بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Thursday, May 31, 2012

Hujan Lebat

Akhirnya dapat jugak aku pakai kereta ni...Mitsubshi Lancer GT 2.0...nampak macam Inspira je?erk...

Masa tu on the way balik dari BP. Dalam tengahari tu kami sampai la kat Segamat. Masa tengah menyelusuri liku-liku jalan kat Segamat tu, aku ternampak satu keta Cherry Eastar kat salah sebuah deretan kedai kereta kat situ. Agak jarang dapat cari Cherry Eastar second hand kat kedai kereta. Ramai orang beli tapi tanak jual. Best sangat agaknya kereta tu. Pastu aku ajak la isteri aku pegi tengok kereta tu. Tapi dia macam dah malas nak tengok. Dia nak cepat sampai ke Kuantan. Tapi aku berentikan kereta kat tepi jalan, U turn semua ke arah kedai kereta tu. Belek-belek kereta tu dari luar. Kereta tu memang dah lama aku suka sebab sebenarnya kualiti dia baik, siap pakai enjin mitsubishi lagi tapi sebab kereta tu buatan China, maka susut nilai kereta tu amatlah tinggi. Sama dengan kereta-kereta Asia yang lain termasuklah korea tapi tak termasuk Jepun. Kalau baru harga dia nak dekat RM 80k. Tapi kalau dah 2 tahun pakai, harga dia boleh turun sampai RM 58k. Aku saja usha kereta tu walaupun aku rasa aku taknak beli kereta tu sebab kereta tu takde air cond untuk penumpang barisan belakang sekali. Tapi aku usha jugak sebab mana tau kan yang aku tengok tu ada air cond untuk baris belakang. Tapi hampa. Yang ni pun tak de air cond jugak. Pastu kat sebelah-sebelah Cherry tu ada pulak Toyota Wish. Usha Wish pulak tengok camana. Pun sama, takde air cond untuk penumpang barisan belakang. Pastu tengok Grand Livina. Pun sama jugak. Yang ada air cond baris belakang cuma Exora, Toyota Unser, Estima, Alphard dan yang mahal-mahal je la termasuk Grandis. Tetiba isteri aku tunjuk kat Mitsubishi Lancer kat sebelah Wish tu. Masa tu aku agak malas nak tengok kereta tu sebab tujuan utama nak tukar kereta sebab nak cari MPV jugak. Tapi aku tengok jugak lah lebih kurang kat kereta tu. Menarik jugak. Tapi tak banyak barang la boleh bawak lepas ni. Bagus jugak kata aku dalam hati. Lepas ni isteri aku takleh beli barang banyak-banyak sebab kereta tak muat nak bawak barang...erk...


Tetiba ada sorang apek tu keluar dari kereta dia. Rupa-rupanya dia tu salah sorang salesman kat kedai kereta tu. Dia pun mulalah bertot tet tot tet citer pasal kereta-kereta kat situ. Dah puas membebel, last-last apek tu ajak kami duduk kira-kira harga kereta tu. Aku pun dah malas nak berbasa-basi, terus ikut je la apek tu masuk opis dia. Pastu adegan kira mengira dan tawar menawar pun berlaku. Dipendekkan cerita, aku pun cakap kat apek tu nanti lah aku fikir dulu. Sebelum tu aku dah siap test drive kereta tu. Masa test drive kereta tu, aku dah cakap kat isteri aku kalau aku dah test drive ni mesti jadi beli ni. Pastu dia pun tersengih-sengih je. Isteri aku yang minat sangat kat kereta tu. Aku ni jenis tak kisah. Minat jugak la kat kereta tu cuma aku rasa dulu macam malas nak bayar monthly mahal-mahal sangat, sebab tu aku pakai Vios je. Dan lagi masa tu nama aku kan black list, tak boleh buat loan kecuali dengan Toyota Capital je. 


Tapi apek ni bagus. Dia kata dia boleh ambik kereta Kia aku tu. Dia akan bayar abes sampai nama aku clear dari black list. Orang Ambank yang aku buat loan kereta Kia tu pun dah cakap kalau bayar abes kereta tu baru lah surat tindakan mahkamah tu dioorg akan batalkan. Selagi tak clear selagi tu diorg akan hold dan selama tempoh tu jugak nama aku akan black list. Tak boleh buat loan dan sebagainya. Fikir punya fikir, dalam 2-3 hari jugak lah, akhirnya aku pun buat keputusan, ambik je la kereta Mitsubishi Lancer tu. Pertamanya sebab nama aku clear pulak bila buat loan untuk kereta tu dan keduanya apek tu dah janji nak bayar abes kereta Kia tu dan dengan itu maka nama aku pun boleh clear. Kalau beli kereta baru agak susah nak dapat offer yang macam ni, Lagipun mesti diorg akan amik murah je Kia aku tu. Last-last hari Jumaat lepas, keluarlah kereta tu. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya nampak macam takde harapan aku nak beli kereta baru, tapi dengan izin Allah, semuanya tu dapat diatasi. Manusia hanya boleh membuat peraturan yang bermacam-macam yang menyusahkan manusia lainnya tapi Allah lah yang berkuasa menentukan segala-galanya. Walaupun nampak mustahil untuk aku beli kereta dengan nama yang blacklist ni, tapi takde yang mustahil di sisi Allah. 

Ok. Malas nak modified kereta tu. Buat standard modified je. Spot rim pun tak tukar, tinted pun tanak gelap-gelap. Spring pun tak tukar sport punya. Sound system pun pakai yang original je. Malas dah nak modified-modified. Tapi tak tau sampai bila. Yang pastinya Wira aku sedaplah. Semua sound system yang aku bukak dari Kia tu aku nak sumbat kat dalam Wira. Biar crack semua tingkap dia aku hentam maximum bukak volume dia. 

Sejak akhir-akhir ni aku dah tak mancing dah. Sejak semua ikan-ikan puyu dan ikan-ikan haruan aku mati secara besar-besaran masa aku bela dalam tong sampah tu, aku jadi fobia nak bela ikan puyu dengan haruan lagi. Masa mati tu busuk betul bau dia. Sampaikan ulat-ulat sampah yang makan bangkai-bangkai ikan tu pun tak sanggup nak hidup dalam tong tu dan akhirnya mati bersama-sama ikan-ikan aku tu. Bau dia daripada sebusuk-busuk bau sampai la dah takde bau. Aku pun rasa takut-takut je nak jengok-jengok kat dalam tong sampah tu. Takut nak tengok ulat-ulat yang beribu-ribu ekor tu. Silap-silap boleh termuntah. Aku tunggu hujan yang betul-betul lebat, nak tunggu air mengalir deras dalam longkang depan rumah aku, baru aku nak buang isi perut dalam tong sampah tu. Akhirnya setelah berminggu-minggu, berjaya jugak aku jalankan misi aku tu. Semua aku curah dalam longkang tu. Laju je dia mengalir bersama-sama arus air yang mengalir tu. Dulu aku pernah buang masa tu tak hujan. Air dia berkumpul je depan rumah. Pastu bau dia stay je kat sana sampai lah hujan lebat turun. Busuk macam bangkai. Sekarang ni pun tinggal ikan koi dengan ikan oscar je yang aku bela. Aku campur dalam satu Aquarium. Aquarium satu lagi tu tunggu masa je nak cuci. Tak sempat nak cuci sejak aku berkecimpung dengan dunia pertanian tanaman ros. Kucing pun dah tak lama dah. Kejap lagi nak berpindah kerumah lain. Rumah aku dah tak muat dah. Banyak benda nak buat kat rumah aku ni. Baru dapat quotation pasang awning, modified pagar nak buat sliding dengan nak buat penutup longkang. Mahal nak mampus. Mahal lagi dari Cina buat. Ingat nak tolong Melayu. Tapi Melayu tu pun sembelih sesama Melayu. Abih nak salahkan siapa?

OK lah. Stop sini.


*kpd isteriku...jom jalan2...hari Ahad ni cuti...erk...

No comments: