|
Peserta-peserta Masterchef Celebrity Malaysia sebelum ada sebahagiannya yang dah kena keluar |
Sejak isteri aku disahkan mengandung, segala urusan masak-memasak terpaksa aku yang galas sebab isteri aku dah tak larat nak berdiri lama-lama, nak angkat lesung batu dan benda yang berat-berat dan alahan bau-bauan kat dapur yang boleh menyebabkan dia termuntah-muntah. Aku ni jenis tak boleh kalau dengar dia muntah. Kekadang dengan aku-aku sendiri pun rasa nak termuntah. Pernah tu masa amik kucing dari kedai tempat boarding, selalunya kalau bau kencing dengan bau taik kucing aku takde menda sangat. Takde la rasa nak temruntah ke apa. Tapi satu hari tu isteri aku tak tahan sangat bau taik kucing tu. Terus dia pun mula la uwek-uwek. Mula-mula aku boleh tahan lagi, last-last dengan aku-aku sekali pun uwek-uwek. Tapi tak sampai ke tahap mengeluarkan apa-apa lagi la. Setakat uwek-uwek macam tu je. Tapi alhamdulillah, walaupun kekadang aku kena naik bot dipukul ombak ribut monsun bulan December yang mengganas, sampai ke hari ni aku tak pernah termuntah-muntah kat dalam bot. Pening-pening sikit tu ada la. Cuma tak sampai ke tahap muntah-muntah.
Masa awal-awal tu boleh la tahan lagi beli je kat kedai kalau nak makan tengahari. Tapi lepas seminggu jadi bosan pulak asik beli kat luar je. Sampai dah boring tak tau nak makan apa. Makan kfc kalau hari-hari pun muak jugak. Mekdi pun sama. Kalau korang tak caya korang cuba la. Mesti nak makan nasik jugak. Aku terinspirasi dari program Masterchef untuk merajinkan diri untuk masak time-time isteri aku mengandung ni. Suka jugak aku tengok gelagat Azwan yang lembut-lembut tu selalu mengusik kawan-kawan dia. Ramai yang tak suka dia tapi sebab dia cerewet tapi orang macam Azwan ni aku rasa senang je nak tackle kalau tau caranya. Dan kadang-kadang orang macam ni boleh menjadi seorang kawan yang amat setia dan jujur pada kita kalau kena cara melayan dia.
Masa mula-mula tu aku masak nasik, dengan sambal lonte (kat google ada resepi dia, orang Johor suka masak sambal ni), ayam goreng ala-ala pop corn kfc dengan sayur kobis goreng. Hari kedua ada request dari isteri aku. Dia teringin atau mengidam nak makan soto. So aku masakkanlah soto untuk dia. Siap ada bergedil semua. Memang kalau aku dengan isteri aku memang suka makan soto yang dibuat sendiri. Selalu je rasa tak puas hati dengan soto yang dibeli kat kedai. Belum jumpa lagi soto yang sedap macam kami masak (erk...riak sikit..). Sebab tu kalau bab soto kami lebih suka masak sendiri. Masa masak soto ni aku mintak isteri aku tolong masakkan sup dia sebab aku dah bz buat bergedil, buat nasik impit, sambal kicap dan sebagainya. Lepas tu hari ketiga tu aku masak nasik impit goreng. Macam yang china selalu masak kat tepi-tepi jalan masak pakai basikal roda 3 tu. Bezanya cuma kalau apek-apek tu masak dia pakai babi dan bau babi tumis tersebut amatlah harum kalau masa dia tengah masak tu kita berada berdekatan dengan dia. Kalau kat kampung aku time-time lepas-lepas raya pertama biasanya kan banyak ketupat-ketupat yang tak abis. Mak aku selalu potong kecik-kecik pastu goreng macam goreng nasik goreng biasa. Korang try la. Meemang sedap. Lain sikit rasa dia dengan nasik goreng. Pastu hari keberapa ntah, masak nasik lemak pulak. Tu pun sebab isteri aku mengidam nak makan nasik lemak daun pisang. Pagi-pagi lagi aku dah start kereta pegi pasar Kuantan cari ikan selar, daun pisang, daun pandan, kerang, santan, siap dengan petai sebab nak buat sambal tumis petai. Aku dengan isteri aku ni kalau makan petai memang selalu rasa sakit perut sebab petai ni kan antioksidan. Dia buang semua benda-benda yang toksid dalam perut kita melalui najis kita. Sebab tu la kita akan selalu rasa sakit perut kalau lepas makan petai. Belum pun abis makan nasik lemak tu, isteri aku dah order nak makan nasik ayam madu pulak. Dan pagi-pagi lagi aku dah buat ramuan untuk perap ayam. Ayam ni kena perap lama-lama baru sedap. Barulah bahan-bahan perapan tu menyerap dan sebati masuk dalam daging ayam tu. Pastu ada la resepi-resepi rahsia yang aku bubuh dalam nasik tu suapaya rasa nasik dia sedap lagi dari rasa nasik-nasik ayam yang dijual dikedai-kedai makan disekitar kuantan ni. Pastu semalam jugak, aku dah beli dah ramuan untuk buat orak-otak Gelang Patah, tapi aku rasa macam dah banyak sangat makanan untuk hari ni, so aku postpone lah otak-otak tu. Mungkin esok je la kot. Rumit sikit buat dia sebab nak kena bungkus dan nak kena kukus. Pastu kalau nak sedap nak kena bakar. Takpe, kalau rajin esok la aku buat.
|
Set hidangan Nasik Lemak daun pisang |
|
Nasi Ayam Madu |
|
Begedil ayam sesudah dibulat-bulatkan oleh isteri aku |
|
Soto ayam...nyum2 |
Ok, untuk menu esok, isteri aku dah order nak makan masak lemak cili api ikan talang. Ikan talang ni susah sikit nak dapat kat area Kuantan ni. Dulu masa aku keja kat Penang Port, senang je nak dapat ikan ni kalau mancing gunakan teknik yoyo. Tapi ikan ni sapa yang tak biasa boleh menyebabkan badan jadi gatal-gatal. Aku pun tak pernah makan ikan ni. Pertamanya sebab takut alahan gatal-gatal dan keduanya sebab agak susah nak dapat ikan ni kat pasar. Tengoklah camana.
|
Ni la rupa ikan talang |
Hari ni takde citer Masterchef celebrity. Aku suka tengok citer masak-masak ni sebab nanti boleh bagi aku idea nak masak apa. Aku pun suka jugak masak-masak ni sebenarnya. Suka masak-masak tak bermakna aku pondan...erk. Tapi suka sebab kita boleh buat sendiri sesuatu yang selama ni kita terpaksa beli untuk menikmatinya. Kalau masak sendiri, kita boleh menikmatinya dengan tanpa had. Pasal resepi takde masalah kot. Kat google semuanya ada. Dari kima daging sampailah kepada resepi nasik ayam penyet, semua ada kat google. Kekadang aku pelik jugak bila ramai orang mintak resepi masakan kat isteri aku padahal isteri aku sendiri pun cari sendiri kat internet. Cuma dia suka bandingkan dan modified sampai kekadang jadi lebih sedap dari resepi tu sendiri. Kalau kita ada basic, kita akan tau sendiri kat mana nak modified untuk bagi lebih sedap resepi-resepi tersebut. Tapi kekadang atau sebenarnya memang air tangan seseorang tu yang menyebabkan masakan jadi sedap. Macam ustaz aku dulu selalu cakap, air tangan kitalah yang membezakan masakan kita jadi sedap atau tak. Ada orang yang kononnya tukang masak, tapi bila kita order pastu kita makan, rasa tak macam makanan pun ada. Aku selalu cakap kat isteri aku, berdosa tukang masak tu masak macam ni. Orang bayar mahal-mahal tapi masak tak sedap. Masak cincai je. Ada hati gelar diri tukang masak. Bukan nak kata aku masak sedap, tu dah kira riak, tapi sesetengah masakan kat kedai-kedai makan ni kadang-kadang melampau sangat ketidak sedapan dia. Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka makan kat kedai mamak. kedai mamak ni korang pegi je la kat mana-mana negeri pun, rasa dia tetap sama. Pernah tu aku duduk kat Lumut, makan kat kedai Melayu sampai sakit perut, tapi makan kat kedai mamak ok je. Ada orang makan kat kedai mamak yang sakit perut. Tapi kroang jangan makan pasemboq kat Padang Kota Lama. Ntah tahun bila punya ntah. Tak lama. Lepas setengah jam aku makan, terus duduk bilik air 3-4 jam. Rasa sakit dia tak hilang-hilang sampai ko kena cucuk ubat tahan sakit baru tak rasa sakit perut lagi. Sejak peristiwa sakit perut tu, aku dah tak pernah lagi makan pasemboq walaupun selain dari Padang Kota Lama.
|
restoran mamak yang paling aku suka kat Kuantan. Nasik lauk ayam rendang black pepper dengan kuah kicap, kuah dal, kuah kari campur...nyum2...sedap lagi dari mekdi Mega Mac...erk.. |
*kepada isteriku...jom kuar cari kfc...erk...
2 comments:
hadoii panjangnya.. haha.. pasni masak apa pulak? errrkkk
ni pic je yg banyak...pasni masak otak2 gelang patah atau otak2 kempas...uhuhu
Post a Comment