بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, June 6, 2012

Amukkan Si Oscar

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala macam nikmat yang tak terhingga kepada aku dan isteri aku dan juga kepada umat manusia sekeliannya. 

Dua hari lepas isteri aku telah disahkan mengandung, setelah menanti dengan penuh kesabaran. Tidak ada hadiah yang terbaik untuk isteri aku untuk ulangtahun kelahirannya yang ke ** selain berita yang menggembirakan ini (dan kereta baru idamannya...erkk...). Takpe, citer pasal peknen ni kita serahkan pada isteri aku. Dia dalam usaha nak menyiapkan entry pasal tu kot. Mungkin dia akan ceritakan perasaan dia, rasa sakit dia, loya-loya, rasa nak muntah, rasa tak larat. Patutlah aku pun rasa loya-loya nak muntah 2-3 minggu lepas. Rupanya kena kat aku jugak. Dulu masa bujang-bujang aku selalu pikir samada aku akan kena jugak alahan-alahan kalau isteri mengandung bila aku baca pasal benda-benda macam ni. Rupa-rupanya kena jugak kat aku. Ingatkan sebab gastrik. Pelik tapi takde apa yang pelik sebenarnya dalam dunia ni. Kalau Tuhan nakkan sesuatu itu terjadi, maka ianya akan terjadi.

Aku benar-benar bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan rezeki dan kurniaan nikmat yang tak putus-putus pada aku. Bermula dengan kereta baru, pastu isteri aku disahkan mengandung, pastu tarikh aku kena pegi laut pun kena postpone, dah dua kali termasuk hari ni. Patutnya esok aku pegi laut, tapi postpone hari Sabtu pulak. Harap-harap kena postpone lagi sampailah tahun depan. Aminnn...erk.

saki-baki ikan-ikan koi aku yang tinggal...
Setelah 3 ekor ikan-ikan koi aku mati, semalam aku mengambil langkah drastik untuk mengasingkan semula ikan Oscar aku dari ikan-ikan Koi. Dasar Belanda dapat tanah, ikan Oscar yang menumpang di aquarium ikan-ikan koi mengambil langkah drastik dengan menyerang ikan-ikan koi aku yang bermacam-macam kaler tu. Agaknya dia jeles sebab kaler dia tak secantik kaler ikan-ikan koi tu. Dan mungkin ada sifat-sifat perkauman disitu.  Sekor yang kaler silver, sekor kaler emas, pastu sekor kaler oren jadi mangsa kekejaman si Oscar. Geram je aku tengok. Tapi nasib baik sebab dia pun cantik, pastu cepat besar pulak tu. Kalau tak dah lama aku campak kat sungai belakang rumah aku tu. Biar dia membiak dan pastu senang la aku nak mancing bila dia dah banyak nanti. Takpe, hari ni aku nak pegi beli lagi ikan-ikan koi tu. Masa 2 hari lepas tu aku dah geram-geram je tengok ikan-ikan tu kat kedai ikan dekat dgn rumah Pise tu. Tapi aku pendamkan hasrat aku yang suci murni tu dulu. Pertamanya sebab aku tak pasti lagi berapa ekor ikan koi yang mati. Dan keduanya sebab aku belum alihkan lagi ikan Oscar tu dari aquarium ikan koi. Dulu aku campurkan sebab aku tak sempat nak cuci aquarium ikan Oscar tu. Masa aku balik dari laut, ikan tu dah terkapai-kapai sebab air dalam aquarium dia tu kering sebab ada kesilapan teknikal pada filter air tu. Air tu disedut masuk ke dalam filter tapi keluar ke luar aquarium. Lama-lama tinggal ngam-ngam je sama paras dengan ikan tu bila ikan tu dalam keadaab baring. Kesian pulak aku tengok. Cepat-cepat aku masukkan dalam aquarium ikan koi tu. Dan setelah sebulan lebih peristiwa tu berlalu, barulah semalam aku ada masa untuk mencuci kedua-dua aquarium tersebut. Tu pun sebab untuk mengelakkan lebih banyak ikan koi yang akan menjadi mangsa kerakusan ikan Oscar. Ikan Oscar tu masa aku beli 2 ekor. Yang lagi sekor yang lebih kecik dari dia pun dah kena rogol sampai mati. Kalau ikan MPK ni takyah cakap la. Ntah dah berapa ekor aku masukkan dalam aquarium ikan Oscar tu. Bangkai pun takde. Tetiba hilang je. 

ikan MPK yang tewas ditangan si Oscar
ikan Oscar aku yang racist dan brutal tersebut
Pagi-pagi lagi aku dah amik welding shield kat bilik belakang tu lepas aku baca link yang Kamal post. Citer pasal planet Zuhal melintas diantara matahari dan bumi yang kalau kita terlepas hari ni, lagi 100 tahun baru dapat tengok lagi fenomena ini. Masa aku tengok tu tak nampak sebab mungkin kecik sangat kot. Kalaulah aku ada teropong bintang, mesti aku boleh rakamkan fenomena tu. Tapi aku cuma ada teropong camera blackberry yang boleh digital zoom sebanyak 3x. tetiba je rasa nak pegi balai cerap kat UTM. Aku ingat lagi pakcik bergambar dibawah kincir angin kat balai cerap UTM tu. Tapi tu dah lama. Tu cerita 9 tahun yang lalu. 

Gambar matahariku yang telah difilter pakai cermin welding shield yang di ambil pada hari ini pada pukul 11.26 am...tak nampak tanda-tanda lintasan planet Zuhal disitu...mungkin sebab kecik sangat kot...yang jelas kelihatan ialah sebahagian bumbung rumah aku
Balai cerap UTM...banyak kisah-kisah pelik yang pernah diceritakan orang disini
Pemandangan kampus UTM Skudai dilihat dari atas bukit balai cerap UTM (pinjam pic ko kejap ek Mohd. Shafiq)
Tak tahan. Sakit mata aku tengok lalang-lalang tegak berdiri, menyambut kami kemakam bonda (pinjam bait-bait sajak Ke Makam Bonda- Dato Dr Usman Awang) kat depan halaman rumah aku yang sekangkang kera tu. Memang sengaja aku tak panggil Man (budak yang ambik kontrak potong rumput kat taman rumah aku ni) untuk potong rumput kat rumah aku ni sebab aku nak cabut sendiri lalang-lalang tu sampai ke akar umbi dia sekali. Biar tak tumbuh lagi lepas ni. Setelah berhempas pulas menggerakkan tulang empat kerat aku selama sejam lebih, maka bersihlah kawasan rumah aku. Dan racun serangga organik yang aku beli dari auntie tu dah membuahkan hasil. Dah kurang dan mungkin dah tiada lagi daun-daun pokok-pokok bunga ros aku yang kena makan belalang. Dan bunga-bunga ros aku pun mulai mekar seiring dengan hati aku yang berbunga-bunga menyambut hari-hari yang mendatang yang hebat ini bersama-sama isteri aku yang amat aku cintai dan bersama orang baru yang bakal lahir nanti. InsyaAllah...aminnn... :)

Halaman rumah aku yang sekangkang kera tu. Semua pokok bunga ros dah bersemi kembangnya kecuali yang putih je...yang putih tu baru je luruh semua bunga dia...tak lama lagi giliran dia untuk bersemi semula...erk...


*kpd isteriku...nnt makan banyak2 tau...biar bertenaga sikit :)




2 comments:

Katak Hijau said...

haritu org nak beli telescope taknak kasi.. padan.. erk

Joe Black said...

erk...jom beli skrg...erk...