بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, June 29, 2011

Kalendar Jawa

bila baca blog duncan, baru aku terfikir...sebenarnya dah lama dah aku terfikir...sebab bila aku baca komen2 follower dia...semua follower dia kata kuantan ni best...sebab apa?sebab dia banyak ambik gambar dari angle2 yang cantik2 yang kekadang tiap2 hari aku lalu situ tapi takde pun nampak cantik...tapi bila kita abadikan gambar tu dalam blog...ia akan menceritakan sesuatu yang lain...dan benda2 macam ni la yang membuatkan aku suka nak baca blog duncan dan nak tengok gambar2 yang dia amik...gambar kat tc...biasanya kita akan amik gambar kita2 je kat sana...tapi duncan ni amik gambar batu la...gambar pokok mati la...gambar pasir pun dia amik menjadikan tc tu suatu tempat yang sangat menarik dimata org2 yang tak pernah pegi tc..."ko buatlah blog macam duncan tu sin...amik gambar tempat2 menarik kat kuantan ni...pastu wat blog...mesti ramai org nak baca blog kau" kata aku kat usin satu masa dulu yang aku rasa aku pernah citer dalam entry yang lepas2 bila aku teringat pasal duncan punya blog..."aku bukan taknak buat...tapi aku takde camera yang power" jawap si usin...kata kekasih aku duncan tu cuma pakai digital camera biasa je...dan sekarang ni, aku rasa, cita2 usin boleh dah nak dilaksanakan sebab dia ada camera power dari blackberry baru dia tu...tapi aku rasa usin dah lupa nak buat blog atau nak amik gambar dari blackberrynya bilamana blackberry dia tu tak pernah berhenti dari menjadi sasaran chit chat dari kawan2 dalam frenlist dia yang kebanyakkannya adalah terdiri dari awek2 dan pondan2 yang tak pernah kunjung berhenti...kalau tak komen fb...chat fb...kalau tak chat fb...sms pulak...dan kalau tak sms, yahoo chat pun jadi jugak...semua application dia on menjadikan dia seorang yang lebih busy dari seorang perdana menteri adanya...

berbeza dengan aku pulak...bukan aku taknak buat blog macam duncan...letak gambar banyak2...gambar cantik2...lokasi2 yang pernah aku pegi...aku teirngin nak buat semua tu...tapi keadaan dan situasi aku tak memungkinkan aku untuk buat semua tu...aku kan simon templer..."I will find you" kalau korang nak cari aku...korang takyah susah2 cari aku...kalau korang nak jumpa aku, korang cakap je...nanti biar aku yang datang kat tempat korang...sejak peristiwa dikhianati oleh kawan yang paling baik yang paling aku percaya dan kawan dunia akhirat....aku jadi fobia untuk percaya kepada sesapa dalam dunia ni termasuk family dan kawan2 yang aku anggap rapat suatu masa dulu...cuma ada beberapa org je yang aku percaya yang aku tak boleh sebutkan nama diorg kat sini sebab kalau nama korang tak tersenarai nanti korang mesti bengang kat aku...so korang nilaikanlah diri korang sendiri...nilaikan sejauh mana kepercayaan aku kat korang...sedangkan kawan yang dah lebih 10 tahun pun sanggup mengkhianati aku dan menghilangkan kepercayaan aku kat dia...apalagi korang2 yang baru 2-3 tahun kenal aku....yang masa kita banyak dihabiskan kat alam cyber je...'dia' tu...tiap2 hari aku nampak depan kepala mata aku sendiri...korang fikirkanlah sendiri...kalau korang rasa takde faedahnya berkawan dengan aku...sila tinggalkan aku dengan dunia aku dan berhenti menjaja cerita pasal aku...kalau nak terus berkawan dengan aku...senang je...hormati privacy aku dan jangan mengkhianati aku dan menipu aku...tu je syaratnya...senang je kan?syarat2nya lebih mudah dari nak kuarkan duit epf untuk beli rumah...erk...

dan seboleh2nya aku memang taknak jadikan blog aku ni sebagai blog memancing...tapi hobi aku yang satu ni memang aku tak dapat nak kekang dari tidak men'share'nya dengan korang...kan aku baru beli joran baru hari tu...2 hari lepas beli tu, aku berjaya naikkan mangsa pertama aku...haruan yang kecik je tapi kira hepi jugaklah aku...sebab pertamanya ialah sebab teknik casting utk memancing haruan menggunakan bait caster telah berjaya...keduanya sebab aku dah berjaya naikkan ikan tu pakai joran baru...agak susah sebenarnya nak menolak kepercayaan khurafat...kononnya kalau joran tu kita beli tapi tak pernah naik ikan tu maknanya joran tu suwey....sampai bila2 pun tak boleh dapat ikan...ada member aku tu beli joran siap ikut kalendar jawa...orang jawa ni kalau nak buat apa2 contohnya macam nak buat kenduri kawen atau akan nikah ni semuanya ada hari2 dia...aku pun tak past sangat diorg based pada apa...contohnya kalau buat hari isnin nanti  rumahtangga jadi berantakan...atau kalau beli joran masa bulan penuh nanti tak dapat ikan kalau mancing pakai joran tu...ntah lah....tira lebih arif kot bab2 macam ni...pada aku rezeki semua tu adalah kurniaan Allah...kalau dah kena usahanya dan caranya dan kita berserah kepada Allah...insyaAllah...takde apa yang akan menghalangi usaha kita itu selain diberikan ganjaran yang sesuai dengan usaha kita tu...kecuali kalau ada benda lain yang Tuhan nak bagi atau kalau Tuhan kata benda yang kita mintak tu tak sesuai atau memudaratkan kita...maka pada masa tu Tuhan tak akan perkenankan permintaan kita tu...itulah konsep berdoa yang kita kena faham..."saya nak tukar agama...Tuhan tak adil kat saya...apa yang saya mintak semua Tuhan tak tunaikan"...aku macam pernah terdengar kata2 macam ni...tapi alhamdulillah...dia tak jadi keluar agama...dan dia cakap macam ni pun sebab dia tak tau dan tak faham konsep keluar agama ni....sebenarnya...seorang muslim boleh terkeluar dari Islam melalui salah satu dari 3 perkara...pertama melalui kata2...kedua melalui niat dan ketiga melalui perbuatan...bila dia cakap nak keluar saja...maka dia dah dijatuhkan hukum terkeluar dari Islam...atau dia bernazar..."kalau aku tak pass SPM...aku nak keluar Islam"...maka dia tak perlu tunggu samada dia pass ke tak SPM tu...sebab dia dah sememangnya terkeluar dari Islam bila dia bernazar mcm tu...benda ni aku belajar dari Ustaz aku....nama dia Ustaz Lukman...marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham Ustaz aku tu semoga dia berada dalam keadaan aman dan sentosa dialam barzakh tu...aminnnn...Al Fatihah...

mangsa pertama - yang besar tu la yang kau berjaya naikkan pakai bait caster aku tu...huhu...errr...ikan yang lain2 aku pakai joran yang boleh panjang pendek tu...

mangsa kedua -  besar sikit dari mangsa pertama,tapi dah matai dah sekarang ni...ada satu pagi tu aku bangun tido...kuar2 bilik je terhidu bau hanyir...aku dah saspek dah...mesti ikan ni lompat...bila aku trace balik kesan2 dia memang betul dia dah ada kat bawah sinki kat dapur...masa aku masukkan balik dalam aquarium tu hidup lagi...tap lepas 2 hari tu aku tengok dah keras dalam aquarium tu...

bait caster aku yang hebat ni...aku nak namakan dia sebagai "pedang tunggal"...pedang tunggal ni sebenarnya mengambil sempena nama pedang kepunyaan "Pendekar Pedang Sakti"...pedang sakti ni sebenarnya salah seorang pendekar yang tak terbilang dalam komik pedang setiawan...dia ni ada hikmat pedang 22...dan kalau dalam citer storm rider tu, dia nak kalahkan wira utama pakai hikmat pedang 23...power hikmat tu...tapi pendekar tanpa nama ni lagi power sebenarnya...sebabnya ialah sebab masa pendekar pedang sakti ni baru je selesai mencipta hikmat pedang 23, pendekar tanpa nama dah berjaya mencipta hikmat yang boleh mengatasi hikmat pedang 24...walaupun hikmat pedang 24 tu masih belum dicipta lagi oleh pendekar pedang sakti...tapi pendang sakti ni kira power la jugak sebab bila dia datang je...semua pedang org lain tercacak dan tunduk kat dia...erk...pedang betul la...bukan pedang kat bawah tu...iskk...

aku baru balik dari laut semalam sebenarnya...takde line tenet kat sana...tapi best sebab aku dok sorang je kat bilik kat kapal tu...pastu ada tipon...kekasih aku boleh je call aku bila2 masa dia suka...dah rasa macam dok kat umah je...cuma bezanya takleh on9...dan kalau aku nak call dia pun bole sebab ada italk kat sana...so macam takde menda la trip kali ni...oh ya...aku dah bagi rangga dan cinta kat makcik kekasih aku dah...sebab kekasih aku pun takut nak jaga diorg...takpelah...biarlah diorg dengan family baru diorg yang lebih penyayang dan boleh mandikan diorg...nak harapkan aku mandikan diorg memang takde la...diorg tu lebih banyak cakar dan gigit tangan aku dari nak bermanja dan bermesra dengan aku...pasni aku nak cari yang lain...yang tak aggresif sangat...yang banyak tido je dari main...rangga tu kalau aku on9...nanti dia panjat sofa...pastu panjat bahu aku...pastu last sekali nanti dia duduk kat atas keyboard laptop aku ni...pastu cinta pulak nanti duduk kat bawah meja laptop aku ni...pastu tangan dia menampar2 manja ibu jari kaki aku...pastu dia terkam cable mouse aku ni...bukan sekali dua mouse aku ni terbarai sebab jatuh dari atas meja...pastu tak abes denga tu semua nanti dia jatuhkan duit singgit dari atas meja aku ni...pastu dia main sepak2 macam bola...nanti dua2 ekor tu lari berebut kejar duit singgit tu sampai hancur...abes duit aku nak buat beli umpan katak...pastu nanti dia main kejar2...kekadang sampai terlanggar kaki aku kalau tak langgar kaki meja dan kerusi...pastu nanti abes bulu dia penuh dengan habuk sebab dia masuk kat area stor kat celah2 barang2 dan kotak2 tu...yang paling tak tahan bab nak kena buang taik dengan air kencing dia...selagi tak buang...selagi tu la bilik belakang tu akan berbau busuk...uwekk2....eeee...

ok la...dah panjang dah ni...nak mancing la pulak...erk...


*kpd kekasih ku...dah bangun ke belum tu?jom ikut abg carik kucing...erk...



1 comment:

Anonymous said...

valium for anxiety buy valium roche - diazepam valium back pain