بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Sunday, July 28, 2013

Ramadhan 1434 Hijrah

Dah 18 hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, aku dapat puasa penuh sampai hari ni tanpa ada masalah. Tak macam tahun-tahun lepas, aku selalu rasa nak muntah bila tengah puasa sebab gastrik. Macam-macam ubat berpuluh-puluh ringgit abes tapi agak tak berkesan. Permulaan puasa hari tu aku surf google cari cara biar tak rasa nak muntah bila puasa. Cari punya cari, aku jumpa satu cara ni. Dia suruh campurkan 2 tin ais krim soda dengan 1 tin susu cair. Panaskan sampai nak mendidih tu pastu sejukkan. Minum lepas buka tu secawan. Lepas aku amalkan, untuk minggu pertama tu rasa ok sikit. Ada rasa nak muntah tapi masih boleh tahan lagi. Masuk minggu kedua, dah takde beza dah dengan tahun-tahun lepas. Sama jugak masih rasa nak muntah. 

Sehari sebelum pegi laut Selasa lepas, aku pegi la farmasi nak beli pil tahan mabok. Memang pil ni aku standby kalau pegi laut naik bot supaya tak mabok laut. Aku pun tanyalah kat awek kedai farmasi tu kalau dia ada jual pil tahan muntah untuk orang pregnant. Sebelum tu isteri aku dah syorkan untuk cuba pil tu tapi aku rasa macam kelakar. Tapi aku tanya jugak la kat awek tu. Sekali ada la pulak pil tu. Aku tanya dia berapa lama boleh tahan makan sebijik? Dia kata seminggu. "Biar betik?" aku tanya balik macam tak percaya. "Yer la...orang pregnant kan 9 bulan, kalau hari-hari kena makan pil kan susah" jawap awek tu. "Tapi ni makan separuh je untuk seminggu sebab pil ni power sangat" sambung dia lagi. Aku jadi suka denga jawapan awek tu. Sebabnya pil tu makan sekali je boleh tahan seminggu dan sepanjang aku berpuasa. Dipendekkan cerita, aku bei la sebiji pil tu dengan harga RM18 sebiji. Malam tu makan dan alhamdulillah, sampai sekarang aku takde rasa na muntah pun sepanjang aku berpuasa. Ada rasa tapi sikit sangat rasa nak muntah tu dan aku memang boleh handlelah setakat ni. Alhamdulillah. Setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati. Lepas ni bolehlah aku temankan isteri aku ganti puasa. InsyaAllah. Kesian jugak kalau tengok dia sorang-sorang puasa. Nak jaga baby lagi. Nak buat kerja rumah lagi.

Aku terpanggil nak tulis blog ni masa belek-belek entry lama. Sayang pulak kalau Ramadhan kali ni aku tak abadikan dalam blog. Sekurang-kurangnya aku boleh ingat balik apa yang berlaku pada Ramadhan tahun ni kalau aku belek balik blog aku. Aku kena gi laut Selasa lepas. Alhamdulillah, bilik aku ni dilengkapi dengan telefon yang boleh call keluar, dan yang penting, ada modem kat dalam bilik aku ni. Takdelah rasa tertekan sangat dok lama-lama kat sini. Patutnya kalau semua berjalan lancar, aku dah boleh balik darat seawal har khamis lepas lagi. Tapi ada beberapa perkara yang memang dah Allah tentukan, maka aku rasa paling awal pun aku boleh balik kedarat pada Khamis depan. Lagi seminggu je nak raya. Tapi aku dah buat persiapan ala kadar. Baju Melayu aku dengan baby dan jubah isteri aku untuk raya nanti semua dah beli dah. Tinggal langsir rumahmak mentua aku je tak siap jahit lagi. Harap-harap aku sempat jahit la balik dari laut ni nanti. Selain tu, tinggal nak kemas rumah je la sikit-sikit sebab aku dengan isteri aku dah plan nak buat open house lepas-lepas raya nanti insyaAllah. Kena kemas rumah awal-awal supaya tak kelam kabut nanti. 

Memang perancangan Allah tu adalah perancangan yang terbaik. Sebelum kena pegi laut tu aku selalu berdoa pada Allah supaya kalau boleh aku takyah la kena pegi laut dalam bulan puasa ni. Last-last kena pegi jugak dan aku redha je lah sebab aku pasti sangat bahawa tentu ada sesuatu kebaikkan yang Allah nak bagi kat aku. Walaupun dah berdoa, tapi Allah tak makbulkan, maknanya ada lah benda baik yang Allah nak bagi aku, lebih baik dari aku duduk kat darat je dalam bulan puasa ni. Pertamanya pasal pil tahan muntah tadi. Kalau aku tak kena pegi laut, mesti aku tak tau ada pil boleh buat aku tak rasa nak muntah. Keduanya, kat laut ni, tiba-tiba je Ustaz ditempatkan sebilik dengan aku. Macam-macam persoalan yang bermain dibenakkan aku mengenai agama semua aku tanya kat Ustaz. Alhamdulillah, setakat ni semua persoalan tu dah terjawap. Dan banyak lagi sebenarnya hikmah yang Allah kurniakan pada aku yang agak susah aku nak terangkan kat sini. Teringat aku kat firman Allah yang bermaksud:

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Pada aku senang je. Kalau kita dah berusaha dan berdoa memohon pada satu perkara, tapi Allah tak makbulkan dan jadi sebaliknya yang kita tak nak tu, maknanya memang itu adalah yang terbaik bagi kita walaupun kita tak suka pada mulanya. Bila dah terjadi perkara tu, barulah kita tau benda yang kita tak suka tu rupanya adalah yang terbaik untuk kita. Memang kalau tak faham konsep ni memang susah. Nak-nak kalau orang yang tak berapa beriman. Contohnya kalau dia putus cinta. Selalu je dia salahkan takdir kalau cinta dia putus ditengah jalan. Padahal mungkin kalau dia kawin dengan pasangan yang dia suka tu, hidup dia berantakan, jadi tak senang dan akhirnya bercerai. Tapi janganlah berserah bulat-bulat atau berdoa je tanpa ada usaha. Itu namanya pemalas dan bodoh. Sebagai contoh, dalam cerita kat atas ni, kita kena berusaha dulu jaga perhubungan tu. Slow talk. Cari penyelesaian, berdoa dan berserah. Kalau putus jugak, kita kena redha lah. Mungkin Tuhan tak suka orang tu jadi pasangan kita. Mungkin dia nak anugerahkan orang yang lebih baik untuk jadi pasangan kita. Tu la maksud dia...ada faham? Banyak lagilah contoh-contoh lain yang korang boleh perhatikan sendiri dalam hidup korang. Nanti ceritakan kat aku betul ke tak kata-kata aku ni...eh?

Sebenarnya Allah amat sayang kat kita semua hambaNya. Cuma kita je yang cetek ilmu ni tak tau betapa sayangnya Allah pada kita. 

Berkata Yakub: "Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin) kepadamu, kecuali seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu dahulu?". Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang (Surah Yusuf : 64)

Kalau kita buat dosa pun kadang-kadang Allah tangguhkan balasan dosa kita tu sampai kita bertaubat. Macam-macam ganjaran yang Allah kurniakan pada kita walau ketika kita memakai baju sekali pun. Kalau kita baca doa tertentu masa pakai baju, maka Allah akan perkenankan apa yang kita minta, siap diampunkan pulak dosa-dosa kita. Tu baru kes pakai baju je. Belum yang lain-lain lagi. Dulu aku pun tak tau benda-benda macam ni. Kadang-kadang tak terfikir. Tapi aku rajin membaca. Kat facebook ke, kat mastika ke, semuanya ada pengajarannya yang tersendiri kalau orang tu nak berfikir. Masa bawak keta sorang-sorang masa nak pegi air port pun boleh belajar sesuatu. Bukak la radio IKIM. Jangan asik bukak Suria atau Era FM je. 

Ntahlah. Semua orang berbeza. Ni jalan hidup yang aku pilih. Dengan usia aku yang semakin senja ni, alhamdulillah Allah kurniakan taufik dan hidayah kepada aku untuk minat pada benda-benda yang berbentuk keagamaan. Bukan nak riak, cuma nak berkongsi ilmu dengan korang semua dan semoga korang semua diberikan taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi seorang yang lebih beriman dan bertakwa. Mudah-mudahan berkat tulisan aku hari ni dapat membuka hati korang untuk melipat gandakan ibadah terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku dapat tempias-tempias pahala menyampaikan kat korang pun jadilah. Aminnn.

InsyaAllah, aku beraya bertiga tahun ni, dengan isteri dan anak aku. Alhamdulillah, segala suka duka selama ni Allah kurniakan aku dengan nikmat yang tak terhingga ini. Nikmat dikurniakan isteri, anak dan sebagainya. Mungkin berkat kesabaran aku melalui segala suka duka pahit maung kehidupan ini. 

Oklah, nak stop kat sini. Line pun makin teruk. Nak letak gambar pun tak bole. Nanti aku post pasal raya pulak, pasal ketupat, rendang dan kek buah-buahan.


*kepada isteriku...dah tak lama dah abg nak balik...huhu...insyaAllah...aminnnn... :) 

Tuesday, June 25, 2013

dah agak lama...


Dah agak lama tak tulis blog. Hari tu terberenti sampai isteri aku pregnant. Tapi sekarang dah bersalin dah. Nak masuk 5 bulan dah baby aku. Macam-macam benda yang berlaku. Tapi tak sempat nak ceritakan semuanya. Nantilah kalau ada masa aku ceritakan. Huhu...

Friday, December 28, 2012

Tetra Neon

ikan tetra neon tersebut...
Oooo...sekarang ni semua orang dah malas nak tulis blog eh? Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Tira sibuk dengan diri sendiri yang tengah bujang sebab anak dia ada kat kampung. Pise dengan Syuzi sibuk dengan baby baru. Ayu pun tengah sibuk dengan bubble witch saga. Mie pun sibuk dengan awek baru. Isteri aku pun sibuk dengan apa ntah. Abih aku? Ooo...aku sibuk buat persiapan untuk menerima orang baru dalam family aku insyaAllah...aminnn. Sibuk apa je? Sibuk kemas rumah boh. Nanti kalau baby dah keluar, nanti mesti ramai orang nak datang rumah. Sibuk beli barang-barang kelengkapan baby. Dan macam-macam sibuk lagi. Dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak gi KL tengok Sarah kawen. Isteri aku sebenarnya yang beriya-iya nak gi jumpa Sarah (sebenarnya dia nak jalan-jalan kat KL...erk). Takpelah. Aku pun ada agenda sendiri sebenarnya nak gi KL tu. Nak survery harga tayar, sport rim dengan harga player keta. Bila dah survey tu baru puas hati. Kesian Tira, tak pasal-pasal terjebak kena ikut aku pegi survey sport rim kat Meru. Tak beli pun tak pe, janji dah tau harga. Setelah aku banding-bandingkan harga tayar dan sport rim, ternyata kat BP lagi murah dari kat Klang. Spring sport pun jauh lebih murah dari kat Klang. Tapi player double din baik beli kat Bangi. Aku rasa dalam dunia ni tak boleh lawan harga player kat Bangi.Beza harganya mencecah hingga RM 400. Sampai sekarang aku tak tau kenapa dia boleh jual murah. Isteri aku kata sebab kilang dia dekat-dekat situ je. Tapi kenapa satu kedai tu je jual murah? Agaknya tokey dia tanak untung banyak kot. Dia berniaga ikut cara Islam kot. Taknak untung lebih dari nilai kos. Tapi tokey dia Cina. Hmmm...

nak beli sport rim macam ni...
atau yang macam ni...iskk...yang ni tak jumpa carik...
Dah 3-4 kali apek tu call nak hantar sofa. 2 kali dia call masa aku kat KL dan 2 kali lagi masa aku kat kampung. Siap ugut aku kalau tak hantar trip ni, lambat lagi la nak tunggu trip lain. Nasib baik isteri aku yang angkat call tu. Kalau aku yang angkat mesti dah kena maki apek tu. Berani dia ugut macam tu. Dah la dia yang mintak masa 10 hari dari start beli tu. Baru 3-4 hari dah sibuk call nak hantar barang. Bila nak masa tu dia tak boleh bagi, bila kita nak lambat boleh pulak nak hantar cepat. Takpe la. Layan je la. Lagipun aku dah lama sangat kat kampung. Ikan-ikan aku pun semua dah lapar. Takde yang mati dan yang peliknya ikan tetra neon aku yang disangkakan mati sebelum ni tiba-tiba muncul entah dari mana. Agaknya selama ni kena sorok dengan hantu kopek. Tapi pagi ni hilang lagi ikan tu. Mana ntah. Agaknya kena sorok dengan orang bunian pulak kot. Haishhh...

Sofa yang lama tu masih ada lagi. Tapi dah tak best sangat. Bila duduk lama-lama nanti span dia penyek macam nasik ayam penyek. Tak macam sofa Tira. Kusyen dia gebu dan tak penyek kalau duduk lama-lama. Lagipun yang lama ni kain dia senang nak lekat habuk. Masa ada kucing dulu tak sikit bulu-bulu Miaw dan Wok yang melekat kat sofa tu. Nak trade in tapi kedai amik RM 150 je. Tolong buang katanya. Daripada buang, baik aku hantar kampung. Sewa lori RM 300 siap ada orang angkat. Nak hantar peti sejuk 2 bijik, tv 29 inci zaman Jepun, mesin basuh manual 3 kg kot. Lepas ni lapang sikit rumah aku. Nak kena beli rumah 2 tingkat la macam ni. Tak muat tempat nak letak barang. Nak letak aquarium 4 kaki pun tak de tempat. Aku dah geram-geram je. Sabar je dengan aquarium 2 kaki ni. Dan sampai sekarang aku masih menunggu apek sofa yang masih tak kunjung tiba.

Rumput-rumput kat halaman rumah pun dah makin panjang. Hari macam tergendala niat suci murni aku nak potong rumput-rumput tu. Pertamanya sebab asik hujan je time aku nak potong tu. Keduanya ada sekor arnab, arnab sapa ntah suka makan rumput kat halaman rumah aku ni. Kesian pulak kalau aku potong nanti dia takde menda pulak nak makan. Kadang-kadang aku belikan kangkung untuk arnab tu. Selalunya memang aku sentiasa sediakan makanan dia. Tapi sebelum bercuti gi KL minggu lepas, aku ada tuang makanan dia penuh-penuh. Malam tadi sampai rumah tengok dah kosong dah bekas makanan dia. Arnab tu pun dah tak nampak muka. Agaknya dia dah pegi rumah orang lain sebab tengok makanan dah abes. Takpe lah. Sekurang-kurangnya dah takde alasan untuk tak potong rumput lagi lepas ni.

Cuaca tak menentu sekarang ni. Sekejap hujan, sekejap tak hujan. Sekejap cerah sekejap mendung. Alhamdulillah. Hujan ke panas ke semuanya ada hikmahNya. Kalau hujan aku tak payah nak siram pokok-pokok aku kalau tinggal lama-lama. Dan kalau hujan jugak boleh tenggelam bandar Kuantan. Alhamdulillah, kawasan rumah aku termasuk dalam kawasan tanah tinggi kat area Kuantan ni. aku rasa kalau rumah aku banjir, mau tenggelam bandar Kuantan sampai paras bumbung kedai 2 tingkat tu. sebab rumah aku ni kat atas bukit. Dan agak strategik jugak kedudukan dia sebab dekat dengan tol exit Kuantan. Nak gi mana-mana pun aku rasa takde masalah walaupun dalam keadaan musim banjir sekarang ni sebab hiway takkan banjir...yer dok? Dan harap-harap hujan ni akan reda masa aku nak gi semayang nanti. Malas pulak rasanya nak start keta nak gi semayang Jumaat nanti.

Ok bye.


*kpd isteriku...jom jalan-jalan petang ni...dah agak lama kita tinggalkan Kuantan...mesti banyak yang dah berubah huhu....



Wednesday, December 12, 2012

12/12/12



Ok...hari ni adalah 12/12/12. Nanti aku boleh citer kat anak cucu aku (insyaAllah) yang aku pernah hidup pada 12/12/2012.Huhuhu. Aku ada jam macam kat atas ni tapi tadi aku tak sempat nak tangkap gambar sebab aku kuar gi bandar tadi. Pinjam kat google je la. Bye...

Friday, November 2, 2012

Tergelak Ustaz...

Hari ni takde apa nak buat sangat. Sebab semalam dapat email dari boss aku kena pegi laut hari Ahad ni, so aku isytiharkan hari ni dan hari esok cuti. Erk, memang la cuti kat Tengganu hari ni dengan hari esok, maksud aku cuti aku tak wat keja pape kat rumah ni la. Wat menda apa? Dah 2 hari aku buat keja-keja wiring seperti yang aku janjikan kat isteri aku bulan lepas. Bulan lepas patutnya keja-keja mengemas bilik belakang (masih tertangguh sampai hari ni sebab kekurangan ruang atau kalau kat dalam bot diorang sebut deck space untuk mengalihkan barang-barang tu) dan yang kedua ialah memasang kabinet dapur. Bulan ni pulak keja-keja wiring. Sebanyak sekurang-kurangnya 15 biji socket, 3 bijik down light, 1 biji MCB box baru dan beberapa biji lampu dinding dari projek terbengkalai yang lepas yang aku kena pasang dalam bulan ni atau dalam masa terdekat ni. Tapi masa pegi kedai lampu hari tu, ada pulak permintaan tambahan bajet dari isteri aku. Dia mintak pasang lampu tido kat bilik tido utama dengan bilik tido kedua. So bertambah la sikit lagi kerja aku. Siap nak pasang suiz dimmer switch lagi yang boleh ejas dia punya keterangan cahaya tu. 

MCB Box baru...
Antara socket-socket yang belum terpasangkan
Lampu gantung dari projek lepas yang terbengkalai
Lampu tido untuk bilik no 2
Lampu tido bilik utama
Down light untuk dapur
Setakat ni aku dah berjaya memasang MCB box yang baru (lepas belajar bukak fius besar kat sebelah meter letrik tu dengan Wan Deni). Yang lama tu aku dah buang jauh-jauh sebab yang lama tu kecik je. Sikit je MCB yang boleh masuk kat situ. Padahal banyak lagi lampu dan socket yang aku nak pasang. Lepas tu aku dah berjaya menambah socket kat dinding kat area tv tu. Sebelum ni aku pakai extension wire je tapi extension wire ni bahaya sikit. Kalau pakai adapter lagi la bahaya. Kalau setakat nak pakai untuk cas hp atau untuk laptop ok la lagi. Tapi kalau dah pakai untuk cerek letrik atau peti sejuk atau iron, ianya amatlah merbahaya sebab wire tu akan menjadi panas, cair dan akan mengakibatkan kebakaran kalau MCB tu lambat nak trip. Kes-kes kebakaran rumah banyak berpunca dari benda-benda macam ni.

NI la rupa MCB dalam MCB box tu...banyak lagi tempat kosong aku boleh sumbat
Banyak lagi kerja aku. Bila ntah nak siap projek ni kalau asyik tergendala je. Berapa hari pulak ntah aku kena dok kat laut kali ni. Trip yang lepas sempat jugak aku beraya haji kat laut. Masuk tahun ni dah 5 tahun aku beraya haji kat laut. Tapi raya haji tahun ni aku tak lepaskan begitu saja. Aku join game (time-time raya ni memang platform-platfrorm ni biasanya menganjurkan game-game indoor ni macam baling gelung, dart, sepakan penalti, teka kacang, karaoke dan futsal) teka kacang, teka bijik betik, baling gelung, baling bola tenis dalam baldi dengan baling dart. Main baling bola tenis masuk dalam baldi je yang aku menang dapat tempat kedua. Bukan baling direct macam tu. Kalau baling direct macam tu memang semua bola aku boleh masukkan (erk...sorry...riak skit). Ni nak kena lantukan bola tu kat lantai dulu baru masukkan kat dalam baldi. Aku dapat masukkan 2 dari 3 bijik bola tenis tu. Ingat dah best dah dapat masukan 2 bijik tu. Masa tu dah final dah nak tentukan tempat pertama dengan kedua. Last-last ada pulak mamat tu dapat masukkan 3-3 bijik semua. Dah la dia menang game rebut kerusi sebelum tu. Relax, jangan marah. Erk...bukan marah. Saja je nak luahkan perasaan. Dah memang rezeki dia. Dan Alhamdulillah aku dapat tempat ke 2. BUkan apa, hadiah tempat pertama tu bapak besar kotak dia. Bila aku tanya medic apa hadiah nombor 1, medic yang juga merupakan pembungkus hadiah kata, milo, nescafe, air kotak dan sebagainya. Heheh!! Kalau setakat milo ke nescafe ke tu aku boleh beli kat kedai je. Tempat kedua aku dapat towel. Senang je nak bawak balik naik chopper. Sumbat dalam beg. Abes citer. Tapi mula-mula aku ingatkan towel yang ada logo platform tu yang macam biasa aku pakai. Sekali tengok plain macam tu je. Apa-apa pun, alhamdulillah.

Burung puling aku, iskk...mati dah sekor yang jantan. Mula-mula dia macam lumpuh. Aku puas suap air dengan makanan tapi dia taknak makan. Pelik aku. lepas aku pindahkan ke bilik belakang, malam tu ok lagi. Petangnya aku kuar nak gi belikan makanan dia, balik-balik je tengok dia dah terbaring je. Kaki dia macam lumpuh. Tapi boleh lagi nak menggenggam sesuatu. Terus melepek je. Dua hari melepek last-last meninggal. Pelik betul bilik belakang tu. Masa letak kat hall rumah ni ok je. Letak bilik belakang je mati. Macam citer paranormal activity pulak. Ntah-ntah ada yang ikut aku balik dari platform yang paling berantu kat Tengganu tu tak? Tergelak Ustaz, Mat Deris dengan Mat Jey yang duduk sebilik dengan aku bila aku citer; kalau aku balik dari laut je, mesti aku pesan kat antu-antu yang ikut aku balik tu supaya jangan ikut aku balik sampai rumah. Ikut sampai hiway je sudah. "Boleh pulak pesan kat antu macam tu" kata Ustaz sambil tersengih-sengih. Yer la. ustaz kena ikut macam Nabi. Nabi tak gelak terbahak-bahak okwokwwkwokowok atau wakakakaka atau bahaahabakabahak. Nabi senyum je kalau suka. Kalau terlebih suka, mulut Nabi terbukak sampai nampak gigi tapi tak dengar dia gelak terbahak-bahak.

Abih sekarang aku masih dalam delima. Nak beli lagi sekor jantan untuk gantikan pakwe yang betina tu ke atau nak bagi je kat Pak Metua aku sebab hari tu dia dah pesan dah tinggal je burung tu kat dia, maknanya dia nak bela la burung tu. Aku rasa bagi je la kat dia sebab kat tempat aku ni susah nak cari bijik sawet. Dan susah pulak nak susahkan miey nak kena kutip bijik sawet kat kebun dia dari masa ke semasa. Kalau burung lain tu boleh je aku bagi makan sekoi atau jagung. Beli kat kedai RM3 belambak dapat jagung dengan sekoi.  Teringin pulak nak bela ikan kelisa. Aquarium aku tu yang satu isi ikan oscar yang aku pernah ceitakan dulu. Yang satu tu patutnya isi ikan koi tapi sekarang ni tinggal sekor je. Yang lain semua mati. Sampai sekarang aku tak tau apa puncanya. Dan baru-baru ni aku ada belikan isteri aku ikan guppy dengan set aquarium dia yang comey-comey tu. Kecik je siap ada lampu dengan penapis air dia. Kira bijak la kata orang Ganu. Tapi isteri aku dah bagi green light untuk beli kaki aquarium yang baru dan boleh dah nak letak aquarium kat dalam rumah semula. Tapi dengan syarat taknak berbau dan berulat macam dulu masa bela ikan haruan dan ikan puyu tu. Huhu...tu cuma kes terpecil je tu. Lepas ni aku nak bela ikan yang best-best tapi bela sekor-sekor je dalam aquarium tu supaya tak bolok. Lagipun senang nak jaga. Kalau dah banyak-banyak nanti banyak pulak virus yang menyerang nanti. Takpe, hold dulu. Kena siapkan socket untuk filter dan lampu dia dulu.

Ikan guppy isteri aku dalam aquarium kecik yang comey
Ok. Nak gi semayang Jumaat pulak. Chaww.


*kpd isteriku...jom jalan-jalan petang ni...erk...

Tuesday, October 23, 2012

Puling

Burung Puling @ Tanau (sekadar hiasan)

Takpe, aku sabar. Aku sabar. Ni semua ujian dan dugaan Tuhan. Bukan sekali dua aku kena macam ni. Kalau masuk tahun ni maknanya dah 5 tahun peristiwa ni berulang-ulang. Walaupun dalam bentuk yang berbeza-beza. Kita hanya merancang, tapi perancangan Tuhan merupakan yang paling sempurna. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu tapi kemungkinan benda yang kita tak suka tu adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Cuma kita tak tau selagi sesuatu itu belum terjadi. Tapi jauh disudut hati aku, memang dah lama aku bersedia untuk sesuatu yang buruk macam ni. Benda yang selalu aku ingatkan kepada isteri aku, "sentiasa bersedia untuk sesuatu yang terburuk". Tapi masih ada harapan disitu. Last chopper hari Khamis. InsyaAllah, aku sempat berada didaratan sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun ni. Cuma tak seperti yang aku rancang je la. Mula-mula plan nak balik kampung, tapi bila dah jadi macam ni, beraya diperantauan je la dengan isteri aku sebab boss aku awal-awal lagi dah plan. Next trip aku gi laut ialah pada 1 November ni.

"Takpelah bang, ada hikmahNya" kata isteri aku semalam masa dia call aku. Lega hati aku sebab isteri aku dah memahami situasi kerja aku yang macam ni. Teringat cerita Idris, roomate aku dari Miri. Beriya dia janji kat isteri dia untuk bersama-sama menyambut hari raya puasa yang lepas, tiba-tiba dia tak dapat balik ke darat. Mengamuk isteri dia. Tapi nak buat macam mana. Semuanya dah takdir. Nampak macam best je keje kat laut ni tapi benda-benda macam ni yang menyebabkan orang fikir banyak kali nak keje kat laut. Kalau kat darat tu memang tiap-tiap hari boleh bersama-sama dengan anak isteri kecuali kalau outstation. Tapi tu pun masih boleh call. Tak macam kat laut. Nak call pun susah. Kadang-kadang je ada internet.

Tapi takpe la. Aku redha. Dah agak dah benda-benda macam ni mungkin dan akan berlaku. Lagipun aku agak hepi je sebelum naik laut hari tu. Masa sebelum pegi tu, aku sempat beli sepasang burung puling atau burung tanau. Dah agak lama aku teringin nak bela burung tu cuma susah nak jumpa. Orang asli pun takut nak jual sebab nak kena pakai lesen. Tapi tadi aku surf internet dia kata burung tu tak yah pakai lesen. Cuma burung bayan je yang kena. Takpe, nanti aku balik darat aku nak tanya:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Pahang/ 
Department Of Wildlife And National Parks, Pahang
Tgkt. 2, Bangunan Asia Life, Jalan Teluk Sisek,
 25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-517 8111/ 09-517 7733/ 09-514 3000
Faks/ Fax: 09-517 8822
E-mel/ E-mail pahang@wildlife.gov.my
 



Aku nak call samada nak kena lesen ke tak. Tapi kalau kena lesen pun takpe. Dalam RM 10 je sekor untuk setahun. Yang payahnya kalau diorg tanak keluarkan langsung lesen tu macam negeri Johor. Kat Johor semua jenis lesen untuk hidupan liar dibekukan. Agaknya sebab org Johor ni degil-degil. Semua binatang diorg nak bela. Bela ayam dengan kambeng dah la. Ni nak jugak bela musang dalam bilik. Nasib baik aku tak duduk kat Johor. Kalau tak mesti aku kena bela ayam serama je dengan ayam belanda.

Habis dah kat google aku study cara-cara nak bela burung puling tu. Dari makanan dia sampai cara nak membiakkan dia. Harap-harap aku berjaya tolong Jabatan Perhilitan untuk membiakkan burung-burung yang diancam kepupusan ni. Tapi tak boleh salahkan orang perseorangan jugak. Patutnya salahkan lah pihak-pihak berkenaan yang meneroka hutan dan habitat burung-burung ni bagi tujuan pembangunan. Malas ah nak citer. Ni dah masuk bab politik. Silap-silap kena ISA aku ni kang.

Kalau berjaya bela burung puling ni, aku rasa lepas ni aku nak bela burung murai pulak. Burung murai ni best sikit sebab kalau kita dapat bela sekor je nanti kawan-kawan dia datang bertenggek kat sangkar dia. Pastu nanti aku nak letak getah tikus dekat keliling sangkar dia. Nanti aku boleh dapat banyak burung murai. Huhu...memang best ah. Plan nak kena kemah boh. Jangan berangan je. Nanti tak jadi.

Tapi nanti mesti aku sibuk balik macam masa bela hamster dengan kucing dulu. Ada rutin harian nak kena bagi makan la, bagi minum la, nak kena buang taik la dan sebagainya. Tapi takpe la boh. Taik dia tak busuk mana dan dia takde kutu macam kucing aku tu. Tapi isteri aku suruh bela arnab. Aku dah study dah cara-cara nak membiakkan arnab-arnab tu kat blog ni http://mr-inspirant.blogspot.com/2011_05_01_archive.html     . Takpe, nanti aku nak kena study lagi. Kata mbak yang keje kat kedai pet depan rumah aku ni arnab takde kutu. So nantilah aku pertimbangkan. Lagipun aku nak bela yang bulu lebat macam kucing parsi tu. Susah nak dapat yang murah.

Tu semua aku KIV dulu. Aku ada projek yang lebih besar dari tu semua. Projek wiring besar-besaran kat rumah aku tu. Dengan projek nak kemas bilik belakang yang tertangguh sekejap sebab pasang kabinet baru kat dapur hari tu. Lepas siap pasang kabinet je, semangat nak kemas bilik tu jadi luntur balik. Tapi lepas ni aku nak kena kuatkan balik semangat tu sebab masa dah suntuk. Aku nak letak katil besar dengan gobok kat bilik tu. Biar senang kalau orang nak datang tido rumah aku boleh duduk kat bilik tu dengan selesa. Yang projek wiring tu tertangguh sebab MCB box tu dah penuh. Aku dah tak boleh nak sumbat breaker lagi dalam box tu. Nak kena tukar box yang besar. Sebab tu projek tu pun aku hold. Isteri aku pun dah banyak kali tanya. Lampu semua dah beli tapi tak pasang-pasang pun lagi. Lama-lama aku pun dah tak tau lampu tu dok kat mana. Nak kena beli baru la tu nampaknya. Lagipun nak pasang socket banyak-banyak dan nak pasang down light kat dapur pulak. Biar terang macam KLCC. 

Ok la. Dah time minum petang ni. Mat Jey dgn Rawi (roomate aku yang lagi 2) dah tunggu kat bawah. "Demo tak turun demo tak leh jadi saing kawe", Mat Jey dah warning aku sebelum dia turun isap rokok tadi. Terpaksa la aku stop kat sini.


*kepada isteriku...dah tak lama dah...insyaAllah...aminnnn...:D

Sunday, September 9, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 H


Oleh kerana kita masih berada dalam suasana hari raya, maka agak belum terlambat untuk aku ucapkan:


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Minal Aidil Wal Faizin
Maaf Zahir Batin

Malas. Semua malas. Nak kemas rumah paling malas. Banyak sangat nak kemas. Sejak gemok dah takde, bilik belakang tu aku dah plan nak kemas. Letak set bilik tido. Nanti senang kalau tetamu datang boleh la duduk kat bilik tu. Tapi nak start kemas tu yang malas. Nak buang ikan-ikan yang mati kat dalam aquarium tu pun malas. Ntah nape, 2 ekor ikan koi aku tetiba mati.Malas aku nak siasat. Kaler yang cantik pulak tu. Dah ajal agaknya.Tuhan lebih sayangkan nyawa diorg. Sama macam Tuhan lebih sayangkan nyawa Wok dan Miaw. Nak repair tangki air yang bocor pun malas. Aku plan nak tambah satu lagi kepala paip kat bilik air belakang sebenarnya. jadi sekali jalan je, buat semua benda. Tak payah aku nak panjat siling tu 2-3 kali. Kalau kepala paip yang ada sekarang ni semuanya pakai air tangki. Tekanan dia rendah. Kalau amik direct dari paip utama, tekanan dia akan jadi tinggi. Senang la aku nak pasang water heater dimasa akan datang. Tadi memang aku dah berkira-kira nak pasang paip dan nak repair dah tank air tu (ala...tukar pelampung dia bereh la tu) tapi aku batalkan kejap hasrat dan niat suci murni aku tu sebab hari ni hari Ahad. Memang ada kedai hardware depan rumah aku ni yang bukak, tapi bukak separuh hari je. Aku takut kalau ada barang-barang yang terlupa nak beli, bila nak beli, kedai dah tutup. Malas aku nak bertangguh-tangguh lagi kalau keja tak siap sebab takde barang. Esok je la aku buat.

Dan raya kali ni aku memang tak buat pun open house. Aku rasa, sejak lepas raya hari tu, baru hujung minggu ni aku berada di rumah aku ni. Hujung-hujung minggu yang lepas, mula-mula kan raya. Pastu sampai hujung minggu lagi satu baru aku balik ke rumah ni. Pastu hujung minggu berikutnya aku kena pegi laut pulak time merdeka tu. Pastu baru ni dapat menikmati hujung minggu kat sini. Isteri aku dengan aku-aku sekali memang tak larat nak buat open house. Kesian kat kawan-kawan aku yang berada disekita-sekitar sini. Semua tanya pasal open house. Aku cakap kat diorg tahun ni buat close house. Orang rumah aku tak larat. Kandungan isteri aku dah masuk 5 bulan semalam. Alhamdulillah. Takde apa-apa masalah besar. Muntah-muntah dia pun dah kurang. Dah boleh temankan aku jalan-jalan sikit-sikit pegi bandar walaupun dia duduk dalam kereta je. Tiap-tiap hari dia tertunggu-tunggu baby dalam kandungan dia bergerak. Aku pun tumpang happy bila dia bagi tau masa baby bergerak-gerak. Alhamdulillah.Bersyukur pada Allah kerana mengurniakan nikmat yang tak terhingga setiap hari kepada aku dan isteri aku.

Ada satu benda yang aku tak malas nak buat sekarang ni. Baca cerita  Siri Bercakap Dengan Jin yang aku baru jumpa link dia 2-3 hari lepas. Yang ni yang baru punya. Ada sambungan dari SBDJ yang sebelum ni aku jumpa. Sampai sakit kepala aku sebab sakit tengkuk baca citer ni dari pagi sampai malam. Salah satu sebab kenapa aku malas nak buat benda lain...huhu. Tapi sekarang aku kena limitkan masa membaca aku sebab tengkuk dan tangan aku selalu sakit-sakit sebab berada pada posisi yang sama untuk jangka masa yang lama masa baca citer tu. Hari ni belum baca lagi. Kalau dah start baca memang takde benda lain dah aku boleh buat selain menghabiskan masa dengan membaca citer tu sampai tengkuk aku sakit. Salah satu sebab jugak aku tak memasak. Start motor kejap, gi kedai pastu pilih la nak lauk apa. Tapi kadang-kadang lauk kat kedai ni tak dapat memenuhi selera dan cita rasa kita. Kadang-kadang nampak cantik asam pedas patin dia dengan kaler merah menyala. Tapi bila makan rasa tawar hambar. Harap harga je mahal. Last-last samada suka atau tak, kena jugak masak sendiri. 

Aduh malas. Malas nak tulis lagi. K...Bye....


*kepada isteriku....jom jalan-jalan gi bandar...erk...

Monday, July 30, 2012

Kena lalu dua kawasan perkuburan...



Alhamdulillah. Dah masuk hari yang ke 10 kita berpuasa. Bermakna fasa pertama dibulan Ramadhan iaitu fasa pelimpahan rahmat akan berakhir hari ini. Fasa pelimpahan rahmat tu apa? Maknanya fasa pelimpahan kasih sayang dari Allah untuk umat Islam. Allah bagi terutamanya dalam masa 10 hari pertama dalam bulan Ramadhan. Kalau Allah sayang kat kita, nanti kita berdoa nak mintak apa pun mudah dimakbulkan. Nanti Allah mudahkan segala urusan kita. Abih takkan tak buat apa-apa pun semua orang dapat kasih sayang yang sama dari Allah? Kena kerja kuat sikitlah boh. Buat ibadat lebih sikit. Buat ibadat ikhlas kerana Allah untuk mendapatkan rahmatNya. Bukan beribadat sebab nak tunjuk kat awek. Bukan berterawih sebab nak tunjuk kat awek yang aku ni rajin beribadat. Tu namanya tak ikhlas. Ada agenda sendiri. Bukan post status kat FB, contohnya "jom terawih" atau "buka ala kadar" tapi post makanan berbuka macam makan orang kaya. Tu riak namanya. Tu kalau niatnya nak riak, baik tak payah puasa. Sebab puasa tu semuanya tak dapat ganjaran apa-apa. Mungkin betul niat dia baik nak ingatkan orang lain supaya mengerjakan solat sunat terawih, tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, seolah-olah nak bagi tau kat orang lain bahawa dia ni bagus, semayang terawih tak tinggal. Setiap kali nak semayang dia post status mengingatkan orang supaya sembahyang. Tapi berhati-hatilah. Kalau terpesong niat tu akan membuatkan kita menjadi riak dan benda ni akan menghapuskan semua pahala amalan yang kita buat tu. Sama macam mengungkit balik perbuatan baik yang kita pernah buat kat orang lain. Bila kita sebut atau ceritakan atau ungkit balik, maka Allah akan tarik balik semua pahala dari amalan kita walaupun yang kita dah buat 10 atau 20 tahun dulu. Lainlah kalau kita ceritakan kebaikkan kita kat seseorang tu supaya orang tu terbukak hatinya nak buat amalan yang macam kita buat. Sekurang-kurangnya kita dapat pahala, pertamanya sebab mengajak orang membuat ibadat, dan keduanya kalau orang tu amalkan, kita pun dapat lagi pahala dari situ. Yang tu memang nak kena btul-betul niat nak mengajak orang untuk beribadat. Sebelum cerita kat orang, tanamkan niat betul-betul dalam hati bahawa aku ceritakan amalan ibadat yang aku buat ni semata-mata nak mengajak saudara aku ni supaya terbukak untuk beribadat. Contohnya macam blog-blog yang menceritakan tentang kelebihan solat sunat Duha. Biasanya kat ruangan komen tu, akan banyaklah orang yang bercerita pengalaman masing-masing tentang rezeki limpah nikmat kurnia dari Allah setelah mengamalkan sembahyang Duha. Kalau macam tu tak dikira riak sebab dia seolah-olah mengajak orang lain ikut mengamalkan solat Duha untuk mendapat rezeki dan sebagainya. Manusia zaman sekarang ni semuanya perlukan bukti baru dia orang nak buat sesuatu. Mungkin dengan komen dari dia orang ni akan menjadi suatu macam bukti untuk menggerakkan dia orang untuk beribadah. Ok la jugak dari tak buat langsung walaupun dah ada bukti-bukti yang nyata didepan mata. Sekali lagi, kena ikhlas dalam beribadah, bukan semata-mata nak mengharapkan rezeki tu datang bergolek depan mata.

Aku teringat pasal sorang kawan aku ni. Aku kenal dia dah lama, sejak umur aku 10 tahun kot sebab masa tu bapak dia baru berpindah ke kampung aku. Dulu dia ni ok je masa aku sama-sama bersekolah agama dengan dia. Lepas tu masa sekolah menengah, aku dah lama tak kontek dia. Yang aku tau dia pernah eksiden masa bawak motor sampai koma kepala dia kena besi pagar sementara kalau orang buat projek perumahan tu. Allah masih sayangkan dia. Nyawa dia masih panjang. Tapi tu la, lepas tu dia jadi macam tak betul. Masa lepas beberapa bulan dia eksiden tu, aku selalu la lepak dengan dia sebab masa tu baru abis SPM. Aku selalu pegi mancing dengan dia. Kadang-kadang kalau time cuti semester pun aku lepak dengan dia, main snooker, mancing dan kerja part time dengan dia. Kadang-kadang lepak kat depan rumah member aku yang satu lagi sampai pukul 2-3 pagi. Sampai takut nak balik tumah dan last-last tido kat rumah member aku tu. Yer la. Dari rumah member aku tu nak ke rumah aku, kena melalui 2 kubur. Satu kawasan kubur dekat depan rumah member aku yang eksiden tu. Yang tu boleh tahan sikit sebab masa tu aku berdua. Bila lepas hantar member aku balik tu (naik motor honda mangkuk bapak aku je masa tu, bukan laju pun, kalau antu bungkus kejar pun gerenti dia boleh melompat terus kat seat belakang motor tu) maknanya aku kena balik sorang-sorang la lalu kubur yang satu lagi. Memang tak menjadi masalah sangat kubur tu sebab kat kawasan kubur pertama tu arwah nenek dengan datuk aku belah mak aku memang tanam kat situ. Pastu kawasan kubur kedua tu arwah nenek dengan datuk aku belah bapak aku ada tanam kat situ. Tapi masalahnya bukan takut orang yang dah mati tu semua. Takut ada setan-setan yang berupa orang yang dah mati ni menyakat. Tapi Alhamdulillah. Sampai setakat ni aku tak pernah jumpa lagi. Kalau kena sakat dengan bunyi-bunyian tu memang dah biasa la.

Sambung balik cerita pasal member aku ni. Aku namakan dia A la.A ni lepas dia eksiden, kepala dia jadi tak betul. Dia macam jadi bingung. Sampai satu tahap dia tanya aku Tuhan tu kat mana? Ada tak dalam gengaman aku sekarang ni. Dia seolah-olah dah tak percaya kat Tuhan. Seolah-olah tak beriman. Dia selalu cakap yang dia dah selalu beribadat tapi kenapa Tuhan tak bagi apa yang dia nak. Dia selalu tak puas hati dengan Tuhan. Seolah-olah macam, orang lain boleh dapat tu dapat ni, tapi kenapa dia tak boleh dapat. Baru 4-5 hari lepas dia sms aku. Sebelum tu dia dah selalu mengadu kat aku yang dia putus tunang dah banyak kali. Semuanya asik tak menjadi je. Sebelum tu aku ada ajar dia supaya amakan la sembahyang sunat Duha, solat Tahajjud, dengan tak meninggalkan solat fardu. Bila aku tanya dia semayang fardu cukup ke tak, dia macam tergagap-gagap nak cakap dan oleh kerana aku tak nak mengaibkan dia, aku terus cakap, "haa bagus la kalau semayang fardu dah cukup, nanti senang nak buat semayang sunat". Aku saja cakap macam tu supaya dia tak malu kalau semayang fardu dia tak cukup. Pastu yang bagusnya, dia amalkan semayang sunat Duha tu, tapi lepas sekali semayang, malamnya dia sms aku lagi, "takde pun awek lekat kat aku?". Aku rasa macam nak tergelak bila dia cakap macam tu. Dah la yang pertamanya dia semayang semata-mata nak awek untuk dijadikan isteri. Yang keduanya dia nak sesuatu yang dia mintak tu akan datang dalam sekelip mata. Susah nak terangkan konsep atau plan Tuhan ni kat dia. Susah nak terangkan konsep bersangka baik pada Allah. Benda ni aku nak kena duduk 24 jam selama setahun untuk terangkan kat di satu persatu. Padahal dia sama-sama sekolah ugama dengan aku sampai darjah khas. Patutnya ilmu yang kami pelajari ni sama je tinggi rendahnya. Tapi mungkin sebab dia eksiden kot. Separuh dari ilmu agama dia dah hilang masa doktor operate dia dulu. 

Pastu baru-baru ni dia sms aku lagi, dalam sms dia berbunyi macam ni, "nape aku dipilih (maksudnya kenapa dia dipilih ditimpa dengan dugaan yang macam-macam, putus tunang, tak bahagia, tak dapat apa yang dia nak dan sebagainya), kan banyak lagi, xxx, xxx, xxx kan ada..." (dia sebut la beberapa nama member-member aku masa sama-sama satu kelas sekolah agama dulu. Aku rasa dah panas dah. Sampai tahap tu sekali dia tak puas hati kat Tuhan. Pastu aku jawap macam ni kat dia, "Kau tak tau jalan hidup diorg..apa ibadat diorg..apa doa diorg..apa pengorbanan diorg pada org lain..apa kesusahan yg diorg lalui utk dpt nikmat yg Allah bg skrg ni pada diorg..mungkin jln hidup diorg lbh susah dr kau...kau patut bersyukur dgn apa yang Tuhan dah beri pada kau sampai setakat hari ni....ada org nak makan pun takde duit..motor pun takde..hutang keliling pinggang..mungkin kalau kau kawen skrg kau tak dapat nak bahagiakan isteri ko..tu semua Tuhan dah ambik kira..mungkin kau blm bersedia nak bimbing isteri ko sebab kau sendiri pun blm betul lg..ko fikirkan dulu...". Aku memang ikhlas bagi dia faham cuma ayat aku tu macam kasar sikit supaya dia faham dan dia sedar kenapa Tuhan buat semua tu. Kalau tanya aku, aku pun tak tau kenapa Tuhan bagi bahagian yang macam tu kat dia. Tapi kalau ikut apa yang aku baca, yang aku belajar, yang aku faham dan yang terjadi pada pengalaman aku sendiri, memang tu semua cara Tuhan nak menguji kita dan kadang-kadng balasan atas dosa dan kesalahan kita selama ni. Kalaulah kononnya kita tak de buat dosa langsung, tapi Tuhan turunkan jugak bala dan dugaan dan kesusahan atau sakit kat kita, tu sebenarnya sebab Tuhan rindu nak dengar suara kita merintih dan merayu semasa berdoa. Sakit, bersabar dan redha dengan ujian Allah semuanya ada lah penghapus dosa dan peluang untuk kita mendapat ganjaran yang besar dari Allah dan peluang dari Allah untuk meningkatkan lagi darjat kita ke satu darjat lagi. Kita tak boleh nampak perbezaan darjat ni. Aku pun tak tau apa yang Allah maksud dengan darjat ni, tapi aku rasa la, dari pandangan aku darjat ni diukur dari pandangan kita pada orang lain. Kan kita boleh bezakan muka alim ulama dengan muka kaki pecah rumah atau kaki botol dan kaki perempuan. Kalau muka alim ulama ni kita suka je nak tengok dia. Muka dia redup, bersinar dan sejuk je bila kita tengok walaupun alim ulama tu kulit muka dia agak gelap. Kalau kita tengok muka orang jahat, walaupun putih kulit dia tap kan tak berseri-seri. Lagi satu kalau orang orang-orang baik ni senang je dia dapat bantuan atau dalam erti kata lain, Tuhan mudahkan je segala urusan dia. Aku ni kan jenis mudah je tak puas hati kat orang lain, nak-nak melibatkan sesuatu yang kena beratur kena bayar kat kaunter atau berurusan dengan orang lain. Ada orang yang kerja kat kaunter tu aku tengok dan berurusan dengan dia pun memang aku rasa nak marah dan menyampah je walaupun muka dia cantik atau hensem. Ada orang tu walaupun muka dia ganas tapi bila berurusan dengan dia aku jadi sejuk walaupun mula-mula macam nak marah. Ada orang tu kalau kita tengok dia, kita rasa suka nak bertegur sapa atau berbual dengan dia walaupun kita tak kenal dia (bukan yang berlainan jantina saja). Ada orang tu kalau boleh nak pandang muka dia pun kita taknak. Mungkin inilah dia perbezaan darjat yang Allah kurniakan pada manusia sesuai dengan ibadat dan amalan dia orang. Dan sampai hari ni, member aku si A tu terus senyap tak reply langsung sms aku tu. Agaknya dia tengah fikirkan kata-kata aku. Aku tak rasa dia terasa atau merajuk kat aku sebab tu aku bagi dia macam tu. Nanti raya nanti mesti dia sms aku la tu.



*kepada isteriku...nanti buka hari ni nak makan apa ek?

Thursday, July 12, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433H




Hari ni patutnya aku ada banyak keje ni. Tapi malas nak buat. Selalu pun malas jugak. Selalu tu aku malas nak tulis blog, tapi rajin buat benda lain. Tapi hari ni aku malas nak buat benda lain, tapi rajin nak tulis blog. Banyak benda tentang kehidupan aku yang aku malas dah nak share dengan orang lain kecuali dengan isteri aku sendiri. Malas nak citer pasal kematian wok dan miaw (tapi aku citer la jugak...erk) yang sungguh tragis. Ada ke mati sebab kutu isap sel darah merah dia. Tak masuk akal. Dulu kecik pun mati sebab kutu. Yang tu aku boleh terima sebab dalam masa dua minggu sebelum dia mati tu dia memang dah lemah. Badan dia kecik je so kalau kena isap darah dia makin tak bermaya la dia. Itu aku boleh terima. Najis dia pun ada campur darah. Tapi wok dengan miaw ni, dia sihat walafiat masa aku tinggalkan kat kedai pengasuh dia. Takde tanda-tanda dia sakit sebab kutu. Lagipun aku dah spot on (salah satu kaedah membasmi kutu pada badan kucing) seminggu sebelum tu. Kalau ada jugak kutu tu maknanya kedai tu tak spot on dia la sebab aku dah suruh dia spot on. Aku rasa sebab dia tak bagi makan. Masa dia keluarkan kucing tu masa aku nak amik tu baru dia perasaan kucing tu dah mati. Siap dah keras lagi jenazah dia. Maknanya dari pagi lagi dia tak pegi cek kucing tu. Maknanya lagi dia tak bagi makan la dari pagi, dan mungkin juga dari semalam-semalamnya atau mungkin dari sejak aku tinggalkan kat situ. Kenapa aku suka cakap macam tu? Sebab keadaan kucing-kucing aku tu masa aku baru lepas amik dari kedai tu mesti macam kucing kebuluran. Macam seminggu tak makan. Kalau bagi air tu, diaorg akan minum air tu sampai 5 minit tak berhenti. Sampai abis air dalam bekas dia sekali minum je. Bayangkanlah macamana kucing minum. Dia jelirkan je lidah dia kat air. Jelir lidah macam tu pun boleh abis air dalam satu bekas. Maknanya memang kebulur tak minum air. Kalau dia tak makan tu aku boleh terima lagi sebab kucing-kucing aku tu memang tak suka makan makanan kat kedai tu. Makanan murah. Tak sedap agaknya. Tapi kalau tak bagi air tu aku memang tak boleh nak terima. Aku redha ketentuan Ilahi. Tapi kalau betul dia tak bagi kucing-kucing aku makan dan minum, biarlah dia jawap dengan Allah kat akhirat nanti. Aku dah maafkan dia kalau betul dia buat salah. Yang selebihnya, biarlah dia jawap dengan Allah. Mudah-mudahan Allah akan menggantikan kucing aku dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Aminnnn.

keadaan wok dan miaw, seolah-olah mati dalam keadaan tertido. Tak ada tanda-tanda mati secara tiba-tiba .Berdosa besar siapa yang membiarkan binatang mati dalam kurungan tanpa makanan dan minuman
Kat rumah aku ni sekarang ada wabak kutu kucing. Kalau aku masuk bilik belakang tu, kutu-kutu tu akan berebut-rebut mengejar kaki aku. Pastu gigit kaki aku sampai gatal-gatal. Kekadang ada jugak yang terlepas sampai ke ruang utama rumah. Akibatnya badan-badan aku akan gatal-gatal. Dah 2-3 hari ni aku perasaan kat luar rumah pun ada jugak binatang ni. Aku rasa bukan setakat kat dalam rumah aku je. Kat luar rumah pun banyak. Sampaikan pada satu tahap, aku terpaksa spray ridsect atau shieldtox kat kaki aku sendiri bila kutu-kutu ni terbang dan melekat kat kaki aku. Semalam aku mandikan gemok, pun banyak kutu-kutu tu mati sebab aku mandikan gemok pakai syampu anti flea, ticks dan apa ntah lagi satu aku lupa. Aku ada baca kat google, orang-orang Indo pakai minyak Telon untuk membasmi kutu-kutu ni kat badan kucing-kucing tu. Dua hari lepas aku ada beli minyak telon ni kat KP, tapi aku beli jenis lain yang bau dia tak menyengat sangat. Masa beli tu aku ingat bau dia atau khasiat dia sama je. Aku saja beli yang jenis lain dari yang aku pernah beli sebelum ni sebab yang sebelum ni botol dia tu agak susah nak keluarkan minyak dia. Lubang dia kecik sangat. Yang baru ni lubang dia besar macam botol minyak gamat (kata orang yang jual masa aku nak beli tu) tapi masalahnya tak berkesan. Beriya aku sapu kat kaki aku sebelum aku masuk bilik belakang tu dengan harapan bila kutu-kutu tu terbang dan melekat kat kaki aku, semuanya akan pening-pening lalat dan mampus semuanya. Sangkaan aku benar-benar meleset. Malah makin banyak pulak kutu-kutu yang hinggap dan gigit kaki aku. Dengan sekelip mata atau orang putih kata "just before my eyes" akau sambar tin ridsect yang memang aku dah standby dekat-dekat situ dan terus sembur kaki aku yang dipenuhi kutu-kutu yang berkumpul kat situ. Kaki aku ni seolah-olah umpanan untuk aku membenteras kutu-kutu jalanan tersebut. Dua minggu lepas lagi best, masa tu aku memang dah bengang pasal kutu tu. Aku saja je spray bilik belakang tu, bila aku spray kesemua arah dalam bilik tu, aku dengar macam bunyi air hujan jatuh ke atap. Bila aku selidik, rupanya tu bunyi kutu-kutu tu jatuh satu persatu ke atas kotak-kotak dan suratkhabar yang aku buat alas dalam bilik tu. Bayangkan, bukan berpuluh, bukan beratus, tapi aku rasa ada beribu kutu tu dalam bilik tu. Sejak tu baru aku tau bilik tu banyak kutu. Aku rasa kalau aku tak buat eskperimen tu, aku rasa satu hari nanti aku pun boleh mati sebab darah aku kena hisap dengan kutu-kutu tu. Iskk...

sedap sangat kutu ni tengah gigit tangan aku 

antara kutu-kutu yang mati lepas aku spray dengan ridsect

minyak telon yang aku beli, yang ni tak berapa power untuk membunuh kutu

ni la syampu anti ticks, fleas and lice tu...kalau rambut korang banyak kutu, aku rasa pakai syampu ni bagus ni

minyak telon ni baru power, boleh membunuh kutu
Sempena isteri aku peknen ni, bukan sempena peknen sangat la, sempena, kan dia tak boleh nak duduk-duduk lama-lama sangat mengadap laptop, dan sempena dia bosan sebab tak boleh nak online selain dari tengok tv dan tido, dua hari lepas atas dasar kasih sayang yang tak berbelah bagi, maka aku pun belikan lah dia Tablet PC. Tablet PC ni sama macam ipad atau galaxy tab jugak dan boleh jugak nak buat call. Dan lepas ni senang la dia nak online kat situ sambil main game sambil baring-baring je. Tap payah nak duduk mengadap laptop. Err...sebenarnya aku malas nak citer pasal benda ni tapi tetiba gambar tablet ni ada kat dalam hp aku, so aku upload je la dan citer kat sini. Best jugak rupanya tablet ni. Dulu aku macam malas nak beli sebab, yer la...kan laptop lagi puas untuk on9, tapi tablet ni lagi best sebab kita bole on9 sambil baring-baring. memang boleh on9 pakai blackberry tapi screen dia kecik sangat. So tablet ni mungkin solution pada sesapa yang nak on9 sambil baring-baring macam aku ni. Banyak kelebihan dia, contohnya boleh masukkan sim kad broadband terus kat dalam tu untuk on9 dan sebagainya. Lepas ni boleh la dia komen-komen lagi kat FB dia. Kesian isteri aku. Dia selalu muntah-muntah, tak de selera makan, perut selalu sakit-sakit.  Berat badan pun dah turun. Aku jugak yang kena bebel dengan kakak aku dan mak aku sebab berat badan dia turun. Susah jugak jadi orang tengah ni. Kalau salah cakap, kena marah balik dengan isteri aku, kalau tak cakap, kena marah dengan kakak dan mak aku. Nak suruh diorg bercakap sesama sendiri, dua-dua pihak tak nak saling bercakap. Ibarat makan buah kepantangan beruk, ditelan mati mak, diluah mati bapak.  Takpelah, memang dari dulu aku selalu jadi mangsa sebagai orang tengah. Kalau mental dan fizikal aku tak kuat, aku rasa aku yang kena darah tinggi sebab sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan yang agak luar biasa pada aku selama ini bagi menghadapi situasi-situasi yang macam ni. Agaknya sebab tu lah ada sesetengah ibu yang tak larat nak mengandung lagi. Cukup la sorang je. Agak-agak Tira tu nape ek?Nape sorang je ek?Sebab trauma masa mengandung ke atau trauma masa bersalin ek?erk..

Tablet PC yang best
Dah tak lama dah nak puasa. Dan dah agak lama jugak tak raya. Mudah-mudah Allah mudahkan ibadat puasa aku dan isteri aku dan semua umat Islam. Mudah-mudahan kita semua dapat meningkatkan ibadah pada bulan yang mulia ini sebagai bekalan kita diakhirat nanti. Dan mudah-mudahan aku dapat puasa penuh sebulan tanpa masalah dan tanpa gastrik. Aminnnn. Dengan ini jugak, aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa dan aku memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku kat korang semua sempena nak puasa nanti.


*kpd isteriku...nanti makan banyak2 eh...biar naik semula berat badan tu...erk...