بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Sunday, May 20, 2012

The Value Of Believing In Yourself

ni la buku yang kakak aku belikan dari Canada tu...tak sangka boleh pulak jumpa masa aku surf kat google tadi...kat mana ntah buku ni sekarang...
Habis daun pokok-pokok bunga ros aku semuanya berlubang-lubang. "Kenapa daun dia semua berlubang-lubang auntie?" tanya aku kat auntie yang jual pokok-pokok bunga kat jalan Teluk Sisek depan pam minyak Shell tu. "Bagi air cukup, baja cukup, nanti mesti ok" kata auntie tu. Aku masih tak puas hati dengan jawapan auntie tu. Isteri aku pun macam aku jugak. Takkan la sebab tak cukup air atau tak cukup baja daun tu boleh jadi macam tu. Mak aku kata sebab kena makan dengan kumbang. Mak aku suruh tangkap malam-malam kalau nampak kumbang-kumbang tu. Semalam tergerak aku nak jenguk pokok-pokok bunga ros tu tengah-tengah malam buta. Puas aku belek-belek. Rupa-rupanya bukan kumbang yang makan daun pokok-pokok bunga ros aku tu. Ianya sesuatu yang lebih hebat dari kumbang. Tak dapat aku bayangkan. Dengan kadar segera aku masuk semula ke dalam rumah. Mencapai pedang yang aku baru je cas sepenuhnya. Maknanya arus elektrik yang akan mengalir nanti adalah dalam keadaan maksimum.

Dah lama aku peratikan daun-daun pokok tu. Sejak akhir-akhir ni daun dia semua rosak. Semua gugur. Macam dah nak mati pokok-pokok aku tu. Bunga pun keluar sikit-sikit je. Jadi dah tak cantik. Kalau kat kedai tu semua subur dan gebu je. Gemok-gemok macam gemok. Masa aku mandikan gemok hari tu, ntah kenapa ntah tetiba dia mengamuk. Menjerit-jerit dan meronta-ronta marah. Hampir saja menggigit tangan aku. Nasib baik masa aku mandikan tu gemok kat dalam sangkar. Kalau kat luar sangkar, mesti gelap gambar kalau aku main lepas je tangan aku macam tu. Mesti dia tanak balik rumah lagi dah masa tu. Masa gemok meronta-ronta dan menjerit-jerit tu, wok pun menderam je. Macam tak puas hati aku mandikan gemok. Seolah-olah kerasukkan setan kucing-kucing aku tu. Aku pun rasa tak sedap hati. Tiba-tiba je dia org jadi gila macam tu. Agaknya terkena penyakit anjing gila. Tapi gemok dan wok bukannya anjing. Macamana pulak boleh nak kena penyakit anjing gila? Cuma Louise Pasteur yang boleh menjawab soalan aku. Louise Pasteur ni sebenarnya adalah seorang doktor yang mula-mula berjaya menemukan virus rabies, anthrax dan lain-lain.

"If one were to choose among the greatest benefactors of humanity, Louis Pasteur would certainly rank at the top. He solved the mysteries of rabies, anthrax, chicken cholera, and silkworm diseases, and contributed to the development of the first vaccines. He debunked the widely accepted myth of spontaneous generation, thereby setting the stage for modern biology and biochemistry. He described the scientific basis for fermentation, wine-making, and the brewing of beer. Pasteur's work gave birth to many branches of science, and he was singlehandedly responsible for some of the most important theoretical concepts and practical applications of modern science"

Macamana aku boleh tau pasal Dr. Louise Pasteur ni? Masa aku kecik-kecik, masa tu masih sekolah rendah dalam darjah 3 atau 4 aku pun tak ingat. Masa tu kakak aku yang no 3 tu baru balik dari Canada. dia study kat sana. Dia belikan aku satu buku budak-budak. Tajuk dia Lousie Pasteur. Dari buku tu lah aku tau pasal penyakit anjing gila ni. Aku tak reti pun baca buku tu sebab dia tulis dalam English. Kakak aku tu la yang bacakan dan ajar aku berbahasa Inggeris. 

Sambung balik citer pasal pokok-pokok aku tadi. Sekarang pokok-pokok aku dah tak gemok. Semua tinggal batang-batang dia je. Dengan 2-3 kuntum bunga satu pasu. Tapi ada tanda-tanda pucuk-pucuk baru dah mula tumbuh. Satu permulaan yang hebat. 

Lepas aku capai pedang tu, aku terus keluar semula ke arah pokok-pokok bunga ros aku tu. Dengan hikmat kesedihan tak terperi, sekali libas je, berdetap-detup bunyi letupan yang berpunca dari aliran arus elektrik yang terpancar dari pedang aku tu. Seekor-demi seekor belalang jatuh menyembah bumi. Huh!! baru dia tau kehebatan Pedang Perwira. Tak sikit belalang-belalang yang tewas ditangan aku malam tu. Lepas aku pastikan dah takde lagi petualang-petualang yang berlegar-legar kat pokok-pokok bunga ros aku tu, barulah aku masuk semula ke dalam rumah. Terus surf internet nak cari racun serangga untuk bunuh belalang. Lepas ni aku nak sembur je pakai racun serangga oragnik yang tak membahayakan manusia dan alam sekitar. Bila keranda dibawa, barulah iar mata bercucuran.

"Pegi main badmintaon dengan xxx, exercise sikit. Kalau mancing tu duduk je. Tak exercise." kata mak aku masa dia telefon aku pagi tadi. Masa tu aku kat dalam bilik air. Terbantut sekejap aku nak melabur. Ntah apa ntah diorg-diorg kat kampung tu tengah gosip pasal aku. Tak pasal-pasal, takde ribut takde angin tetiba je suruh aku main badminton. Mak aku ingat aku ni ada masa ke nak main-main badminton bagai? Kalau lah dia tau yang masa sekarang ni bukan lagi teman aku.Ishh3...

Bila la Melayu Islam ni nak bersatu? Diorg ni tak tau ke diorg ni sebenarnya hanyalah watak dalam peraturan dajjal. Kalau aku cakap lebih-lebih kang nanti kena lokap pulak. Tapi kalau tak cakap nanti kang diorg tak tau pulak. Abih camana? Harap-haraplah aku tak kena gi laut dalam bulan ni dan dalam awal bulan depan. 

Sejak aku upgrade astro aku tambah movie, aku dah tak banyak masa nak online, kecuali main game. Nak tulis blog pun takde masa. Astro setakat ni dah ok, tinggal streamyx je lagi. Hari tu beriya India tu telefon aku suruh upgrade ke 1 Mb. Bila aku kata ok, dia kata dia akan proses. Tunggu punya tunggu, nak masuk 3 minggu streamyx aku masih slow. Lepas tu ada technician dia datang lepas 3 kali aku report sebab streamyx aku tak laju-laju. Technician tu pun pening. Last-last dia kata nak gi cek kat junction box mana ntah. Tak lama tu dia call aku. Dia kata sebenarnya diorg belum register pun nama aku. Aku kena pegi sendiri ke TM. Tak boleh main call-call macam tu. Nak marah pun tak boleh sebab aku pun tak tau India mana yang call aku tu. Last-last aku pegi la register kat TM. Dapat beg. Pastu register auto debit, dapat set manicure dengan flask. Dia kata dalam 3 hari mesti laju line aku. Ni dah masuk 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Takpe. Bagi chan. Esok aku call dia!!!

Esok merupakan hari yang agak busy untuk aku dan isteri aku kot. Mudah-mudahan semuanya berjalan seperti apa yang aku rancangkan. Aminnn...


*kpd isteriku...jom kuar makan mekdi...

4 comments:

Katak Hijau said...

amin.. hehe.. erk rasa nak muntah.. tak rasa nak makan mekdi pun.. hehe :p

Joe Black said...

rasa nak muntah?peknen kot?erk...

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Joe Black said...

erk...ok2...beres pak!!!