بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, January 23, 2012

Proton Exora



Tadi aku cakap kat isteri aku, aku nak buat report yang last minit boss aku suruh buat sejurus sebelum aku gi laut, tapi bila dah bukak laptop ni, rasa malas pulak nak buat. Pertamanya sebab aku dah panjat katil ni, (aku dok katil atas kali ni) rasa macam malas pulak nak amik camera kat dalam beg kat bawah tu. Keduanya sebab sekarang pun dah pukul 12, lagi setengah jam dah time makan. Aku memang tak suka sangat kalau buat kerja berenti-berenti ni. Kalau nak buat, buat sampai siap. Tak suka bertangguh. So aku rasa baik aku buat nanti je, petang-petang sikit lepas-lepas semayang nanti la kot.

Aku sampai platform ni dalam pukul 3 lebih petang semalam. Setengah jam je dari airport. Platform ni antara platform yang terdekat dengan daratan. Kadang-kadang boleh nampak api dia (flare dalam bahasa oil and gas) kalau kita duduk malam-malam kat pantai Paka bila api ni diorg bukak besar. Patutnya kalau ikut plan yang aku faham, keja ni boleh buat dalam hari ni. Tapi bila sampai-samapi je semalam, diorg kata apa pun tak siap lagi. Pastu tadi pagi aku jumpa yang incharge, dia kata paling cepat pun, esok pagi baru boleh load test. Aku memang dah agak dah. Dan aku dah pesan siap-siap kat isteri aku, kalau tak selasa, mungkin next chopper lepas hari selasa baru boleh balik. Sian isteri aku. Takpelah sayang, semuanya Tuhan dah tentukan. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Sabar je la ek. :(

Dah agak lama aku tak pegi laut ni rasanya. Last aku pegi 12 Nov tahun lepas. Dah 2 bulan lebih tak pegi. Huhu...pasni mesti aku sibuk. Tapi patutnya tak sibuk mana. Sebab kalau ikut plan, bulan 1 dengan bulan 2 ni takde aktiviti. Yang kali ni pun sebenarnya takde dalam plan. Ni disebut unplanned. So unplanned ni yang jahat. Bila-bila masa je dia boleh ada. Kalau betul patutnya bulan 3 nanti baru ada. Pastu bulan 4 sekali, pastu bulan 5 sekali lagi. Tapi sekarang ni ada surveyor baru, Zabage (kependekan dari nama dia, Zaid Bapok Gemok. Dulu aku memang panggil nama  dia Zaid je, pastu masa tu aku dapat idea lepas balik dari keje kat Batam, kan orang Indonesia suka buat shortform kat nama-nama dia, contohnya presiden diorg, Susilo Bambang Yudhiyono, diorg panggil SBY je, dan Bunga Citra Lestari, diorg sebut BCL je, so Zaid Bapok Gemok ni aku gelarkan dia sebagai Zabage, yang menjadi ikutan oleh Dak P kemudiannya. Citer pasal Dak P ni aku pernah entrykan dalam tajuk apa ntah aku dah lupa) so harap-harap aktiviti ke laut (bukan mood kelaut macam tira tu...iskk...) aku berkuranganlah. Dan patutnya kalau nak cuti pun dah senang sekarang ni sebab dah ada orang nak cover. Tapi bukan nak riak dan sebagainya, tapi sebab aku ni antara yang senior dalam bidang ni, jadi boss aku lebih suka hantar aku sebagai pelopor atau pioneer kalau ada job yang baru-baru yang tak pernah dibuat sebelum ni. Dia taknak amik risiko kalau terjadi apa-apa kalau hantar orang yang kurang berpengalaman. Dan secara tak langsungnya kalau ada spesial job macam ni, maka akulah yang akan menjadi pertaruhannya. Sebab sekarang ni platform tengah shut down (shut down ni maknanya plant atau platform ni diberhentikan operasi sepenuhnya bagi membuat kerja-kerja pembaikkan, repair, maintenance dan seabagainya yang tak boleh dibuat masa plant beroperasi), dan platform ni pulak satu-satunya pembekal gas asli yang utama kepada negara, so semua orang termasuk Perdana Menteri sendiri sentiasa memantau progress shut down ni. Diorg tak nak ada satu pun masalah yang timbul yang akan membuatkan kerja-kerja untuk on balik platform ni nanti terganggu. So harap-harap semuanya berjalan lancar. Kekadang ada jugak orang mengeluh, kenapa lah shut down selalu dibuat time cuti, cuti Hari Raya Puasa aau Hari Raya China. Memang tu idea dia. Diorg memang buat shut down time cuti sebab masa ni permintaan bahan api baik dari gas atau petroleum adalah berkurangan. Diorg bukan saja-saja je dengki untuk pilih time cuti baru nak suruh orang pegi laut. Dan nasib la sapa yang kena pegi laut time tu. Kalau time Raya Puasa, elaun akan bertambah dari RM55 kepada RM200, tapi untuk Raya Puasa je la. Raya-raya lain tak dapat termasuklah Raya Haji. Sejak aku keja kat laut ni, aku memang tak pernah tak raya haji kat laut. Tiap-tiap tahun mesti kena raya kat laut. Takpelah, bertugas kerana Allah, demi negara. “Tak baik kita mengeluh pasal kerja, kan dengan kerja tu lah kita dapat rezeki” kata isteri aku kalau aku termengeluh pasal nak kena gi laut ni. Betul kata dia. Patutnya kita bersyukur dengan kerja yang kita ada ni. Ada orang tu tak begitu bernasib baik dapat kerja yang macam kita tengah kerja sekarang ni. Ada orang tu langsung takde kerja. So, bersyukurlah. Dengan kerja tu jugak kita dapat beli macam-macam termasuklah laptop Asus, Proton Exora, HP Blackberry dan dapat jugak pegi jalan-jalan ke Cameron Highland dan sebagainya (erk..).

Aku baru balik makan. Makan kari kambeng (erk...), ikan apa ntah masak sambal dengan sayur kobes. Tak boleh nak makan banyak-banyak sangat sebab berat aku dah bertambah. Aku rasa timbang kat rumah aku tu dah rosak la. Sebab isteri aku pun berat dia dah bertambah jugak lepas timbang kat situ walaupun adik sedara dia kata dia nampak kurus (pada aku sama je atau dah gemok sikit kot...erk...). Mustahil dalam masa seminggu boleh naik sampai 4-5 kilo. Nanti nak timbang yang kat pasaraya tu. Tapi malu pulak sebab amoi dalam mesin tu nanti dia sebut “you are over weight” kuat-kuat. Bongok je. Patut tak yah la sebut apa-apa. Kan nanti diorg jugak yang rugi sebab orang tanak timbang kat situ lagi sebab malu. Biasanya kan orang-orang gemok je yang nak timbang sebab dia perasan dia dah kurus.

Patutnya aku nak kena gi tengok-tengok diorg buat keja lepas-lepas Zohor ni. Amik-amik gambar lebih kurang. Tapi macam malas pulak. Tapi aku dah janji dengan member aku ni nak temankan dia. Dia first time keje kat offshore. So aku rasa macam bertanggungjawap nak kena bawak dia jalan-jalan kat sekita-sekitar platform ni. Tapi aku rasa macam nak terberak pulak. Malas pulak rasa nak berak sebab toilet tu tak banyak dan orang yang duduk kat sini ramai. Dan lagi satu sebab tadi pagi aku dah berak. Tapi rasa nak berak lagi pulak. Iskk...menda citer berak ni...

Lama lagi aku nak balik darat. Esok buat keje. Hari Rabu relax buat report. Khamis baru dapat balik. Nanti nak singgah opis dulu. Nak print report dan nak courier ke boss aku kat Miri. Pastu Jumaat dengan Sabtu cuti. Pastu nanti 5 hb Feb tira nak datang cuti-cuti Malaysia. Nanti boleh buat BBQ lagi macam hari tu. Kali ni buat siang la kot. Belum sempat lagi nak buat event kat FB. Ahli-ahlinya pun belum invite lagi. Kepada Kuantan crew, harap mempersiapkan diri anda untuk menghadirkan diri pada acara gilang-gemilang tersebut. Lokasi biasa, kat pantai De Rhu Beach Resort. Mesti best kali ni. Apa yang best pun tak tau...erk. Harap-harap dapat la bawak Rahim mancing kat sekitar Kuantan ni. Tapi macam tak sempat je. Apa-apa pun aku nak kena apply cuti dulu bagi mengelakkan boss aku nak suruh macam-macam.

Ok la...nak stop kat sini. Nanti aku tulis lagi.


*kepada isteriku...rindu sayang sangat2...erk...

No comments: