بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Wednesday, June 13, 2012

Masterchef Celebrity

Peserta-peserta Masterchef Celebrity Malaysia sebelum ada sebahagiannya yang dah kena keluar
Sejak isteri aku disahkan mengandung, segala urusan masak-memasak terpaksa aku yang galas sebab isteri aku dah tak larat nak berdiri lama-lama, nak angkat lesung batu dan benda yang berat-berat dan alahan bau-bauan kat dapur yang boleh menyebabkan dia termuntah-muntah. Aku ni jenis tak boleh kalau dengar dia muntah. Kekadang dengan aku-aku sendiri pun rasa nak termuntah. Pernah tu masa amik kucing dari kedai tempat boarding, selalunya kalau bau kencing dengan bau taik kucing aku takde menda sangat. Takde la rasa nak temruntah ke apa. Tapi satu hari tu isteri aku tak tahan sangat bau taik kucing tu. Terus dia pun mula la uwek-uwek. Mula-mula aku boleh tahan lagi, last-last dengan aku-aku sekali pun uwek-uwek. Tapi tak sampai ke tahap mengeluarkan apa-apa lagi la. Setakat uwek-uwek macam tu je. Tapi alhamdulillah, walaupun kekadang aku kena naik bot dipukul ombak ribut monsun bulan December yang mengganas, sampai ke hari ni aku tak pernah termuntah-muntah kat dalam bot. Pening-pening sikit tu ada la. Cuma tak sampai ke tahap muntah-muntah.

Masa awal-awal tu boleh la tahan lagi beli je kat kedai kalau nak makan tengahari. Tapi lepas seminggu jadi bosan pulak asik beli kat luar je. Sampai dah boring tak tau nak makan apa. Makan kfc kalau hari-hari pun muak jugak. Mekdi pun sama. Kalau korang tak caya korang cuba la. Mesti nak makan nasik jugak. Aku terinspirasi dari program Masterchef untuk merajinkan diri untuk masak time-time isteri aku mengandung ni. Suka jugak aku tengok gelagat Azwan yang lembut-lembut tu selalu mengusik kawan-kawan dia. Ramai yang tak suka dia tapi sebab dia cerewet tapi orang macam Azwan ni aku rasa senang je nak tackle kalau tau caranya. Dan kadang-kadang orang macam ni boleh menjadi seorang kawan yang amat setia dan jujur pada kita kalau kena cara melayan dia. 

Masa mula-mula tu aku masak nasik, dengan sambal lonte (kat google ada resepi dia, orang Johor suka masak sambal ni), ayam goreng ala-ala pop corn kfc dengan sayur kobis goreng. Hari kedua ada request dari isteri aku. Dia teringin atau mengidam nak makan soto. So aku masakkanlah soto untuk dia. Siap ada bergedil semua. Memang kalau aku dengan isteri aku memang suka makan soto yang dibuat sendiri. Selalu je rasa tak puas hati dengan soto yang dibeli kat kedai. Belum jumpa lagi soto yang sedap macam kami masak (erk...riak sikit..). Sebab tu kalau bab soto kami lebih suka masak sendiri. Masa masak soto ni aku mintak isteri aku tolong masakkan sup dia sebab aku dah bz buat bergedil, buat nasik impit, sambal kicap dan sebagainya. Lepas tu hari ketiga tu aku masak nasik impit goreng. Macam yang china selalu masak kat tepi-tepi jalan masak pakai basikal roda 3 tu. Bezanya cuma kalau apek-apek tu masak dia pakai babi dan bau babi tumis tersebut amatlah harum kalau masa dia tengah masak tu kita berada berdekatan dengan dia. Kalau kat kampung aku time-time lepas-lepas raya pertama biasanya kan banyak ketupat-ketupat yang tak abis. Mak aku selalu potong kecik-kecik pastu goreng macam goreng nasik goreng biasa. Korang try la. Meemang sedap. Lain sikit rasa dia dengan nasik goreng. Pastu hari keberapa ntah, masak nasik lemak pulak. Tu pun sebab isteri aku mengidam nak makan nasik lemak daun pisang. Pagi-pagi lagi aku dah start kereta pegi pasar Kuantan cari ikan selar, daun pisang, daun pandan, kerang, santan, siap dengan petai sebab nak buat sambal tumis petai. Aku dengan isteri aku  ni kalau makan petai memang selalu rasa sakit perut sebab petai ni kan antioksidan. Dia buang semua benda-benda yang toksid dalam perut kita melalui najis kita. Sebab tu la kita akan selalu rasa sakit perut kalau lepas makan petai. Belum pun abis makan nasik lemak tu, isteri aku dah order nak makan nasik ayam madu pulak. Dan pagi-pagi lagi aku dah buat ramuan untuk perap ayam. Ayam ni kena perap lama-lama baru sedap. Barulah bahan-bahan perapan tu menyerap dan sebati masuk dalam daging ayam tu. Pastu ada la resepi-resepi rahsia yang aku bubuh dalam nasik tu suapaya rasa nasik dia sedap lagi dari rasa nasik-nasik ayam yang dijual dikedai-kedai makan disekitar kuantan ni. Pastu semalam jugak, aku dah beli dah ramuan untuk buat orak-otak Gelang Patah, tapi aku rasa macam dah banyak sangat makanan untuk hari ni, so aku postpone lah otak-otak tu. Mungkin esok je la kot. Rumit sikit buat dia sebab nak kena bungkus dan nak kena kukus. Pastu kalau nak sedap nak kena bakar. Takpe, kalau rajin esok la aku buat. 

Set hidangan Nasik Lemak daun pisang
Nasi Ayam Madu
Begedil ayam sesudah dibulat-bulatkan oleh isteri aku
Soto ayam...nyum2
Ok, untuk menu esok, isteri aku dah order nak makan masak lemak cili api ikan talang. Ikan talang ni susah sikit nak dapat kat area Kuantan ni. Dulu masa aku keja kat Penang Port, senang je nak dapat ikan ni kalau mancing gunakan teknik yoyo. Tapi ikan ni sapa yang tak biasa boleh menyebabkan badan jadi gatal-gatal. Aku pun tak pernah makan ikan ni. Pertamanya sebab takut alahan gatal-gatal dan keduanya sebab agak susah nak dapat ikan ni kat pasar. Tengoklah camana. 

Ni la rupa ikan talang
Hari ni takde citer Masterchef celebrity. Aku suka tengok citer masak-masak ni sebab nanti boleh bagi aku idea nak masak apa. Aku pun suka jugak masak-masak ni sebenarnya. Suka masak-masak tak bermakna aku pondan...erk. Tapi suka sebab kita boleh buat sendiri sesuatu yang selama ni kita terpaksa beli untuk menikmatinya. Kalau masak sendiri, kita boleh menikmatinya dengan tanpa had. Pasal resepi takde masalah kot. Kat google semuanya ada. Dari kima daging sampailah kepada resepi nasik ayam penyet, semua ada kat google. Kekadang aku pelik jugak bila ramai orang mintak resepi masakan kat isteri aku padahal isteri aku sendiri pun cari sendiri kat internet. Cuma dia suka bandingkan dan modified sampai kekadang jadi lebih sedap dari resepi tu sendiri. Kalau kita ada basic, kita akan tau sendiri kat mana nak modified untuk bagi lebih sedap resepi-resepi tersebut. Tapi kekadang atau sebenarnya memang air tangan seseorang tu yang menyebabkan masakan jadi sedap. Macam ustaz aku dulu selalu cakap, air tangan kitalah yang membezakan masakan kita jadi sedap atau tak. Ada orang yang kononnya tukang masak, tapi bila kita order pastu kita makan, rasa tak macam makanan pun ada. Aku selalu cakap kat isteri aku, berdosa tukang masak tu masak macam ni. Orang bayar mahal-mahal tapi masak tak sedap. Masak cincai je. Ada hati gelar diri tukang masak. Bukan nak kata aku masak sedap, tu dah kira riak, tapi sesetengah masakan kat kedai-kedai makan ni kadang-kadang melampau sangat ketidak sedapan dia. Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka makan kat kedai mamak. kedai mamak ni korang pegi je la kat mana-mana negeri pun, rasa dia tetap sama. Pernah tu aku duduk kat Lumut, makan kat kedai Melayu sampai sakit perut, tapi makan kat kedai mamak ok je. Ada orang makan kat kedai mamak yang sakit perut. Tapi kroang jangan makan pasemboq kat Padang Kota Lama. Ntah tahun bila punya ntah. Tak lama. Lepas setengah jam aku makan, terus duduk bilik air 3-4 jam. Rasa sakit dia tak hilang-hilang sampai ko kena cucuk ubat tahan sakit baru tak rasa sakit perut lagi. Sejak peristiwa sakit perut tu, aku dah tak pernah lagi makan pasemboq walaupun selain dari Padang Kota Lama.

restoran mamak yang paling aku suka kat Kuantan. Nasik  lauk ayam rendang black pepper dengan kuah  kicap, kuah dal, kuah kari campur...nyum2...sedap lagi dari mekdi Mega Mac...erk..



*kepada isteriku...jom kuar cari kfc...erk...




Wednesday, June 6, 2012

Amukkan Si Oscar

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan segala macam nikmat yang tak terhingga kepada aku dan isteri aku dan juga kepada umat manusia sekeliannya. 

Dua hari lepas isteri aku telah disahkan mengandung, setelah menanti dengan penuh kesabaran. Tidak ada hadiah yang terbaik untuk isteri aku untuk ulangtahun kelahirannya yang ke ** selain berita yang menggembirakan ini (dan kereta baru idamannya...erkk...). Takpe, citer pasal peknen ni kita serahkan pada isteri aku. Dia dalam usaha nak menyiapkan entry pasal tu kot. Mungkin dia akan ceritakan perasaan dia, rasa sakit dia, loya-loya, rasa nak muntah, rasa tak larat. Patutlah aku pun rasa loya-loya nak muntah 2-3 minggu lepas. Rupanya kena kat aku jugak. Dulu masa bujang-bujang aku selalu pikir samada aku akan kena jugak alahan-alahan kalau isteri mengandung bila aku baca pasal benda-benda macam ni. Rupa-rupanya kena jugak kat aku. Ingatkan sebab gastrik. Pelik tapi takde apa yang pelik sebenarnya dalam dunia ni. Kalau Tuhan nakkan sesuatu itu terjadi, maka ianya akan terjadi.

Aku benar-benar bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberikan rezeki dan kurniaan nikmat yang tak putus-putus pada aku. Bermula dengan kereta baru, pastu isteri aku disahkan mengandung, pastu tarikh aku kena pegi laut pun kena postpone, dah dua kali termasuk hari ni. Patutnya esok aku pegi laut, tapi postpone hari Sabtu pulak. Harap-harap kena postpone lagi sampailah tahun depan. Aminnn...erk.

saki-baki ikan-ikan koi aku yang tinggal...
Setelah 3 ekor ikan-ikan koi aku mati, semalam aku mengambil langkah drastik untuk mengasingkan semula ikan Oscar aku dari ikan-ikan Koi. Dasar Belanda dapat tanah, ikan Oscar yang menumpang di aquarium ikan-ikan koi mengambil langkah drastik dengan menyerang ikan-ikan koi aku yang bermacam-macam kaler tu. Agaknya dia jeles sebab kaler dia tak secantik kaler ikan-ikan koi tu. Dan mungkin ada sifat-sifat perkauman disitu.  Sekor yang kaler silver, sekor kaler emas, pastu sekor kaler oren jadi mangsa kekejaman si Oscar. Geram je aku tengok. Tapi nasib baik sebab dia pun cantik, pastu cepat besar pulak tu. Kalau tak dah lama aku campak kat sungai belakang rumah aku tu. Biar dia membiak dan pastu senang la aku nak mancing bila dia dah banyak nanti. Takpe, hari ni aku nak pegi beli lagi ikan-ikan koi tu. Masa 2 hari lepas tu aku dah geram-geram je tengok ikan-ikan tu kat kedai ikan dekat dgn rumah Pise tu. Tapi aku pendamkan hasrat aku yang suci murni tu dulu. Pertamanya sebab aku tak pasti lagi berapa ekor ikan koi yang mati. Dan keduanya sebab aku belum alihkan lagi ikan Oscar tu dari aquarium ikan koi. Dulu aku campurkan sebab aku tak sempat nak cuci aquarium ikan Oscar tu. Masa aku balik dari laut, ikan tu dah terkapai-kapai sebab air dalam aquarium dia tu kering sebab ada kesilapan teknikal pada filter air tu. Air tu disedut masuk ke dalam filter tapi keluar ke luar aquarium. Lama-lama tinggal ngam-ngam je sama paras dengan ikan tu bila ikan tu dalam keadaab baring. Kesian pulak aku tengok. Cepat-cepat aku masukkan dalam aquarium ikan koi tu. Dan setelah sebulan lebih peristiwa tu berlalu, barulah semalam aku ada masa untuk mencuci kedua-dua aquarium tersebut. Tu pun sebab untuk mengelakkan lebih banyak ikan koi yang akan menjadi mangsa kerakusan ikan Oscar. Ikan Oscar tu masa aku beli 2 ekor. Yang lagi sekor yang lebih kecik dari dia pun dah kena rogol sampai mati. Kalau ikan MPK ni takyah cakap la. Ntah dah berapa ekor aku masukkan dalam aquarium ikan Oscar tu. Bangkai pun takde. Tetiba hilang je. 

ikan MPK yang tewas ditangan si Oscar
ikan Oscar aku yang racist dan brutal tersebut
Pagi-pagi lagi aku dah amik welding shield kat bilik belakang tu lepas aku baca link yang Kamal post. Citer pasal planet Zuhal melintas diantara matahari dan bumi yang kalau kita terlepas hari ni, lagi 100 tahun baru dapat tengok lagi fenomena ini. Masa aku tengok tu tak nampak sebab mungkin kecik sangat kot. Kalaulah aku ada teropong bintang, mesti aku boleh rakamkan fenomena tu. Tapi aku cuma ada teropong camera blackberry yang boleh digital zoom sebanyak 3x. tetiba je rasa nak pegi balai cerap kat UTM. Aku ingat lagi pakcik bergambar dibawah kincir angin kat balai cerap UTM tu. Tapi tu dah lama. Tu cerita 9 tahun yang lalu. 

Gambar matahariku yang telah difilter pakai cermin welding shield yang di ambil pada hari ini pada pukul 11.26 am...tak nampak tanda-tanda lintasan planet Zuhal disitu...mungkin sebab kecik sangat kot...yang jelas kelihatan ialah sebahagian bumbung rumah aku
Balai cerap UTM...banyak kisah-kisah pelik yang pernah diceritakan orang disini
Pemandangan kampus UTM Skudai dilihat dari atas bukit balai cerap UTM (pinjam pic ko kejap ek Mohd. Shafiq)
Tak tahan. Sakit mata aku tengok lalang-lalang tegak berdiri, menyambut kami kemakam bonda (pinjam bait-bait sajak Ke Makam Bonda- Dato Dr Usman Awang) kat depan halaman rumah aku yang sekangkang kera tu. Memang sengaja aku tak panggil Man (budak yang ambik kontrak potong rumput kat taman rumah aku ni) untuk potong rumput kat rumah aku ni sebab aku nak cabut sendiri lalang-lalang tu sampai ke akar umbi dia sekali. Biar tak tumbuh lagi lepas ni. Setelah berhempas pulas menggerakkan tulang empat kerat aku selama sejam lebih, maka bersihlah kawasan rumah aku. Dan racun serangga organik yang aku beli dari auntie tu dah membuahkan hasil. Dah kurang dan mungkin dah tiada lagi daun-daun pokok-pokok bunga ros aku yang kena makan belalang. Dan bunga-bunga ros aku pun mulai mekar seiring dengan hati aku yang berbunga-bunga menyambut hari-hari yang mendatang yang hebat ini bersama-sama isteri aku yang amat aku cintai dan bersama orang baru yang bakal lahir nanti. InsyaAllah...aminnn... :)

Halaman rumah aku yang sekangkang kera tu. Semua pokok bunga ros dah bersemi kembangnya kecuali yang putih je...yang putih tu baru je luruh semua bunga dia...tak lama lagi giliran dia untuk bersemi semula...erk...


*kpd isteriku...nnt makan banyak2 tau...biar bertenaga sikit :)