بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Friday, May 28, 2010

You're Always In My Mind

waaaaaaa...dah agak lama tak post sesuatu kat sini...erk...yg lebih tepatnya dah lama aku tak bukak blog aku...huhu...mcm tkde menda aku nak citer...tp rasa tak best pulak kalau tak post sesuatu....aku kan memang suka bercerita....sbb aku punya cita2 masa aku muda2 dulu sebenarnya nak jadi penulis novel....tulis novel senang....takyah keje....dok umah je dok depan mesin taip (kalau dulu2 la) pastu taip je novel tu....tp skrg dah takde mesin taip....tulis novel pun pakai laptop....tapi tak jadi kalau tulis novel pakai laptop....aku rasa lebih banyak komen2 kat fb dari tulis novel nnt....

aku kat kg sekarang.....pagi tadi pise call.....tanya kat mana....dia dah ada kat paka masa tu dgn mah dan geng2 trip ke pulau perhentian....kalau ikut plan aku patutnya pergi sekali ke pulau perhentian sebab aku pun free tak kena pegi laut....tapi atas beberapa sebab yang tak berapa dapat aku nak elakkan....aku blk kg minggu ni....dj pun blk kg sebab pakcik dia meninggal....mesti diorg tgh best kat pulau tu....bole buat sesuka hati kat sana takde sapa nak marah....bole berjemur kat pantai 12 jam siang.....12 jam mlm....iskk....mesti best wat bbq kat tepi pantai....sambil main2 air kat pantai pulau perhentian yg best tu....hmmm....tapi best lagi kalau lepak dgn gf aku kot...kwang3...

"anak cik hawa yg no 2 tu dah nak kawen 5hb ni....tp kakak dia yg sulong tak kawen lagi....kau tak nak kat budak tu?".....itu adalah soalan yg kesekian kali aku dengar dari mulut mak aku sejak 3 tahun yg lepas.....dan bukan awek tu sorg je yg mak aku sebut.....semua nama dia sebut sejak 5 tahun lepas.....tak ada satu pun yg tersangkut kat hati aku....lepas dia tanya soalan tu aku terus ckp "tanak2".....sambil geleng kepala dan bergerak tinggalkan mak aku sorg2 kat dapur tadi.....sebagai tanda protes supaya tidak lagi mencampuri urusan rumahtangga aku....biar aku urusankan jodoh aku sendiri sambil bebanyak berdoa dan berserah kepada Allah agar aku dan gf aku dipertemukan jodoh....sooner or later....aminnnnnn.....

semlm borak sampai kul 3 lbh dgn dia.....pastu kul 6 dah bangun....dia pun mcm tu jgk....sian dia tak dpt sambung tido sebab ada kenduri kat umah dia....huuhu....aku pun banyak keje hari ni....adehh....kekadang kita tak bole lari dari tanggungjawab kita sebagai salah seorg manusia dalam dunia ni....kalau kat opis kita ada tanggungjawap sebagai pekerja....kat umah pulak kita ada tanggungjawap sebagai seorg anak atau saudara kepada adik beradik kita....nak taknak kekadang kita kena jalankan tanggungjawap kita tu samada kita suka tau pun tak....kena ikhlas la kot kalau tak semua yg kita buat akan jadi sia2.....tkpe la syg.....pasni semuanya pasti akan back to normal....hahaha....

tergelak aku baca mimi punya blog tadi....rupa2nya kata2 (msg kat ym) aku, dia abadikan dalam blog dia...hehe....ni aku copy dari blog dia :

kata2 hikmat dri abg aku ,joe black..
akn aku jadikan panduan in facing tis life...thanks abg...
Mi hargai sangt2...

Joe Black says:

gado2 dlm bercinta bukan perlu..tp mmg dah jadi asam garam dlm bercinta...utk mengelakkanya kena ada sikap tolak ansur..saling memahami...jujur...toleransi...mempunyai perasaan cinta yg mendalam..pandai jaga hati pasangan kita agar dia tak mudah terasa...pandai menjaga limit kita dlm pergaulan dgn kawan dari berlainan jantina....sedia terima segala kekurangan pasangan kita juga..ber
bercinta tu sepatutnya makin hari makin sayang...makin tk bole lupakan dia...cemburu kena ada pada setiap lelaki terhadap pasangan nya kerana cemburu itu adalah lawan kepada dayus...lelaki dayus diharamkan syurga keatasnya...kalau masa tgh becinta makin benci...makin gadoh...lebih baik cari org lain je...


~ apa yg aku blh amik sbg panduan..aku kan amik..n aku taw..kdg2 abg aku bg nsihat dlm ayat2 sinis dia..hehehhee tp aku paham...n aku trima...thanks bro...



wakakakaka...."kdg2 abg aku bg nasihat dlm ayat2 sinis dia".....ni yg aku takleh tahan nak gelak ni....hahaha....mimi abg mintak maaf kalau cara abg menyampaikan nasihat boleh buat mimi terasa.....abg memang tegas kalau dengan adik2....biar semua adik2 abg ikut mana2 nasihat abg yg berguna.....dan abg nak adik2 abg nnt akan jadi org2 yg berguna jugak....tak guna kalau abg membebel je tiap2 hari menda yg sama....abg nak sekali je abg cakap....pastu adik2 abg akan ikut....hehe....erk.....kalau korang nak baca lagi apa yg dia tulis....gi kat blog dia.....

"haha!xxx tgh sbuk2 jd pnyibuk yg konon2nya sbuk..hehe.." ...hahaha....hepi je aku baca sms dia tu....at least aku tau dia tgh hepi walaupun dia bz sebenarnya tu....sempat lagi dia sms aku tanya aku gi semayang kul bape nnt...tak ramai sebenarnya...erkk...bole dikatakan takde kot ex2 gf aku yg amik berat pasal bab2 semayang ni....tapi dia selalu ingatkan aku kalau dah masuk waktu semayang....pastu selalu suruh aku jangan lengah2kan semayang....ni adalah salah satu sebab nape aku sayang sgt kat dia.....dia amik berat sangat pasal aku....termasuk marah aku kalau aku bawak keta laju2.....adeyy....skip2....>>>>>>>>>>

aku nak siap2 nak gi semayang la....stop la dulu kat sini....



Wednesday, May 19, 2010

Constant Pain


camana ntah aku nak mulakan post kali ni...tema post kali ni pun masih blur...ada rasa nak post...tapi takde idea pulak....setiap idea yg datang seolah2 ada suara yang menahan supaya aku tak meneruskannya...tapi aku taip je la....aku rasa waktu ni jari jemari aku bergerak lebih laju dari apa yg otak aku fikirkan...semacam setiap jari jemari aku bole berfikir sendiri tanpa perlu menunggu signal yg perlu direvised dulu oleh otak aku...

tau tak camana rasanya bila kita rasa mcm kita ada buat salah kat org yg kita sayang?rasanya sangat sakit sekali...aku rasa mcm jantung aku nak meletup...setiap pembuluh darah atau arteri dlm jantung aku seakan2 pecah...dan...rasanya bukan pecah serentak...tp pecah satu demi satu dalam kadar segera...sakit yg berlanjutan sampai lah kita bole dengar suara gelak ketawa dia semula...erk...masa aku taip ni aku rasa benda yg sama...dpt sms dari dia....tp cara dia reply tu macam ada sesuatu yg tak kena...patutlah diorg selalu ckp..."silence speak a thousand words"...atau "saying not much is saying a lot"...memang betul la...kita tak dapat menafsir apa yg ada dalam fikiran atau hati org bila dia diam...apa lagi bila gaya dan perilaku dia tak dapat nak menyembunyikan perasaan dia...sebagai manusia yg serba kekurangan....aku tak dapat nak menyelami apa yg dia fikirkan ketika ini....aku cuma bole berharap dan berdoa aku bukanlah salah satu atau penyebab dari problem dia.... :(

sakitnya....aku betul2 rasa yg mcm aku cakap tadi...pembuluh darah dalam jantung aku nak pecah...hati aku rasa macam dirobek2 dgn garfu...tapi aku kena bertahan...

'Jangan terlalu ghairah menabur amal hingga keperluan diri diabaikan...bila fitnah datang mengundang maka runtuh segala kebaikan'

aku tak bole tahan la....aku nak stop kat sini....sakit sangat... :((

Tuesday, May 18, 2010

10 Tanda Untuk Memastikan Bahawa Dia Adalah Jodoh Anda

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Wednesday, May 12, 2010

Untukmu bakal isteriku...

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku...

Tuesday, May 11, 2010

Satukan Dalam Lagu

hari sabtu lepas aku gi air terjun panching....kat atas ni la signboard air terjun tu...biasa la bukti bahawa aku pernah berada kat tempat ni...erk....ni bukan aku cedok dari google ni...ni mmg aku amik sendiri pakai camera aku yg ada hp tu (erk....hp aku yg ada camera tu)....bila aku baca signboard tu baru aku tau nama tempat ni hutan lipur sg pandan...tp diorg selalu sebut air terjun panching je....best jgk tempat ni...best dari air terjun lain mungkin sebab sebelum2 ni aku gi air terjun kat tempat lain semua dgn laki je....tp yg kali ni datang dgn awek2...tu yg aku rasa lebih best dari biasa tu...
ni banner pasal diorg nak naikkan caj bayaran masuk ke air terjun ni....tak tau la aku dulu diorg kena bayar bape ntah kalau nak masuk sini...tp skrg kena bayar RM2 sekepala....kalau ada 2 kepala...kena la bayar RM4...dan seterusnya....mula2 aku nak lepak dkt2 dgn area banner ni je....tp diorg punyalah laju....tetiba je dah sampai jambatan gantung tu yg wire rope dia tak pernah lubricate sejak mula diaorg pasang....kalau kat kren aku dah lama aku rejek wire rope tu....tapi apa bole buat...kawasan ni diluar bidang kuasa aku....so aku dapat tgk je la wire rope yg berkarat tu...sepatutnya bila2 masa bole putus...tapi kalau wire rope size tu...kalau setakat 10 tan takde masalah....tu blm masuk lagi safety factor 5...maknanya dia bole tahan 50 tan pada satu2 masa dengan syarat wire rope tu tak berkarat....diameter dia tak berkurang 25% dari size asal dan takde wire2 halus dia yg putus sebanyak maximum 2 helai dalam satu strand in one lay length....perh....citer menda blog aku ni?
nape mcm aku sorang je kat sini?sebabnya masa aku amik pic ni....takde org lalu depan camera aku...padahal kat keliling2 aku masa ni ramai org tgh jogging....tasik ni nama dia tasik y....terletak di batu pahat....lepas aku gi pasar beli anak ikan utk dijadikan santapan ikan toman aku...aku lepak jap kat sini...sebenarnya aku teringat kat dia....tu sebab aku nak dok temenung kat sini....sambil teringat kat dia...pikir pasal dia....nak je aku call dia time aku lepak kat sini tadi....tp aku tak bole wat mcm tu...takpe....sabar je...nnt pun dpt dengar suara dia jugak....masa aku lepak kat sini....aku sempat mms kat dia pic tasik ni....ramai nyonya yg jogging dan exercise kat sini....ada yg buat gaya ala2 tai chi master....tak kurang juga yg buat gaya jet li atau bruce lee....dan tak banyak pulak amoi2 sexy hari ni....mungkin sebab hari ni adalah hari bekerja...amoi2 tu mungkin tgh keje....yg dtg ke sini cuma amoi2 yg dah tak bole dikategorikan sebagai amoi lagi bila mana usia diorg dah hampir mencecah setengah abad....
bukan sikit ikan talapia yg kecundang di hujung tali joran aku kat tasik ni....dan bukan sikit jgk joran aku dirampas oleh penguatkuasa majlis perbandaran batu pahat sebab memancing ditasik ni yg merupakan tempat larangan memancing....tapi semua tu tak mematahkan semangat aku untuk terus mancing kat tasik ni....biasanya aku mancing time diorg tak expect ada org akan mancing time2 mcm tu..contohnya time2 raya atau time2 cuti...sbb time2 tu diorg pun cuti jugak...kot...jauh skit dari hujung tasik ni ialah kediaman pegawai daerah batu pahat....dulu aku rajin jugak gi situ sbb member aku tu anak pegawai daerah batu pahat pada waktu tu....dan...sekolah aku terletak kat depan tasik ni...so masa muda2 dulu lepas abis aktiviti kat sekolah....aku biasanya lepak kat tasik ni la....dulu ada pondok tempat lepak2 kat tasik ni....tapi skrg diorg dah robohkan sebab banyak sangat vandalism kat pondok tu....mcm2 nama budak2 sekolah aku dgn budak2 sekolah tigs (sekolah pompuan dkt seberang sana tasik ni....sekolah aku sekolah lelaki diseberang sini tasik ni) yg diorg abadikan kat pondok tu...
yg ni pulak mercu tanda atau trade mark batu pahat....nama batu pahat di ambil sempena peristiwa sapa ntah yg pahat batu kat pantai minyak beku utk mendapatkan sumber air bersih...kat atas ni replika tangan org tgh pegang hammer dgn pahat...masa aku muda2 dulu kawasan ni dipenuhi dgn pondan2 yg mencari mangsa....tp skrg...kalau pegi time malam....kawasan ni dipenuhi dgn org2 yg datang sambil bawak anak2 diorg bermain sambil menikmati cahaya lampu yg berwarna warni disekitar kawasan ni....tapi aku pernah baca mastika tahun bila ntah....diorg melaporkan kawasan ni merupakan tempat budak2 muda buat projek....atau kalau dalam bahasa saintifiknya tempat maksiat....diorg dah lepak kat sini seawal azan maghrib berkumandang kat masjid jamek batu pahat yg berdekatan...maknanya diorg ni mmg advanced la...sebabnya diorg bole jumpa lokasi strategik utk wat semua tu....padahal tempat ni open sangat utk wat2 menda mcm tu....ataupun mungkin diorg dah tak pedulikan lagi org2 yg lalu lalang disekitar2 mereka?sesungguhnya batu pahat mengalami keruntuhan moral dan akhlak yg amat tinggi di sekitar2 penghujung tahun 80an dan awal 90an...

petang ni aku nak balik paka...dah 5 hari aku tinggalkan paka dan org2nya....mesti diorg rindu kat aku...ahh...bole blah nak rindu...selalu aku gi laut pun macam tkde menda je yg berlaku....yg aku tau cuma ada sorg je yg rindu aku kalau aku gi laut....dia....yer....dia je yg rindu kat aku...dan aku lagi rindu kat dia....setiap masa...setiap detik....dan disetiap hela nafas aku...hahaha...korang2 yg baca blog aku ni jgn jeles....aku cuma ada dia je dlm hidup aku sekarang....memang aku dah abaikan org lain dah....aku fokus kat dia je sekarang ni....takde sapa2 yg lebih penting dlm hidup aku sekarang kecuali dia...

lapa.. :( ...lambat lagi rasanya mak aku nak masak tghari ni...baru kul 11.41...iskk....nak cari sesuatu jap utk di makan....>>>>>>>>>>>>>>

huhu..baru lah bole berfikir....kalau perut lapa takde menda yg masuk dlm kepala otak aku...kena roti gula....makcik seberang jalan depan umah aku bagi....dgn donut...makcik sebelah umah aku bagi....menurut mak aku....sejak akhir2 ni ramai je org bagi mcm2 makanan kat dia....mungkin sebab mak bapak aku skrg ni adalah yg paling tua kat area umah aku ni....so mungkin sebab tu la jiran2 bagi mcm2 kat mak bapak aku...

tadi masa aku blk dari bandar....aku lepak jap kat umah kakak aku yg baru siap tp tkde org duduk tu...pastu ternampak plk kat merc aku yg bapak aku hantar repair clutch....brake dgn apa ntah lagi pomen tu ckp....pastu dia kata takyah jual la keta tu....nnt dia nak repair body skit2...pastu nak cat....haaa....gasak ko ler....aku pun dah malas nak amik tau....pomen tu dah deal dgn bapak aku....kalau ikut aku....nak je aku masukkan enjin toyota supra 1JZ kat keta tu..."takyah wat apa sal...masuk enjin terus bole pakai"...kata zahid masa aku citer pasal keta merc aku tu....best jugak idea tu...tkpe2....sabar....kena ada angan2 dulu...pastu ada impian....jadikan impian tu sebagai cita2...pastu baru lah bole jadi kenyataan...tak gitu boh?ke guane?

tak larat dah nak menaip....nak tido pulak pasni sebab aku dah janji dgn kekasih aku....lagipun mlm td tido kejap je...sebab temankan dia...ngeeee....
erk......nape aku satukan semua citer2 kat kuantan dgn citer2 kat batu pahat dlm satu blog?selalunya semua benda hanya bole disatukan dalam lagu...tp sekarang aku dah jumpa satu cara utk satu kan semua benda2 ni....aku satukan dalam satu blog....hahahaha....


Wednesday, May 5, 2010

The Zodiac

ni kajian Dr Fazilah tentang org yg lahir pada bulan May dan Disember :

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


pastu ada pulak keserasian berdasarkan pada zodiac yg aku dapat masa diorg tag nick aku kat fb tadi:


pastu ada pulak description dia based pada no2 tu:


Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama.. tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Ermm.. adakalanya macam betul saja kan.. suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata anda tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak anda. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian anda dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn…

Contoh : Virgo + Taurus = 1 = Sehati Sejiwa


NOMBOR 1 ? SEHATI SEJIWA

Wah! Tu dia… nampaknya anda dan si dia memang sehati sejiwa… Macam lagu Ajai & Nurul tu… Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, anda memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. anda berdua bersependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada anda berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan anda berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan anda tension dan bergolakkan. Namun kematangan anda berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat anda tangkis dengan mudah.

NOMBOR 2 – SALING MEMAHAMI

Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun anda mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai diri anda. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul
manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang anda lakukan tidak melukakan hati si dia.

NO 3 ? SALING MEMBANTU

Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya anda sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan anda hingga boleh menjejaskan diri anda sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta anda menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan anda tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri anda mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka anda saja. Jadi, tak salah kalau anda meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.

NOMBOR 4 ? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.

Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.

NOMBOR 5 ? SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO

Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak
seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.
Ermm… jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan anda
sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.

NOMBOR 6 ? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.

Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ?perang mulut? kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan anda berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah anda bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa… anda tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap ?panas hati? bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air? pandai-pandailah anda yea…

NOMBOR 7 ? TIDAK SERASI LANGSUNG

Huarghhhhhhhhhhh… Janganlah menangis?Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Ishh… sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?

Haa.. Macam mana!? Serasikah anda bersama pasangan anda?

lihat jadual diatas ini untuk mengetahui dimana anda n pasangan anda hhehhehehehheee

Jangan terlau percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul? itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Selamat mencuba…

Conclusion: aku lahir bulan December...dia lahir bulan May...zodiac aku Capricorn...dia pulak Taurus... kalau Capricorn + Taurus = 1 = sehati sejiwa....miahahahahaa...jgn jelezzz...

Tuesday, May 4, 2010

Green Light



huhu...ni yg pertama aku post utk bulan ni....dan kebetulan plk...total yg aku post utk bulan march dgn april sama...14 post...dgn kadar purata 1 post utk 2 hari....masa kat laut berkobar2 nak post blog...tp bila dah sampai darat....mcm malas je nak post....agaknya mood nak post blog ni berkadar terus dgn emosi kita...so kalau mood kita ok, mcm malas plk nak post sesuatu kat sini...tapi hari ni aku nak post jugak la...sekadar nak penuhkan quota post utk bulan may...

baru 2 bulan aku berkecimpung dlm bidang penulisan blog ni...atau lebih tepat kalau kita katakan bidang penaipan...erk...ada ke perkataan tu?kena rujuk dulu la dgn dewan bahasa dan pustaka...takut diorg saman pulak sebab sewenang2nya mencipta perkataan yg diorg belum terfikir lagi utk diexplore...jauh dah aku pusing...sebenarnya aku nak ckp mcm ni....baru 2 bulan aku berlecimpung dgn blog...tp counter blog view aku dah nak mencecah 1000 kali org view...dan aku rasa aku menyumbangkan 60% dari jumlah tu...ya la...nak edit...nak reply komen...semua tu diambil kira...

masa ni aku baru abis semayang magrib...tgh tunggu dj abis semayang utk gi makan...aku rasa dia dah kuar bilik tadi....dia tgh main poker kot...tkpe dia...dia wat2 senyap je ek....padahal aku dah lapar ni...erk...dia baru msg aku td...bgtau dia dah selamat sampai...alhamdulillah...laju jugak aku rasa dia bawak....tkpe la...asalkan dia dah selamat sampai...erk...aku nak stop jap la...nak gi mkn...lgpun dia nak gi mandi tu...nnt pas mkn aku sambung blk la blog ni...

aku da blk mkn da...mkn nasik dgn telor bungkus dgn kailan ikan masin.....dgn milo ais tabur...iskk...dj punya idea la ni...sikit sebanyak aku dah terpengaruh dgn dia...adeh...kenyang sgt mkn...kalau mkn lebih dr 1 lauk mmg mcm ni la...kenyang gila...kalau tak abiskan nnt membazir pulak...kita kena berenti makan sebelum rasa kenyang sebab perut kita kena ambik masa 10 minit utk sampaikan signal kat otak ygdia dah kenyang...sbb tu Nabi pesan....berenti makan sebelum kenyang...bila diorg kaji balik...mmg betul la kenapa Nabi cakap mcm tu....

aku tgh tunggu dia sms aku...tgh tunggu dia abis semayang ni...pasni nak call dia...dah agak lama dah aku tak call dia....dah 20 jam aku tak dengar suara dia....adeh....rasa mcm 2o tahun...."abg tgh angau ek?"...dia sms aku semlm lepas aku send lirik lagu broery marantika 'angin malam'...haah la syg...abg tgh angau kat sayang...haha....

hari ni aku dah siapkan 2 report...pastu baru aku ingat boss aku ckp takyah buat ada satu report tu sebab bulan 2 hari tu aku baru buat report kren tu....dlm masa 2 bulan tkde menda yg berubah pun kat kren tu....so maknanya total report aku kena buat cuma 5 je la...td dah siap 2...ada lagi 3 je...yezzzzzaaaaaaa....ala...senang je report aku tu...copy blk report tahun lepas...cuma tukar gambar je...miahahaha...pastu wat cert baru....cert tu pun cuma tukar tarikh dgn no cert....hahhaa...kalau la korang tau betapa senangnya keje kami....mesti korang tak puas ati...cuma yg tak best sebab kena gi laut je...pastu kena tinggalkan kekasih hati...tak leh bawak hp...dan nak call pun time dia limited...dan lagi satu sebab tempat keje aku tu bahaya...insurans pun tanak cover...selalu je ejen2 insurans ni call aku suruh beli insurans diorg....biasanya aku biar je diorg membebel sampai setgh jam....lepas dah puas diorg membebel...baru aku tnya diorg..."kalau keje offshore cover tak?"...pastu mesti diorg tanya blk..."encik keje offshore ke?"....bila aku ckp ya je....mesti dia ckp blk "oh...sorry la encik....syarikat kami tak cover pekerja2 luar pantai...takpe lah encik...terima kasih"....terus diorg letak tipon tanpa aku suruh...tu time aku rajin la layan diorg...kalau time aku tak rajin...bila diorg call je aku terus ckp aku keje offshore...dan kalau korang tanak diganggu oleh ejen2 insurans ni...korang ckp je korang keje offshore...diorg akan letak tipon tu dgn kadar segera....dan jangan tanya aku kenapa diorg taknak cover pekerja2 offshore ni...aku pun tak penah tnya diorg...

tadi ada org merajuk kot kat aku....diaorg tag nama aku kat msg fb yg citer pasal apa ntah....dah seminggu lebih aku biarkan je..tp msg tu tak reti berenti....ada je yg reply..ntah citer apa ntah...aku bukannya marah diorg msg2...aku cuma tanya camana aku nak remove nama aku dari msg tu...sebab menyemak je kan banyak kuar notification kat icon msg tu...dah la msg aku penuh dgn msg2 iklan bisnes dan sebagainya...mata aku jadi tk leh blah tgk msg tu...tp aku baru perasan kalau nama kita mmg kita tak bole remove dari msg tu...dan kita terpaksa menanggung balasan dosa2 kita dgn terpaksa menerima kehadiran msg2 tu...dah puas dah aku click report spam...msg tu tetap menerjah masuk ke inbox aku secara diplomasi....lepas aku sound mcm tu je semua stop msg2 kat msg tu....salah kah aku?atau....adakah aku yg bersalah?lantak lah....malas nak pujuk....korang dah besar....takkan la benda tu pun nak merajuk...kan?

erk...td potong rambut....masa dia potong tu nampak ok je...lepas aku mandi...lepas syampu...baru aku pasan rambut aku ni tak salah mcm org baru keluar dari pusat tahanan kemunting...eee...geram je....masa dia gunting tu aku tak pasan sgt...mungkin sebab aku ngantuk kot...bape puluh kali ntah dia tegakkan kepala aku masa dia tgh gunting tu....sbb kepala aku asik senget je...mcm nak tetido...huhu...agaknya dia bengang...potong lbh kurang je sebab dah malas nak tegakkan kepala aku...iskk...seb bek tu la satu2nya tempat gunting yg ada air cond kat paka ni....kalau tak mmg aku tak pegi situ....setakat ni ada 2 tempat je aku gunting rambut sejak aku keje kat sini....kat situ dgn kat kedai india kat kg aku....tempat lain aku tak berehi...

erk...da kul 9.04 pm...masih tunggu dia bg green lite utk aku call dia....tkpe la...dia tgh mkn agaknya....sian dia....satu hari tak mkn....aku syg sgt kat dia....tak pernah aku rasa mcm ni sepanjang 34 thn bape bulan ntah aku hidup dlm dunia ni....aku tak tau camana aku nak balas balik semua yg dia curahkan kat aku...."abg takyah balas apa2"...tu je yg dia selalu ckp kalau aku ckp aku pun dah tak tau mcmana aku nak balas semua yg dia kurniakan kat aku...takde apa pun yg aku rasa aku mampu nak bagi kat dia sebagai balasan cinta dia kat aku...erk..cinta....dia tak suka perkataan tu...jiwang sgt kata dia....hahaha.....yer la...abg pun bukan selalu dpt guna perkataan tu...hehe....

"sapa yg kena denggi joe?" ex boss aku call aku tadi....semlm aku sms dia camana dia buat dulu dgn pucuk betik bila dia kena denggi sampai masuk icu dulu....dia kata sel darah putih manusia normal ada 300 lbh dlm darah...tp dia punya masa kena denggi tu cuma ada 18 je....mmg dah consider mati la kata dia....pastu tetiba ada member dia bwk air rebusan pucuk betik tu...lepas dia minum...terus sel darah putih dia develop blk..."mmg setakat ni denggi mmg takde ubat joe....50% bole hidup..50% mati.....tgk sekuat mana badan kita bole develop sel darah tu" kata ex boss aku tu....ex boss aku ni aku kenal masa aku keje kat company lama....skrg dia dah jadi contract manager....dulu dia GM...masa aku baru kenal dia masa aku join company tu...dia baru jadi Engineer...dia mmg baik dgn aku....selalu je ajak aku bisnes nasi beryani kat KL....nnt la boss...kalau ada rezeki nnt kita bukak kedai nasi beryani gam kat kg baru ek...aminnnn...

panasnya malam ni...rasa nak duduk kat atas batu nesan kat kubur sebelah rumah aku ni....sejuk skit...tp dj mesti tanak kalau aku ajak dia....dia lebih rela bermandi peluh sambil mengadap poker....tp td masa kuar rumah nak gi mkn...pandai pulak dia ckp "iskk...bestnya ....kuar dari pintu rumah je dah rasa sejuk"....hmmm....kalau aku ajak dia dok temenung kat tepi pantai time2 mcm ni mesti dia buat muka mcm takde perasaan dia tu....mcm aku tak penah ckp apa2 kat dia....lantak lah...dan jauh disudut hati aku....aku pun tanak dok kat tepi pantai time2 mcm ni...sebab time2 mcm ni la aku selalu abiskan masa aku dgn dia....ngeee.....

erk...dia dah bg green lite...stop kat sini...huhuhu...