Hari ni patutnya aku ada banyak keje ni. Tapi malas nak buat. Selalu pun malas jugak. Selalu tu aku malas nak tulis blog, tapi rajin buat benda lain. Tapi hari ni aku malas nak buat benda lain, tapi rajin nak tulis blog. Banyak benda tentang kehidupan aku yang aku malas dah nak share dengan orang lain kecuali dengan isteri aku sendiri. Malas nak citer pasal kematian wok dan miaw (tapi aku citer la jugak...erk) yang sungguh tragis. Ada ke mati sebab kutu isap sel darah merah dia. Tak masuk akal. Dulu kecik pun mati sebab kutu. Yang tu aku boleh terima sebab dalam masa dua minggu sebelum dia mati tu dia memang dah lemah. Badan dia kecik je so kalau kena isap darah dia makin tak bermaya la dia. Itu aku boleh terima. Najis dia pun ada campur darah. Tapi wok dengan miaw ni, dia sihat walafiat masa aku tinggalkan kat kedai pengasuh dia. Takde tanda-tanda dia sakit sebab kutu. Lagipun aku dah spot on (salah satu kaedah membasmi kutu pada badan kucing) seminggu sebelum tu. Kalau ada jugak kutu tu maknanya kedai tu tak spot on dia la sebab aku dah suruh dia spot on. Aku rasa sebab dia tak bagi makan. Masa dia keluarkan kucing tu masa aku nak amik tu baru dia perasaan kucing tu dah mati. Siap dah keras lagi jenazah dia. Maknanya dari pagi lagi dia tak pegi cek kucing tu. Maknanya lagi dia tak bagi makan la dari pagi, dan mungkin juga dari semalam-semalamnya atau mungkin dari sejak aku tinggalkan kat situ. Kenapa aku suka cakap macam tu? Sebab keadaan kucing-kucing aku tu masa aku baru lepas amik dari kedai tu mesti macam kucing kebuluran. Macam seminggu tak makan. Kalau bagi air tu, diaorg akan minum air tu sampai 5 minit tak berhenti. Sampai abis air dalam bekas dia sekali minum je. Bayangkanlah macamana kucing minum. Dia jelirkan je lidah dia kat air. Jelir lidah macam tu pun boleh abis air dalam satu bekas. Maknanya memang kebulur tak minum air. Kalau dia tak makan tu aku boleh terima lagi sebab kucing-kucing aku tu memang tak suka makan makanan kat kedai tu. Makanan murah. Tak sedap agaknya. Tapi kalau tak bagi air tu aku memang tak boleh nak terima. Aku redha ketentuan Ilahi. Tapi kalau betul dia tak bagi kucing-kucing aku makan dan minum, biarlah dia jawap dengan Allah kat akhirat nanti. Aku dah maafkan dia kalau betul dia buat salah. Yang selebihnya, biarlah dia jawap dengan Allah. Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kucing aku dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Aminnnn.
|
keadaan wok dan miaw, seolah-olah mati dalam keadaan tertido. Tak ada tanda-tanda mati secara tiba-tiba .Berdosa besar siapa yang membiarkan binatang mati dalam kurungan tanpa makanan dan minuman |
Kat rumah aku ni sekarang ada wabak kutu kucing. Kalau aku masuk bilik belakang tu, kutu-kutu tu akan berebut-rebut mengejar kaki aku. Pastu gigit kaki aku sampai gatal-gatal. Kekadang ada jugak yang terlepas sampai ke ruang utama rumah. Akibatnya badan-badan aku akan gatal-gatal. Dah 2-3 hari ni aku perasaan kat luar rumah pun ada jugak binatang ni. Aku rasa bukan setakat kat dalam rumah aku je. Kat luar rumah pun banyak. Sampaikan pada satu tahap, aku terpaksa spray ridsect atau shieldtox kat kaki aku sendiri bila kutu-kutu ni terbang dan melekat kat kaki aku. Semalam aku mandikan gemok, pun banyak kutu-kutu tu mati sebab aku mandikan gemok pakai syampu anti flea, ticks dan apa ntah lagi satu aku lupa. Aku ada baca kat google, orang-orang Indo pakai minyak Telon untuk membasmi kutu-kutu ni kat badan kucing-kucing tu. Dua hari lepas aku ada beli minyak telon ni kat KP, tapi aku beli jenis lain yang bau dia tak menyengat sangat. Masa beli tu aku ingat bau dia atau khasiat dia sama je. Aku saja beli yang jenis lain dari yang aku pernah beli sebelum ni sebab yang sebelum ni botol dia tu agak susah nak keluarkan minyak dia. Lubang dia kecik sangat. Yang baru ni lubang dia besar macam botol minyak gamat (kata orang yang jual masa aku nak beli tu) tapi masalahnya tak berkesan. Beriya aku sapu kat kaki aku sebelum aku masuk bilik belakang tu dengan harapan bila kutu-kutu tu terbang dan melekat kat kaki aku, semuanya akan pening-pening lalat dan mampus semuanya. Sangkaan aku benar-benar meleset. Malah makin banyak pulak kutu-kutu yang hinggap dan gigit kaki aku. Dengan sekelip mata atau orang putih kata "just before my eyes" akau sambar tin ridsect yang memang aku dah standby dekat-dekat situ dan terus sembur kaki aku yang dipenuhi kutu-kutu yang berkumpul kat situ. Kaki aku ni seolah-olah umpanan untuk aku membenteras kutu-kutu jalanan tersebut. Dua minggu lepas lagi best, masa tu aku memang dah bengang pasal kutu tu. Aku saja je spray bilik belakang tu, bila aku spray kesemua arah dalam bilik tu, aku dengar macam bunyi air hujan jatuh ke atap. Bila aku selidik, rupanya tu bunyi kutu-kutu tu jatuh satu persatu ke atas kotak-kotak dan suratkhabar yang aku buat alas dalam bilik tu. Bayangkan, bukan berpuluh, bukan beratus, tapi aku rasa ada beribu kutu tu dalam bilik tu. Sejak tu baru aku tau bilik tu banyak kutu. Aku rasa kalau aku tak buat eskperimen tu, aku rasa satu hari nanti aku pun boleh mati sebab darah aku kena hisap dengan kutu-kutu tu. Iskk...
|
sedap sangat kutu ni tengah gigit tangan aku |
|
antara kutu-kutu yang mati lepas aku spray dengan ridsect |
|
minyak telon yang aku beli, yang ni tak berapa power untuk membunuh kutu |
|
ni la syampu anti ticks, fleas and lice tu...kalau rambut korang banyak kutu, aku rasa pakai syampu ni bagus ni |
|
minyak telon ni baru power, boleh membunuh kutu |
Sempena isteri aku peknen ni, bukan sempena peknen sangat la, sempena, kan dia tak boleh nak duduk-duduk lama-lama sangat mengadap laptop, dan sempena dia bosan sebab tak boleh nak online selain dari tengok tv dan tido, dua hari lepas atas dasar kasih sayang yang tak berbelah bagi, maka aku pun belikan lah dia Tablet PC. Tablet PC ni sama macam ipad atau galaxy tab jugak dan boleh jugak nak buat call. Dan lepas ni senang la dia nak online kat situ sambil main game sambil baring-baring je. Tap payah nak duduk mengadap laptop. Err...sebenarnya aku malas nak citer pasal benda ni tapi tetiba gambar tablet ni ada kat dalam hp aku, so aku upload je la dan citer kat sini. Best jugak rupanya tablet ni. Dulu aku macam malas nak beli sebab, yer la...kan laptop lagi puas untuk on9, tapi tablet ni lagi best sebab kita bole on9 sambil baring-baring. memang boleh on9 pakai blackberry tapi screen dia kecik sangat. So tablet ni mungkin solution pada sesapa yang nak on9 sambil baring-baring macam aku ni. Banyak kelebihan dia, contohnya boleh masukkan sim kad broadband terus kat dalam tu untuk on9 dan sebagainya. Lepas ni boleh la dia komen-komen lagi kat FB dia. Kesian isteri aku. Dia selalu muntah-muntah, tak de selera makan, perut selalu sakit-sakit. Berat badan pun dah turun. Aku jugak yang kena bebel dengan kakak aku dan mak aku sebab berat badan dia turun. Susah jugak jadi orang tengah ni. Kalau salah cakap, kena marah balik dengan isteri aku, kalau tak cakap, kena marah dengan kakak dan mak aku. Nak suruh diorg bercakap sesama sendiri, dua-dua pihak tak nak saling bercakap. Ibarat makan buah kepantangan beruk, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Takpelah, memang dari dulu aku selalu jadi mangsa sebagai orang tengah. Kalau mental dan fizikal aku tak kuat, aku rasa aku yang kena darah tinggi sebab sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan yang agak luar biasa pada aku selama ini bagi menghadapi situasi-situasi yang macam ni. Agaknya sebab tu lah ada sesetengah ibu yang tak larat nak mengandung lagi. Cukup la sorang je. Agak-agak Tira tu nape ek?Nape sorang je ek?Sebab trauma masa mengandung ke atau trauma masa bersalin ek?erk..
|
Tablet PC yang best |
Dah tak lama dah nak puasa. Dan dah agak lama jugak tak raya. Mudah-mudah Allah mudahkan ibadat puasa aku dan isteri aku dan semua umat Islam. Mudah-mudahan kita semua dapat meningkatkan ibadah pada bulan yang mulia ini sebagai bekalan kita diakhirat nanti. Dan mudah-mudahan aku dapat puasa penuh sebulan tanpa masalah dan tanpa gastrik. Aminnnn. Dengan ini jugak, aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa dan aku memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku kat korang semua sempena nak puasa nanti.
*kpd isteriku...nanti makan banyak2 eh...biar naik semula berat badan tu...erk...
2 comments:
sian org tgh.. haha.. nak wat camana.. isteri mabuk fon.. haha.. ckp kat fon kang muntah2 pulak.. haha
huhu..
Post a Comment