بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم




Sign My Guestbook

Search This Blog

Page View


The Community

Monday, December 12, 2011

Ghost Protocol



Tak banyak perkara yang berlaku dalam 2-3 hari ni. Hujan tak berhenti untuk gelombang kedua. Lebih ramai yang berpindah ke penempatan sementara pusat pemindahan banjir, termasuk Mie (kata dia la). Nanti ada masa ingin juga ku bersalam dengan dia kat pusat penempatan banjir Kg Bukit Rangin. Nak bergerak pun agak susah. Sempat jugak aku beli payung baru. Walaupun agak mahal, namun ianya masih tak dapat nak memenuhi citarasa aku. Kualitinya tak sebaik payung free yang kita dapat bila kita beli minyak enjin kereta. Tu pun aku terpaksa beli sebab masa tu tersekat sebab hujan masa nak balik ke kereta dari deretan kedai2 di lorong Tun Ismail. 

Teringin jugak aku nak tengok cerita Mission Impossible: Ghost Protocol. Tak ramai pelakon barat lelaki yang aku suka, Tom Cruise dengan Brat Pit adalah antaranya. Nama Joe Black sendiri pun sebenarnya diadaptasi dari cerita Meet Joe Black lakonan Brad Pit. 

Bagi memenuhi permintaan Ayu, maka entry kali ini aku tulis. Mulanya dia cuma nak tau keadaan banjir di kawasan persekitaran aku, tapi aku tau, mesti dia nak tau lebih dari tu, kot...erk. Air dah naik sampai ke kaki jalan rumah aku. Tapi kalau nak tunggu dia naik ke dada jalan, mungkin memerlukan seluruh kawasan bandar berhampiran aku tu tenggelam sebab kawasan aku ni berada dalam kawasan tanah tinggi. Teringat kat lirik lagu Dire Straits -  Brother in Arms. Dia kata "this mist covered mountain, are a home now for me, but my home is the low land, and always will be".

Semalam, pagi2 lagi aku dah start kereta pegi ke masjid Al Syakirin kat Maran bagi memenuhi permintaan kakak aku yang sulong untuk menyaksikan majlis pernikahan anak dia yang nombor dua. Dapat orang Maran. Abang dia yang sulung dapat orang Bera. Adik beradik dia semua dapat orang Pahang. Pakcik dia?erk...skip2. Masa aku sampai masjid tu cuma cameraman dua orang je yang ada. Pastu tak lama tu ada sebuah keta sampai. Sorang makcik dengan dua orang anak (kot sebab yang lagi 2 tu jauh lebih muda dari makcik tu) dia pulak sampai. "Pekerja masjid nak siapkan acara akad nikah kot" kata aku dalam hati. Aku cuma balas senyuman makcik tu je bila dia start senyum kat aku. Pastu tak lama tu baru datang rombongan family kakak aku dengan bakal pengantin sekali. Lepas salam2 lebih kurang dengan diorg, aku ternampak cucu tunggal aku (anak kepada anak buah aku yang paling tua dan paling sulung yang aku citer dulu). Pastu mak dia terus hulurkan anak dia tu kat aku. Dah agak lama tak dokong bayi. Aku rasa takut-takut nak dukung, takut terjatuh anak orang tu. Tangan kanan akukan tak pernah sembuh lagi sejak 4-5 bulan yang lepas. Kekadang tetiba je nanti dia boleh rasa bisa mencengkam, macam luka yang terkena air perahan limau nipis. Tapi bila di urut-urut manja, sakit tu akan hilang dengan sekelip mata, bak kata orang putih, "it's faster than the eyes could flick". Sempat jugak aku dukung cucu aku tu sampai ke kaki tangga masjid sambil mencium pipi dia berkali-kali. Dah agak lama jugak tak cium baby. Selalu asik cium perfume kat dalam kereta aku je. 

Pastu masa kat kaki tangga tu masa aku nak serahkan balik cucu aku tu kat mak dia, tetiba aku terpandang kat pengantin pompuan. Mak ah...tinggi lagi dari aku. Oh...rupanya dia pakai high heel. Tapi lepas bukak high heel tu pun aku rasa tinggi dia masih sama dengan tinggi aku atau rendah sikit kot. Pastu tak lama tu datang pulak Tok Kadi dan acara akad nikah pun bermula. Dan masa-masa tu jugak lah, time ambik-ambik gambar tu, baru aku tau yang makcik (yang aku sangka pekerja masjid) tadi rupa-rupanya mak kepada pengantin pompuan (sorry makcik...erk). Dan dua orang budak muda tadi adalah adik-beradik kepada pengantin pompuan Dan dengan berakhirnya acara akad nikah tadi, maka bertambahlah seorang lagi ahli keluarga aku. Apa-apa pun tahniah diucapkan pada mereka semua.

Hamster aku, aku rasa ada 5 pasang yang beranak. Aku dah tak larat nak update pasal hamster ni. Jumlah dia pun dah tak terkira. Aku rasa ada la dekat 80 ekor. Yer la, dah kalau sekor tu beranak sampai 5 hingga 8 ekor, kurang-kurang 25 ekor dalam tangan. Campur yang dulu tu aku update ada 50 ekor. Tapi ada 2 ekor mati sebab gaduh. Rasa lain jugak bila kita tengok binatang-binatang comel ni tetiba boleh gaduh sampai berbunuhan. Persepsi comel tu dah berubah kepada suatu bentuk keganasan. Dan dari hari ke sehari aku masih fikirkan cara bagaimana nak mengurangkan jumlah hamster-hamster aku yang semakin bertambah  dalam bentuk yang boleh menguntungkan aku. Hamster untuk dijual. Sapa nak beli sila tinggalkan komen dan nombor telefon di akhir entry ini!!!!

Tak tau lah gelombang kedua hujan monsun Timur Laut ni akan berakhir. Kalau ikut Jabatan Kaji Cuaca, sekurang-kurangnya sampai hari Rabu. Alhamdulillah, aku takde masalah sangat dengan keadaan cuaca yang macam ni, cuma ianya sedikit sebanyak memperlahankan pergerakan aku dan menghadkan kegemaran memancing aku. Mudah-mudahan semuanya akan dimudahkan oleh Allah...aminnn...

Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang nak mendirikan rumahtangga termasuk Pise dengan Syuzi dan anak buah aku tu. Pise dan Syuzi punya majlis 18hb Dec, manakala anak buah aku pula 24hb Dec. Tak tau lagi dapat pegi ke tak ntah rumah Pise tu sebab banyak sebab sebenarnya yang aku tak berapa dapat nak citer kat sini. Mimi pulak nak turun Kuantan masa 24hb tu. Dan aku sendiri pun tak tau lagi aku akan berada di mana. Ntah-ntah akan berada di dada ombak Laut China Selatan.

Oklah...aku dah janji taknak tulis panjang-panjang kat kekasih aku sebab nanti dia susah nak baca. Blog aku ni background dia hitam, tulisan kecik pulak tu. So sampai sini lah dulu...chowww...


*kepada kekasihku....kali ni tak panjang sangat...erk...


Thursday, December 8, 2011

Terpanggil



Hari ni Castleville aku tak boleh nak send atau received gift. Oleh yang demikian maka aku ambil kesempatan ni untuk menulis sepatah dua kata bagi menghabiskan sisa-sisa waktu sebelum aku berangkat untuk beradu. Bukan beradu tenaga, tapi beradu mata untuk menghadapi hari esok.

Lepas tu, hari ni jugak aku rasa aku nak tukar cara dan corak penulisan aku mengikut susunan fragmen dan tatabahasa yang betul selagi aku termampu...tak nak lagi gunakan dot dot dot (...) untuk mengasingkan satu ayat ke satu ayat yang berikutnya, demi meningkatkan mutu pengeluaran dan quality blog aku ni.. Aku rasa dengan cara ini, blog aku akan dapat dipendekkan dengan "terbuang"nya dot dot dot tersebut. Aku rasa dot dot dot tersebut hanya sesuai digunakan dalam komen-komen di Facebook atau di ruangan chit-chat sahaja. Disamping itu juga, aku rasa, aku nak gunakan dengan sepenuhnya penggunaan seperti huruf besar, tanda koma, tanda seruan dan sebagainya mengikut garis panduan Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya dalam penggunaan untuk nama-nama Allah, Islam dan sebagainya yang mana sebelum ni pun aku rasa aku tak pernah lagi gunakan huruf kecil untuk nama Allah dan untuk Islam.

Aku rasa mungkin korang (sebutan korang ni aku rasa aku akan kekalkan sebab ianya akan membuatkan blog aku masih tak formal kalau nak dibandingkan dengan blog Chedet, dan termasuk beberapa perkataan bahasa pasar yang lain yang aku rasakan perlu. Dan kalau perlu jugak, aku akan mencondongkan perkataan tersebut, kot...erk) tertanya-tanya kenapa malam-malam buta ni baru aku terpanggil atau buang tebiat untuk buat perubahan yang drastik macam ni. Aku rasa sebab pertamanya ialah sebab aku terkesima dan terdorong untuk mengikut gaya penulisan mantan Perdana Menteri kita iaitu Chedet. Korang boleh melawat blog dia kat sini: http://chedet.cc/blog/?p=646. Dulu Tun pun pakai blogspot macam kita ni jugak, tapi lepas blog dia ada problem, dia terus bertukar kepada Wordpress. Dan aku sendiri pun ada blog Wordpress jugak, tapi belum ada apa-apa entry pun kat situ sebab belum ada idea untuk berkarya. Blog tu aku ciptakan semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puas hati aku pada mana-mana badan atau parti-parti politik, individu, peniaga, shopping complex hatta sesiapa saja termasuk pejalan kaki dan pemotong rumput dan penjual tudung bawal. Sesiapa saja tak akan terlepas begitu saja kalau ada perasaan tak puas hati bersarang dalam hati aku. Akan aku luahkan kat sana. Tapi sampai sekarang belum ada lagi insiden-insiden yang aku rasa perlu aku ketengahkan kat blog tu. Tapi satu hari nanti, mungkin. Mungkin nama anda-anda di luar sana akan naik kat situ. Kita sama-samalah tunggu siapa mangsa pertamanya.

Dan aku rasa, bukan aku sorang, malah korang-korang semua pun akan rasa terkilan dan sedih kalau hasil tulisan kita ni hilang macam tu je setelah beratus-ratus entry yang kita post. Agaknya Tun pun rasa macam tu jugak kot. Tapi nak buat macam mana. Setiap sistem ada kelemahannya. Biasanya kita takkan save entry kita ni kat tempat lain. Kita harapkan 100% pada Blogspot atau Wordpress atau apa saja provider. Tapi bila berlaku sesuatu yang tak diingini, barulah kita nak terngadah. Macam kekasih aku jugak, habis gambar-gambar kat blog dia hilang bila dia delete dari picasa. Kesian dia. Hasil nukilan beberapa tahun kebelakangan ni tercemar dengan begitu saja. Sabar je la yer sayang. Abg pun tak tau nak buat macam mana.

Dan sebab keduanya ialah sempena kedatangan tahun baru ni, aku rasa aku nak menaik tarafkan blog aku ke satu tahap global, dengan penggunaan tanda-tanda bacaan, frasa-frasa dan tatabahasa yang betul, bagi memudahkan pembaca-pembaca di luar sana menyelami apa yang cuba aku sampaikan. heheh...poyos!!!

Monday, December 5, 2011

Courtyard

hari ni malas nak taip banyak2...lagipun tangan aku sakit sebab tukar gasket cylinder head keta aku tadi...dari sejak mula pakai sampai tadi dia leaking...nasib baik ada kedai spare part keta yang bukak walaupun hari ahad...ok...seperti yang aku janjikan tadi, hari ni aku tanak tulis banyak2...aku tulis description kat bawah gambar2 yang aku uplod kat bawah ni je...lagipun mesti korang semua dah boring baca entry aku membebel tak tentu pasal, kecuali ayu...ayu ni peminat tegar aku...die hard fan...dia ni sentiasa dahagakan hasil nukilan aku kat blog ni...pendek kata kalau tak baca blog aku sehari, dia tak boleh tido...atas kesedaran inilah dan atas desakan ayu, maka entry kali ini tercipta...erk...pic2 ni tak ikut turutan...aku main belasah je...

kita mulakan dengan pic ni...ni pic courtyard kat pam minyak petronas kat rahsia...haha...aku saja je tanak bagitau lokasi dia...biar korang tak bole tido sebab tercari2 pam minyak yang mana satu...aku agak suka guna perkataan courtyad ni sebab aku teringat lirik lagu Eagle - Hotel California...dia kata, "how they dance in the courtyard, sweet summer sweat, some dance to remember, some dance to forget"

masa aku balik kampung tempoh hari, dapat jugak aku lepaskan rindu dendam nak baca komik kegemaran ramai ni...baca 3 komik sekali harung...

erk...spot rim ni nak kena beli...tapi belum sempat nak beli (sebenarnya duit aku belum sempat nak ada dalam simpanan...erk)...pic ni aku amik masa tengah tukar tayar baru kat BP masa aku balik kampung hari tu...

sempat lagi mancing kat kolam yang tak pernah bagi rekod kat aku ni...ni abg ipar aku la yang ajak ni...dia nak belanja...aku terpaksa penuhi permintaan dia...macam biasa...hasilnya adalah hampa...

dari panas sampai hujan, pastu panas balik, sekor ikan pun tak naik...orang kiri kanan aku semua saling bertukar bersilih ganti dan semua pulang tanpa tangan kosong..."diorg dah biasa...dah tau skill mancing kat sini...kita sekali2 datang memang la susah nak dapat"....ayat2 nak pujuk hati sendiri...iskk...

ni pemandangan dari dalam kedai accessories keta Top Sound kat BP...aku tengah tunggu diorg buat wiring pasang sound system keta aku...aku ni lemah skit kalau kedai yang jenis; bila kita nak buat benda lain, nanti diorg suruh pasang atau suruh tukar benda lain...biasanya kedai2 macam ni aku pegi sekali je la...pastu aku tak pegi lagi...kat kuantan korang jangan pegi kedai First Star...ada 7 branch dia kat sekitar kuantan...dia punya servis memang murah tapi dia punya promoter tu, kalau ada 10 org pekerja, 10-10 org akan paksa korang beli barangan diorg yang lain...sampai tahap nak bergaduh pun ada...grrrr!!!

ni kedai jual barang2 second hand dari hotel...dari pinggan mangkuk sampai ke perabot termasuk towel dan langsir semua ada jual...tapi mahal nak mampus...kalau pegi rengit tempat orang kuala tu jual barang second hand bole dapat 3 kali ganda jauh lebih murah...kerusi panjang ni harga dia RM4k...kalau kat rengit dalam RM1.5k dah bole dapat dah...siap kayu jati lagi...aku ikut abg dgn kakak aku pegi sini...diorg amik aku masa aku buat wiring keta aku tu...sementara nak tunggu keta tu siap, diorg bawak aku jalan2 kat sini sebelum minum cool blog kat pasific mall BP...

ni antara kedai barang2 second hand kat rengit...kebanyakkannya diperbuat dari kayu jati...ada berpuluh lagi kedai macam ni kat sana...

dari basikal budak2 sampai ke tongkat orang patah kaki semua ada jual kat sini...sangkar hamster pun ada jual second hand punya...erk...harga dia 3 kali lebih murah dari harga barang baru kat kedai...

antara perabot jati kat rengit...kalau yang gila perabot jati, mesti tak boleh tido lepas gi sini...

kipas yang tinggi tu rata2 harga dia RM50...boleh tawar lagi...ada tu siap ada remote dia offer aku RM30 je...tapi aku tak beli sebab ada rosak sikit...

ni best ni, kat rengit jugak...kecapi cina...nasib baik tangan aku masih belum baik lagi...tak boleh gunakan pedang dan kecapi tak tau sampai bila...teringat pulak kat Panglima Kecapi, salah seorang menteri kanan Duke Ji Chang dalam komik Alam Perwira...erk...

antara perabot2 kat rengit lagi...

macam2 ada jual kat sini...tedi bear, perhiasan dan ukiran dinding...gitar...abg aku beli raket tennis wilson RM 30 je...kalau kat kedai ada la beratus jugak harga dia...semua benda dalam kedai ni adalah untuk dijual...err...kecuali makcik tuan kedai ni dengan anak dia...siap isap gudang garam surya lagi makcik tu...hebat!!!

peti sejuk...tv 42 inci...mesin basuh auto semua ada jual...

kakak aku dengan abang aku beli kusi ni la...dengan meja kecik dia yang bulat tu...satu set RM190...diorg borong sampai abes RM2k masa ni...abg ipar aku pulak abes RM1400 beli speaker orang kawen...nak wat apa pun aku tak tau...berdentam dentum pepagi buta lagu Isabella berkumandang dari rumah dia aku boleh dengar dari rumah mak aku...

barang2 kat kedai tersebut...

gerobok/gobok/almari jati ni RM1200

cermin ukir tu yang besar RM790...yang kecik RM490 bole kurang lagi...awek yang jual tu cakap "RM490 boleh kurang lagi",..."baik dia cakap terus harga yang dah kurang tu...tak yah la cakap RM 490 tu"...kata aku dalam hati...

masa tengah sedap2 gosip2 dengan mak, abg dan kakak aku...tetiba salah satu dari kusi yang aku tengah duduk tu kaki dia tetiba terkangkang dengan sendirinya dan akhirnya aku jatuh terduduk kat dapur tu...suka kakak aku gelak sampai kuar air mata...petang tu jugak aku modify semua kaki kusi tu...tambah kayu keliling dia biar dia tak boleh terkangkang dengan sendirinya...bodoh punya design...tulang2 dia tu semuanya disambung dengan gam...kan lama2 nanti boleh tanggal...dah la kaki tu condong...kalau tegak tu lain citer jugak...aku bukan mangsa pertama kusi tu patah...abg ipar aku orang pertama...tapi berat badan dia 2x ganda dari berat aku...

patut la aku tengok dah pukul 10 pagi pun pintu kedai ni tutup je...rupanya dia dah pindah sejak bulan 9 lagi...kedai ni kedai repair keta...dulu masa aku tak pakai vios tu, keta aku semua aku hantar servis kat sini...dan bila pakai vios, nak taknak kena hantar kat toyota servis...pastu sejak pakai kia ni kena la pegi balik kedai ni...apek tu ingat lagi kat aku walaupun dah 3 thn aku tak pegi kedai dia lagi sejak aku pakai vios tu penghujung tahun 2008


erk...ni pic dashboard keta aku...kekasih aku tangkap pic ni...dia kata "pasni abg tak yah nak amik pic lagi kalau nak citer pasal keta abg..."...erk...belum ada idea nak citer pasal dashboard ni...

sambal goreng jawa yang kekasih aku buatkan untuk aku...lawan dia adalah asam pedas ikan rohu...nyum2...gambar ihsan dari kekasih aku...erk...

tasik paya bungur...aku pegi sini sebab nak cari rohu...pagi tu aku pegi pasar...nak cari ikan nak suruh kekasih aku masakkan asam pedas...sekali pegi satu kedai tu ada jual rohu...sekor je ada kat kedai tu...pastu aku pun pelik, nape sekor je ada...aku pun gatal mulut tanya brader tu ikan kolam ke ikan sungai...dia kata ikan tasik paya bungur...jalan nak gi maran...heheh!!...lepas pekena asam pedas ikan rohu kekasih aku tu, aku terus ajak dia pegi sini...nak survey...sempat jugak campak 3 batang joran...naik sekor lampam tira jawa kecik...takpe...salam perkenalan...pasni aku pasti akan kembali...

pemandangan lain tasik paya bungur...agak ngeri jugak kat sini...rimau pun ada ni...iskk...

asam pedas ikan rohu...baru kekasih aku tau betapa sedapnya ikan rohu...hehe...gambar ihsan dari kekasih aku...erk...




ek eh...abeh dah...




*kpd kekasih ku...jom gi tasik paya bungur...pastu gi temerloh pulak...erk...