|
(duduk dari kiri) Miaw, Gemok dan Wok |
Baru je aku stop kejap lepas main-main lidi dengan Gemok.Tetiba Gemok menghilangkan diri pegi ke dapur. Aku pun teruskan mengetik-ngetik kat laptop aku. Pastu aku terbau sesuatu. Aroma hangat taik kucing yang baru dilepaskan dari jubor. Belum sempat aku nak teruskan menikmati untuk mengkompomkan aroma tu, isteri aku tetiba je bersuara, "abg ada bau taik kucing?" Tanpa basa-basi, aku terus berlari ke bilik belakang. Mula-mula belek-belek kat lantai bilik belakang, kat belakang pintu, pastu terus menuju ke arah sangkar Miaw dengan Wok (Miaw dengan Wok berkongsi sangkar sebab sangkar diorg besar, lagipun nak biar diorg bersatu untuk mengawan...erk). Ada taik cair kat pasir tempat berak diorg. "Wok berak" jerit aku kat isteri aku yang berada kat depan laptop dia sambil tengok tv. Gemok tengok je tingkah laku aku membuang taik Wok dan masukkan dalam tong sampah khas untuk taik diorg. Bila dah dekat 3/4 tong sampah tu penuh dengan taik diorg, baru aku buang.
Lepas buang taik tu kat dalam tong sampah, aku terus pegi sinki. Nak basuh tangan. Tetiba bau tadi menyengat lubang hidung aku dengan kadar yang lebih hebat dari tadi. Toleh kat sebelah pintu, molep je taik Si Gemok terhimpun dekat pojok dapur kat sebelah pintu. "Gemok berak" lagi sekali aku jerit kat isteri aku. "Camana nak buang ni?" aku bersuara lagi. Malas nak kaut taik tu pakai tangan. Belum bersedia untuk kali ni. Dah agak lama tak kaut taik pakai tangan sejak Kecik meninggal dunia kat klinik Bajang beberapa bulan lepas. "Siram je pakai air" kata isteri aku dari kejauhan. Haah ek, siram je la pakai air. Bukak paip kat mesin basuh tu. Pastu aku bukak pintu dapur. Pastu aku siram pakai paip mesin basuh tu. Lega rasa hati. Selesai satu masalah. Pasni aku bertekad untuk tak nak lepaskan lagi samada Gemok, Wok atau Miaw untuk waktu-waktu terdekat ni. Nak-nak Wok tu tengah cirit-birit sejak balik dari boarding kat kedai Linda. Memang biasanya kucing-kucing aku ni akan sakit perut kalau balik dari kedai Linda. Sebab dia bagi makan Vetmaster. Aku bagi kucing aku makan Nutriedge. Pertukaran makanan ni akan menjadikan perut-perut kucing ni bergelodak. Tapi 2-3 hari je la. Pastu nanti ok la sendiri.
Kucing-kucing aku ni kalau balik dari boarding mesti bau busuk masam. Mesti ada je taik-taik kering terlekat kat ekor-ekor diorg. Linda (Linda ni tokey kedai kucing kat Jalan Beserah.Kucing-kucing aku ni semua beli dengan dia. Harga dia amat jauh lebih murah dari kucing-kucing Bajang dan Dr. Al Jawaher) ni dia boarding kucing, dia biar je kucing-kucing tu berak kencing kat dalam sangkar. Dia tak sediakan pasir macam aku kat rumah ni. Pertamanya mungkin sebab kos. Keduanya mungkin sebab dia malas. Jadi dia biar je kucing-kucing tu melepas merata-rata. Ada sekali tu aku tengok kucing orang boarding kat tempat dia, berak kat dalam bekas makan dia. Eeee....kalau tak biasa boleh termuntah tengok situasi macam tu. Dah la busuk. Tapi lama-kelamaan nanti hidung korang akan jadi terbiasa dengan bau-bauan harum yang macam tu. Sebab tu aku tanak bawak isteri aku sekali kalau masa nak amik kucing tu lepas boarding. Bau dia nanti membuatkan isteri aku termuntah. Baik-baik aku tahan dari termuntah, bila dia muntah je aku pun terikut-ikut termuntah sama. Pasni sayang dok rumah je masa abang hantar dan amik kucing dari kedai Linda tau? (pesanan ikhlas dari seorang suami kepada seorang isteri...huahuahua)
Dua minggu lepas aku dah spot on kucing-kucing aku. Spot on ni dia letak ubat kat tengkuk kucing-kucing tu. Nanti ubat tu akan menyelinap di bawah kulit kucing tu dan menjalar ke keseluruhan tubuh badan kucing tu. Ubat tu akan membunuh semua kutu-kutu dan pijat-pijat dan apa-apa mikro organisma yang ada disebalik bulu-bulu kucing tu. Dulu masa aku tak tau, sempat jugak Kecik mati sebab kena gigit dengan kutu yang banyak. Masa tu aku tak tau pun kutu boleh bawak maut pada anak kucing. Masa aku pegi klinik Bajang tu, dia amik 3-4 helai bulu kucing ada sorang kakak tu. Pastu dia letak kat microwave microscope. Kat sehelai je bulu tu ada 2-3 ekor hama kecik-kecik yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Kalau kutu tu kita boleh tengok dengan mata. Yang ni memang tak boleh. Patut la kucing aku mati. Ada hama rupanya. Pastu Dr. Bajang tu cakap kalau ada kutu jangan bunuh pakai kuku. Kan kita suka dengar kutu tu meletup kalau kita ketap pakai kuku-kuku kita. Dr. Bajang (nama sebenar dia Bajan Singh, adik dia nama apa Singh ntah, suka cakap "faham tak?faham tak?" yang diulang sebanyak 2 kali dalam satu ayat. Adik dia ni berlagak dan sombong sikit) kata kalau kita bunuh kutu dengan cara tu, maknanya kita dah membebaskan lebih kurang 200 bijik telur kutu lagi kat kucing kita tu. Dan dalam masa beberapa jam je telur-telur kutu tu boleh menetas dan menghasilkan lebih banyak kutu dalam masa yang amat singkat.
"Camana nak buang hama kucing?" tanya aku kat abg aku (abg aku ni ada pengalaman bela kucing dan hamster. Kebanyakkan sangkar-sangkar hamster aku tu dia la yang bagi) masa aku call dia nak tanya camana nak bunuh hama-hama kucing yang bukan setakat kucing je, dengan aku-aku sekali dah jadi mangsa hama-hama keparat ni. "Kau taknak hama kan?senang je, kau buang semua kucing kau. Buang semua hamster kau. Lepas aku buang semua terus takde dah hama-hama kat rumah aku" kata abg aku. Ceh, ni bukan penyelesaian. Ni takde menda. Tapi lepas aku buang semua hamster aku, dah kurang dan boleh dikatakan dah terhapus dah masalah gatal-gatal kat tubuh badan aku dengan isteri aku. Rupanya hamster pun ada hama jugak. Nasib baik aku dengan isteri aku tak mati kena makan dengan hama.
Tapi kaedah spot on ni ada kelemahan dia. Tak boleh mandikan kucing 2 hari sebelum dan 2 hari selepas spot on. Pastu gasak la nak mandikan ke, nak rendam ke, nak masuk washing machine ke. Tapi tadi aku mandikan kucing-kucing aku pakai syampu anti flea tu, ada jugak la 4-5 ekor kutu yang mati. Maknanya kaedah spot on tu pun tak ok sangat. Tapi kira oklah jugak daripada tak buat pape. Malas aku guna minyak telon. Busuk satu rumah walaupun minyak telon pun amat sesuai digunakan untuk membunuh kutu-kutu tersebut.
Sejak aku amik keta kia tu, sejak tu jugak aku cari pomen yang boleh tukar seal gasket antara enjin dengan gearbox tu dengan harga yang murah. Mula-mula aku tanya kat pomen expert kia tu. Dia nak RM 700. Pastu aku tanyaa pomen kat Batu Pahat pulak. Dia nak kurang-kurang RM 1000. Last-last tadi masa aku beli penyangkut towel kat kedai depan rumah aku ni, aku singgah tanya kat pomen sebelah kedai hardware tu. Dia nak RM 200 lebih je tukar barang dengan upah. Tapi tak masuk yang lain-lain. Pastu aku dengan kadar segera, terus balik rumah, amik keta pastu hantar kat kedai tu. Tadi maghrib aku amik semula. Kena RM 395 termasuk tukar lagi 2 drive shaft seal berharga RM 40 dengan minyak auto transmission RM 120. Ok la tu. Masih jimat lagi. Pomen tu cakap, sebenarnya tak payah turun enjin kalau nak tukar seal tu. Tapi 2 pomen sebelum ni cakap kena turun enjin. Paling kurang nak seminggu untuk siapkan. "Itu tipu semua tu. Besok tengok kat lantai, kalau ada bocor, bawak mari sini" kata pomen tersebut yang bernama Ah Tee. Mula-mula aku macam malas nak hantar repair kat Ah Tee ni sebab Panjang (apek ni nama apa ntah tapi orang panggil Panjang. Kedai Panjang ni selang 2-3 kedai dengan kedai Ah Tee. Panjang ni pakar wiring dan bateri. Dia tak bagi aku repair keta kat Ah Tee ni. Dia kata Ah Tee ni tak bagus. Kalau nak repair, dia suruh hantar kat kedai Melayu kat seberang jalan tu. terpengaruh dengan kata-kata Panjang, maka aku pun batalkan hasrat aku nak hantar kat Ah Tee sampailah pagi tadi) kata Ah Tee ni tak bagus. Tak tau lah tak bagus buat keja atau sebab cas mahal. Sejak peristiwa tadi, aku rasa Panjang tu ketuk aku lagi kuat dari Ah Tee. Sekurang-kurangnya banyak dah aku jimat sebab hantar kat Ah Tee. Pertamanya jimat wang ringgit. Keduanya jimat masa. Dan ketiganya, aku tak yang susah-susah nak tunggu dia buat keja sebab aku boleh balik jalan kaki je lepas hantar keta aku kat kedai tu.
Tadi pun aku dah cek dah. Memang takde dah leaking dari enjin keta aku. Pasni boleh la aku cuci lantai kat porch keta aku tu. Sakit mata tengok minyak menjejeh macam tu. Pasni tak payah la aku susah-susah nak top up minyak enjin lagi. Pasni takde la abang aku tegur enjin aku leaking bila dia tengok tempat parking keta kat rumah mak aku kat kampung tu penuh dengan minyak hitam. Pasni boleh la aku save lebih kurang RM 100 sebulan sebab top up minyak enjin tu. Tinggal wira je lagi. Wira aku tu dia tak leaking, tapi dia makan minyak hitam. "Biasa wa tukar valve seal. Biasanya kalau wira dalam 10 biji, 8 biji ok bila tukar valve seal. Lagi 2 biji memang kena overhaul. Kalau mau you punya kita tukar valve seal dulu. Kalau tak ok baru kita buat top overhaul" kata Ah Tee. Nanti la. Bila dah ada bajet baru aku repair. banyak lagi benda-benda penting lain yang nak aku dulukan. Lagipun ni kan dah nak dekat-dekat hujung bulan ni.
Aku baru balik dari laut semalam. Setelah berhempas-pulas kat atas katil kat platform tu siang dan malam. Keja aku patutnya kejap je. Naik hari Khamis, aku plan Sabtu dah boleh balik. Tetiba bila aku sampai je, contractor tu tak prepare lagi untuk load test. Nak tak nak dengan nada yang berat, aku pun kata "ok la. Kita buat hari Sabtu" kat Boss platform tu. Lepas Sabtu, next chopper hari Selasa. Maknanya cuma hari Sabtu tu je la aku buat keja. Hari-hari yang lain aku abeskan bersantai dan bermalas-malas je kat atas katil dalam bilik aku. Aku duduk sorang kat bilik tu. Katil Queen lagi. Tapi takde internet. Tapi ada Italk. Ok lah untuk melepaskan rindu kat isteri aku. Habis semua movie yang aku copy dari Mie dan dari Yusmadi aku tengok. Laptop yang aku bawak gi laut tu bengong sikit. Laptop company. Takde suara. Jadi aku tengok gambar je la masa tengok movie tu. Sambil mengagak-agak kata- kata yang keluar dari mulut pelakon-pelakon tu melalui gerak bibir diorg. Kena part Bumble Bee bercakap, gelap gambor jadinya.
Dah agak lama tak tulis panjang-panjang macam ni. Padan muka korang sebab kena abiskan banyak masa baca entry aku kali ni...huahuahua...
*kepada isteri aku...jom tido...erk...