Monday, January 23, 2012
Proton Exora
Tadi aku cakap kat isteri aku, aku nak buat report yang last minit boss aku suruh buat sejurus sebelum aku gi laut, tapi bila dah bukak laptop ni, rasa malas pulak nak buat. Pertamanya sebab aku dah panjat katil ni, (aku dok katil atas kali ni) rasa macam malas pulak nak amik camera kat dalam beg kat bawah tu. Keduanya sebab sekarang pun dah pukul 12, lagi setengah jam dah time makan. Aku memang tak suka sangat kalau buat kerja berenti-berenti ni. Kalau nak buat, buat sampai siap. Tak suka bertangguh. So aku rasa baik aku buat nanti je, petang-petang sikit lepas-lepas semayang nanti la kot.
Aku sampai platform ni dalam pukul 3 lebih petang semalam. Setengah jam je dari airport. Platform ni antara platform yang terdekat dengan daratan. Kadang-kadang boleh nampak api dia (flare dalam bahasa oil and gas) kalau kita duduk malam-malam kat pantai Paka bila api ni diorg bukak besar. Patutnya kalau ikut plan yang aku faham, keja ni boleh buat dalam hari ni. Tapi bila sampai-samapi je semalam, diorg kata apa pun tak siap lagi. Pastu tadi pagi aku jumpa yang incharge, dia kata paling cepat pun, esok pagi baru boleh load test. Aku memang dah agak dah. Dan aku dah pesan siap-siap kat isteri aku, kalau tak selasa, mungkin next chopper lepas hari selasa baru boleh balik. Sian isteri aku. Takpelah sayang, semuanya Tuhan dah tentukan. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Sabar je la ek. :(
Dah agak lama aku tak pegi laut ni rasanya. Last aku pegi 12 Nov tahun lepas. Dah 2 bulan lebih tak pegi. Huhu...pasni mesti aku sibuk. Tapi patutnya tak sibuk mana. Sebab kalau ikut plan, bulan 1 dengan bulan 2 ni takde aktiviti. Yang kali ni pun sebenarnya takde dalam plan. Ni disebut unplanned. So unplanned ni yang jahat. Bila-bila masa je dia boleh ada. Kalau betul patutnya bulan 3 nanti baru ada. Pastu bulan 4 sekali, pastu bulan 5 sekali lagi. Tapi sekarang ni ada surveyor baru, Zabage (kependekan dari nama dia, Zaid Bapok Gemok. Dulu aku memang panggil nama dia Zaid je, pastu masa tu aku dapat idea lepas balik dari keje kat Batam, kan orang Indonesia suka buat shortform kat nama-nama dia, contohnya presiden diorg, Susilo Bambang Yudhiyono, diorg panggil SBY je, dan Bunga Citra Lestari, diorg sebut BCL je, so Zaid Bapok Gemok ni aku gelarkan dia sebagai Zabage, yang menjadi ikutan oleh Dak P kemudiannya. Citer pasal Dak P ni aku pernah entrykan dalam tajuk apa ntah aku dah lupa) so harap-harap aktiviti ke laut (bukan mood kelaut macam tira tu...iskk...) aku berkuranganlah. Dan patutnya kalau nak cuti pun dah senang sekarang ni sebab dah ada orang nak cover. Tapi bukan nak riak dan sebagainya, tapi sebab aku ni antara yang senior dalam bidang ni, jadi boss aku lebih suka hantar aku sebagai pelopor atau pioneer kalau ada job yang baru-baru yang tak pernah dibuat sebelum ni. Dia taknak amik risiko kalau terjadi apa-apa kalau hantar orang yang kurang berpengalaman. Dan secara tak langsungnya kalau ada spesial job macam ni, maka akulah yang akan menjadi pertaruhannya. Sebab sekarang ni platform tengah shut down (shut down ni maknanya plant atau platform ni diberhentikan operasi sepenuhnya bagi membuat kerja-kerja pembaikkan, repair, maintenance dan seabagainya yang tak boleh dibuat masa plant beroperasi), dan platform ni pulak satu-satunya pembekal gas asli yang utama kepada negara, so semua orang termasuk Perdana Menteri sendiri sentiasa memantau progress shut down ni. Diorg tak nak ada satu pun masalah yang timbul yang akan membuatkan kerja-kerja untuk on balik platform ni nanti terganggu. So harap-harap semuanya berjalan lancar. Kekadang ada jugak orang mengeluh, kenapa lah shut down selalu dibuat time cuti, cuti Hari Raya Puasa aau Hari Raya China . Memang tu idea dia. Diorg memang buat shut down time cuti sebab masa ni permintaan bahan api baik dari gas atau petroleum adalah berkurangan. Diorg bukan saja-saja je dengki untuk pilih time cuti baru nak suruh orang pegi laut. Dan nasib la sapa yang kena pegi laut time tu. Kalau time Raya Puasa, elaun akan bertambah dari RM55 kepada RM200, tapi untuk Raya Puasa je la. Raya-raya lain tak dapat termasuklah Raya Haji. Sejak aku keja kat laut ni, aku memang tak pernah tak raya haji kat laut. Tiap-tiap tahun mesti kena raya kat laut. Takpelah, bertugas kerana Allah, demi negara. “Tak baik kita mengeluh pasal kerja, kan dengan kerja tu lah kita dapat rezeki” kata isteri aku kalau aku termengeluh pasal nak kena gi laut ni. Betul kata dia. Patutnya kita bersyukur dengan kerja yang kita ada ni. Ada orang tu tak begitu bernasib baik dapat kerja yang macam kita tengah kerja sekarang ni. Ada orang tu langsung takde kerja. So, bersyukurlah. Dengan kerja tu jugak kita dapat beli macam-macam termasuklah laptop Asus, Proton Exora, HP Blackberry dan dapat jugak pegi jalan-jalan ke Cameron Highland dan sebagainya (erk..).
Aku baru balik makan. Makan kari kambeng (erk...), ikan apa ntah masak sambal dengan sayur kobes. Tak boleh nak makan banyak-banyak sangat sebab berat aku dah bertambah. Aku rasa timbang kat rumah aku tu dah rosak la. Sebab isteri aku pun berat dia dah bertambah jugak lepas timbang kat situ walaupun adik sedara dia kata dia nampak kurus (pada aku sama je atau dah gemok sikit kot...erk...). Mustahil dalam masa seminggu boleh naik sampai 4-5 kilo. Nanti nak timbang yang kat pasaraya tu. Tapi malu pulak sebab amoi dalam mesin tu nanti dia sebut “you are over weight” kuat-kuat. Bongok je. Patut tak yah la sebut apa-apa. Kan nanti diorg jugak yang rugi sebab orang tanak timbang kat situ lagi sebab malu. Biasanya kan orang-orang gemok je yang nak timbang sebab dia perasan dia dah kurus.
Patutnya aku nak kena gi tengok-tengok diorg buat keja lepas-lepas Zohor ni. Amik-amik gambar lebih kurang. Tapi macam malas pulak. Tapi aku dah janji dengan member aku ni nak temankan dia. Dia first time keje kat offshore. So aku rasa macam bertanggungjawap nak kena bawak dia jalan-jalan kat sekita-sekitar platform ni. Tapi aku rasa macam nak terberak pulak. Malas pulak rasa nak berak sebab toilet tu tak banyak dan orang yang duduk kat sini ramai. Dan lagi satu sebab tadi pagi aku dah berak. Tapi rasa nak berak lagi pulak. Iskk...menda citer berak ni...
Lama lagi aku nak balik darat. Esok buat keje. Hari Rabu relax buat report. Khamis baru dapat balik. Nanti nak singgah opis dulu. Nak print report dan nak courier ke boss aku kat Miri. Pastu Jumaat dengan Sabtu cuti. Pastu nanti 5 hb Feb tira nak datang cuti-cuti Malaysia . Nanti boleh buat BBQ lagi macam hari tu. Kali ni buat siang la kot. Belum sempat lagi nak buat event kat FB. Ahli-ahlinya pun belum invite lagi. Kepada Kuantan crew, harap mempersiapkan diri anda untuk menghadirkan diri pada acara gilang-gemilang tersebut. Lokasi biasa, kat pantai De Rhu Beach Resort. Mesti best kali ni. Apa yang best pun tak tau...erk. Harap-harap dapat la bawak Rahim mancing kat sekitar Kuantan ni. Tapi macam tak sempat je. Apa-apa pun aku nak kena apply cuti dulu bagi mengelakkan boss aku nak suruh macam-macam.
Ok la...nak stop kat sini. Nanti aku tulis lagi.
*kepada isteriku...rindu sayang sangat2...erk...
Friday, January 20, 2012
Ghibah
Dah sebulan 3 hari aku bernikah dengan isteri aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kad nikah pun dah dapat semalam. Lepas ni tak yah nak bawak slip resit nikah tu. Bawak je kad tu kemana-mana. Dan pasni jugak dah tak malu dah nak jawap bila orang tanya dah kawen ke belum. Biasanya soalan-soalan ini akan kedengaran bila aku pegi laut. Tapi rasanya diorg akan tanya pulak dah berapa orang anak. Hmm...yang tu takpe. Biar je dulu.
Sejak akhir-akhir ni banyak citer aku dengar pasal cakap-cakap belakang aka umpat-mengumpat ni. Aku ni sebenarnya belum bersedia nak post apa-apa entry dalam waktu terdekat ni tapi rasa nak kena post jugak lah memandangkan benda ni dah semakin berleluasa dan yang tak bestnya, secara tak langsung aku pun akan terbabit jugak dengan cerita-cerita tu (bukna aku yang jadi bahan umpatan, tapi aku terlibat untuk bagi nasihat, bila bagi nasihat tu, maka timbul lah jugak nama-nama individu tertentu, dan bila ianya melibatkan nama individu tertentu, maka ianya disebut mengumpat). Tapi syukurlah, Tuhan bagi kelonggaran dalam mengumpat ni pada 6 perkara:
Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi penzalim.Contoh,si isteri mengadu ke pejabat agama perihal buruk suaminya.
Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.Contoh ceramah pilihanraya tentang calon yang bertanding..
Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.
Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.Cerita keburukan yang mungkin berlaku jika dipilih sebagai calon..
Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.Contoh sama seperti diatas.
Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya ( sigemuk,sipanjang,sibotak), tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.
Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut:
Pertama: apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
Kedua: meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.
Ketiga: ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”
Keempat: mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima: apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.
Aku suka yang keempat tu. Kita citer keburukkan A kat B dengan harapan B takkan terpedaya dengan kejahatan atau keburukkan A. Niat aku satu je, supaya orang lain tak jadi mangsa pada mangsa umpatan tu.
"gemok mcm badak sumbu"...erk... |
Pada aku senang je. Kalau taknak jadi mangsa umpatan, takyah jaja citer pasal keburukkan diri sendiri kat sesiapa. Bukankah menceritakan keburukkan dan membuka aib diri sendiri pada orang lain tu adalah berdosa hukumnya? Apa lagi membuka aib atau menceritakan keburukkan suami/isteri atau keluarga pada orang lain. Pahala orang yang mengumpat akan diberikan semuanya kepada orang yang diumpat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya". (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Riwayat Muslim)
Jadi pada sesapa yang suka mengumpat dan membuka aib orang lain tu, bersedialah. Tuhan akan membuka aib anda sendiri walaupun anda menutupnya rapat-rapat dan walaupun ianya rahsia dalam rumahtangga anda. Lepas ni aku harap aku tak dengar lagi citer yang buruk-buruk pasal sesapa dari sesapa lagi.
*kepada isteriku...lepas ni kita buat ketupat masa time nak raya je ek...erk...
Wednesday, January 11, 2012
Dilute
ni la Oren, yang banyak kutu tu...sian dia sekarang badan dia lemah sebab kurang darah O, sesapa ada darah O yang terlebih, boleh la derma kat Si Oren ni... |
Ada ahli baru dalam rumah aku. Sebelum ni memang aku dah plan dengan isteri aku nak beli sepasang anak kucing pure persian yang muka dia flat tu. Masa survey tu anak-anak kucing tu masih belum bercerai susu dengan mak dia. So aku booking je la dulu anak-anak kucing tu. Leas 2 minggu dari hari aku survey tu, sekor dari anak-anak kucing tu sakit. Kena kurap. Bulu dia pun rosak. Dah macam kucing tepi jalan atau kucing kat longkang. Isteri aku pun geli je nak tengok. Apa lagi nak pegang. Aku cakap la kat owner kedai tu, aku taknak la kucing tu. Tapi takpe la duit deposit tu biar je dia pegang. Aku nak tunggu kalau ada yang macam tu lagi, baru aku beli. Pastu tokey kedai tu pun kata ok. So masa tu aku amik sekor je la, yang jantan, kaler oren.
Baru-baru ni (ada la dalam sebulan lebih sejak aku tak jadi beli kucing tu) aku jalan-jalan kat kedai tu sebab nak ambik kucing-kucing aku yang aku boarding kat situ. Pastu tokey kedai tu cakap kucing yang aku rejek hari tu dah sihat. Kuat makan, bulu dia pun dah cantik. Pastu dia bawak kucing tu untuk aku tengok. Memang berbeza dari yang aku tengok dulu. Sihat sangat, gemok dan rasa berat je bila angkat. Aktif pulak tu. Kakak tu (tokey kedai kucing tu) tak jual kat orang lain sebab dia kesian kat isteri aku. Isteri aku ni memang nak yang kaler macam tu. Kaler dilute; kombinasi 3 kaler putih oren dan kelabu. memang payah nak dapat. Kat kedai lain harga dia RM3k. Tapi kat kedai ni dia bagi aku RM 750 je sekor, tapi kena ambik 2 ekor la. Dia jual murah kat aku sebab aku ni regular customer dia. Dulu aku takut nak ambik kucing ni sebab macam dah nak mati je. Cukuplah sekali pengalaman kucing yang kami bela mati. Nasib baik mati kat kedai tu masa tengah boarding. Kakak tu gantikan dengan kucing lain yang kurang comey sikit. Tapi alhamdulillah sihat sampai ke hari ini.
So tanggungjawab aku bertambah lagi. Satu je problem kucing ni. Dia suka tido kat pasir tempat berak dia. Jadi lepas berak tu dia akan tido kat situ. Nanti pepagi aku bangun tido aku tengok badan dia nanti penuh dengan taik. Dah 2 hari kucing tu ada kat sini. Dan dah 2 hari jugak aku mandikan dia. Agaknya nak kena asingkan sangkar. Mungkin sebab area dia tu sempit sangat. Itu yang memaksa dia untuk tido kat dalam bekas pasir dia kot.
Pastu kucing yang oren tu pulak baru-baru ni ada kutu. Tak tau la kutu rayau mana sudah suka sama oren. bulu dia sampai gugur. Badan dia kurus. Pastu aku bawak pegi kedai tu, dia kata ni pasal kutu ni bulu dia tanggal dan badan dia kurus. Bukan setakat kutu kat bulu je, kat dalam telinga pun ada. Ntah-ntah dalam kulit dia pun ada kot, macam citer alien tu. Nanti dia akan kuar dari dalam mulut dan keluar ikut belahan perut dia.Ishh3...jauh dah peginya ni. Pastu aku beli la syampu anti kutu dari kedai tu. Harga dia RM 20.Mahal lagi dari syampu aku...iskk. Balik dari kedai tu aku pun gatal-gatal la surf kat google cara menghilangkan kutu kucing. Ada yang kata pakai minyak kapak la, pakai minyak kayu putih la, pakai air rebusan sirih la, selain pakai syampu. Ada satu statement tu aku tertarik untuk try. Dia suruh pakai minyak telon atau minyak tawon. Dua-dua minyak tu aku memang tak pernah dengar. Aku tanya kat isteri aku kalau-kalau dia tau pasal minyak-minyak tu. Dia kata minyak telon ada jual kat KP. Minyak tu untuk bayi kembung perut dan tak berangin sangat. Malam tu jugak aku pegi cari minyak telon tu. Sampai kat rumah, aku terus melumurkan minyak tu kat badan oren. Tak lama lepas tu berguguran kutu-kutu berjumlah lebih dari 10 ekor. Esoknya aku masih tak puas hati.Aku mandikan pulak dia pakai syampu anti kutu tu. Ada lagi dalam 3 ekor lagi kutu mati on the spot. Aku rasa tu la saki baki kutu-kutu yang ada kot. Tapi aku akan terus pantau dari semasa ke semasa. Kata kakak tu, kucing boleh mati kalau lambat ubatkan sebab kutu-kutu ni akan menghisap darah kucing-kucing ni sampai kering. darah dia. Kutu ni sebenarnya adalah salah satu dari spesies vampire the twilight saga yang menghisap darah adanya.
Masa aku cuti kawen hari tu, lebih kurang seminggu lebih jugak la, banyak jugak hamster-hamster aku yang mati. Aku ada baca fakta yang mengatakan hamster atau spesies tikus ni boleh tahan kalau takde air lebih lama dari unta. Based pada fakta ni, aku pun dengan selambanya tak letak banyak-banyak bekalan air untuk diaorg. Sekadar bekalan makanan je la yang banyak. Tetiba bila aku bukak rumah je bau busuk menerjah. Aku dah boleh agak dah bau busuk tu datangnya dari mana. Sekurang-kurangnya 20 ekor mati dalam tragedy berdarah tersebut. Ada sekor tu keadaan dia amat menyedihkan. Dia mati masa tengah berlari-lari anak masa main mainan pusing-pusing dia tu. Tergolek mati kat dalam roller tu. Keadaan tersebut menyukarkan member-member dia yang lain untuk bermain roller tersebut. Cuma nasib baik bangkai hamster ni jenis tak berulat; atau mungkin ulat-ulat dia ni dah dimakan oleh member-member dia yang lain. Kalau tira tengok ulat, mesti dia tak boleh tahan. Sedangkan cacing tanah yang dia terjumpa kat dalam kobes pun dia dah menjerit. Kesian mangsa-mangsa tragedy 9 November tersebut. Berapa ramai yang terkorban demi aku. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku. Aminnnnnnn.
Baru-baru ni jugak aku dah beli set bilik tidur untuk bilik kedua rumah aku. Set bilik tido tersebut terdiri dari katil, almari baju dan almari solek. So lepas ni sapa-sapa kawan-kawan atau sedara-mara nak datang kuantan senanglah, boleh je tido kat rumah kami, takyah susah-susah nak check in kat hotel. Murah betul kedai tu. Nama dia CY furniture.Dalam flier dia, dia siap cakap survey kat tempat lain kuat-kuat dulu, baru datang kat kedai dia. Rata-rata tokey kedai perabot kat Kuantan akan cakap macam ni bila aku comparekan harga kedai tu dengan kedai diorg "you tak payah buang minyak lagi, beli je la kat kedai tu" bila aku cakap aku nak survey harga. Yang bestnya lagi, kedai ni pun ada jual perabot-perabot jati, sama sebijik dengan yang kakak aku beli masa kat rengit hari tu, cuma harga dia jauh lebih murah dari kat rengit. Geram-geram je kakak aku dengar bila aku citer pasal harga yang jauh lebih murah dari yang dia dapat masa kat rengit hari tu. Kepada sesapa yang nak beli set rumah, pegi la beli kat kedai tu. Takyah susah-susah pegi kedai lain sebab dia offer harga pemborong untuk kita.
Sejak berpindah ke rumah isteri aku, barang-barang elektrik kami pun secara automatik menjadi double. Mesin basuh ada 2, tv ada 3, peti ais ada 2. Aku rasa macam nak let go je barang elektrik ni. So sesapa yang berada berdekatan kuantan tu, kalau berminat nak beli barang-barang elektrik terpakai, boleh la berhubung terus dengan aku. Kalau nak set sofa pun ada, err...rak tv pun ada. Rak kasut yang simple tu pun ada. Carpet yang baru 6 bulan pakai pun ada. Erk...pendek kata macam-macam ada la. Set-set yang ada sekarang ni tak sesuai untuk kami yang mempunyai 6 ekor kucing sekarang ni. Nanti bulu-bulu kucing ni melekat kat sofa dan carpet kami. Samada suka atau tak, kami terpaksa tukarkan perabot kami kepada jenis jati. Heheh...mentang-mentanglah ada supplier perabot murah.
Dah 2 hari aku standby je nak kena buat inspection kat kemaman. Masa hari pertama tu, tanpa usul periksa aku terus drive gi kemaman. Sampai kat kemaman baru aku call boss aku tanya dia ada ke tak inspection tu. Pastu dengan nada selamba dia kata postpone. Nak marah pun tak boleh sebab memang salah aku sebab tak call dulu sebelum gerak. Lepas ni aku nak tunggu email dulu baru aku gerak. Dan aku masih dalam mode standby. Tak tau sampai bila.
Cuaca kat kuantan ni mendung je dan sesekali hujan. Padahal kat tempat lain aku rasa dah panas terik dah. Mungkin cuaca kat pantai timur ni masih belum ok lagi kot. Memang musim monsun kan dari bulan 11 sampai bulan 4. Dan sekejap masa bulan 8-9. "Dulu musim hujan cuma hujung tahun je, sekarang ni musim hujan 2-3 kali setahun kata isteri aku. Haah...memang la. Aku pun perasan jugak. Lebih-lebih lagi bila dah kerja dekat tengah laut ni. Musim monsun dan laut bergelora ni dah sentiasa berada didalam kepala otak kiri aku.Dan benda-benda ni semua sebenarnya menghadkan musim percutian kat pulau-pulau peranginan yang berdekatan.
Ok lah, samapi disini dulu. Aku nak sambung kemas rumah. Pasni nak kuar pulak gi bandar.
*kpd isteriku...jom kemas rumah...erk...
Tuesday, January 10, 2012
Selamat tinggal 2011 yang hebat, selamat datang 2012...
Syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih duberi kesempatan untuk hidup lagi sampai ke hari ini. Dan syukur alhamdulillah ke atas nikmat-nikmat lain yang Allah limpahkan kepada aku. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah, aminnn.
Alhamdulillah, walaupun sepatutnya entry ni ditulis semalam, tapi keadaan masa yang tak mengizinkan memaksa aku menulisnya pada hari ini. Hari pertama tahun baru 2012 aku disambut dengan meeting kat opis boss aku. Sedih bila mengingatkan yang orang lain dinegeri2 yang lain tengah syok tidur peluk bini atau pelu bantal, tapi aku terpaksa drive kereta sorang2, menyusuri lebuh raya yang sepi, bagai mewakili perasaan aku pada waktu itu.
Ijab dan Qabul
Alhamdulillah. Hubungan percintaan aku dan kekasih aku akhirnya sampai kepada klimaxnya. Aku dan kekasih aku (yang kini aku akan gelarkan dia sebagai "isteriku") selamat diijab qabulkan pada 17hb December 2011 sejurus selepas Zohor pada hari Sabtu tersebut. Manakala Pise dan Syuzi pula bernikah seleas Asar pada hari yang sama. Satu kebetulan yang tak pernah terancang. Masin mulut aku dan pise; aku selalu membayangkan kat isteri aku masa sebelum kami menikah, "mungkin kita nikah lebih cepat dari Pise". Dan Pise pun pernah cakap kalau aku dan kekasihku mungkin akan bernikah lebih cepat dari dia. Lepas je upacara akad nikah tu, kerja aku dengan isteri aku semakin bertambah. Langkah pertama ialah memindahkan barang2 dari rumah sewa aku ke rumah isteri aku. Kami bercadang untuk tinggal kat kat rumah isteri aku tu lepas berkahwin sebab rumah dan lokasi dia yang agak strategik untuk bergerak ke mana2. Selepas tu sibuk pula cari barang2 goodies untuk diberi kepada para jemputan. Majlis persandingan dikampung aku dijadualkan seminggu selepas tarikh akad nikah tu. Ni semua gara2 kakak aku yang sulung tu. Dia nak adakan majlis kenduri serentak dengan kenduri anak dia yang nombor 2 tu (aku pernah ceritakan pasal pernikahan anak dia dalam entry sebelum ni). Kalau ikut kan aku, malas sebenarnya nak buat apa2 majlis. Seperti yang aku selalu sebut2 kat kawan2 aku, "aku nikah lebih kurang je, mana ada sanding2". Tapi last2 kena sanding la jugak...adehh. Nasib baik tak berapa ramai yang datang...hehe. Terima kasih pada mie, tira dan famiy, zaki dan linda kerana berada disamping kami sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Kalau diorg takde, mesti susah jugak perjalanan majlis perkahwinan kami tu.
Cameron Highland
Memang dah plan sebelum kawen tu nak pegi cameron highland, bukan nak honeymoon sangat pun, cuma sekadar memenuhi permintaan isteri aku dan yang sebenarnya, aku sendiri pun teringin nak pegi sana, sebab aku sendiri pun tak pernah pegi lagi.
Erk...aku save as draft sebenarnya sampai sini. Ni baru nak sambung balik.
Pastu masa hari Isnin tu aku, isteri aku dengan Mie pun bergeraklah ke Cameron. Dah janji dengan Tira dan Rahim, nanti diorang akan tunggu kat RnR Sg. Buloh. Dalam pukul 12 lebih jugaklah sampai tol Sg. Buloh tu. Rahim dengan Tira dah lama tunggu. Mesti diorg ingat aku bawak laju. Sebab tu awal-awal lagi diorg dah tunggu. Tapi keta Kia ni tak memungkinkan aku untuk bawak laju. Tak sedap kalau bawak laju. Nak kena tukar absorber dulu baru sedap bawak. Brek yang baru servis tu pun dah start berbunyi setiap kali aku tekan pedal brek. Apek tu kata lama-lama nanti dia akan ok sendiri. Tahun bila ntah baru dia nak ok. Janji bila aku tekan brek, dia nak berenti dahlah. Sampai Cameron dalam pukul 6 lebih. Murah je sewa apartment kat situ. Kat Desa Anthurium, bersebelahan dengan Hotel De La Fern dan agak jauh jugak dengan Hotel Casa De La Rossa. Rata-rata owner apartment kat sana nak charge RM 250 - RM 300 untuk satu malam. Last minit baru aku dapat sorang ni nama dia Mr. Henry. Baik orangnya. Dia cuma bagi RM 180 untuk satu malam, dan tak payah nak bank in dulu duit deposit atau sebagainya. "Kecik punya wang, tak payah lah nak bank in. You datang saja nanti" kata dia masa aku call dia. Senang je nak buat reservation dengan dia. Bagi tau tarikh, berapa hari nak duduk pastu bagi tau nama. Kalau orang lain mesti nak deposit la, no card credit dan sebagainya. Tempat sama je, kat situ jugak. Pastu siap ada dapur semua. Memang kami dah rancang untuk masak kat sana. Ini adalah satu cara untuk menambahkan keakraban persahabatan kami semua.
Agak banyak jugak tempat yang kami pergi masa kat sana. Nak sebut pun rasanya dah banyak yang lupa. Dan aku masih simpan angan-angan nak pergi ke sana semula. Kali ni nak cari challet atau homestay yang; bila kita bukak tingkap bila bangun tido je kita akan disajikan dengan pemandangan ladang atau gunung-ganang yang menghijau. Macam view dari salah satu bilik kat Hotel Equatorial la kot. Aku tak penah pegi, tapi aku dapat tengok dari internet je view yang diorg amik dari Equatorial.
Terpaska stop lagi...nanti sambung lagi...nak kuar...nak amik kucing...
Draft saved at 12:32 PM
Erk...aku save as draft sebenarnya sampai sini. Ni baru nak sambung balik.
Pastu masa hari Isnin tu aku, isteri aku dengan Mie pun bergeraklah ke Cameron. Dah janji dengan Tira dan Rahim, nanti diorang akan tunggu kat RnR Sg. Buloh. Dalam pukul 12 lebih jugaklah sampai tol Sg. Buloh tu. Rahim dengan Tira dah lama tunggu. Mesti diorg ingat aku bawak laju. Sebab tu awal-awal lagi diorg dah tunggu. Tapi keta Kia ni tak memungkinkan aku untuk bawak laju. Tak sedap kalau bawak laju. Nak kena tukar absorber dulu baru sedap bawak. Brek yang baru servis tu pun dah start berbunyi setiap kali aku tekan pedal brek. Apek tu kata lama-lama nanti dia akan ok sendiri. Tahun bila ntah baru dia nak ok. Janji bila aku tekan brek, dia nak berenti dahlah. Sampai Cameron dalam pukul 6 lebih. Murah je sewa apartment kat situ. Kat Desa Anthurium, bersebelahan dengan Hotel De La Fern dan agak jauh jugak dengan Hotel Casa De La Rossa. Rata-rata owner apartment kat sana nak charge RM 250 - RM 300 untuk satu malam. Last minit baru aku dapat sorang ni nama dia Mr. Henry. Baik orangnya. Dia cuma bagi RM 180 untuk satu malam, dan tak payah nak bank in dulu duit deposit atau sebagainya. "Kecik punya wang, tak payah lah nak bank in. You datang saja nanti" kata dia masa aku call dia. Senang je nak buat reservation dengan dia. Bagi tau tarikh, berapa hari nak duduk pastu bagi tau nama. Kalau orang lain mesti nak deposit la, no card credit dan sebagainya. Tempat sama je, kat situ jugak. Pastu siap ada dapur semua. Memang kami dah rancang untuk masak kat sana. Ini adalah satu cara untuk menambahkan keakraban persahabatan kami semua.
Agak banyak jugak tempat yang kami pergi masa kat sana. Nak sebut pun rasanya dah banyak yang lupa. Dan aku masih simpan angan-angan nak pergi ke sana semula. Kali ni nak cari challet atau homestay yang; bila kita bukak tingkap bila bangun tido je kita akan disajikan dengan pemandangan ladang atau gunung-ganang yang menghijau. Macam view dari salah satu bilik kat Hotel Equatorial la kot. Aku tak penah pegi, tapi aku dapat tengok dari internet je view yang diorg amik dari Equatorial.
Terpaska stop lagi...nanti sambung lagi...nak kuar...nak amik kucing...
Draft saved at 12:32 PM
lama sangat aku nak abeskan entry ni...stop dulu la...sambung kat entry lain pulak...erk...
*kpd isteriku...sayang...abg sambung kat entry lain pulak la ek...huhu...
*kpd isteriku...sayang...abg sambung kat entry lain pulak la ek...huhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)