بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Saturday, February 18, 2012

Jiran Aku

ikan aku yang putih tu yang macam yang kat bawah sekali ni...yang oren tu macam takde pulak dalam pic ni...


Sejak balik bercuti dari KL hari tu, barulah hari ni rasanya dapat berehat-rehat. Bukan berehat sangat sebenarnya, tapi dapat menyelesaikan urusan-urusan dunia yang tertangguh sebab bercuti hari tu. Dah lama dah aku nak beli sandal baru sejak sandal 'baru' yang aku beli 2 bulan lepas tu agak tak menenuhi kriteria-kriteria sebagai sepasang sandal. Semalam aku terpeleset/tergelincir lagi walaupun ditempat yang kering tapi agak licin tiles kat pejabat KWSP tu. Kalau kat lantai licin yang berair lagi la. Kena berjalan macam robot. Ada dua cara kita berjalan yang dengan cara tersebut barulah kita boleh bergerak atau beredar dari satu tempat ke tempat yang lain. Pertamanya dengan geseran antara tapak sandal kita dengan permukaan lantai. Dan yang satu laginya dengan mengalihkan kedudukan kaki kita ke tempat lain, barulah kita boleh berpindah atau bergerak. Betapa pentingnya geseran dalam kehidupan kita. Tapi kalau dah takde geseran, dan bilamana sandal kita sering terpeleset atau tergelincir kerana licin, maka kita akan sering nak terjatuh dan tak akan kemana-mana.Dengan geseran juga kita boleh menghentikan kenderaan kita. 

Tadi masa beli habuk dan makanan hamster kat kedai apek kat Setali tu, aku terpandang ikan-ikan koi kat dalam tank fibre dia tu. Dia tulis harganya RM 12 untuk 2 ekor. RM 12 utk 2 ekor tu pun dah kira murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai aquarium lain kat Kuantan ni. Masa aku nak bayar habuk kayu tu, aku pun tanya apek tu berapa harga untuk 2 ekor tu. Walaupun dah terang-terang dia tulis tanda harga RM 12 untuk 2 ekor, tapi memang dah menjadi kebiasaan aku untuk bertanya lagi harga sebenar ikan-ikan tu. Ada tempat, yang biasanya, harga pada tanda harga dia tu memang sengaja dia letak lebih mahal dari harga sebenar. Ada tempat yang memang bila dia letak harga kat tanda harga tu, itulah harga yang kita kena bayar. Bila aku kena kat kedai yang macam ni, lepas dia cakap, "harga memang macam kat tanda harga tu" aku terus keluar dari kedai tu tanpa menoleh atau tanpa bertanya apa-apa lagi. Pertamanya sebab tokey dan pekerja kedai tu memang sombong dan memang dah tak boleh nak tawar menawar lagi harga kat kedai tu. Yang keduanya ialah bila dia dah letak harga kat tanda harga dengan harga yang tinggi macam tu, buat apa kita nak tunggu lagi sedangkan kat kedai lain kita boleh dapat murah lagi dari harga tu tanpa perlu tawar menawar. Kekadan aku bukan nak beli sangat benda-benda tu, tapi aku suka nak tengok sikap diorg terhadap pelanggan diorg. Dengan aku ni sebenarnya senang je. Walaupun kekadang barang tu mahal seringgit dua berbanding kedai lain tapi sebab layanan dia yang memuaskan dan tak sombong, aku tak teragak-agak untuk beli kat kedai tu. Err...sambung citer kat kedai ikan tadi. Pastu apek tu cakap 2 ekor RM 10, aku pun tak teragak-agak terus suruh dia tangkap 2 ekor. Memang dah agak lama aku nak beli lagi 2 ekor ikan tu sebab sebelum ni 2 ekor ikan aku yang kaler macam tu mati sebab kekurangan oksigen bila pump dia malfunction. Cantik kaler dia. Warna putih kilat dengan warna oren emas. Memang cantiklah maknanya. Ada banyak lagi kat kedai tu yang satu hari nanti aku nak beli lagi kat situ.

Sebelum tu aku ada survey BB 8520 macam isteri aku punya. Ni kakak aku suruh belikan untuk anak dia. Kat Johor mahal katanya. Kat sini tadi DD (apek pondan kat Kompleks Teruntum yang aku selalu beli hp kat situ, termasuk lah Miey dan Mie pun aku rekemen beli kat situ) offer RM 600 untuk original set. Pastu ada BB Storm touch screen second hand dia offer RM 500 je. Selalu market dia patutnya RM 800. Tapi touch screen ni agak tak menarik minat aku sebab nanti susah nak berBBM atau berSMS masa tengah drive. Dan rata-rata aku survey harga dia pun lebih kurang tu kat tempat lain. Anak buah aku tu nak BB curve 8530. Bila aku sebut je, DD jadi macam pelik. Dia kata macam tak pernah dengar. Tak lama pastu baru dia cakap 8530 tu model baru keluar. Dia belum ada stock lagi . Tapi kat tenet dah banyak dah image dia kalau search kat google. Function dia mesti sama je dengan 8520 cuma bezanya pada kaler, camera dan speed internet je la kot.

Tak banyak boleh buat tadi masa jalan-jalan kat Kuantan. Naik motor je menyelusuri lorong-lorong diantara deretan bangunan-bangunan kedai kat situ. "Naik motor senang ork?" kata jiran sebelah rumah aku tadi masa aku nak kunci gate rumah aku masa nak kuar rumah tadi sambil tangan dia sibuk menyidai spender dia yang bermacam-macam kaler kat ampaian. "Hari Sabtu Kuantan jem" jawap aku ringkas sambil press minyak motor dan meninggalkan jiran aku dengan spender-spendernya. Kat Kuantan ni, start dari petang Khamis sampai hari Ahad malam memang jem. Orang-orang Terengganu kebanyakkannya akan menghabiskan masa kat Kuantan time-time macam ni. Tak yah berangan nak dapat parking kat Giant. Jangan harap boleh sampai ECM atau Megamall dalam masa setengah jam seperti kebiasaannya. Jangan harap sekali lampu hijau je boleh lepas simpang-simpang yang berlampu isyarat.Paling kurang pun kena tunggu 2 atau 3 kali hijau baru boleh lepas simpang tersebut. Hanya dengan motor je boleh meloloskan diri dengan jayanya. Biasanya aku akan menghindarkan diri dari berada kat bandar Kuantan time-time macam ni. Kalau terpaksa pun aku akan naik motor atau kalau dah gatal sangat nak berjalan dengan berkereta (biasanya sebab isteri aku nak ikut sekali jalan-jalan...erk) dan dah bosan sangat duduk rumah, aku akan berjalan dipinggir-pinggir bandar je dengan berkereta. Kalau Telok Cempedak tu memang tak payah pergi la time-time macam ni. Ianya hanya akan mengundang dosa pada diri kita sendiri kerana memaki hamun dan menghamburkan sumpah seranah yang berbaur lucah bila ada orang potong line dan sebagainya.

OK dah penat nak citer. Bye...


*kpd isteriku...kita nak jalan-jalan gi mana hari ni?erk...


Tuesday, February 14, 2012

Tak payah fikir sangat?


Aku ni patutnya tulis entry kali ni kat blog wordpress aku yang baru tu. Kira ni macam entry sulung aku la kat situ. Tapi aku lupa password dia. Dah suruh dia reset dan hantar kat email aol aku tu tapi tunggu punya tunggu tak masuk-masuk pulak email tu. Memang dari dulu lagi email aol tu macam tak boleh nak diharap sangat. Email yang aku tunggu-tunggu dari tahun lepas pun tak masuk-masuk lagi sampai ke hari ini. Padahal email tu aku send pakai email aku yang lain. So kat sini kita dah tau sapa yang lembab dan sapa yang tak boleh diharap dalam dunia email-emailan ini.

Blog wordpress tu aku buat sebab nak kondem atau komplen sesapa sahaja di dalam dunia ni sebenarnya, tapi oleh kerana ianya tak boleh nak login, aku terpaksa luahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku ini kat sini. Sebenarnya aku baru lepas baca blog Tun Mahathir. Entry dia yang terkini menarik minat aku untuk meluahkan apa yang aku rasa.

REGIME CHANGE

1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan “regime change”, iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal. Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change” Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Pastu banyaklah komen-komen kat bawah entry dia tu. Kalau korang nak baca, gi kat link ni: http://chedet.cc/blog/?p=699
Tapi bukan tu yang aku nak citer kat sini. Aku nak citer pasal Anwar Ibrahim. Tun Mahathir terang-terangan cerita pasal Anwar Ibrahim sokong Yahudi. Pada masa yang sama, PR pulak kata kerajaan sekarang ni korupsi. Pastu ada pulak yang kata PAS ni jadi pak turut je pada PR dan dah tak memperjuangkan Islam lagi. Tuan Guru Hj Nik Aziz pula dikatakan terlalu fanatik pada Anwar, cuma baru-baru ni je Tuan Guru Hj Nik Aziz menyatakan pendirian untuk tidak bersetuju dengan Anwar untuk mengiktiraf kewijudan negara Israel. Anwar pulak mempunyai alasan bahawa dengan wujudnya negara Israel, barulah Palestine akan mendapat haknya semula. Pastu baru-baru ni Karpal Singh pulak nak suruh Tuan Guru Hj Nik Aziz menarik balik larangan menyambut Valentine. Pastu PR mengetengahkan isu NFC untuk menunujukkan penyelewengan oleh individu tertentu dalam kerajaan. Lepas tu aku ada baca lagi dalam blog-blog ni. Diorg kata Anwar ni cuma ejen Yahudi untuk pecahkan undi Melayu. Kalau Melayu dah berpecah, maka MIC, MCA dan DAP akan bersatu untuk menerajui kerajaan Malaysia. Dan akhirnya rancangan Yahudi akan berjaya. Jalan cerita yang aku boleh simpulkan dari bahan bacaan aku dari blog-blog kat internet ni sama je yang macam Tun Mahathir punya entry. 
So persoalanya disini adalah...siapa yang kita nak undi nanti untuk PRU 13 nanti?Ibarat memakan buah kepantangan beruk, diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Ahh!! Tak payah difikirkan sangat. Baik aku gi mancing ikan puyu kat sawah belakang rumah aku. Semalam mancing ikan haruan. Boleh la 2 ekor kecik-kecik. Ingatkan air besar lagi, rupanya air dah surut, maka banyaklah ikan-ikan puyu bermain-main kat port yang selalu aku mancing tu. Cuma silap semalam, aku tak bawak joran puyu. Aku bawak joran haruan je. Tapi takpe. Hari ini kesilapan itu tak akan aku ulangi. Aku nak siap-siapkan dulu peralatan memancing aku. Pastu nak survey keadaan air kat sawah tu. Babai...


Fitnah Akhir Zaman



" Abg suka membaca eh?" tanya isteri aku masa aku leka mengadap screen laptop aku ni. "Abg suka mancing" jawap aku ringkas sengaja untuk mengalihkan topik perbualan. Memang kalau dah mengadap laptop ni, selain main castleville, aku suka baca rencana-rencana berbentuk ilimiah, keagamaan dan politik, selain artikel berbentuk memancing, kereta dan info-info yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan. Di samping tu, aku suka juga baca artikel mengenai benda-benda dan perkara-perkara pelik dan ikan-ikan yang bersaiz luar biasa besarnya. Cerita pasal alam ghaib dan alam hantu syaitan pun aku suka baca sebab aku nak cari cara baagaimana nak mengatasi musuh manusia yang nyata ini.

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terbaca tentang ribut solar terkuat yang akan berlaku pada tahun 2012 ini yang mana ianya akan mengakibatkan kematian 2/3 penduduk bumi. Ribut solar ini jugak dijangka akan memusnahkan sistem grid nasional, iaitu jaringan sistem tenaga elektrik dunia. Ini bermakna, semua sistem yang berkaitan dengan elektrik dan barang-barang elektronik termasuk computer, hp, tv, kereta dan smeua bentuk perhubungan dan komunikasi akan terputus. Pendek kata, manusia akan kembali kepada keadaan seperti zaman batu dulu. 

Aku malas nak menambah peningkan kepala otak korang dengan benda-benda lain. Yang lain-lain tu biar aku kaji dan aku fikirkan dulu sorang-sorang. Macam mana kalau ramalan tentang ribut solar tu betul-betul terjadi? Di manakah kita pada waktu itu? Adakah termasuk dalam kumpulan 1/3 yang terselamat atau 2/3 yang tak terselamat? Dari blog tersebut, aku macam boleh buat kesimpulan; dia kata, waktu itulah pemuda Bani Tamim atau Pahlawan Panji Hitam dari Timur atau pembawa panji-panji Imam Mahadi akan muncul. Siapakah dia Pahlawan Panji Hitam ini?


Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) 


Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) 


Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.


Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu.Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi.


Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan. Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. 


Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. 

Ok...sampai sini dulu. Korang baca dan fikirkanlah. Imam Mahdi muncul bila dunia ni dah dipenuhi dengan fitnah Dajjal. Sekarang pun kita tengok fitnah Dajjal ni dah berleluasa dalam kehidupan seharian kita. Banyak lagi bukti-bukti yang dah terjadi dari hadis-hadis Nabi dan dari firman-firman Allah dalam Al Quran berkenaan akhir zaman. Benda tu lah yang aku selalu baca sejak akhir-akhir ni. Di waktu kita leka dan sibuk dengan urusan dunia, sibuk mengumpul harta dan sibuk dengan gosip, kita dah terlupa pada urusan akhirat dan urusan akhir zaman. Itulah Islam liberal, Islam yang hanya pada nama, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya yang mana, cara hidup ini sememangnya merupakan salah satu agenda pada penyembah dan pengikut-pengikut Dajjal. 

Tak larat nak tulis lagi. Nak tido, esok ada inspection. Kalau korang masih terbuai-buai dengan dunia ni dan terlalu sibuk dengan urusan dunia ni, korang luangkanlah baca artikel kat dari link kat bawah ni tentang agenda Dajjal dan kehidupan akhir zaman:




*pesanan buat  isteriku...kita dah takde masa nak gossip-gossip, mengumpat,  mengata dan sebagainya...dunia dah nak sampai ke penghujungnya, jadikan dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat...dunia ini hanyalah tipu pedaya semata-mata...akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya...dunia ini adalah penjara untuk orang Islam, tapi syurga bagi orang Kafir...biarlah kita tak berapa berjaya hidup di dunia ini, asalkan kita berjaya di akhirat nanti...aminnn...

Monday, February 13, 2012

Tudung Bawal Plain Online

contoh tudung bawal tersebut, harga tidak termasuk kepala patung tu...erk...
Err...atas permintaan, ni ada iklan sikit, sesapa yang nak beli tudung bawal plain 1 tone dan 2 tone sila click kat link ni: http://www.facebook.com/pages/Empire-Boutique/150448321717310 .


Ada pelbagai pilihan warna yang menggamit hati untuk memilikinya dengan harga yang terjangkau. Untuk keterangan lanjut, sila layari lama web/facebook fan page yang tertera di atas.