بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, June 6, 2011

Haruan Hantu

ni la rupa ikan haruan hantu tu...tapi yang aku dapat tu takde la besar mcm ni...erk...(gambar hiasan)

sebagai menyahut seruan ayu untuk mengupdate blog...maka aku dengan berbesar hati mempersilakan diri aku untuk mengupdate blog aku ni...last bila ntah aku tulis...diorg2 tu dah tulis 3-4 entry dah...aku baru satu...tapi takpe...yang penting entry kita bukanlah entry gosip artis2 yang ntah hape2 hala tuju dan destinasi blog diorg...tapi entry kita adalah berdasarkan pada kehidupan kita dan berkisar pada orang2 yang berada disekitar kita...tapi nanti kalau aku cakap lebih2 kang nanti diorg kata aku ni bz body pulak...tapi mata aku ni macam sakit je bila tengok blog orang yang citer pasal gosip artis2 ni...

dan baru2 ni je aku baru sedar...rupanya semacam ada perlumbaan mengejar nama dan gelaran...mengejar glamor dalam industri blog ni...dan ada pulak yang dinamakan community blogger...agaknya sesapa yang mempunyai blog...dan post entry walau satu entry saja pun, itu dah dikira community blogger...begitu? ntah la...aku tak tau pun pasal benda2 tu semua...yang aku tau melalui blog ni aku dapat meluahkan apa yang aku rasa dan yang aku tak puas hati dan yang terbuku dalam hati aku...selain tu, aku boleh gunakan blog ni sebagai satu diary jugak...agak pondan bagi sorang laki, pada aku la, untuk sorang lelaki mempunyai sebuah diary...kalau organizer tu lain la...tapi aku punya organizer cumalah hp aku tu...kat situlah aku set alarm atau reminder untuk makan ubat, untuk harvest cv, untuk wish birthday seseorang atau untuk planning schedule seharian aku...disamping tu boleh jugak untuk aku listkan semua barang2 yang aku nak beli sebelum gi shopping...selain digunakan juga untuk bercakap, sms dan mms...dan menerima mms dari pengirim mms tetap aku iaitu maxis bongok yang tak mengira waktu siang malam awal pagi lewat malam hantar mms yang ntah pape ntah...iskk...

3-4 hari ni aku busy wat meja...ambik kayu kat kampung usin kat tepi jalan tu...patutnya diorg buang kayu tu...tapi aku tengok macam diorg saja kumpulkan kat situ...ah...lantak lah...lagipun aku dah ambik lebih dari cukup...dan dah siap pun mejanya...usin suruh aku tangkap gambar meja tu...tapi aku rasa macam malas pulak nak uplod pic meja tu...pastu abis tangan aku injured masa ketam kayu tu...ketam tu tak berapa best...tak macam bapak aku pun kat kampung...pastu gergaji yang aku beli kat kedai hardware tu pun tak best...kalau bapak aku kata mencengkam...mencengkam tu maksud dia bila dah separuh jalan potong, nanti kayu tu mencengkam gergaji tu...last2 gergaji tu tak boleh nak gerak...hasil papan yang aku potong tu macam orang bongok gergaji...senget2 macam nyonya yang jual gergaji tu kat aku...grrr...abih asal ko beli yang tu? dah yang tu je yang agak...takde la agak murah sangat...cuma yang tu je yang tak payah nak kena asah dan yang tu je aku tengok macam ok sikit bukak gigi dia...tapi ternyata hampeh...tajam dah boleh tahan...tapi nak kena bukak lagi gigi dia...nak bukak tu yang aku malas...tool dia je dah RM25...dah nak dekat sama dengan harga gergaji tu...kalau bapak aku semua complete...yer la...gergaji dia je ada 5 bijik...cuma baru2 ni je...sejak dia dah tak sihat dan dah tak kuat nak pegang barang2...dia suruh aku asah dan kembangkan mata gergaji tu...kalau tak...jangan haraplah aku dapat buat semua tu...semua dia nak buat sendiri...dia ni macam aku jugak...lebih puas hati buat sendiri dari suruh orang lain buat...kalau tak elok pun sendiri yang buat...tak perlu nak salahkan sesapa...erk...

nape nak buat meja?sebab aku nak letak aquarium aku...dah ada 2 aquarium aku...satu letak ikan emas...dgn ikan bawal (angel fish)...dengan ikan lampam...satu lagi aquarium aku letak ikan puyu, ikan lais/selat dan ikan haruan ubi atau haruan hantu atau ketutu...yang aku pancing sendiri...dilokasi yang aku terpaksa rahsiakan...hak3...tak ramai orang dalam dunia ni yang tau...kecuali kekasih aku dengan kakak yang selalu mancing sekali kat lokasi tu...."dah lama akak mancing kat sini?" tanya aku kat kakak tu masa first time aku mancing kat sebelah dia..."sejak akak pindah sini, dah 6 tahun akak mancing sini"...jawap kakak tu..."abih ikan puyu ni akak buat apa?bela ke makan?" tanya aku lagi...mulut aku ni memang tak leh control...sebab aku rasa macam nak tau apa dia buat dengan ikan puyu yang dia dapat selama 6 thn mancing kat tempat tersebut...aku rasa, cuma abg ipar aku je suka makan ikan puyu goreng ni...dulu masa aku kecik2 aku makan jugak ikan puyu goreng ni...abg ipar aku beli kat pasar dungun...sedap jugak daging dia...halus macam ikan keli..."akak asal kampung gajah...kat perak...ikan2 ni akak bawak balik kampung kalau abg balik cuti...orang kampung akak makan ikan ni" kata akak tu lagi...ooo...saboh la (maksudnya munasabahlah  kalau dalam base ganu)...kg gajah tu aku memang selalu lalu kalau nak pegi ipoh masa aku kerja kat lumut port kat setiawan perak dulu...kg gajah tu bersebelahan dengan sungai perak...ada macam2 ikan ada kat situ...tapi aku tak pernah naikkan sekor pun...sebab aku cuma berpeluang sekali je mancing kat situ...tu pun kejap je...aku lebih banyak abiskan masa mancing kat tronoh...samada kat lombong tinggal atau kat kolam bayar....yang biasanya tak menghampakan aku dengan hasilmya...

dah macam2 citer best kat wayang...dari nur kaseh, pirates of the carribean, fast n furious 5, x-men, kl gangster dan yang akan datang ni transformer pun nak kuar...tapi tak satu pun yang aku dah tengok...aku rasa dah nak abis  tayangan dia kat wayang tu...dapat kah aku tengok nanti?iskk...

dah malam dah ni...nak tido...esok nak bangun awal...nak gi parkson...shopping jualan gudang....jem pun jem la sin...kalau petak parking dah penuh...tempat parking taxi kita parking...kalau parking taxi penuh...depan pintu mega mall kita parking...adehh...tindakan ni hanya mengundang tiket saman MPK je...iskk...


*kpd kekasih ku...tido la syg...esok kang tak boleh bangun pagi pulak...huhu...

No comments: