajak tu memang sesuai benarlah dan bertepatan dengan sikap dan sifat orang Johor"...yang kadang2 kita sebagai manusia ni, tak berapa reti atau tak perasan yang kita mempunyai sifat2 tersebut hinggalah seseorang melakarkannya dalam bentuk tulisan atau motivasi yang macam Dr. Fadzilah Kamsah huraikan dalam "Rahsia Bulan Kelahiran"...aku macam malas nak copy paste yang Dr Fadzilah Kamsah tu huraikan...korang baca la sendiri kat sini  - http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/03/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian.html 

dan sebahagian dari sajak Usman Awang tu aku dah abadikan kat sebelah ni...huhu...ni edisi penuh sajak tersebut:

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu? 
Masihkan tunduk tersipu-sipu? 
Jangan takut melanggar pantang,
jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan, 
jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan, 
jika percaya kepada keadilan


Begitulah baris-baris kata pujangga dalam puisi Melayu karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang. Beliau adalah anak Johor jati. Sebab itulah puisi tersebut beliau deklamasikan buat pertama kalinya di majlis Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) pada 18 Disembr 1988.

Puisi berkenaan dikarang oleh Abang Usman (saya diizinkan menggunakan panggilan ini kerana rapat dengannya sejak 1969) khusus untuk mendamaikan orang Melayu Johor yang berbalah-balah akibat kematian UMNO pada 1987.

Saya dan Saudara M. Hanafiah Samad, diberikan tanggungjawab oleh Perhubungan UMNO Johor untuk meminta jasa baik Abang Usman mencipta satu puisi khas demi perpaduan Melayu Johor. Hasilnya, terciptalah puisi Melayu. Sehingga saat-saat akhir pun puisi itu masih ada pindaannya. Maka Saudara Hanafiah dan sayalah yang terpaksa mengetuk mesen taip di tengah-tengah malam buta untuk menyiapkan salinan puisi Melayu yang akan dideklamasikan oleh Abang Usman di PMJ.

Perbalahan di kalangan sesetengah orang Melayu Johor pada pada 1988 amat sengit sekali. Ini terbukti dengan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Johor Bahru, pada 25 Ogos 1988. Ia juga terbukti dengan kemenangan tipis calon BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Parit Raja, di Batu Pahat, pada 20 Oktober 1988.

* "saya" disini ialah Datuk Ruhanie Ahmad (dia ni bekas ADUN kawasan Parit Sulong, tempat aku mengundi...erk)








* kpd kekasihku...sayang dah mandi ke belum?erk...




1 comment:

Anonymous said...

xanax no prescription online many bars xanax overdose - order cheap xanax online