بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Sunday, September 19, 2010

KENAPA HATI TIDAK BAHAGIA

  1. PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak senang.
  2. PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah diserang sakit jantung.
  3. HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  4. BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain darinya.
  5. TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga.
  6. TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar, apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
  7. EGO - Ibu segala mazmummah (akhlak tercela), jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  8. RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon didepan orang.Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.Allah SWT marah kalau kita riak takabbur dengan apa yang kita ada.
  9. CINTA DUNIA - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat, susah pula menjaganya.
"hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal...dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidupnya penuh dengan emosi"

Thursday, September 16, 2010

Katak Hijau Dan Sport Rim


erkk....huhu...malasnya nak post blog kali ni...tapi aku gagahkan jua sebab aku takde menda nak buat time2 mcm ni...mula2 aku dah upload pic2 kat bawah ni masa tengahari tadi...letak caption pastu save je...ni baru la ada sikit semangat nak tulis citer pasal pic2 kat bawah ni...ada dua citer major kali ni...satu pasal tedi bear...satu lagi pasal sport rim...nanti diakhir penulisan, aku akan satu kan tedi bear dan sport rim dalam satu pic...haha

semalam...erk...2 hari lepas sebenarnya aku dah pegi survey tedi bear ni kat lokasi dia yang aku rahsiakan...haha...saja je aku nak rahsiakan...biar korang cari atau communicate dgn aku tanya kat mana tempat ni...erk...kepada kekasih aku...syg jgn bagitau tau kat diorg tempat ni kat mana...hehe...mula2 kekasih aku ni dia nak suruh aku carikan tedi bear besar (ada kat bawah2 ni tedi bear yang dia suka...tapi aku tanak bagitau yang mana...huhu)...pastu aku gi la cari kat tempat tu...dkt je dgn kampung aku...pastu bila aku pegi...bapak banyak tedi bear ni...sampai aku dah tak tau nak beli yang mana...siap mms pic tedi bear ni kat kekasih aku...pastu aku tak gi round semua kedai...cuma dalam 4-5 kedai yang aku pegi dan aku tertarik dgn satu kedai nyonya ni..."bape ni nyonya?"..."wa kasi lu 80"...kata nyonya tu..."apasal mahal sangat...kedai depan tu nak bagi 75 je"...aku jawap..."ok lah wa bg lu special price...70 lu angkat"...kata nyonya tu dan aku rasa mcm terpukau je sebab blm tawar lagi dia dah bagi RM70 sekor...dan aku takde banyak basa basi terus je beli yang tu...pastu aku round2 lagi...makin aku round makin banyak yang aku minat...aku bawak duit RM 90 je masa tu...nak gi bank malas pulak sebab nak kena u turn jauh pastu takut takde parking pulak...so hari tu aku bawak balik 2 ekor je sebab malas nak amik duit kat bank...dan aku nyatakan rasa kesal aku kat kekasih aku masa otw balik tu sebab tak bawak banyak duit...

tak puas ati punya pasal...aku pegi lagi kat situ semlm masa otw balik paka...aku beli lagi 3 barang...2 ekor tedi bear dgn sekor bantal...erk...sabiji bantal la...bantal tu best...nama dia keroppi...yang biasanya aku selalu tersilap dengan keropok...dan kekasih aku ni la yang selalu betulkan balik nama dia...erk...bukan nama kekasih aku la...nama keroppi tu...kat bawah ni antara gambar2 tedi bear kat kedai tu...erk...banyak gila...sebagai lelaki yang berjiwa sentimental...aku pun rasa teruja dan terminat kat tedi bear2 ni...lantak la korang nak panggil aku pondan ke bapuk lepas ni...tapi kalau korang pegi pun mesti korang rambang mata nak pilih...dan...ni baru 4 kedai je yang aku pegi...ada berpuluh lagi (tak sampai 20 kot...erk...lebih kot sebab yang seberang jalan tu aku tak survey pun) kedai yang jual menda2 mcm ni...tu belum termasuk kedai jual barang2 tembikar, tanah liat, bunga2 plastik, pasu, rimau, bantal golek alvin and the chipmunks dan barang2 utk org2 yang dah berkeluarga dan yang dah berkahwin...sebenarnya dah bertahun aku tau menda2 ni ada jual kat situ...dan berpuluh2 dan mungkin beratus kali jugak rasanya aku lalu tempat ni tapi baru kemarin2 je aku singgah tgk apa yang diorg jual kat situ...tu pun sebab kekasih aku yang suruh cari kat situ...huhu...dah lama dah dia ajak aku pegi situ tapi masa selalu je tak mengizinkan kami utk pergi ke situ...mungkin satu hari nanti...insyaAllah...aminnn...

tedi bear yg besar saiz korang pun ada...berlambak...aku belikan salah satu yang kat atas ni utk kekasih aku...nanti kalau dia rindu kat aku...nnt dia bole pelok tedi bear ni...hak3
kalau org pompuan pegi kat sini mesti dia nak beli semua..huhu
belambak tedi bear kat kedai ni...nak jalan pun susah...ni belum pegi kedai lain lagi tu..
katak hijau...yang ni aku paling suka sekali sebab dia comey mcm anak buah kekasih aku...haha
ok...abih dah citer tedi bear...ni nak citer pasal sport rim pulak.."sejak xxx kapel dgn abg...rasanya dah 3 kali abg tukar sport rim...tak sampai setahun pun lagi"...erk...kata2 kekasih aku masa aku lepas tukar sport rim keta aku 2 hari lepas...huhu...sesungguhnya takde dalam plan pun nak tukar sport rim ni sebenarnya...tapi aku terpaksa tukar jugak sebab keta aku bergegar bila bawak 100km/h...macam naik keta lembu yang kekasih aku naik masa dia pegi melaka dgn family dia...erk...dulu aku ada tukar sekali yang aku pernah citer dalam post2 yang lepas...pastu seminggu lepas tu aku balik kg...jumpa plk dgn adik sedara aku kat car wash kat kg aku tu...sport rim dia cantik gila...pada aku la sebab kaler itam...aku punya tu dah cantik dah...tapi bila pasang kat keta aku jadi mcm keta pondan pulak...pastu aku offer la kat adik sedara aku ni nak tukar pakai dengan dia...pastu dia pun setuju...so aku pakai la sport rim tu...pastu lepas aku pasang tu bila bawak 100km/h dia jadi gegar...pastu aku try la wat balancing tayar...pastu rasa ok la skit dari mula2...so aku pakai la dalam 2-3 bulan...pastu aku tak puas ati...masa raya pertama hari tu aku try wat on wheel balancing pulak...ada kurang lagi skit gegar dia tapi tetap aku tak puas ati lagi...last2 aku tukar yang baru..."you tak nak pasang center cone ke?nanti gegar woo"...kata apek tempat aku pasang sport rim tu..."takyah la...kalau gegar nnt wa dtg lagi pasang" kata aku sebab aku tak nampak sangat rasional dia bila tak pasang center cone bongok tu keta jadi gegar kalau bawak laju...lagipun aku dah lambat nak balik umah...aku lom semayang asar...pastu mak aku ada kirim beli tepung dgn spray nyamuk...nak singgah kedai lagi...nak gi bank kuarkan duit lagi...so aku pun biar la dulu center cone tu...lagipun aku nak test dulu sebenarnya...kalau tak pasang keta jadi gegar ke tak...

so esoknya pepagi lagi aku dah test bawak laju2 keta tu...memang betul la gegar...iskk...rasa bodoh pun ada...sebabnya...sebenarnya memang ramai apek cakap dah seblm tu kalau tak pasang center cone keta jadi gegar...puas aku ingat balik semua ilmu2 mekanikal yang aku belajar masa kat utm tu utk kaitkan center cone dgn keta bergegar tapi sampai skrg aku tak jumpa lagi kaitannya...dan nak tak nak terpaksa la aku pasang jugak...dan memang betul la...lepas pasang tu keta aku tak bergegar lagi...isk...kekadang aku teringat balik kat kajian Dr. Azizan pakar metafizik tu...aku punya tarikh lahir tu dia ada sebut..."mudah tertipu"...dan aku rasa macam betul je apa yang Dr.Azizan tu kaji walaupun aku tak percaya sangat dgn kajian dia tu...erk...kat bawah ni aku amik dari statement kat internet berkaitan ramalan berdasarkan tarikh lahir atau horoscope: 


Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.
Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.



tapi tu la...bila org cakap betul...aku rasa mcm diorg tgh tipu aku...dan bila org tipu aku...aku rasa mcm diorg cakap betul...haizzz...dan kes2 penipuan ni sebenarnya menjadi guru yang paling baik dalam hidup aku...dan lepas2 peristiwa2 tu...aku dah tak kena tipu...erk...kena tipu gak...tapi dalam bentuk yang berbeza2...dan selalunya kes penipuan diorg ni takkan berpanjangan sebab mungkin Tuhan sayangkan aku dan membongkar penipuan diorg ni atau kekadang diorg ni akan mengaku sendiri kat aku yang diorg tengah tipu aku atau kekadang ada je sumber2 yang bagitau aku bahawa aku sedang ditipu...mungkin lambat sikit utk aku sedar...tapi lama kelamaan penipuan tersebut akan terbongkar dgn izin Allah dan dgn pertolongan Allah...kekadang aku tak siasat pun...tapi org lain yang discover kan utk aku...alhamdulillah...Tuhan tak nak aku terus tertipu agaknya...

"banyaknya abg...adehh"....kata kekasih aku bila aku mms pic sport rim kat kedai tu....tu baru sebahagian je dari sport rim kat kedai tu...dan aku dah tak tau nak pilih yang mana mula2 tu...tapi pencarian aku bole di kecilkan ruang lingkup dia sebab aku suka sport rim yang hitam je...dan percayalah...kat kedai kat bawah ni...aku tak jumpasport rim yang aku suka...lepas berligar2 dalam setgh jam kat kedai tu...aku pegi kedai lain pulak...dan kat situ baru aku jumpa sport rim yang aku suka mcm kat bawah2 ni...huhu..."abg drive hati2...jangan bawak laju2 sgt"...kata kekasih aku..."erk...abg dah tak bawak laju dah pasni sebab sport rim baru ni....kena hati2 jangan sampai langgar lubang"...kata aku kat kekasih aku...huhu...aku dah serik dah nak langgar2 lubang...nanti sport rim bengkok lagi...aku nak drive cermat2 mcm kekasih aku...huhu...sayang dia sangat2..erk...skip2...huhu...

ada lagi 4 kali jumlah yg macam ni kat kedai tu...cuba korang bagitau aku mcmana nak pilih yg best?
belom pasang pun dah nampak cantik..."cuba lu pasang tayar...tgk mcmana pegi dia" kata aku kat apek kedai tayar tu...adehh...
ni la hasilnya...adehh...*pengsan*
ni la center cone bongok tu..yang kaler chrome bulat kat tengah2 tu...haizzz...
masa semalam aku balik ke paka tu...kat kampung aku adik beradik aku semua dah berambus ke rumah masing2...tinggal mak bapak aku je seperti sedia kala...dan aku rasa aku berpuas hati dgn kata2 abg aku yang dia nak pindah mengajar ke kampung tahun depan...bagus lah mcm tu...ada orang bole tengok2an org tua aku kat kampung..."takpe la mak...nanti saya bank in duit...mak repair la rumah nenek tu...nanti saya nak duduk kat situ....xxxx (nama manja aku kat kg) pun rasanya tak duduk kat sini bila dia dah kawen nanti"...kata kakak ipar aku kat mak aku masa raya hari tu...erk...diorg ni mcm tau2 je aku tanak duduk kat kampung walaupun rumah mak bapak aku tu memang bapak aku dah wasiatkan kat aku...erk...bukan tanak duduk...dah kalau keje kat ganu...camana nak dok kat kampung...lagipun aku je yang tau serba serbi pasal rumah tu...pasal perkakas2 (tools termasuk lah barang2 utk bertukang buat rumah...tools kereta...periuk belanga utk kenduri kendara (sebab bapak aku ni dulu tukang masak utk kenduri org kawen)...tools utk kerja2 mekanikal dan elektrikal...dan macam2 lagi yang aku tak dapat nak citerkan semuanya kat sini...kalau betul2 memang dah bole bukak bengkel dah kalau aku dok kat kampung tu) kat rumah tu...dan pasal sejarah rumah tu...sebab dalam family aku...aku rasa aku yang paling lama duduk kat umah tu...adik beradik aku yang lain dok kejap je sebab diorg dulu semua sekolah berasrama penuh...cuma aku je dok kat situ sampai aku masuk u...dan banyak perkakas2 kat rumah tu cuma aku je yang tau guna sebab bapak aku memang beli sebab aku tau guna benda2 tu semua...dan banyak jugak perkakas2 aku yang aku beli pastu tinggal kat rumah tu termasuk spare part keta terpakai yang kebanyakkannya bapak aku dah jual kat kedai besi buruk sebab menyemak je kat umah tu...adeh...seb bek aku sempat selamatkan ekzos sport aku sebelam bapak aku sempat jual...tu belum masuk bumper keta wira aku lagi tu yang aku tengok macam dah takde je kat kampung aku tu...jangan dia jual merc aku timbang kilo dah lah...adehh...

ni la hasil kombinasi sport rim baru dgn tedi bear...hahaha...
seperti yang telah aku janjikan tadi...kat atas ni la pic tedi bear dan sport rim yang aku dah satukan dalam satu pic...hahaha...saja aku parking keta aku depan kedai tedi bear tu sebab aku malas nak jalan jauh2...korang tgk la sendiri kedai2 tu...tu baru sikit tu...belum lagi aku amik pic kedai2 kat seberang jalan besar tu...'abg wat pe?jap eh abg, ada cite kat astro prima cam sedeyh je..adnan sempit tu berlakon...xxx tgk jap eh?abg tgk la gak"...sms dari kekasih aku...dia sms sebab nak tgk tv jap...sebab selalunya time2 mcm ni la time aku bergayut dgn kekasih aku..."haa tgk la dulu syg...abg nak abeskan blog ni jap...lagipun abg tkleh tgk tv sbb dj bwk balik kad astro tu"...aku reply..."rupanya citer dia (aku ler tu) lebih sedeyh dari citer kat tv...wakakak"...kekasih aku reply...hehe...takpelah sayang...lagipun abg bukan suka sgt tgk tv...abg lebih suka syg dari tgk tv...huhu...oklah...aku rasa dah sampai penghujungnya post utk kali ni...mesti zaty boring baca post aku kali ni sebab panjang sangat...mesti dia tgh best makan satar cicah budu kat kampung dia tu...dah2 la mkn tu zaty...nnt makin bulat kang badan tu....erk...selamat hari raya ty...maaf zhr batin...kwang3...

"kpd syg ku...syg...abg syg xxx sgt2 :)




Monday, September 13, 2010

Satu Hari Di Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Minal Aidil Wal Faizin 
Maaf Zahir Batin 
1431 Hijrah

Rasanya masih agak belum terlambat utk aku mengucapkan ucapan kat atas tu walaupun setelah 4 hari kita menyambut hari raya yang ditunggu2 oleh kalau tak semua pun mungkin sebahagian dari kita2...mula2 aku plan nak tulis blog ni masa malam raya tu...tapi suasana dan mood aku semacam tak mengizinkan utk aku tulis blog ni...dan setelah di drag selama 4 hari...barulah aku ada kesempatan utk tulis blog ni...banyak sgt faktor yg menyumbang kepada mood aku ni..."abg letak la tajuk satu hari di hari raya'...kata kekasih aku...oh ok2 syg...sempena hari raya ni dan sempena special request dari syg...abg guna tajuk ni utk post kali ni...muahhh!!...hehehe...

burppppp....alhamdulillah....tadi sebenarnya aku stop kejap sbb bapak aku panggil makan...asam pedas kepala ikan merah...nyum2..."jom makan dulu syg"...aku sms kekasih aku nak ajak dia makan..."abg mkn la dulu ek...xxx nak semayang jap"...kekasih aku reply sms aku...sian dia lom makan...sedara mara dia dtg umah dia tu...tu yang dia bz skit...sian dia...tengah selsema dari semlm...tak jadi dia nak blk kg dia sebab tak sihat...takpelah syg...sabar je la ek...nanti jgn lupa mkn ubat ek...abg syg xxx...erkk...sorry2...terover pulak kat sini...ngeeee...

sambung yg tadi...faktor yang menyumbang mood aku nak tulis blog ni...masa malam raya tu aku borak dgn kekasih aku sampai kul 2 lbh pagi...pastu takkan aku nak tulis blog time2 mcm tu...lagipun kan esok nak raya...so mood raya tu mengatasi segalanya...lagipun...err...lagipun apa ek...lagipun...haa...pagi raya tu aku kena bangun awal...seawal kul 5.30 pagi...masa malam raya tu cuma ada family kakak aku yg no 2 dgn abg aku yg no 5...so tak ramai org sangat masa tu...pas mandi tu aku ingat diorg dah abes semayang suboh...rupa2nya diorg tunggu aku abes mandi baru nak semayang suboh...adehh...takleh nak skipp...dan seperti tahun2 sebelumnya...aku mesti jadi org yang last sekali masuk saf...erk...pas semayang tu biasa lah...acara bermaaf2an...erk...seb bek tak ramai sgt org hr tu...sebab ramai yg beraya rumah mentua diorg...so takde la nak sibuk2 aku nak kena potong que...tapi potong jugak la skit sbb abg aku yg no 5 tu tgh sibuk cari anak dia main kat mana ntah masa org lain sibuk bermaaf2an...dan takde sangat adegan2 nages2 pagi2 buta tu...tapi ada jugak lah...adehh...

erkk....kekasih aku buat apa pulak masa tu? "xxx baru bangun"...sms dari kekasih aku pukul 7 pagi...hahaha...rupanya lepas semayang suboh tu dia tido balik...ngantuk sgt kot sebab tido lambat mlm tadi...erkk...malam tadi dia wat pe tido lambat?oooo...bergayut dgn aku....skip2..."jap ek abg...nak mandi jap"...haaa....gi la mandi dulu...abg pun nak kena gi umah nenek sedara abg yg kat depan umah tu...uwaaaa...letih...biasanya time2 mcm tu kan aku tengah tido dgn kekasih aku...erk...mcm salah je ayat aku tu...erk...mcm ni ayat sebenar dia...biasanya time2 mcm tu adalah time tido aku dgn kekasih aku masa bulan posa tu...tido lepas suboh...haa...tu baru betul...huhuhu...bukan tido sama2 tau!!!...time tido je sama...tapi tempat tido lain2...dia kat umah dia...aku kat umah aku ler...sambung balik citer tadi...tu yang letih tu sebab setelah hampir setiap hari aku praktikkan tido lepas suboh...nnt badan kita dah jadi biasa untuk mintak tido time2 macam tu...tapi aku gagahkan jugak kelopak mata aku untuk meneruskan raya pertama pada hari itu...

"aku dengar bulan 12 ni ko nak bertunang?"...erkk...pandai sangat pakcik aku ni...mana ntah dia dengar kabar angin ni...aku rasa aku takde la hantar citer2 sensasi tu kat buletin utama...seolah2 macam satu kampung semua dah dapat citer bertunang tu...adik beradik aku lagi teruk..."bulan 12 ni kira jadi je la"...kata diorg....erk...mana sempat la pakcik2...makcik2...adik2 beradik aku semua...kursus kawen pun aku lom pegi....HIV test lagi...pastu nanti nak register nikah ambik masa lagi sebulan lebih...pastu mak aku pulak tak free sampai hujung bulan Nov...dia kena jaga cucu dia sbb kakak dgn abg aku nak naik haji..."ko kalau takde kursus kawen...kursus HUET (helicopter undersea escape training) pun bole pakai kot kalau nak kawen?"...dj sms aku masa citer pasal kawen2 tu sehari seblm raya hari tu...banyak la ko punya HUET course...iskk...21hb ni HUET course...erk...malasnyaaaaaaa.... (T_T)

erk...bukan nak citer pasal suasana raya kat kg aku sangat pun...aku sebenarnya nak citer pasal mancing...haah...mancing di satu hari raya...pukul 3 ptg aku dah terpacak kat kolam mancing bagan...bagan ni lbh krg 15 min je dari umah aku...aku pegi dgn abg aku...dan macam biasa la...takde ikan kat kolam tu sebab sekor pun aku tak dapat...aku duduk dah sejam masa tu...sekali tarik pun tak de...ada apek tu baru je dtg...tak sampai 10 min dia campak umpan...terus kena sambar...naik sekor siakap...bengang betol..."sabar la abg...kalau abg merungut berbakul2 mengutuk menyumpah seranah apek tu sebenarnya abg marah Tuhan"...erk...aku teringat blk kata2 kekasih aku masa malam lepas aku mancing siang nya tu...masa tu aku tengah mengadu kat dia pasal apek2 yg dtg lambat dari aku tp dpt ikan dulu...grrr!!!

aku tak puas ati...memang diorg pakai teknik casting...sebab tu diorg bole dpt banyak dan cepat...kalau setakat mancing macam mancing laut tu memang mcm menunggu yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang je la maknanya...raya kedua aku return lagi...dengan pakcik dan abg ipar aku...pakai teknik casting pulak...mcm apek2 tu buat...punyalah bersemangat...dari pagi lagi aku dah tercongok kat kedai pancing tu cari mata kail yang macam apek2 tu pakai...sampai2 je kolam tu aku terus baling...satu kolam aku tawaf...sekor pun tak naik...perh...menyirap2 darah muda aku bergolak dalam badan aku dgn disempurnakan lagi oleh terik matahari hari raya kedua...darah dalam badan aku mendidih...malas nak citer lagi pasal perasaan aku...aku tukar style semlm...campak umpan...duduk kat tempat redup...minum air reverse osmosis seteguk...bakar rokok...isap asap rokok tu dalam2...sambil buat2 mcm takde menda yang berlaku...dan sampai abes waktu memancing selama hampir 3 jam...kami pulang dgn tangan kosong lagi utk kesekian kalinya...dan kepedihan hati kami ditambah dgn suara bapak aku yang membebel sebab lambat semayang maghrib walaupun aku dah terangkan kat dia kira ok la aku blk awal dari masa yang sepatutnya sebab nak semayang maghrib...bkn aku nak semayang lambat2...bajet dah betul dah tapi masa tu jem sebab keta banyak org blk beraya...so kat situ la silap dia...lagipun bukan aku tak semayang langsung pun...dgn pakcik2 aku kena melebey (membebel dalam base ganu)...huhuhu...moral of the story to my uncle ~ takyah mancing kat situ lagi...pasni kita mancing kat sg ayam je...kat bawah ni ada pic masa kat kolam tu...

suasana mendung pada hari raya pertama sengaja mewakili hati aku yang jugak mendung sebab tak dapat ikan....grrr!!!

sebahagian dari apek2 yang berjaya menambahkan luka dihati aku pada hari raya pertama

suasana kolam pada hari raya kedua...cuaca elok yang tak menjanjikan apa2

"pening pale ramai2 gini"...sms dari kekasih aku...ramai org kat umah kekasih aku sebab sedara mara dia dtg beraya...aku dah rasa macam yang dia rasa masa raya kedua...semua adik beradik aku blk...kecuali yang kat sepang je...penuh rumah...nak jalan pun takleh...erk...bole sebenarnya cuma nak bagi gempak skit utk aku gambarkan suasana sesak dia...pastu bilik aku yang best tu pun ada org duduk...uwaaaaaaaa...dah la biik tetap aku tu abg aku yg no 5 da amik dulu sebab dia blk awal lg dari aku...bilik aku yg mak aku bg aku pun abg aku yg no 4 tu nak jugak...bila aku masuk je (lepas blk macning tu)...anak2 buah aku sorang satu semua bukak laptop diorg...on9 kat situ...adehh...aku salah umah ke ni?cc mana aku dah masuk ni?aku nak salin baju kat mana ni?nak semayang lagi...uwaaaaaaaa..."semayang kat bilik bak"...jawapan ringkas dan padat dari mak aku...ok lah...what to do...masa tu tetiba je aku rasa macam nak beraya kat umah mak metua aku...erk...jangan nak pasan...ko tu blm ada mak metua lagi...mak metua angkat tak leh ke?adehhh...

sejak semalam dah beransur2 adik beradik aku balik umah masing2...hari ni clear abes patutnya...jap lagi kakak aku yg no 6 pulak nak blk melaka...pastu tinggal lah aku dgn mak bapak aku je...dgn kekasih aku...tapi dia kat umah dia la...korang jgn pikir mcm2 plk...huhu...dia kat umah dia...aku kat umah aku..."kali ni mesti jadik"...masih terngiang2 kat gegendang telinga aku kata2 kakak aku masa salam dgn aku masa dia nak blk umah dia tadi...erk...maksud dia...kali ni aku mesti jadi sampai kawen dgn kekasih aku...erk..bukan kawen je...siap nikah...semua adik beradik aku dah merestui hubungan aku dgn kekasih aku ni...huhu...semua dah tgk pic dia yang berlambak dalam hp aku "abg kalau nak tunjuk...tunjuk pic yang xxx bgtau tu je...yang lain2 jgn tunjuk tau"...huhu...yer la syg...abg tunjuk yg dah dapat approval dari sayang je...pastu masa abg tunjuk kat abg punya abg yang no 5 tu...suka2 je dia scroll album abg tu...seb bek dia tk sempat tgk pic syg ...haha...tapi kakak ipar abg lagi bahaya...dia siap tgk click2 nak cari sms2 yg syg bagi...seb bek abg cpt pasan...huh!!...bahaya sungguh laki bini tu...nak tau je rahsia kita...hak3...



erk...kat atas ni ada pic yg kekasih aku mms kat aku..."love F so much...muaahh"...hahaa...dia wat kat pantai masa dia beraya kat umah pakcik dia kat...errr...kat resia...hahaha...F tu sapa? F tu la pangkal nama sebenar aku...dalam dunia ni tak ramai yang tau nama sebenar aku sebenarnya termasuk lah sebahagian dari korang2 yang tangah baca blog aku ni...hak3..."xxx jadi datang hari ni?"...mak aku tanya aku, kekasih aku jadi tak nak dtg umah nak beraya semlm..."tak jadi la mak...dia tak sihat...kg dia pun dia tak jadi balik"...aku jawap..."takpelah...lain kali bole datang...kesian dia tak sihat tu...ko jangan paksa dia pulak"...ok2 mak...mana de paksa...sian dia...biar lah dia berehat mak...nanti dah sihat org bwk dia dtg umah kita...huhu...tu dialog aku dgn mak aku bila mak aku tanya kekasih aku jadi dtg  ke tak...sebab awal pagi semalam aku ckp kat mak aku yang kekasih aku tu mungkin nak datang hari ni...pastu kekasih aku sms kata tk leh datang sebab tak sihat...takpelah...aku tak paksa sebenarnya...nanti pun ada masa jugak...insyaAllah...

adehh...dah letih dah...banyak lagi nak citer sebenarnya ni...nak citer pasal org2 kat puspakom yang abes semua kena maki dgn aku dua hari sebelum raya...nak citer pasal amoi2 sexy kat shopping complex yang mengurangkan pahala posa aku masa sehari sebelum raya...dan nak citer pasal masak nasik beryani masa malam hari raya pertama tu...tp macam malas lak nak citer...sebab aku dah letih...aku rasa dah agak panjang blog aku ni...len kali je la aku citer kalau aku rajin nak tulis lagi...babai... ;)

*syg....syg jgn lupa mkn ubat tau...luv u so much ;)

Saturday, September 4, 2010

Bongok

"cik xxxx...irfan ni...bape password streamyx?"...erk...anak buah aku ni pepagi dah call aku...kul 12.12 pm...kira pagi lagi la tu kat tempat aku sebab kat sini mendung je...best...tak la panas sgt mcm selalu...tapi aku risau skit...sebab semlm masa aku nak gi beli makan utk buka posa...hujan lebat sampai malam...dah lama tak hujan lebat macam tu kat bumi paka...itu petanda monsun timur laut dah nak start...dan kalau dia start semlm...maknanya tiap2 hari akan hujan...dan laut bergelora...merbahaya bagi bot2 kecil dan besar...maknanya lagi...petang ni aku kena bawak keta lagi kalau nak gi makan utk buka posa...maknanya lagi nnt keta aku basah lagi...basah semlm belum kering lagi...basah lagikah hari ini? tapi takpelah...semuanya adalah ketentuan Ilahi...kita kena terima segalanya dengan redha...dan hari raya jatuh pada hari Jumaat lagi untuk kesekian kalinya utk tahun ini dan kita kena redha juga jatuhnya hari raya pada hari Jumaat...erk...aku nak stop jap...nak mandi...

draft saved at 1.22 PM

Friday, September 3, 2010

Wajah Rahsia Hati

UTM puncak letaknya

"abg ckp apa tu?tak paham...abg ckp iban ke?"...kekasih aku reply sms aku lepas dia kejutkan aku utk bangun sahur pagi tadi...erk...asal tak  paham pulak...bukan ke aku gunakan bahasa standard sms aku...pastu aku cek balik sent item kat hp aku...patut la dia tak paham...aku sendiri pun tak paham sbb aku sms mcm ni..."ok syg...skt tekak lagi tak?ape? Tmpa sanbal e tu"...huhu...aku sms masa tengah mamai2 bgn tido nak sahur tadi...aku sedar aku nak taip apa sebenarnya masa tu tapi jari jemari aku tekan ikut kehendak diorg je tanpa mengikut rentak fikiran aku...kalau kekasih aku guling2 gelak masa baca sms aku...aku lagi la...dia siap post kat status fb lagi masa sahur tu...tapi aku control macho je masa tu...wat2 mcm takde pape...kalau dia tgk muka aku masa tu mesti dia tau camana perasaan aku menahan gelak...hehe...tira siap komen mcm ni kat status kekasih aku tu:

Atirah Skezo Mindfreak iskkk...apa la yg bdk 2org ni ckp.x pahm den...

6 hours ago · 

tira tak yah faham ek...biar abg dgn dia je yg faham...huhu...

erk...ni entry pertama (tak pertama sangat pun sebab malam tadi aku ada post dua entry...tapi tu aku copy paste dari blog zaty...thnx ty) utk bulan ni...dah bape hari ntah aku tak post apa2...aku tgk blog zaty dah belambak post baru...takpe2...dia memang rajin tulis blog...tiap2 hari tulis blog...satu hari paling kurang purata 3 blog...kot...tapi suasana persekitaran dia memang memungkinkan dia utk tulis blog yang banyak...kehidupan remaja kat universiti paling best sekali aku rasa...penuh suka dan duka...macam citer Ali Setan tu...pastu aku teringat pulak lirik lagu Wajah Rahsia Hati ~ Ogy (tapi aku lebih suka versi Sheila Majid lagi dari Ogy nyanyi...mungkin sebab aku suka suara Sheila Majid kot)...semuanya berkisar tentang kehidupan remaja, study dan cinta...dan mungkin zaty dan student2 lain pun tak terlepas dari melalui saat2 yang mcm tu...semua tindakan terbatas...persekitarannya semuanya adalah tentang pelajaran...dan cinta...kot...hahaha...erk...post kali ni tajuk zaty ke?erk...lom ada tajuk lagi...nanti aku fikirkan...dan tetiba je aku teringat zaman2 muda remaja yang aku abeskan masa aku study kat UTM dgn member2 dan adik2 angkat aku...adik2 angkat kira yang first generation kot...yang semuanya dah beranak pinak sekarang ni...kat atas ni pic UTM Skudai di ambil dari atas bukit Balai Cerap...caption "UTM puncak letaknya" tu sebenarnya lirik lagu UTM yg kitaorg kena hafal masa minggu haluan siswa...masa mula2 menjejakkan kaki ke sana...tanya lah sesapa pun ex-UTM...mesti diorg pun masih hafal lagu tu...huhuhu...rasa mcm baru je tinggalkan semua tu...baru tak baru pun dah 13 tahun...hurmmm...

tapi best jugak entry yang aku copy dari zaty tu...yang paling best tajuk dia "Orang Yang Menyintai Kamu'...aku modified tajuk dia...semua yg tertulis kat entry tu memang apa yang aku rasa kan dari kekasih aku...dan ada jugak yang aku buat kat dia...tapi aku rasa aku dgn kekasih aku dah lama buat benda2 tu semua baru aku jumpa statement2 yang mcm tu...dan maknanya apa yang aku dan kekasih aku buat tu kira betul la sebab selaras dgn statement tu...hahaha...selok...

nape tetiba aku rajin je nak tulis blog?sebab aku nak abeskan lagi 4 jam lebih masa aku sementara nak tunggu waktu berbuka...huhu...kalau aku dok saja sambil reply komen2 tu mesti aku bosan...dan nanti aku akan rasa masa yg berlalu adalah terlalu perlahan...sama perlahannya mcm boss aku nak amik keputusan utk approve cuti aku...erk...sebut pasal cuti...aku start cuti 7hb sampai 18hb Sept...aku rasa sekurang2nya ada 7 org yg tanya aku start cuti bila...dan baru semalam cuti aku di approve oleh boss aku masa aku cek email...dan minggu depan aku ada 2 hari lagi utk diabeskan sebelum aku bercuti panjang dan aku rasa aku perlukan lagi 2 hari khidmat matu...yer...aku start cuti 7hb tapi tak tau lg blk kg bila...huhu...rasa mcm nak blk 7hb tu jugak...pertamanya sebab aku nak shopping baju melayu kat kg...keduanya aku nak tolong2 mak aku prepare nak raya...takde menda sangat nak prepare raya kot sebab mak aku wat ketupat esok...sob3...terpaksa mkn beger je la raya kali ni..."abg jgn makan beger lagi tau pasni"...erkk....camana tetiba je aku rasa mcm terdengar2 suara kekasih aku ni...huhu...terer kekasih aku ni...dia mcm ada sixth sense pulak...padahal dia tengah jemur baju time ni...erkk...

aku punya blog skrg dah best...selalu aku setting sapa komen blog aku nnt aku nak kena approve dulu...tapi skrg aku dah tak wat mcm tu...sapa komen je dia terus kuar kat post aku tu...so memang takde tapis2 la komen diorg tu...nasib la kalau ada org nak kutuk ke apa...terpaksa aku telan je...dan bila aku wat mcm tu...aku dah tak tau sapa yang komen dan komen kat post mana dan bila pulak diaorg komen sbb ...dah la aku ni jenis malas skit nak click "comments" kat dashboard tu...so semlm aku dah add lagi satu gadget...recent comments...dgn cara ni aku  bole review komen2 yg baru aku terima tanpa click button comments...biasanya zaty dgn kiss yang rajin komen post aku...huhu..thanx ty n kiss...nnt komen banyak2 ek...;)



BUZZ!!!
Joe Black: erkk
Joe Black: ni sapa ni
atirah hatesuperman: berangan ke apa ni
Joe Black: abg tgh tulis blog
atirah hatesuperman: owh...
atirah hatesuperman: ada entry baru
Joe Black: haa
atirah hatesuperman: dh siap lom
Joe Black: br start
atirah hatesuperman: laaa...lmbtnyer
Joe Black: erk
Joe Black: lg 3 jam siap
atirah hatesuperman: makk aihhhh
atirah hatesuperman: lamanya tunggu
Joe Black: sabar
Joe Black: nak dkt buka baru siap
atirah hatesuperman: yer arrr..huhuhuhuhu
atirah hatesuperman: slamat menaip
Joe Black: nnt da siap abg bgtau

erk....tira pm aku tadi...dia tanya aku wat pe sbb aku tak reply sgt ym dia tadi kot...abg tengah tulis blog la tira...abg dah modified blog abg malam tadi...kul 3 am mlm td baru tido sebab repair menda2 tu...tu yang mamai tu reply bukan2 kat kekasih abg...abg nak kasi blog abg lagi best dari blog zaty dgn ayu punya...hahaha...biar takde kualiti sgt pun entry2 tu...asalkan appearance dia gempak...dgn background hitam yang suram dan muram...huhuhu...ganaz gitu...ala2 black metal...euwwww (ikut mcm pise selalu komen kat fb)...

adehh...dah nak dekat2 hujung posa ni rasa letih yg teramat sangat...berbeza pulak dgn kekasih aku tu...makin puasa makin rajin dia wat keje...mungkin sebab aku dah hilang 4 kg kot sejak posa hr tu...tu yg asik tak larat je...erk...semalam aku gi medical check up utk renew aku punya offshore safety passport...pastu masa medical chek up tu la diorg ukur tinggi dan berat aku...selalu 83 kg...semlm tinggal 79 kg je...kalau lagi 2 bulan aku posa...mesti bole turun sampai 12 kg kot...erk...kalau mcm tu dah boleh dapat berat badan ideal tu...erk...tak yah nak ideal2...nnt dah slim payah pulak...nnt makin ramai awek minat...erk...pasan...hahaha...kalau kekasih aku baca ni mesti dia marah...huhu...tak lah sayang...abg gurau je...ngeee...sayang jgn risau ek...abg tak benarkan sesapa pun singgah walau sekejap pun kat dalam hati abg ni kecuali sayang...ngeeee...erk....sebut pasal letih dan lemah td...aku teringat pulak kelebihan kalau amalkan baca surah Al Fatihah 41x selepas solat sunat qabliyah Suboh:

Supaya bahagia dan selamat 

Khasiat surah Al-Fatihah lagi, jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat mulia dan ditakuti musuh, dicintai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana

erk...dicintai semua org baik lelaki ataupun wanita?erkk...bahaya ni...kalau para bapuk dgn gay baca mesti diaorg suka ni...erk...skip2...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

lagi 6 hari je nak raya...erk...tak2...lagi 6 hari je posa...pastu nak raya dah...iskk...aku macam tak ready je nak raya...yang aku ready cuma nak makan disiang hari je kalau raya tu...lebih cepat raya maknanya lebih cepat la aku kena gi safety course tu...kena menyelam lagi...course tu 21hb sept...iskk..."kalau awak bole tahan nafas selama 16 second, awak bole lepas helicopter underwater escape test tu"...kata instructor tu masa sebelum menyelam tu...erk...semlm aku dah test...aku bole tahan nafas selama 30 second...paling lama 35 second...bole lepas la kot...walaupun isap rokok tapi aku rasa paru2 aku masih bole tahan lagi...huahuahua...lagipun 3 tahun lepas ok je masa first time aku amik course tu...harap2 yg kali ni pun ok jugak la...aminnn...

"nnt xxx tolong makcik masak...makcik masak rendang kot hari ni"...sms dari kekasih aku masa aku tanya dia buka posa apa hari ni...erk...sedapnya rendang...aku rasa mcm takde jual je rendang kat pasar ramadhan kat tempat aku tu...paling banyak orang jual murtabak je...dgn ayam percik...erk...nasik lemak pun takde...sejak posa hari tu aku blm makan nasik lemak lagi...mungkin tu kot penyebab berat badan aku berkurang...sebab lemak2 yang hilang tidak diganti semula...tapi aku makan nasik dagang...tapi bape kali je...nyum2 nasik dagang makan dgn ayam sambal...uhuhu...mesti orang ganu pelik je tapi memang aku selalu makan mcm tu...dulu kalau sarapan pagi...aku selalu mintak sambal tumis utk makan dengan nasik dagang...makcik kat kedai tu mula2 pelik tgk aku makan mcm tu tapi sebab aku dah selalu sangat mintak mcm tu...makcik tu dah tak pelik dah...korang try la mkn nasik dagang dengan sambal tumis utk nasik lemak...dappp...nyum2...

tak bole jadik!!!..nanti buka nak cari kopi ais mamak yang rasa kopi dia melekat kat tekak...pahit2 manis dan sejuk...nyum2...iskk...kalau time posa ni asik citer makan je...posa tak seberapa...banyak tido je aku rasa dari berjaga...tapi tadi aku bangun awal kot...seawal kul 10.59 am aku terjaga...boss lama aku call...tanya pasal interval lifting system menda ntah...aku tgh tido dia call...aku pun degan selamba cakap tak pasti...padahal aku malas nak ingat balik...kang tak pasal2 kuar lagi bahasa iban aku kang...nnt kekasih aku mesti suka bila aku dah start ckp iban...huhu...iskk...kenapa seawal kul 10.59 am?diorg tak tau ke ganu cuti time2 mcm ni...tak yah la nak call2...email kan bole...nnt hari ahad aku reply la...grrr!!!....dia tak tau ke kalau time2 mcm tu adalah time2 tido aku...ingat senang ke aku nak dapat tido yang cukup sejak akhir2 ni...erk...yer ke? jolo...

aku rasa mcm banyak benda je nak citer...tp lepas di edit oleh kepala otak aku...mcm banyak benda pulak aku rasa tak yah citer termasuk la citer pasal spray air tu...erk...citer spray air tu cuma aku dgn kekasih aku je yg tau...dan awek yang jaga counter masa aku nak bayar harga spray tu..."nak wat menda spray ni?" tanya awek tu..."rahsia"...jawap aku pendek sambil tertahan2 nak gelak sbb aku mcm dapat rasakan je awek tu nak tanya soalan tu masa dia tgk aku bawak spray air tu dan ternyata sangkaan aku tak meleset...dan aku rasa aku tanak menambah tekanan zaty dgn membaca blog aku yang panjang2 ni...aku rasa adalah lebih baiknya aku stop skrg...selamat berbuka ;)


*syg...luv u so much...muahhh... ;)