بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Saturday, June 18, 2011

bukan lembu tu...

sejak balik dari laut sabtu lepas, aku banyak habiskan masa duduk rumah je...erk...maksud aku tak jalan2 kemana2 sangat...tak balik kampung...tak kuar malam sangat...ada la baru dalam 2-3 malam je kot aku kuar jalan2...banyak abeskan masa duduk rumah je...banyak benda yang berlaku selama aku tak post pape entry sejak yang last entry pasal hamster aku beranak hari tu...tapi sekarang hamster tu dan anak2 dia semua dah matai (mati)...aku balik2 dari laut je tengok mak dia dah keras....lepas tu anak2 dia tu aku cuba la bagi minum susu cair yang aku campur dengan air...pastu aku bagi dia minum susu tu pakai straw yang diorg buat bawang goreng atau pisang goreng untuk bagi bawang dan pisang goreng tu rangup yang aku rasa susu tu lebih banyak masuk hidung dia dari mulut dia...err...mana aku nampak lobang hidung dia yang mana sebab kan hamster tu masih kecik lagi...2 ekor berahan selama 2 hari tanpa mak dia...lagi 2 bertahan selama tiga hari...je....sob3...sedih...baru nak bisnes hamster...last2 mcm ni jadinya...

banyak lagi peristiwa suka dan duka berlaku dalam tempoh tersebut...aktiviti memancing aku dah makin best dah...setiap hari hampir ada saja species ikan baru yang aku naikkan...bermula dari puyu, selat atau lais, ikan haruan hantu atau ubi, lampam, seluang, haruan dan yang terbaru semalam...ikan patung..."dari ikan patung baik lagi puyu...ikan patung ni cepat mati"...kata akak yang aku jumpa masa otw balik mancing semalam...akak tu dapat ikan haruan yang agak besar berbanding haruan yang aku dapat...panjang dalam lebih kurang sekaki...semalam lembu tu sempat lagi kencing kat dalam keta kelisa akak tu...dia tak tutup tingkap keta sebab leka sangat mancing sampai lembu tu terkencing2 dalam keta dia...erk...bukan lembu tu masuk dalam keta dia untuk kencing...kebetulan bontot lambu tu mengadap ke dalam keta kakak tu...pastu dia kencing...air kencing dia tu masuk la kedalam keta kakak tu...dan aku tak pasti pulak lembu tu jantan ke betina...tak abes kaji lagi...

yg kiri tu ikan patung...yang bawah dia sikit tu la ikan haruan...iskk...tu pun tak tau ke...erk...

ni ikan mas aku...yang belakang tu ekor dia abes kena makan masa aku pegi laut hari tu...ada 3-4 ekor lagi dah jadi arwah sebab yang lain2 tu dah kelaparan...pic ni mmg ni la yagn terbaik,..aku tak leh nak tangkap baik lagi dari ni dengan menggunakan hp E5 aku yang flash dia dah ok balik dengan sendirinya...semalam tak hidup...aku dah berangan2 nak tukar hp baru...erk...

ni la ikan selat aka ikan lais...dia macam ikan belida tapi dia tak bole besar macam ikan belida...

sekarang ni aku dah gila nak naikkan haruan pakai teknik casting...baling tarik baling tarik tu la...pakai umpan katak...mula2 agak geli jugak nak pegang katak tu...tapi demi hobi yang suci murni ni, aku gagahkan jua untuk pegang katak ni...kalau tak sampai bila lagi...betul tak? setakat ni belum ada sekor yang naik lagi sejak aku praktikkan teknik ni...tapi yang nyaris2 naik ada sekor...dah sampai kat tebing parit dah...tetiba terlucut dari mata kail...benda2 ni yang semakin membakar semangat aku untuk meneruskan hobi aku ni sampai aku berjaya naikkan haruan menggunanakan teknik ni...ni aku belajar dari brader yang sama2 mancing dengan aku ditambahkan lagi dengan kaji selidik yang aku lakukan kat google...erk...

katak ni umpama telor berada dihujung tanduk...bila2 masa riwayatnya akan berakhir dihujung joran atau dihujung mata kail aku...

senjata yang aku gunakan untuk bertempur...pasni nak tukar senjata lain...yang lagi best dan mudah dikendalikan...huhu...

pastu 2 hari lepas miey ada bagi aku kucing...mula2 sebenarnya kekasih aku yang nak bela...pastu ntah macamana aku pulak yang kena bela kucing tu...erk...mula2 lagi miey nak bagi sekor je kucing tu...tetiba masa aku sampai kat umah dia...dia nak bagi 7 ekor...erk...nape jadi macam ni?sebab sekor lagi ibu kucing kat umah dia tu dah beranak...anak dia 5...last2 aku amik yang 2 ekor yang dah besar tu je...yang lagi 5 tu aku kabo kat dia nanti aku fikirkan...lagi pun baru lepas lahir...nanti camana nak bagi susu pulak...kopek aku ni mana la ada susu...nanti aku bagi susu cair macam aku bagi hamster tu kang mati lagi kang...erk...buat sementara ni aku nak namakan dia yang jantan tu nama dia rangga...dan yang betina aku nak namakan cinta...erk...ni untuk temporary sebab kekasih aku macam tak suka je aku bagi nama tu...dia nak bagi nama apa ntah...aku lupa...takpe...selagi kucing2 tu berada kat umah aku....nama dia adalah rangga dan cinta...huahuahua...kalau dia dok umah kekasih aku nanti biar kekasih aku namakan dengan nama yang dia suka pulak...hak3...

yg kiri ni nama dia rangga...yang tengah tido tu cinta...erk...

ni cinta...kalau dalam sangkar ni dia diam je...kalau lepaskan, dia la yang paling aktif sekali

ni cinta...dia suka lepak kat diantara 2 aquarium aku...dia selalu geram2 je tengok ikan aku berenang2 dalam aquarium tu sambil tangan dia menggapai2 ikan kat dalam aquarium tu

biasanya kalau bangun pagi je lepas diorg makan dan berak, baru aku lepaskan diorg main kat dalam rumah aku sambil aku setelkan semua keje2 kat empire kat semua acc fb aku...lepas setel invade org, baru lah aku masukkan balik kucing2 ni kat dalam sangkar dia...rangga dan cinta ni sanggup tahan kencing dan berak semata2 sebab nak main2 kat luar sangkar dia...bila aku masukkan balik kat dalam sangkar dia...barulah dua2 ekor tu berebut2 nak kencing dan berak...bagus miey ni...dia dah ajar kucing2 ni supaya tak berak dan memancut sesuka hati...

malam tadi aku hantar laptop acer aku gi repair...

aku ~ "nanti kalau rosak benda lain, saya nak kena bayar jugak ke ni yang tak rosak ni?"
bangla kedai computer ~"bayar jugak"
aku ~ "erk...rugi la saya mcm ni?"
bangla ~" takpe...tak kira suis rosak ka...mother board rosak ka semua hundred sixty...saya kasi buat sampai ok..."
aku ~" erk...ok2...ok la kalau mcam tu...huhu"

tu dialog aku dengan bangla kat kedai komputer tu...mula2 aku tak faham sangat dia cakap...aku cakap kat dia mungkin cable kat suis tu yang rosak...sebab tu laptop aku tak boleh on...sebab kedai lain semua aku dah tanya...kalau tak boleh on je mesti mother board rosak...pastu sebelum tu aku pernah usik2 kat cable tu...bila aku sentuh2 je laptop aku boleh on...mungkin bukan mother board yang rosak...mother board kat kedai lain semuanya mahal...kalau repair, paling murah RM 500...kalau beli baru RM 900...baik aku beli baru...tu yang aku bagitau dulu kat bangla tu...sebelum dia kata mother board aku rosak, lebih baik aku suruh dia cek suis cable tu dulu...pastu aku pun tak sure...aku cakap la kat dia nnt kalau bukan suis yang rosak, aku nak kena bayar jugak ke RM 160 sebab dia kata nak ganti cable suiz tu RM 160...dia cakap kena bayar jugak...pastu aku bengang la...dah kalau bukan tu yang rosak wat pe aku nak bayar...rupa2nya maksud dia mcm ni...kalau bukan suis yang rosak...kalau rosak benda lain pun termasuk rosak mother board, dia cas aku RM 160 je sebab dia ada banyak spare part laptop macam aku tu...dia kata dia akan bagi laptop aku ok balik tak kira rosak apa pun dengan kos hanya RM 160...tak sia2 aku tunggu dia sejam kat kedai tu...masa aku datang kedai dia, dia kuar gi shopping...ada indo kedai sebelah tu marah2 kat dia sebab suruh indo tu jaga kedai dia...dah la call tak angkat...janji laptop aku ok selasa ni...yessszzzaaaa...selamat aku RM 500...kalau RM 500 memang aku tak repair dah laptop tu...bek aku beli baru je...RM 1200 dah boleh dapat processor intel core 2 duo...

dah nak kul 3.30 pm...aku nak semayang la dulu...iskk...stop kat sini....


*kpd kekasihku...sayang bila nak amik balik rangga dgn cinta ni?...erk...


2 comments:

Katak Hijau said...

jaga laa seumur idop ek.. hahaha

Joe Black said...

erk...adess...huhu....