بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, January 11, 2012

Dilute

ni la kucing yang kaler dilute tu, aku nak namakan dia Daud sempena nama kaler dia tapi isteri aku taknak pulak dan lagi sebab yang ni kucing betina...adehh...sampai sekarang belum ada nama lagi...nama Dhia ok kot...erk...dia ni hiper aktif sampai aku terpaksa pegang dia untuk ambik pic dia...kalau tak asik bergerak je...

ni la Oren, yang banyak kutu tu...sian dia sekarang badan dia lemah sebab kurang darah O, sesapa ada darah O yang terlebih, boleh la derma kat Si Oren ni...
Ada ahli baru dalam rumah aku. Sebelum ni memang aku dah plan dengan isteri aku nak beli sepasang anak kucing pure persian yang muka dia flat tu. Masa survey tu anak-anak kucing tu masih belum bercerai susu dengan mak dia. So aku booking je la dulu anak-anak kucing tu. Leas 2 minggu dari hari aku survey tu, sekor dari anak-anak kucing tu sakit. Kena kurap. Bulu dia pun rosak. Dah macam kucing tepi jalan atau kucing kat longkang. Isteri aku pun geli je nak tengok. Apa lagi nak pegang. Aku cakap la kat owner kedai tu, aku taknak la kucing tu. Tapi takpe la duit deposit tu biar je dia pegang. Aku nak tunggu kalau ada yang macam tu lagi, baru aku beli. Pastu tokey kedai tu pun kata ok. So masa tu aku amik sekor je la, yang jantan, kaler oren. 

Baru-baru ni (ada la dalam sebulan lebih sejak aku tak jadi beli kucing tu) aku jalan-jalan kat kedai tu sebab nak ambik kucing-kucing aku yang aku boarding kat situ. Pastu tokey kedai tu cakap kucing yang aku rejek hari tu dah sihat. Kuat makan, bulu dia pun dah cantik. Pastu dia bawak kucing tu untuk aku tengok. Memang berbeza dari yang aku tengok dulu. Sihat sangat, gemok dan rasa berat je bila angkat. Aktif pulak tu. Kakak tu (tokey kedai kucing tu) tak jual kat orang lain sebab dia kesian kat isteri aku. Isteri aku ni memang nak yang kaler macam tu. Kaler dilute; kombinasi 3 kaler putih oren dan kelabu. memang payah nak dapat. Kat kedai lain harga dia RM3k. Tapi kat kedai ni dia bagi aku RM 750 je sekor, tapi kena ambik 2 ekor la. Dia jual murah kat aku sebab aku ni regular customer dia. Dulu aku takut nak ambik kucing ni sebab macam dah nak mati je. Cukuplah sekali pengalaman kucing yang kami bela mati. Nasib baik mati kat kedai tu masa tengah boarding. Kakak tu gantikan dengan kucing lain yang kurang comey sikit. Tapi alhamdulillah sihat sampai ke hari ini.

So tanggungjawab aku bertambah lagi. Satu je problem kucing ni. Dia suka tido kat pasir tempat berak dia. Jadi lepas berak tu dia akan tido kat situ. Nanti pepagi aku bangun tido aku tengok badan dia nanti penuh dengan taik. Dah 2 hari kucing tu ada kat sini. Dan dah 2 hari jugak aku mandikan dia. Agaknya nak kena asingkan sangkar. Mungkin sebab area dia tu sempit sangat. Itu yang memaksa dia untuk tido kat dalam bekas pasir dia kot. 

Pastu kucing yang oren tu pulak baru-baru ni ada kutu. Tak tau la kutu rayau mana sudah suka sama oren. bulu dia sampai gugur. Badan dia kurus. Pastu aku bawak pegi kedai tu, dia kata ni pasal kutu ni bulu dia tanggal dan badan dia kurus. Bukan setakat kutu kat bulu je, kat dalam telinga pun ada. Ntah-ntah dalam kulit dia pun ada kot, macam citer alien tu. Nanti dia akan kuar dari dalam mulut dan keluar ikut belahan perut dia.Ishh3...jauh dah peginya ni. Pastu aku beli la syampu anti kutu dari kedai tu. Harga dia RM 20.Mahal lagi dari syampu aku...iskk. Balik dari kedai tu aku pun gatal-gatal la surf kat google cara menghilangkan kutu kucing. Ada yang kata pakai minyak kapak la, pakai minyak kayu putih la, pakai air rebusan sirih la, selain pakai syampu. Ada satu statement tu aku tertarik untuk try. Dia suruh pakai minyak telon atau minyak tawon. Dua-dua minyak tu aku memang tak pernah dengar. Aku tanya kat isteri aku kalau-kalau dia tau pasal minyak-minyak tu. Dia kata minyak telon ada jual kat KP. Minyak tu untuk bayi kembung perut dan tak berangin sangat. Malam tu jugak aku pegi cari minyak telon tu. Sampai kat rumah, aku terus melumurkan minyak tu kat badan oren. Tak lama lepas tu berguguran kutu-kutu berjumlah lebih dari 10 ekor. Esoknya aku masih tak puas hati.Aku mandikan pulak dia pakai syampu anti kutu tu. Ada lagi dalam 3 ekor lagi kutu mati on the spot. Aku rasa tu la saki baki kutu-kutu yang ada kot. Tapi aku akan terus pantau dari semasa ke semasa. Kata kakak tu, kucing boleh mati kalau lambat ubatkan sebab kutu-kutu ni akan menghisap darah kucing-kucing ni sampai kering. darah dia. Kutu ni sebenarnya adalah salah satu dari spesies vampire the twilight saga yang menghisap darah adanya.

Masa aku cuti kawen hari tu, lebih kurang seminggu lebih jugak la, banyak jugak hamster-hamster aku yang mati. Aku ada baca fakta yang mengatakan hamster atau spesies tikus ni boleh tahan kalau takde air lebih lama dari unta. Based pada fakta ni, aku pun dengan selambanya tak letak banyak-banyak bekalan air untuk diaorg. Sekadar bekalan makanan je la yang banyak. Tetiba bila aku bukak rumah je bau busuk menerjah. Aku dah boleh agak dah bau busuk tu datangnya dari mana. Sekurang-kurangnya 20 ekor mati dalam tragedy berdarah tersebut. Ada sekor tu keadaan dia amat menyedihkan. Dia mati masa tengah berlari-lari anak masa main mainan pusing-pusing dia tu. Tergolek mati kat dalam roller tu. Keadaan tersebut menyukarkan member-member dia yang lain untuk bermain roller tersebut. Cuma nasib baik bangkai hamster ni jenis tak berulat; atau mungkin ulat-ulat dia ni dah dimakan oleh member-member dia yang lain. Kalau tira tengok ulat, mesti dia tak boleh tahan. Sedangkan cacing tanah yang dia terjumpa kat dalam kobes pun dia dah menjerit. Kesian mangsa-mangsa tragedy 9 November tersebut. Berapa ramai yang terkorban demi aku. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku. Aminnnnnnn.

Baru-baru ni jugak aku dah beli set bilik tidur untuk bilik kedua rumah aku. Set bilik tido tersebut terdiri dari katil, almari baju dan almari solek. So lepas ni sapa-sapa kawan-kawan atau sedara-mara nak datang kuantan senanglah, boleh je tido kat rumah kami, takyah susah-susah nak check in kat hotel. Murah betul kedai tu. Nama dia CY furniture.Dalam flier dia, dia siap cakap survey kat tempat lain kuat-kuat dulu, baru datang kat kedai dia. Rata-rata tokey kedai perabot kat Kuantan akan cakap macam ni bila aku comparekan harga kedai tu dengan kedai diorg "you tak payah buang minyak lagi, beli je la kat kedai tu" bila aku cakap aku nak survey harga. Yang bestnya lagi, kedai ni pun ada jual perabot-perabot jati, sama sebijik dengan yang kakak aku beli masa kat rengit hari tu, cuma harga dia jauh lebih murah dari kat rengit. Geram-geram je kakak aku dengar bila aku citer pasal harga yang jauh lebih murah dari yang dia dapat masa kat rengit hari tu. Kepada sesapa yang nak beli set rumah, pegi la beli kat kedai tu. Takyah susah-susah pegi kedai lain sebab dia offer harga pemborong untuk kita. 

Sejak berpindah ke rumah isteri aku, barang-barang elektrik kami pun secara automatik menjadi double. Mesin basuh ada 2, tv ada 3, peti ais ada 2. Aku rasa macam nak let go je barang elektrik ni. So sesapa yang berada berdekatan kuantan tu, kalau berminat nak beli barang-barang elektrik terpakai, boleh la berhubung terus dengan aku. Kalau nak set sofa pun ada, err...rak tv pun ada. Rak kasut yang simple tu pun ada. Carpet yang baru 6 bulan pakai pun ada. Erk...pendek kata macam-macam ada la. Set-set yang ada sekarang ni tak sesuai untuk kami yang mempunyai 6 ekor kucing sekarang ni. Nanti bulu-bulu kucing ni melekat kat sofa dan carpet kami. Samada suka atau tak, kami terpaksa tukarkan perabot kami kepada jenis jati. Heheh...mentang-mentanglah ada supplier perabot murah.

Dah 2 hari aku standby je nak kena buat inspection kat kemaman. Masa hari pertama tu, tanpa usul periksa aku terus drive gi kemaman. Sampai kat kemaman baru aku call boss aku tanya dia ada ke tak inspection tu. Pastu dengan nada selamba dia kata postpone. Nak marah pun tak boleh sebab memang salah aku sebab tak call dulu sebelum gerak. Lepas ni aku nak tunggu email dulu  baru aku gerak. Dan aku masih dalam mode standby. Tak tau sampai bila.

Cuaca kat kuantan ni mendung je dan sesekali hujan. Padahal kat tempat lain aku rasa dah panas terik dah. Mungkin cuaca kat pantai timur ni masih belum ok lagi kot. Memang musim monsun kan dari bulan 11 sampai bulan 4. Dan sekejap masa bulan 8-9. "Dulu musim hujan cuma hujung tahun je, sekarang ni musim hujan 2-3 kali setahun kata isteri aku. Haah...memang la. Aku pun perasan jugak. Lebih-lebih lagi bila dah kerja dekat tengah laut ni. Musim monsun dan laut bergelora ni dah sentiasa berada didalam kepala otak kiri aku.Dan benda-benda ni semua sebenarnya menghadkan musim percutian kat pulau-pulau peranginan yang berdekatan.

Ok lah, samapi disini dulu. Aku nak sambung kemas rumah. Pasni nak kuar pulak gi bandar.


*kpd isteriku...jom kemas rumah...erk...

2 comments:

syuzi syofia said...

joe klu buat entry.. peehh pjg giler.. mmg lotih membacenye.. kikiki

Joe Black said...

wakakakaa...tu pun pendek tu...banyak lg nak citer tp letih menaip...huhu