بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, January 20, 2012

Ghibah



Dah sebulan 3 hari aku bernikah dengan isteri aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kad nikah pun dah dapat semalam. Lepas ni tak yah nak bawak slip resit nikah tu. Bawak je kad tu kemana-mana. Dan pasni jugak  dah tak malu dah nak jawap bila orang tanya dah kawen ke belum. Biasanya soalan-soalan ini akan kedengaran bila aku pegi laut. Tapi rasanya diorg akan tanya pulak dah berapa orang anak. Hmm...yang tu takpe. Biar je dulu. 

Sejak akhir-akhir ni banyak citer aku dengar pasal cakap-cakap belakang aka umpat-mengumpat ni. Aku ni sebenarnya belum bersedia nak post apa-apa entry dalam waktu terdekat ni tapi rasa nak kena post jugak lah memandangkan benda ni dah semakin berleluasa dan yang tak bestnya, secara tak langsung aku pun akan terbabit jugak dengan cerita-cerita tu (bukna aku yang jadi bahan umpatan, tapi aku terlibat untuk bagi nasihat, bila bagi nasihat tu, maka timbul lah jugak nama-nama individu tertentu, dan bila ianya melibatkan nama individu tertentu, maka ianya disebut mengumpat). Tapi syukurlah, Tuhan bagi kelonggaran dalam mengumpat ni pada 6 perkara:

Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi penzalim.Contoh,si isteri mengadu ke pejabat agama perihal buruk suaminya.
Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.Contoh ceramah pilihanraya tentang calon yang bertanding..
Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.
Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.Cerita keburukan yang mungkin berlaku jika dipilih sebagai calon..
Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.Contoh sama seperti diatas.
Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya ( sigemuk,sipanjang,sibotak), tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.

Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut:

Pertama: apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
Kedua: meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.
Ketiga: ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”
Keempat: mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima: apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.


Aku suka yang keempat tu. Kita citer keburukkan A kat B dengan harapan B takkan terpedaya dengan kejahatan atau keburukkan A. Niat aku satu je, supaya orang lain tak jadi mangsa pada mangsa umpatan tu.

"gemok mcm badak sumbu"...erk...
Pada aku senang je. Kalau taknak jadi mangsa umpatan, takyah jaja citer pasal keburukkan diri sendiri kat sesiapa. Bukankah menceritakan keburukkan dan membuka aib diri sendiri pada orang lain tu adalah berdosa hukumnya? Apa lagi membuka aib atau menceritakan keburukkan suami/isteri atau keluarga pada orang lain. Pahala orang yang mengumpat akan diberikan semuanya kepada orang yang diumpat. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya". (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Muslim)

Jadi pada sesapa yang suka mengumpat dan membuka aib orang lain tu, bersedialah. Tuhan akan membuka aib anda sendiri walaupun anda menutupnya rapat-rapat dan walaupun ianya rahsia dalam rumahtangga anda. Lepas ni aku harap aku tak dengar lagi citer yang buruk-buruk pasal sesapa dari sesapa lagi. 


*kepada isteriku...lepas ni kita buat ketupat masa time nak raya je ek...erk...

2 comments:

Unknown said...

Queen nampak 3 hari je td joe baru nikah.. rupa2nya sebulan dah yer.. hehehehe

betul tu joe Queen sokong. ramai org skrg buka aib sendiri dan spt membenarkan diri menjadi bahan umpatan.. tp mmg ramai yg suka mengumpat baik lelaki atau perempuan sama ajer.. lbh baik pikir psl diri sendiri jer.. betul x?? perbaiki diri kita.. kan.. kan..

Joe Black said...

huhu...dah sebulan tiga hari la queen...ngeee...

tu la...skrg ni diorg ni sedap sangat chit chat sampai terlupa kekadang diorg tgh mengumpat...kalau benda yg diceritakan tu tak betul lagi teruk...tu dah jadi fitnah pulak...dan tadi baca kat blog syuzi pun sama, kalau kita salah2 share kat fb...tu pun kira mengumpat jugak...kalau info tu tak betul, jadi fitnah pulak...baik kita gunakan masa yang ada untuk perbaiki diri sendiri, tak yah fikir pasal orang lain...tapi tak bermakna kita memutuskan silaturrahim...cuma benda dalam kelambu, kita tak yah masuk campur...