بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, December 12, 2011

Ghost Protocol



Tak banyak perkara yang berlaku dalam 2-3 hari ni. Hujan tak berhenti untuk gelombang kedua. Lebih ramai yang berpindah ke penempatan sementara pusat pemindahan banjir, termasuk Mie (kata dia la). Nanti ada masa ingin juga ku bersalam dengan dia kat pusat penempatan banjir Kg Bukit Rangin. Nak bergerak pun agak susah. Sempat jugak aku beli payung baru. Walaupun agak mahal, namun ianya masih tak dapat nak memenuhi citarasa aku. Kualitinya tak sebaik payung free yang kita dapat bila kita beli minyak enjin kereta. Tu pun aku terpaksa beli sebab masa tu tersekat sebab hujan masa nak balik ke kereta dari deretan kedai2 di lorong Tun Ismail. 

Teringin jugak aku nak tengok cerita Mission Impossible: Ghost Protocol. Tak ramai pelakon barat lelaki yang aku suka, Tom Cruise dengan Brat Pit adalah antaranya. Nama Joe Black sendiri pun sebenarnya diadaptasi dari cerita Meet Joe Black lakonan Brad Pit. 

Bagi memenuhi permintaan Ayu, maka entry kali ini aku tulis. Mulanya dia cuma nak tau keadaan banjir di kawasan persekitaran aku, tapi aku tau, mesti dia nak tau lebih dari tu, kot...erk. Air dah naik sampai ke kaki jalan rumah aku. Tapi kalau nak tunggu dia naik ke dada jalan, mungkin memerlukan seluruh kawasan bandar berhampiran aku tu tenggelam sebab kawasan aku ni berada dalam kawasan tanah tinggi. Teringat kat lirik lagu Dire Straits -  Brother in Arms. Dia kata "this mist covered mountain, are a home now for me, but my home is the low land, and always will be".

Semalam, pagi2 lagi aku dah start kereta pegi ke masjid Al Syakirin kat Maran bagi memenuhi permintaan kakak aku yang sulong untuk menyaksikan majlis pernikahan anak dia yang nombor dua. Dapat orang Maran. Abang dia yang sulung dapat orang Bera. Adik beradik dia semua dapat orang Pahang. Pakcik dia?erk...skip2. Masa aku sampai masjid tu cuma cameraman dua orang je yang ada. Pastu tak lama tu ada sebuah keta sampai. Sorang makcik dengan dua orang anak (kot sebab yang lagi 2 tu jauh lebih muda dari makcik tu) dia pulak sampai. "Pekerja masjid nak siapkan acara akad nikah kot" kata aku dalam hati. Aku cuma balas senyuman makcik tu je bila dia start senyum kat aku. Pastu tak lama tu baru datang rombongan family kakak aku dengan bakal pengantin sekali. Lepas salam2 lebih kurang dengan diorg, aku ternampak cucu tunggal aku (anak kepada anak buah aku yang paling tua dan paling sulung yang aku citer dulu). Pastu mak dia terus hulurkan anak dia tu kat aku. Dah agak lama tak dokong bayi. Aku rasa takut-takut nak dukung, takut terjatuh anak orang tu. Tangan kanan akukan tak pernah sembuh lagi sejak 4-5 bulan yang lepas. Kekadang tetiba je nanti dia boleh rasa bisa mencengkam, macam luka yang terkena air perahan limau nipis. Tapi bila di urut-urut manja, sakit tu akan hilang dengan sekelip mata, bak kata orang putih, "it's faster than the eyes could flick". Sempat jugak aku dukung cucu aku tu sampai ke kaki tangga masjid sambil mencium pipi dia berkali-kali. Dah agak lama jugak tak cium baby. Selalu asik cium perfume kat dalam kereta aku je. 

Pastu masa kat kaki tangga tu masa aku nak serahkan balik cucu aku tu kat mak dia, tetiba aku terpandang kat pengantin pompuan. Mak ah...tinggi lagi dari aku. Oh...rupanya dia pakai high heel. Tapi lepas bukak high heel tu pun aku rasa tinggi dia masih sama dengan tinggi aku atau rendah sikit kot. Pastu tak lama tu datang pulak Tok Kadi dan acara akad nikah pun bermula. Dan masa-masa tu jugak lah, time ambik-ambik gambar tu, baru aku tau yang makcik (yang aku sangka pekerja masjid) tadi rupa-rupanya mak kepada pengantin pompuan (sorry makcik...erk). Dan dua orang budak muda tadi adalah adik-beradik kepada pengantin pompuan Dan dengan berakhirnya acara akad nikah tadi, maka bertambahlah seorang lagi ahli keluarga aku. Apa-apa pun tahniah diucapkan pada mereka semua.

Hamster aku, aku rasa ada 5 pasang yang beranak. Aku dah tak larat nak update pasal hamster ni. Jumlah dia pun dah tak terkira. Aku rasa ada la dekat 80 ekor. Yer la, dah kalau sekor tu beranak sampai 5 hingga 8 ekor, kurang-kurang 25 ekor dalam tangan. Campur yang dulu tu aku update ada 50 ekor. Tapi ada 2 ekor mati sebab gaduh. Rasa lain jugak bila kita tengok binatang-binatang comel ni tetiba boleh gaduh sampai berbunuhan. Persepsi comel tu dah berubah kepada suatu bentuk keganasan. Dan dari hari ke sehari aku masih fikirkan cara bagaimana nak mengurangkan jumlah hamster-hamster aku yang semakin bertambah  dalam bentuk yang boleh menguntungkan aku. Hamster untuk dijual. Sapa nak beli sila tinggalkan komen dan nombor telefon di akhir entry ini!!!!

Tak tau lah gelombang kedua hujan monsun Timur Laut ni akan berakhir. Kalau ikut Jabatan Kaji Cuaca, sekurang-kurangnya sampai hari Rabu. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat dengan keadaan cuaca yang macam ni, cuma ianya sedikit sebanyak memperlahankan pergerakan aku dan menghadkan kegemaran memancing aku. Mudah-mudahan semuanya akan dimudahkan oleh Allah...aminnn...

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang nak mendirikan rumahtangga termasuk Pise dengan Syuzi dan anak buah aku tu. Pise dan Syuzi punya majlis 18hb Dec, manakala anak buah aku pula 24hb Dec. Tak tau lagi dapat pegi ke tak ntah rumah Pise tu sebab banyak sebab sebenarnya yang aku tak berapa dapat nak citer kat sini. Mimi pulak nak turun Kuantan masa 24hb tu. Dan aku sendiri pun tak tau lagi aku akan berada di mana. Ntah-ntah akan berada di dada ombak Laut China Selatan.

Oklah...aku dah janji taknak tulis panjang-panjang kat kekasih aku sebab nanti dia susah nak baca. Blog aku ni background dia hitam, tulisan kecik pulak tu. So sampai sini lah dulu...chowww...


*kepada kekasihku....kali ni tak panjang sangat...erk...


2 comments:

Rynn Mazlan said...

mi dah ada kat kuantan dah pong..hhehe tp syhhhh rasia....

Joe Black said...

erk...bila?erk...